You are on page 1of 22

Ucapan Pembukaan

1.

Terima kasih Tuan PENGACARA MAJLIS,

Assalamualaikum Warahmatullah hiwabarakatuh


SLIDE 1
Pendahuluan
1. Tanah merupakan salah satu ASET TERPENTINGkepada
umat manusia di mana ia boleh dilihat daripada pelbagai
perspektif kepentingan sama ada politik, ekonomi dan
sosial.
2. Tanah juga MELAMBANGKAN KEKUASAAN DAN
KEDAULATAN BAGI SESUATU BANGSAyang lahir dan
berasal dari bumi yang tercinta.
3. NAMA BAGI SESEBUAH NEGARAadalah bersusur galur
daripada nama sesebuah bangsa yang telah bermastautin
di atas tanah tersebut.
4. Kehancuran sesebuah bangsa juga berpunca daripada
PERTELAGAHAN DAN PERSELISIHANyang bukan
melibatkan antara satu bangsa dan satu bangsa yang lain
tetapi melibatkan pertelingkahan sesama sendiri.
5. Analoginya mudah, semua bangsa yang ada di atas muka
bumi
Allah
ini
memiliki
TANAH
KELAHIRAN
BANGSAmereka kecuali Bangsa Yahudi.
6. Bangsa Yahudi tidak mempunyai tanah tumpah darah
keturunan mereka tetapi berjaya memiliki tanah di atas
bumi Palestin yang merupakan tanah milik bangsa Arab
sejak berabad-abad lamanya.

7. Puncanya ialah, pertelagahan sesama bangsa Arab


semasa era penjajahan Eropah selepas tamatnya Perang
Dunia Pertama.
SLIDE 2 HINGGA 10
Tafsiran Melayu
1. PERKARA 160, PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN :
seseorang yang menganuti AGAMA ISLAM, BERTUTUR
DALAM BAHASA MELAYU, MENGAMALKAN ADAT
ISTIADAT MELAYU dan

Lahir di PERSEKUTUAN atau SINGAPURA sebelum


MERDEKA atau ibu atau bapanya atau salah satunya
lahir di PERSEKUTUAN atau SINGAPURA atau telah
bermastautin PERSEKUTUAN atau SINGAPURA pada
hari MERDEKA, atau
Berketurunan MELAYU sama ada ibu atau bapanya.

2. ENAKMEN RIZAB MELAYU 1933 (FMS BAB 142)

seseorang yang berketurunan mana-mana suku


MALAYAN
bertutur dalam BAHASA MELAYU atau mana-mana
bahasa suku MALAYAN, dan
menganut AGAMA MUSLIM (ISLAM).

3. ENAKMEN RIZAB MELAYU JOHOR 1936

seseorang yang berketurunan Melayu atau mana-mana


suku MALAYSIAN
bertutur dalam BAHASA MELAYU atau mana-mana
bahasa suku MALAYSIAN,
menganut AGAMA MUSLIM (ISLAM) dan,
2

lain-lain yang terkandung di dalam Jadual Kedua


seperti pihak berkuasa, lembaga, badan-badan,
pertubuhan-pertubuhan, persekutuan dan syarikat yang
disenaraikan.

4. ENAKMEN RIZAB MELAYU KEDAH 1931

seseorang yang beragama AGAMA MUSLIM (ISLAM)


bertutur dalam BAHASA MELAYU
sekurang-kurangnya salah seorang ibu atau bapanya
berketurunan suku Melayu atau Arab.

5. ENAKMEN RIZAB MELAYU KELANTAN 1930

seseorang yang berketurunan mana-mana suku


MALAYAN
bertutur dalam mana-mana bahasa suku MALAYAN
menganut agama MUHAMMAD (ISLAM) dan,
mestilah termasuk (a) Majlis Ugama Islam, (b)
Pentadbir Rasmi yang bertindak sebagai pentadbir
atau pemegang amanah ke atas harta pusaka bagi
simati MELAYU.

6. ENAKMEN RIZAB MELAYU PERLIS 1935

seseorang yang berketurunan mana-mana suku


MELAYU atau,
seseorang berketurunan ARAB
bertutur dalam BAHASA MELAYU atau mana-mana
bahasa suku MALAYAN dan,
menganut AGAMA MUSLIM (ISLAM).

