You are on page 1of 2

JURNAL MINGGU 6

(09/03/2015 14/03/2015)
MURID TIDAK MENGHORMATI GURU DAN TIDAK MENDENGAR KATA

1. Masalah / Peristiwa
Masalah yang telah saya hadapi pada minggu ini ialah masalah
murid tidak menghormati guru dan tidak mendengar kata. Ketika guru
mengajar di hadapan, ada sahaja murid yang bercakap di belakang.
Apabila ditegur oleh guru, murid tersebut akan diam untuk seketika dan
bising kembali setelah guru meneruskan pengajaran. Walaupun telah
didenda oleh guru, namun mereka masih melakukan kesalahan yang
sama seolah-olah mempersendakan tindakan guru itu.

2. Analisis
Masalah ini timbul kerana guru terlalu baik dan gemar melayan
karenah murid. Apabila guru sering berbual dan berbuat baik dengan
murid, mereka mula menyalahgunakan kebaikan guru itu. Mereka mula
menganggap guru seperti rakan mereka dan rasa hormat kepada guru
juga telah hilang dalam diri mereka kerana mereka merasakan bahawa
mereka boleh melakukan apa sahaja pada rakan mereka.

3. Cadangan Tindakan Susulan

Guru tidak boleh terlalu baik dengan murid dan tidak boleh melayan
karenah mereka.
Guru perlu menerapkan nilai hormat-menghormati dalam diri murid
agar mereka dapat menghormati guru serta orang lain di sekeliling
mereka.
Guru perlu memberi kesedaran kepada murid tentang pentingnya
menghormati guru kerana gurulah yang memberi ilmu kepada
mereka. Jika guru tidak redha pada ilmu yang diberikan kepada
mereka, mereka tidak akan faham dan ingat apa yang telah diajar
oleh guru.

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan


Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh empat
minggu agar murid-murid di sekolah ini dapat menunjukkan sikap hormat-

menghormati, bukan sahaja kepada guru malah orang lain yang berada di
sekeliling mereka termasuklah rakan-rakan mereka sendiri

You might also like