You are on page 1of 4

Adat Perkahwinan

Merisik

Adatnya tidak banyak bezanya daripada adat masyarakat Melayu. Sebelum


perkahwinan berlangsung, upacara merisik terlebih dahulu dilakukan terhadap
gadis yang menjadi calon. Caranya hampir sama dengan cara yang diamalkan
oleh suku kaum yang lain iaitu dengan melantik wakil bagi menemui keluarga
gadis. Setelah mendapat kepastian bahawa gadis itu belum ada ikatan apa-apa
dan secocok dengan keinginan pihak lelaki tentang rupa paras, budi bahasa
serta martabat keluarganya, barulah diikuti dengan upacara seruan yakni
menyimpul tali pertunangan.

Meminang.

Upacara meminang dilakukan dalam satu majlis yang dinamakan seruan. Dalam
majlis itu, pihak lelaki membawa sebentuk cincin, sepersalinan pakaian dan
wang tunai sebanyak RM100.00 sebagai pengikat tali pertunangan. Masa
pertunangan biasanya berlangsung selama setahun untuk membolehkan pihak
lelaki membuat persediaan. Apabila tempoh yang ditentukan tiba, pihak lelaki
menghantar semua barang yang dijanjikan dalam majlis seruan itu kepada pihak
perempuan.

Dalam

majlis

penyerahan

barang-barang

tersebut,

tarikh

perkahwinan ditentukan. Pihak keluarga perempuan menentukan jumlah kerbau


yang akan dihadiahkan untuk majlis perkahwinan. Tujuh ekor bagi keluarga yang
berada, tiga ekor bagi keluarga yang sederhana dan seekor bagi keluarga biasa.
Mas kahwin dan hadiah lain seperti sepersalinan pakaian yang lengkap, sirih
pinang,

alat

persolekan

perkahwinan nanti.

dan

sebagainya

akan

diberikan

dalam

majlis

Majlis Perkahwinan Pengantin Bajau.

Majlis perkahwinan dibuat sebelum hari perkahwinan. Keluarga yang berada


mengadakan majlis tujuh hari sebelumnya, tiga hari bagi keluarga sederhana
dan sehari bagi keluarga miskin. Sepanjang hari tersebut, pada sebelah
malamnya majlis titik diadakan yakni memainkan alat muzik yang terdiri
daripada kulintangan, gong, bebandil dan gendang di tempat kediaman keduadua belah pihak. Kumpulan muzik ini mengandungi enam orang pemain yang
diketuai oleh seorang wanita yang memainkan kulintangan, dua orang pemukul
gendang, dua orang pemain gong dan seorang pemain bebandil. Majlis ini
mungkin berlangsung hingga larut malam, kemudian diikuti dengan tarian
tradisional yang dikenal sebagai runsai. Tarian ini memerlukan antara enam
hingga lapan onang penari termasuk dua orang wanita. Tarian ini menjadi
bertambah meriah apabila diserikan dengan kalang iaitu pantun dua kerat yang
dijual dan dibeli oleh penari lelaki dan perempuan.

Sehari sebelum hari perkahwinan, bakal pengantin lelaki dan perempuan akan
didandan oleh beberapa orang mak andam. Dandanan ini termasuklah mandi
bedak dengan ramuan bedak tepung beras yang bercampur bunga-bungaan
pada sebelah malam. Pada hari perkahwinan, pengantin dihias dengan pakaian
yang baru, selalunya berwarna kuning dan hijau yang diperbuat daripada sutera.
Rambut pengantin perempuan dihiasi dengan 'serempak' iaitu sejenis mahkota.

Pengantin lelaki yang berpakaian serba kuning lengkap dengan tanjak dan
bersenjatakan sebilah keris diusung dengan tandu oleh beberapa orang ahli
keluarganya, atau menunggang kuda ketika menuju ke ke diaman pengantin

perempuan dengan diiringi pukulan gong berirama tigad-tigad semasa melalui


jalan yang dihias dengan bendera yang berwarna-warni.

Beberapa das tembakan dilepaskan sebagai tanda hormat dan alu-aluan akan
ketibaan rombongan pengantin lelaki di halaman rumah pengantin perempuan.
Pengantin lelaki yang turun dari tandu atau kudanya dijulang di atas bahu
anggota rombongan atau didukung masuk ke rumah pengantin perempuan. Dia
kemudiannya dipersilakan duduk di tempat yang dikhaskan untuknya dan bunyi
gong pun diberhentikan. Di situ, pengantin lelaki menunggu majlis akad nikah.

Setelah tiba waktunya, pengantin lelaki mengambil wuduk dan majlis akad nikah
dilangsungkan. Pengantin lelaki kemudian masuk ke bilik pengantin perempuan
untuk

upacara

membatalkan

air

sembahyang.

Pengantin

lelaki

dan

rombongannya harus melalui beberapa lapis tabir yang dijadikan halangan


sebelum masuk ke bilik pengantin perempuan. Setiap tabir itu hanya akan
dibuka apabila dibayar sekitar RM1O hingga RM2O ataupun membaca sebuah
pantun,

syair

dan

nasyid

empat

kerat

yang

dilagukan.

Setelah pengantin lelaki membatalkan air sembahyang dengan menyentuh dahi


isterinya, kedua-dua mempelai itu disandingkan. Kemudian kedua-dua pengantin
keluar untuk bertemu dan bersalaman dengan tetamu.

Tarian Limbai

Budaya tarian tradisional di kalangan masyarakat Bajau antaranya ialah Tarian


Limbai dan Runsai. Tarian Limbai merupakan sejenis tarian tradisional suku kaum
bajau Kota Belud. Tarian Limbai biasanya ditarikan ketika menyambut ketibaan
pengantin lelaki yang diarak kerumah pengantin perempuan. Sebaik rombongan
pengantin sampai, perarakan dihentikan buat sementara, lalu tarian Limbai
dipersembahkan di hadapan pengantin. Ia merupakan upacara khas sebagai
isyarat menjemput pengantin lelaki naik ke rumah untuk melakukan ijab dan
kabul. Tarian Limbai diiringi oleh irama kulin tangan.

Kumpulan muzik ini mengandungi enam orang pemain yang diketuai oleh
seorang wanita yang memainkan kulintangan, dua orang pemukul gendang, dua
orang pemaian gong dan seorang pemain bebandil. Tarian ini mengiringi
anggota-anggota rombongan lelaki naik ke rumah. Penari-penari melambailambaikan selendang mereka sebagai lambang mengundang dan mengucapkan
selamat datang. Selain tarian Limbai, Runsai juga merupakan tarian tradisional
suku kaum Bajau di Kota Belud. Runsai selalu di tarikan di majlis perkahwinan
pada sebelah malam. Tarian ini memerlukan antara enam hingga lapan orang
penari termasuk dua wanita. Tarian ini menjadi bertambah meriah apabila
diserikan dengan kalang iaitu pantun dua kerat yang dijual dan dibeli oleh penari
lelaki dan perempuan.

You might also like