7. ENAKMEN RIZAB MELAYU TERENGGANU 1941

seseorang
MALAYAN

yang

berketurunan

mana-mana

suku

bertutur dalam BAHASA MELAYU atau mana-mana


bahasa suku MALAYAN dan,
menganut AGAMA MUSLIM (ISLAM).

8. SEKSYEN 94, AKTA KANUN TANAH NEGARA


(HAKMILIK PULAU PINANG DAN MELAKA) 1963
seseorang yang menganut AGAMA ISLAM, bertutur dalam
BAHASA MELAYU, mengamalkan adat istiadat MELAYU
dan,
sebelum MERDEKA telah lahir di PERSEKUTUAN
atau salah seorang ibu atau bapanya telah lahir di
PERSEKUTUAN
atau
telah
bermastautin
di
PERSEKUTUAN,
Berketurunan MELAYU sama ada ibu atau bapanya.
Rumusan Definisi Melayu
1. BERKETURUNAN
MALAYAN

MELAYUatau

mana-mana

suku

2. Lazimnya BERTUTUR DI DALAM BAHASA MELAYU


atau bahasa mana-mana suku MALAYAN
3. Beragama ISLAM
SLIDE 11
Sejarah pemerintahan tradisional Melayu dan pentadbiran
tanah pra kolonial
1. Sebelum kedatangan kuasa-kuasa Eropah ke Nusantara,
sistem pemilikan tanah feudal Melayu adalah dibawah
bidang kuasa pemerintah natif yang terdiri daripada rajaraja Melayu yang mempunyai kerajaan dan tanah jajahan
tradisional.

2. Terdapat hieraki sistem feudal Melayu yang telah wujud di


mana raja-raja Melayu menjadi pemerintah tertinggi dan
dibantu oleh pembesar-pembesar yang dilantik.
3. Dalam konteks perundangan Tanah, rakyat hanya
mengusahakan tanah-tanah yang berada dalam wilayah
jajahan takluk Kerajaan Tradisi Melayu setelah mendapat
keizinan Raja yang memerintah.
4. Sebagai balasan, rakyat akan membayar cukai tanah
kepada Raja melalui pembesar-pembesar tradisional yang
dilantik.
5. Oleh itu, pemilik mutlak bagi tanah-tanah di dalam kawasan
empayar kesultanan tradisional Melayu adalah Raja yang
memerintah.
SLIDE 12 DAN 13
Kedatangan kuasa Penjajah Eropah
1. Portugal merupakan penjajah pertama yang telah sampai
ke Alam Melayu pada 11 Ogos 1511 setelah berjaya
menundukkan Empayar Kesultanan Melaka.
2. Seterusnya diikuti oleh penjajah Belanda yang menjajah
Tanah Jawa dan Kepulauan Hindia Barat serta berjaya
merampas Melaka daripada Portugal pada tahun 1641.
3. Inggeris berjaya bertapak di Pulau Pinang pada tahun 1786
dan seterusnya meluaskan tanah jajahannya yang
merangkumi Tanah Melayu, Singapura dan Borneo.
Pengenalan Undang-Undang Tanah Inggeris

1. British merupakan kuasa penjajah dominon yang telah


berjaya menakluk negeri-negeri Melayu di Tanah Melayu
atas namaProtectorate States serta wilayah Utara Borneo.
2. Corak penguasaan Inggeris di Tanah Melayu dan Borneo
Utara merangkumi hal-hal politik, ekonomi dan sosial di
mana nilai-nilai Inggeris telah diperkenalkan termasuklah
sistem perundangan Tanah yang berasaskan Sistem
Torrens.
3. Undang-undang Tanah tradisi Melayu telah ditokok tambah
dan sistem perundangan Tanah Inggeris yang diceduk dari
England dan India telah diterapkan dalam pentadbiran
tanah.
4. Perjanjian Pangkor 1874 telah menjadi asas doktrin
pengasingan politik dan nilai adat serta kebudayaan
Melayu dan kekal diamalkan sehingga kini di mana rajaraja Melayu tidak mempunyai kuasa mutlak ke atas Tanah
kecuali menerima nasihat daripada Residen British dan kini
Menteri Besar.
5. Negeri-negeri Selat yang merangkumi koloni Pulau Pinang,
Melaka dan Singapura telah diwujudkan dan ditadbir
secara langsung sebagai Tanah Jajahan British.
6. Negeri-Negeri Melayu Bersekutu merupakan persekutuan
pertama yang diwujudkan oleh Inggeris pada tahun 1896
merangkumi Negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan
Pahang serta diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British.
7. Peraturan Tanah 1897 telah diperkenalkan
menyeragamkan pentadbiran tanah di FMS.

