You are on page 1of 7
KETUA SETIAUSAHA Secretary General KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Ministry of Education Malaysia ARAS 8, BLOK E8. KOMPLEKS E Telefon : 03-8884 6069 PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN Faks : 03-8888 5124 62604 PUTRAJAYA Laman Web: hitp://www:moe.gov.my Ruj. Kami: KP(BKEW/BT)1800/G-03 Jid.2 (s.k 5) (11) (3) Tarikh 8 Mei 2013 ‘Semua Pengarah Pelajaran Negeri Jabatan Pelajaran Negeri Semua Pegawai Pelajaran Daerah Pejabat Pelajaran Daerah Semua Guru Besar YBhg Datuk/Dato'/Tuan/Puan, SURAT PEKELILING KEWANGAN BIL. 1 TAHUN 2013 RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN DI SEKOLAH RENDAH TUJUAN Surat Pekeliling ini bertujuan untuk menggariskan peraturan dan tatacara pentadbiran, pengurusan kewangan dan perakaunan dalam melaksanakan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di sekolah rendah mulai bulan Mei tahun 2013. LATAR BELAKANG 2. Surat Pekeliling Kewangan (SPK) Bil.7 Tahun 2010 telah menggariskan tatacara pengurusan kewangan dan perakaunan yang berkaitan dengan RMT. Terdapat beberapa pindaan yang perlu dibuat penambahbaikan selaras dengan perubahan dasar dan keperluan semasa. oy KRITERIA KELAYAKAN 3, Kriteria kelayakan bantuan RMT adalah seperti berikut: i) Murid warganegara Malaysia dari Tahun 1 hingga Tahun 6 di semua Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan; ii) Pendapatan Ketua Isi Rumah (KIR) adalah di bawah Paras Garis Kemiskinan (PGK) Nasional semasa: ili) Murid yang bersekolah di Sekolah Orang Asli/Penan dan Murid Berkeperluan Khas (OKU) layak secara automatik; dan iv) Semua murid yang tinggal di asrama TIDAK LAYAK menerima RMT. KADAR DAN TEMPOH PELAKSANAAN 4, Kadar RMT adalah RM1.80 sehari bagi setiap murid di Semenanjung Malaysia dan RM2.05 bagi setiap murid di Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan. Tempoh pelaksanaan RMT adalah tidak melebihi 190 hari setahun. 5, Pelaksanaan RMT bermula pada hari pertama persekolahan, manakala bagi murid Tahun 1 dan kes keciciran permohonan (Tahun 2 hingga 6), bermula pada 1 Februari tahun semasa. 6. RMT tidak dilaksanakan sepanjang bulan Ramadhan bagi murid yang beragama Islam dan pembelian makanan untuk dibawa pulang adalah TIDAK DIBENARKAN. TATACARA PERMOHONAN 7. Murid perlu mengisi borang permohonan RMT seperti di Lampiran A dan dikemukakan kepada sekolah untuk pertimbangan Jawatankuasa Bantuan Peringkat Sekolah. ogy: Er 8 Senarai murid yang layak akan dikemukakan ke Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) untuk semakan dan dikemukakan ke Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) untuk pengesahan dan kelulusan. 9, JPN hendaklah mengemukakan bilangan murid yang layak ke Bahagian Kewangan, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) selewat-lewatnya pada minggu ke-3 bulan Disember tahun semasa (Tahun 1 hingga Tahun 5, tahun semasa) dan selewat-lewatnya pada minggu ke-4 bulan Januari tahun berikutnya bagi murid Tahun 1 dan kes keciciran permohonan (Tahun 2 hingga 6) dengan menggunakan borang di Lampiran B TATACARA PERAKAUNAN DAN PEMBAYARAN 10. Bahagian Kewangan akan menurunkan waran peruntukan kepada semua JPN selewat-lewatnya minggu ke-2 bulan Januari setiap tahun 141. JPN/PPD hendaklah mengagihkan peruntukan RMT ke sekolah dalam tempoh tujuh (7) hari selepas waran peruntukan diterima dan satu salinan surat agihan hendaklah dihantar ke sekolah berkenaan. 12, Sekolah yang menerima peruntukan RMT hendaklah mengakaunkan jumiah yang diterima di bawah lajur pelbagai dalam Buku Tunai Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) dan menyelenggarakan Akaun Subsidiari RMT. PELARASAN PERUNTUKAN KEWANGAN 13, Sekolah yang mempunyai pertambahan murid yang layak mendapat RMT boleh memohon peruntukan tambahan kepada PPD/JPN sebelum 28 Februari tahun semasa, 14. JPN hendakiah mengemukakan permohonan peruntukan tambahan kepada Bahagian Kewangan sebelum 31 Mac tahun semasa dengan menggunakan borang seperti di Lampiran C. BAKI PERUNTUKAN TAHUN SEMASA 15. Definisi baki peruntukan tahun semasa ialah amaun/jumlah peruntukan RMT tahun semasa yang tidak habis dibelanjakan sehingga 31 Disember tahun semasa setelah ditolak semua tanggungan perbelanjaan yang ada. Baki tersebut hendaklah dibawa ke tahun berikutnya. BAKI BAWA KE TAHUN HADAPAN 16. _ Definisi baki bawa ke tahun hadapan ialah baki peruntukan tahun semasa yang dibawa ke tahun berikutnya. 