Professional Documents
Culture Documents
Pada era teknologi pada masa kini, pelbagai usaha telah dilakukan untuk
melahirkan masyarakat yang berguna yang berbakti kepada Negara dan bangsa.
Berdasarkan teori-teori pembelajaran yang telah dipelajari, terdapat pelbagai usaha
yang telah dijalankan oleh tokoh-tokoh yang membentuk pelbagai teori dalam
melahirkan sebuah masyarakat yang kreatif.
Berdasarkan usaha yang diberikan pada bagaian yang pertama, kita dapat lihat
untuk menjadikan sesorang itu insan atau manusia yang sempurna atau seimbang,
beliau haruslah mempunyai pembelajaran yang sistematik dan teratur.
Dalam teori behaviorisme, saya mengfokuskan kepada usaha yang dilakukan oleh E.L
Thorndike iaitu beliau banyak melakukan kajian terhadap pembelajaran manusia,
pendidikan dan ujian mental. Dalam teori beliau menyatakan, terdapat hubungan antara
ransangan dan gerak balas yang berlaku dalam pembelajaran,seperti contoh yang
ditunjukan di sekolah ialah guru akan bertanyakan soalan kepada murid dan
meletakkan ganjaran kepada murid dan murid mengangkat tangan untuk menjawabnya.
Hal ini menunjukkan, murid ingin menjawab soalan dengan adanya ganjaran iaitu
rasangan dan murid akan mengangkat tangan untuk menjawab merupakan gerak balas
daripada murid dengan sendirinya. Hal ini menunjukan teori beliau dapat memupuk
semangat murid untuk menimba ilmu dengan bersungguh-sungguh walaupun tanpa
ganjaran kerana ganjaran hanyalah permulaan untuk menarik minat mereka untuk
menarik minat mereka supaya minat dalam pelajaran tersebut.
Di dalam teori beliau menyatakan terdapat tiga prinsip dalam pembelajaran iaitu
hukum kesediaan, hukum latihan dan hukum kesan. Hukum kesediaan ialah tindakan
yang penting dalam proses pembelajaran kerana murid dan guru haruslah mempunyai
persediaan diri sebelum memulakan pengajaran. Jika tidak pengajaran dan
pembelajaran tidak akan berkesan. Contoh yang dapat diberikan ialah murid harus
bersemangat, murid harus bersedia untuk dibimbing dan banyak lagi.
Teori humanism pula menyatakan sesuatu yang berkaitan potensi, bermotivasi
dan berkeupayaan. Perkaran itu semua terdapat di dalam semua sanubari individu. Carl
rogers beranggapan bahawa setiap manusia pada setiap dasarnya dalah baik dan
mempunyai motivasi yang tinggi untuk mencapai potensi diri yang baik. Sekiranya
berlaku yang sebaliknya, hal ini kemungkinan disebabkan factor persekitraan yang
menyebabkan individu tertentu terlibat dengan perkara yang yang tidak baik.
Di dalam teori beliau menekankan pembelajaran kepada dua iaitu pembelajaran
kognitif dan pembelajaran pengalaman. Pembelajaran kognitif yang dinyatakan beliau
tidak mempunyai makna kerana hanya bertumpukan kepada akademik. Pembelajaran
pengalaman yang dinyatakan beliau mempunyai unsur yang seimbang dalam diri
manusia. pembelajaran ini melibatkan proses pembelajaran, merancang, membuat,
menganalisa, merumus dan membuat keputusan. Perkara demikian dapat ditunjukkan
melalui seorang pelajar sedang menjalani P&P dan beliau juga merancang cara untuk
memahami perkara yang diajar guru dengan membuat nota kecil dan memberi
perhatian
yang
penuh.
Kemudian
beliau
akan
melakukan
latihan
mengenai