bagi

8. Perjanjian Bangkok 1909 yang ditandatangani antara


British dan Siam menyaksikan 4 buah negeri Melayu utara

dan wilayah utara Negeri Perak diserahkan oleh Siam


kepada British.
9. Pada tahun 1914, Sultan Ibrahim dari Johor telah
menerima Penasihat Inggeris yang menandakan tamatnya
kedaulatan penuh Kerajaan Johor. Negeri-negeri ini
dikenali sebagai Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu.
SLIDE 14
Undang-Undang Tanah Adat Melayu sebelum TRM
1. Sebelum Enakmen Rizab Melayu 1913 diperkenalkan,
terdapat tiga perundangan tanah adat Melayu telah
diwujudkan oleh British iaitu :
a. Ordinan Hak Tanah Adat Melaka 1880
b. Seksyen 6, Selangor Land Code 1891
c. Customary Land Tenure 1909
SLIDE 15 HINGGA 18
Takrif Tanah Rizab Melayu
1. TRM merupakan suatu bentuk pemilikan tanah yang
dikhususkan kepada kaum Melayu sebagai tempat tinggal
dan punca ekonomi tradisional Melayu semasa era
kolonial.
2. TRM telah diperkenalkan oleh British setelah Enakmen
Rizab Melayu 1913 diperkenalkan dan dikuatkuasakan
pada 1 Januari 1914 di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.
3. Corak dan konsep ERM adalah sama seperti konsep
pemilikan
tanah-tanah
natif
yang
kebanyakkan
diperkenalkan di tanah-tanah Jajahan British seperti di

Belize (British Honduras), Koloni Afrika, New Zealand dan


koloni-koloni kepulauan Pasifik.
SLIDE 19
Jenis-jenis TRM
1. TRM berstatus Tanah Kerajaan
2. TRM bermilik yang dimiliki oleh orang Melayu
3. TRM bermilik yang dimiliki oleh orang Bukan Melayu yang
telah diisytihar sebelum tahun 1957.
SLIDE 20 HINGGA 22
1. Slide 20 Lokasi Kawasan Simpanan Melayu di atas Peta
2. Slide 21 Lokasi Kawasan Simpanan Melayu di atas
Helaian Lembaran Piawai.
3. Slide 22 bentuk hakmilik tanah yang diendorskan dengan
status Tanah Simpanan Melayu, Tanah Rizab Melayu,
Malay Reservation dan Pengisytiharan Rezab Melayu.
SLIDE 23
Wasiat Kedua Raja-Raja Melayu
Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu, dan kami
benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu
selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH
SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50 PERATUS,
selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.
Rumusan :
Tanah Simpanan Melayu merupakan salah satu hak
keistimewaan orang Melayu yang harus dipertahankan demi
kelangsungan ketuanan bangsa Melayu kini dan masa depan.

SLIDE 24 HINGGA 27
Sejarah Pembentukan TRM di Semenanjung Malaysia
1. 1896: Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (FMS) telah
dibentuk hasil daripada Mesyuarat Durbar yang pertama di
Kuala Kangsar merangkumi negeri-negeri Perak, Selangor,
Negeri Sembilan dan Pahang.
2. 1897 : Perwartaan Peraturan-Peraturan Tanah Negeri 1897
oleh Pesuruhjaya Tinggi British bagi Negeri-Negeri Melayu
Bersekutu.
3. 1908 : Mesyuarat Residen-Residen British bagi NegeriNegeri Melayu Bersekutu telah diadakan di Kuala Lumpur
di mana Residen British di Negeri Sembilan iaitu Douglas
Graham Campbell melahirkan kekhuatiran isu penyusutan
pegangan tanah kaum Melayu akibat daripada pelupusan
yang tidak terkawal antara peneroka natif Melayu dan
syarikat-syarikat perlombongan dan perladangan milik
pemodal-pemodal Eropah dan China.
4. Beliau turut mengusulkan satu perundangan khusus untuk
melindungi kepentingan pemilikan tanah kaum Melayu.
5. 1911 : Majlis Perundangan Kolonial British di Negeri-Negeri
Melayu Bersekutu telah menderafkan suatu Enakmen
Rizab Melayu.
6. 1913 : ERM 1913 merupakan enakmen pertama yang
diperkenalkan dan dikuatkuasakan pada 1 Januari 1914 di
Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.
7. 1909 : Perjanjian Bangkok telah ditandatangani antara
British dan Siam di mana negeri-negeri Melayu Utara iaitu
Perlis, Kedah, Wilayah Raman (Gerik), Kelantan dan
Terengganu telah diserahkan kepada British.
9

