You are on page 1of 4

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Ngee Heng Johor Bahru telah


dibuka pada tahun 1920. Bahasa pengantarnya adalah
dalam Bahasa Inggeris dan dinamakan NGEE HENG
ENGLISH SCHOOL.
Asal bangunan sekolah ini terletak dipersimpangan
Jalan Abdul Rahman Andak dengan Jalan Draper. Dalam
tahun 30-an, sekolah ini dipindahkan ke Jalan Glendening.
Selepas tahun 1946, sekolah ini telah
dinamakan NGEE HENG PRIMARY SCHOOL(2).
Pentadbirannya dibahagikan kepada dua orang Guru Besar.
Pada tahun 1973 apabila Dasar Pelajaran Kebangsaan
dilaksanakan, sekolah ini dinamakan SEKOLAH RENDAH
KEBANGSAAN NGEE HENG. Sekolah ini ditadbir oleh
seorang Guru Besar sahaja.
Pada tahun 1982, sekali lagi sekolah ini dipindahkan
ke bangunan yang digunakan sekarang. Bangunan ini
terletak di Jalan Abdul Rahman Andak. Sekolah ini terdiri
daripada satu bangunan batu dan satu bangunan papan.
Bangunan lama telah dijadikan PEJABAT PENDIDIKAN
DAERAH JOHOR BAHRU.
Sejak kewujudan sekolah ini, sehingga sebelum Tanah
Melayu diperintah oleh Jepun, Guru Besar guru besarnya

terdiri daripada orang orang Inggeris. Anak Melayu yang


pertama memegang jawatan Guru Besar di sekolah ini
ialah EN. SAMSUDDIN B. ABBAS pada tahun 1984.
Sekolah ini telah melahirkan ramai negarawan, ahli
akademik, ahli politik, doctor, peguam, arkitek dan ramai
lagi dalam bidang bidang tertentu.
Antara murid murid tua sekolah ini yang terkenal
ialah:
1. Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum
Sultan Ismail (Sultan Negeri Johor Darul Tazim),
2. Allahyarham Tun Hussein b. Onn (Perdana Menteri
Malaysia ke -3),
3. Tan Sri Musa b. Hitam (Bekas Timbalan Perdana
Menteri Malaysia),
4. Tan Sri Mohammad b. Rahmat (Bekas Menteri
Penerangan Malaysia),
5. Allahyarham DatoHaji Yunus b. Sulaiman (Bekas
Speaker Dewan Undangan Negeri Johor)
6. Prof. Diraja Ungku Abd. Aziz b. Abd. Majid (Bekas
Naib Canselor Universiti Malaya)

SENARAI GURU BESAR DARI TAHUN 1973 HINGGA


SEKARANG
BIL

NAMA GURU BESAR

TAHUN

1.

En. P.V Kulaisingam

(1973 1983)

2.

En. P. Sivalingam

(1983 1984)

3.

En. Samsuddin B. Abas

(1984 1986)

4.

En. Abd. Rahman B. Awang

(1986 1987)

5.

En. S. S Sidhu

(1987 1989)

6.

En. Embi B. Hj. M.Yusof

(1989 1991)

7.

En. Abd. Rashid B. Saaidun

(1991 1992)

8.

En. S.S Sidhu

(1992 1993)

9.

En. Abd. Rashid B. Saaidun

(1993 1995)

10. En. Talib B. Omar

(1997 1998)

11. Pn. Fuziah Bt. Hassan

(1998 1999)

12. En. Kamaruddin B. Abu Hassan

(1999 2000)

13. Pn. Hjh. Hamidah Bt. Sihap

(2001 2002)

14. Pn. Masitah Bt. Adenan

(2003 2004)

15. Pn. Too Sau Chan

(2004 2009)

16. Pn. Hisah Bt. Awang

(2009 2012)

17. Cik Shariffah Zuraida bt Syed Zain (2012-sekarang)

You might also like