You are on page 1of 2

Tutorial 1 (SDP)

1. Senaraikan 5 faedah yang diperolehi melalui pembelajaran Seni Dalam Pendidikan.

Meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi serta kemahiran dalam


bidang seni visual, seni muzik dan seni pergerakan yang diamalkan pengajaran
dan pembelajaran.

Membina dan mengamal nilai-nilai murni melalui pelbagai pengalaman seni


visual, seni muzik dan seni pergerakan.

Menyedari dan menghargai suasana seni dalam persekitaran dan kaitannya


dengan keselesaan hidup.

Membina jati diri ke arah pembentukan negara bangsa.

Menjadikan seni dalam pendidikan sebagai tunjang dalam kerjaya keguruan.

2. Huraikan bagaimana faedah ini mempengaruhi kehidupan seharian anda dengan


merujukan kepada teori pembelajaran. Jawapan anda hendaklah disokong dengan
pandangan tiga orang tokoh bidang ini.
1. Aktiviti Seni Visual Muzik dan Pergerakan sebenarnya boleh mendorong kanakkanak menggunakan imaginasi, ekspresi, inkuri, kecerdasan dan sebagainya.
Menurut Teori Konstruktivisme, murid-murid belajar secara aktif dengan
membina ilmu pengetahuan diri sendiri. Justeru itu, melalui pembelajaran ini, kita
dapat membantu dan memudahkan kanak-kanak mengaitkan pengetahuan yang
baru dipelajari dengan pengetahuan yang telah mereka perolehi dan menguasai
maklumat tersebut dengan pengetahuan yang mereka ada. Dengan itu, kanakkanak akan menerangkan pengetahuan baru mereka melalui pelbagai cara dan
bentuk. Seterusnya, aktiviti lanjutan akan dibuat lagi mengukuhkan pemahaman
mereka.
2. Melahirkan guru yang kreatif, inovatif, peka, berpersonaliti yang seimbang,
berketrampilan dan professional.
Menurut Leonardo da Vinci menyatakan bahawa dengan penghayatan seni yang
betul, ianya akan memotivasikan kita untuk menjadi seorang guru yang kreatif,
inovatif, peka, berpesonaliti yang seimbang, berketrampilan dan professional.
Guru yang kreatif mampu menarik perhatian murid untuk belajar dengan lebih
berkesan. Contohnya, melalui aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan, guru
dapat membantu murid-muridnya melibatkan diri secara aktif dalam
pembelajaran dan mendorong kanak-kanak menggunakan imaginasi, ekspresi,
inkuiri dan kecerdasan kepada murid-murid dan mereka akan berasa seronok
semasa belajar dalam kelas.

3. Huraikan sembilan keinginan kanak-kanak.


a. Keinginan untuk bergerak
Kanak-kanak suka mengambil peluang untuk bermain dan melibatkan diri dalam
sebarang kegiatan fizikal.
b. Keinginan untuk berjaya dan diiktiraf.
Kanak-kanak bukan sekadar ingin berjaya tetapi inginkan kerjayaan itu dihargai.
c. Keinginan untuk diterima oleh kumpulan sebaya dan sebagai ahli dalam
masyakat.
Kanak-kanak inginkan mereka diterima, disanjung, dihargai dan dihornati oleh
orang lain.
d. Keinginan untuk bersaing.
Kanak-kanak suka bersaing untuk memperlihatkan kemahiran dan kekuatan
fizikal yang setara dengan rakan-rakan sebaya.
e. Keinginan ketangkasan fizikal dan sebagai daya penarik.
Kanak-kanak gemar kepada aktiviti fizikal dan membentuk penampilan diri atau
harga diri untuk menyesuaikan dirinya dalam masyarakat.
f.

Keinginan untuk meneroka.


Kanak-kanak gemar melibatkan diri dalam sesuatu kegiatan yang luar biasa
tetapi menyeronokan.

g. Keinginan untuk pencapaian kreatif.


Kanak-kanak gemar mengalami perkara baru melalui aktiviti kreatif.
h. Keinginan untuk meluahkan perasaan melalui pergerakan.
Kanak-kanak gemar aktiviti yang memberi pelauang untuk meluahkan idea
mengenal diri dan persekitaran mereka.
i.

Keinginan untuk kefahaman.


Kanak-kanak mempunyai keperluan dan ingin mengembangkan kefahaman dan
ingin mempelajari perkara baru. Justeru itu, mereka dapat meneroka, menyentuh
dan merasai pemikiran serta interaksi mereka dengan persekitaran.

You might also like