8. 1914 : Sultan Ibrahim dari Johor telah menerima Penasihat


British dan menamatkan kedaulatan Negeri Johor.
9. 1930 : ERM Kelantan 1930 diperkenalkan.
10. 1931 : ERM Kedah 1931 diperkenalkan.
11. 1933 : ERM 1913 telah dimansuhkan dan digantikan
dengan ERM (Negeri-Negeri Melayu Bersekutu Bab 142)
1933.
12. 1935 : ERM Perlis 1935 diperkenalkan.
13. 1936 : ERM Johor 1936 diperkenalkan.
14. 1941 : ERM Terengganu 1941 diperkenalkan.
15. 1957 : Persekutuan Tanah Melayu telah mencapai
kemerdekaan daripada Britain dan Perlembagaan
Persekutuan telah digunapakai sebagai Undang-Undang
Dasar Malaya.
16. Dengan itu, penguatkuasaan Perkara 89 diperuntukkan
bagi melindungi kepentingan tanah-tanah Rizab Melayu
dan Pegangan Adat yang telah wujud.
Sebab-sebab Kewujudan TRM
1. EKSPLOITASIoleh Kapitalis Bukan Melayu seperti ceti dan
pekedai runcit.
2. PERTIKAIANHak Warisan Tanah dalam kalangan pewaris
simati.
3. PENJUALAN Tanah oleh Peneroka Melayu kepada
pemodal Bukan Melayu.
10

4. CUKAI TANAHyang dikenakan oleh pemerintah colonial


British yang tinggi dan pemilik Melayu tidak mampu untuk
membayarnya.
5. PERKEMBANGAN SEKTOR EKONOMIpertanian moden
di Tanah Melayu seperti pertanian ladang-ladang komersial
dan sebagainya.
6. PERLOMBONGAN
7. Proses PEMBANDARAN
8. PENGAMBILAN TANAHuntuk pembinaan sistem jaringan
kereta api.
9. Pembukaan KAMPUNG-KAMPUNG BARU CINA.
SLIDE 28 HINGGA 32
Inisiatif dan Tindakan Inggeris
Berikut adalah laporan dan saranan pentadbir-pentadbir British
berhubung dengan kepentingan dan keperluan perwartaan
TRM:1. Laporan Pemungut Hasil Tanah Kuala Lumpur
Tahun 1905 dan 1906, 32 keping tanah milikan Melayu telah
dijual kerana ketidakupayaan pemilik Melayu di Kuala Lumpur
untuk membayar Cukai Tanah.
2. Mr. R.J.B. Clayton, Pegawai Daerah Ulu Langat,
Selangor
Mengadakan kempen kesedaran kepada kaum Melayu
bahawa kerajaan tidak menggalakkan mereka menjual
tanah,
11

Mengurangkan permintaan tanah untuk penanaman


getah sebaliknya ditanam dengan pokok kelapa
bersama tanaman-tanaman lain,

Memberi insentif cukai kepada penanam getah yang


menanam tanaman lain, dan

Mewujudkan sebuah kawasan Tanah Rizab Melayu.

3. Cadangan Mr. Ernest Woodford Birch (Residen Perak :


1905-1910)
Setiap daerah perlu menetapkan kawasan yang sesuai
untuk dirizabkan kepada orang Melayu,

Kelulusan Pemungut Hasil Tanah perlu diperoleh


sebelum tanah-tanah ini dijual kepada bukan Melayu,
dan

Cukai Tanah bagi kawasan khas ini mestilah kurang


daripada cukai tanah bagi tanah-tanah lain.

