You are on page 1of 2

Selamat sejahtera berdirinya saya di sini pada hari ini adalah untuk mengisahkan

mengenai peristiwa 13 Mei. Seperti mana yang kita sedia maklum, Malaysia
merupakan satu negara yang aman serta mempunyai pelbagai kaum. Tetapi apa
yang kita kurang tahu adalah, cabaran-cabaran yang menempuh Malaysia sebelum
mengecap keamanan yang sedia ada ini. Antara cabaran yang telah berlaku di
tanah air kita adalah Peristiwa 13 Mei.
Peristiwa 13 Mei merupa titik hitam buat Malaysia. Bukan sahaja peristiwa ini
meragut banyak nyawa-nyawa yang tidak bersalah malah peristiwa ini telah banyak
mengajar generasi muda supaya lebih bersyukur dengan keamanan yang ada
sekarang. Isu perkauman adalah satu isu yang amat sensitif bukan sahaja buat
nagara Malaysia malah semua negara yang mempunyai lebih daripada satu kaum
menghuni negara mereka. Isu-isu seperti ini boleh membangkitkan segala
kemarahan yang ada di dalam seseorang insan itu. Hal ini kerana, sebagai seorang
manusia kaum kita merupakan sebahagian daripada maruah kita. Jika sesesiapa
cuba mencalarkan maruah kita sudah semestinya kita akan mempertahankannya.
Sama juga dengan peristiwa 13 Mei.
Peristiwa ini merupakan rusuhan kaum yang merupakan kemuncak masalah
perpaduan di Malaysia pada ketika itu. Peristiwa berdarag ini juga amat berkait rpat
dengan pilihanraya umum 1969. Hal ini kerana, semasa kempen pilihan raya 1969,
calon-calon pilihan raya dan ahli-ahli politik daripada pihak pembangkang telah
membangkitkan soal-soal Bangsa Malaysia berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan
(Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak
kerakyatan orang bukan Melayu. Mereka berbuat sedemikian kerana mereka ingin
mendapat faedah alam pilihan raya pada tahun tersebut.
Oleh itu, pada tahun tersebut parti perikatan yang terdiri daripada telah gagal
memenagi 2/3 kerusi diparlimen, walaupun masih berjay membentuk kerajaan
persekutuan. Hal ini merupakan kejayaan yang besar buat pihak pembangkang
kerana kerusi yang dimiliki oleh parti perikatan telah turun daripada 89 kerusi pada
pilihan raya 1964 kepada 66 kerusi. Disebabkan percapaian yang gemilang pada
pilihan raya, pihak pembangkang telah meraikan kemenangan mereka pada 11 Mei
1969. Perarkan itu sebenarnya tidak berniat untuk menimbulkan isu perkauman.
Tetapi segelintir pengikut perarakan tersebut yang identitinya tidak diketahui telah
mengeluarkan slogan-slogan yang sensitif mengenai isu perkauman semasa
berarak di jalan-jalan ray sekitar Kuala Lumpur. Pada 12 Mei, perarakkan diteruskan
di mana kaum cina berarak di kawasan melayu sambil melontarkankan penghinaan
sehingga mendorong kepada kejadian trajik ini. Pihak pembangkang yang
sebahagian besar kaum cina, mendapatkan permit polis bagi perarakan
kemenangan melalui jalan yang ditetapkan di Kuala Lumpur. Bagaimanapun
perarakan melencong dari laluan yang ditetapkan dan melalui kawasan Melayu
Kampung Baru. Sesetengah penunjuk perasaan membawa penyapu sebagai tamda
menghalau kaum melayu dari kuala lumpur.

Di rumah menteri bear Selangor pula, orang melayu telah berkumpul di sana . dato
idris harun sebenarnya ingin mententeramkan keadaan. Tetapi, rupa-rupanya org
melayu tlh berkumpul dgn mmbawa pedang dan parang panjang dan sdg
mennungu masa dato idris harun utk mengarahkan mereka supaya menyerang org
cina.
Disebabkan keadaan menjadi semakin teruk,
Pasukan Federal Reserve Unit (FRU) dikeluarkan dari Kampung Baru dan askar
Rejimen Renjer mengambil alih. Pasukan itu terdiri dari orang-orang Melayu, Iban,
Cina,India, Sikh, Gurkha dan lain-lain menembak orang-orang Melayu. Hal ini
menyebabkan kemarahan orang Melayu semakin meluap-luap. Menurut laporan,
ketua pasukan Rejimen Renjer dikatakan berbangsa Cina. Pemuda-pemuda yang
mempertahankan Kampung Baru dan lain-lain mengamuk. Hal ini kerana, mereka
berasa diri mereka terkepung antara orang Cina dan askar Rejimen Renjar.
Rejimen Renjar diggantikan dengan askar Melayu. Pentadbiran diambil alih oleh
askar Melayu. Malangnya, Beberapa askar Melayu telah memasuki ke kedai-kedai
emas milik kaum Cina dan mengambil harta benda mereka. Ada yang terpaksa
menembak ke atas rumah kedai orang Cina kerana mereka membaling botol-botol
ke arah mereka.
Pada ketika itu panggung odean sdg menayangkan filem They Came To Rob Las
Vegas. Pemuda-pemuda Cina mengepung panggung Odean. Mereka menyuruh
penonton-penonton Cina keluar dari panggung dengan menggunakan iklan-iklan
berbahasa Cina. Pemuda-pemuda Cina tersebut menyerbu panggung dan
membunuh orang Melayu dalam keadaan yang amat mengerikan. Hampir semua
penonton di dalam panggung mati.
Di pasar, askar Melayu menembak orang-orang Cina yang tidak patuhi perintah
berkurung. Di lebuh raya, penduduk Melayu Kampung Kerinchi membuang pasu ke
jalan raya dan menyebabkan kesesakan lalu lintas. Di lapangan terbang Sungai
Besi, askar Melayu telah menenbak orang Cina yang baru balik dari luar negeri
kerana bertanggapan bahawa mereka melanggar perintah berkurung.
Pengajaran
Rusuhan kaum tidak menguntungkan sesiapa. Malahan, rusuhan kaum merugikan
semua pihak dengan kehilangan nyawa dan kerosakkan harta benda
Langkah-langkah konkrit harus diambil untuk mengeratkan perpaduan nasional dan
keharmonian antara kaum
Setiap rakyat harus menghormati satu sama lain. Kita harus bersikap toleran dan
menghormati adat resam kumpulan-kumpulan etnik lain.

You might also like