17. Semua baki bawa ke tahun hadapan RMT akan dikira sebagai sebahagian peruntukan bantuan RMT tahun tersebut. PERANAN JAWATANKUASA RMT SEKOLAH 18. Jawatankuasa RMT yang diwujudkan di sekolah__hendaklah bertanggungjawab ke atas_- pengurusan —pemilihan dan __perlantikan pengusaha/pembekal makanan serta memantau menu dan kualiti makanan yang disediakan. 19. Jawatankuasa RMT boleh menamatkan khidmat pengusaha/pembekal makanan tersebut pada bila-bila masa sekiranya berlaku perianggaran terma perjanjian | eu y PELANTIKAN PEMBEKAL MAKANAN 20. Bagi nilai perolehan yang tidak melel RMS50,000 setahun, perolehan hendaklah dibuat secara lantikan terus kepada pengusaha kantin bagi sekolah yang mempunyai perkhidmatan kantin. Sekiranya sekolah tidak mempunyai perkhidmatan kantin, Jawatankuasa RMT sekolah boleh membuat lantikan terus kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan. Sekiranya ibu bapa murid berkenaan tidak berminat, Jawatankuasa RMT boleh membuat lantikan terus pembekalan RMT kepada keluarga guru/kakitangan sekolah berkenaan 21. Bagi nilai perolehan yang melebihi RM50,000 setahun, perolehan hendaklah dibuat dengan pelawaan sebutharga kepada sekurang-kurangnya lima (5) pembekal tertakiuk kepada Arahan Perbendaharaan dan peraturan-peraturan kewangan yang sedang berkuat kuasa PERJANJIAN PENYEDIAAN MAKANAN 22. _Pihak sekolah hendaklah menyediakan dokumen perjanjian dengan pembekal untuk tempoh tertentu dan boleh menamatkan khidmat pembekal tersebut pada bila- bila masa sekiranya berlaku perlanggaran terma perjanjian. Dokumen perjanjian adalah seperti di Lampiran D. 23. _ Pihak sekolah hendaklah memastikan pembekal makanan mematuhi syarat- syarat di dalam perjanjian berkenaan. MENU 24. Penyediaan RMT hendaklah mengikut dua puluh (20) jenis menu yang ditetapkan seperti di dalam Garis Panduan RMT. Pihak sekolah dicadangkan memilh lima (5) menu secara bergilir-gili.. Walau bagaimanapun, sekolah boleh membuat pilihan daripada dua puluh (20) senarai menu yang disediakan mengikut kesesuaian bahan dan kesukaan murid-murid PEMANTAUAN 25. Jawatankuasa RMT sekolah hendaklah bertanggungjawab memantau pelaksanaan RMT setiap hari dan memastikan pelaksanaan RMT mengikut garis panduan RMT dan peraturan yang ditetapkan, 26. Pinak JPN/PPD hendakiah membuat pemantauan bagi memastikan pelaksanaan RMT adalah mengikut garis panduan RMT dan peraturan yang ditetapkan LAPORAN PRESTASI PERBELANJAAN 27. Pina sekolah hendakiah menyediakan Laporan Prestasi Perbelanjaan RMT setiap bulan. Laporan prestasi berkenaan hendaklah dikemukakan kepada PPD/JPN empat kali setahun (suku tahun). JPN hendaklah mengemukakan laporan prestasi perbelanjaan suku tahun kepada Bahagian Kewangan, KPM mengikut tarikh berikut () Laporan Suku Tahun Pertama _ - Selewat-lewatnya 15 April (i) Laporan Suku Tahun Kedua —_——- Selewat-lewatnya 15 Julai (ii) Laporan Suku Tahun Ketiga _—_- Selewat-lewatnya 15 Oktober (iv) Laporan Suku Tahun Keempat _- Selewat-lewatnya 15 Disember PEMAKAIAN 28. Surat Pekeliling ini hendaklah dibaca bersama Garis Panduan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) Sekolah Rendah, Manual Prosedur Kerja RMT Sekolah Rendah serta Surat Siaran yang dikeluarkan dari semasa ke semasa TARIKH KUAT KUASA. 30. SPK Bil1 Tahun 2013 berkuat kuasa mulai Mei 2013. Surat Pekeliling Kewangan Bil. 7 Tahun 2010 Rancangan Makanan Tambahan Di Sekolah Rendah adalah dibatalkan. Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” “TINGKATKAN PRODUKTIVITI KURANGKAN KOS” {DATO DR. ROSLI BIN MOHAMED) Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia eae Pengarah Pelajaran Malaysia Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha, KPM Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, KPM. Ketua Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, KPM Setiausaha Bahagian, Audit Sekolah, KPM Setiausaha Bahagian, Audit Dalam, KPM Pengarah, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM Ketua Akauntan, KPM Pegawai Perhubungan Awam, KPM ©enNoaraon

You might also like