SLIDE 33 DAN 34
Tujuan Sebenar TRM diperkenalkan oleh Inggeris
1. Untuk
mengukuhkan
DASAR
PECAH
PERINTAHyang dibawa oleh penjajah Inggeris,

DAN

2. Untuk
memastikan
TRM
TIDAK
MENDAPAT
FAEDAHdaripada pemodenan dan pembangunan,
3. HANYA 20%sahaja TRM yang merupakan TANAH GRED
Ayang sesuai untuk pertanian, dan
4. Sikap British TALAM DUA MUKA demi menjaga hati dan
kepentingan Raja-Raja Melayu.
12

SLIDE 35
Gambaran Grafik TRM sebelum merdeka iaitu 18% daripada
keseluruhan Tanah Semenanjung.
SLIDE 36
Penggazetan TRM di kawasan penempatan Melayu yang
biasanya memiliki cirri-ciri berikut :1.
2.
3.
4.

Masjid Tempat beribadah


Pasar-pasar Melayu tempat jual beli
Balai raya kenduri dan perbincangan.
Sekolah agama rakyat dan surau untuk aktiviti kaum
wanita dan kanak-kanak.

SLIDE 37 HINGGA 39
Latarbelakang TRM
Tujuan
1. Untuk MENGHALANGBukan Melayu memiliki tanah
kerajaan yang terletak di dalam Kawasan Simpanan
Melayu, dan
2. Untuk MENYEKATsebarang urusniaga persendirian antara
Bukan Melayu dan Melayu yang melibatkan TRM.
Keunikan
1. SEKATAN URUS NIAGAbagi menghalang pemilik Melayu
melakukan urus niaga seperti pindah milik, gadaian,
pajakan dan lien kepada Bukan Melayu.

13

2. SEKATAN
PELUPUSANiaitu
larangan
pelupusan,
pemberian permit dan Lesen Pendudukan Sementara
(TOL) ke atas tanah-tanah Kerajaan Negeri atau
Persekutuan yang belum diberi milik atau dilupuskan dan
berada di dalam kawasan Rizab Melayu yang digazet
kepada bukan Melayu.
3. SEKATAN BUKAN URUS NIAGAseperti hak bukan
Melayu untuk memasukkan kaveat, perletakhakkan,
penahanan, amanah, pemberian probet dan surat wakil
kuasa ke atas tanah-tanah bermilik TRM.
4. KUASA RAJA DALAM MESYUARATuntuk membuat
ketetapan berkaitan TRM.
5. UNDANG-UNDANG YANG BERTENTANGANdengan
TRM terbatal secara automatik.
Keistimewaan
1. PROSES
PEMINDAAN
DAN
PEMANSUHANyang
memerlukan kelulusan daripada 2/3 ahli Dewan Rakyat
(Parlimen) atau Dewan Undangan Negeri (DUN).
2. SEKATAN PEMBERIMILIKAN DAN URUS NIAGAke atas
TRM berstatus Tanah Kerajaan dan Tanah Bermilik kepada
Bukan Melayu.
3. DEFINISI MELAYUdi mana ERMmengatasi tafsiran
Melayu di dalam Perkara 160 dan Perkara 89 Fasal 6,
Perlembagaan Persekutuan.
4. PENGGANTIAN
TRMyang
PENGAMBILAN TANAH.

terlibat

dengan

5. PENGGANTIAN SEMULA TRMyang DILUCUT STATUS.

14

SLIDE 40 HINGGA 50
Isu-isu Penyusutan dan Kehilangan Tanah Rizab Melayu
sepanjang 100 tahun
1. Pengambilan Tanah
2. Tindakan PBN menarik balik status TRM yang mempunyai
sumber galian.
3. Penganugerahan konsesi balak di atas TRM
4. Permohonan pemilik TRM untuk menarik status.
5. Himpitan Pembangunan
6. Proses Pembandaran
SLIDE 51HINGGA 52
Cadangan Penubuhan Lembaga Amanah Tanah Rizab Melayu
Semenanjung Malaysia (Amanah TRM)
1. Sejak perwartaan TRM, didapati bahawa TIDAK
WUJUDsebuah badan khas sama ada di peringkat negeri
atau pusat yang berperanan sebagai pelindung kepada
TRM.
2. Namun begitu, kuasa pentadbiran dan perundangan TRM
adalah berada di bawah PENTADBIRAN PIHAK
BERKUASA NEGERI dimana sultan berperanan sebagai
Ruler-in-Council dalam menyelesaikan hal-hal yang
berbangkit berkaitan TRM.
3. Di samping itu juga, faktor DASAR PENTADBIRAN
KOLONIALturut menyumbang kepada perkara ini.
4. Jika ditinjau kepada entiti-entiti tanah pegangan adat
Melayu yang terdapat di Semenanjung Malaysia seperti
Tanah Adat Melaka (MCL), Tanah Adat Naning, Tanah
Adat Perpatih di Negeri Sembilan dan Kawasan
Penempatan Pertanian Melayu (MAS), Kuala Lumpur
15

mempunyai badan-badan amanah yang bertanggungjawab


untuk MELINDUNG DAN MEMPERTAHANKAN ENTITI
TANAHmasing-masing.
5. Namun, TRM lebih bersifat tanah MILIK INDIVIDUdan
endorsan TRM di dalam dokumen hakmilik dilihat sebagai
melepaskan batuk di tangga.
6. Dengan ini, faktor atau OBJEKTIF pemilik individu itu
sendiri menjadi asas penilaian ke atas TRM sama ada
sebagai komoditi atau asset.
7. SIFAT BERMEWAH-MEWAHdalam meraikan sesuatu
majlis bagi masyarakat Melayu merupakan faktor utama
yang menyumbang kepada kehilangan dan penyusutan
TRM.
8. Ini dapat dibuktikan menerusi kajian yang pernah
dijalankan oleh seorang Pegawai Inggeris di Tanah Melayu
iaitu Mr. R. O. Winstdet (1878-1966).
9. Meskipun perundangan Rizab Melayu sendiri mencegah
pemilik Melayu melupuskan atau menarik balik status TRM,
tapi PENGUATKUASAANoleh pihak berkuasa negeri
dilihat agar longgar.
Oleh itu, saya ingin mencadangkan idea penubuhan sebuah
amanah yang dikenali sebagai Lembaga Amanah Tanah Rizab
Melayu Semenanjung Malaysia.
Latar belakang Lembaga Amanah TRM
1. Sebuah BADAN BEBASyang diberi kuasa menurut
undang-undang Persekutuan untuk mentadbir, mengurus
dan membangun Tanah Rizab Melayu di 9 buah negerinegeri Melayu bersultan.

16

2. Penubuhan ini perlu bagi MENJAMIN PENGEKALANsaiz


Tanah Rizab Melayu.
3. Bermatlamat menjadikan tanah sebagai FAKTOR
PENGELUARAN EKONOMI dan bukannya KOMODITI
untuk diurusniagakan.
4. TRM boleh MENJANA FAEDAH EKONOMImelalui
penggunaan tanah bagi menghasilkan barangan ekonomi
untuk dimanfaat bersama.
5. Isu KEWANGAN yang merencat penggunaan maksimum
ke atas Tanah Rizab Melayu.
6. Lembaga ini juga diberi AUTHORITI KHASuntuk
melindungi sebarang cubaan untuk menjadi TRM sebagai
komoditi untuk dilupuskan kepada pihak lain.
Cadangan fungsi :1. MELINDUNGI KEPENTINGANTRM yang berstatus tanah
kerajaan.
2. MENGURUS DAN MENTADBIRTRM yang tidak bermilik
setelah kematian pemilik asal.
3. MENYEDIAKAN
BANTUAN
pembangunan ekonomi tanah.

KEWANGANbagi

4. Bertindak sebagai PENTADBIR ATAU PEMEGANG


AMANAHyang mengambil alih TRM yang bermasalah
terutama yang mempunyai nilai ekonomi yang strategik.
5. Diberi KUASA PENDAKWAANke atas usaha untuk
menyalah guna TRM sama ada TRM milik Kerajaan atau
TRM
milik
individu
yang
mempunyai
fungsi

17

penguatkuasaan
kerajaan lain.

sebagaimana

agensi

dan

jabatan

Cadangan komposisi keanggotaan


1. KUMPULAN TERTINGGIyang terdiri daripada Yang
Dipertuan Agong, Majlis Raja-Raja Melayu, Wakil Kerajaan
Persekutuan (NRE), 9 wakil Kerajaan Negeri (PTG Negeri)
dan Wakil Agensi berkaitan Melayu dan Majlis Agama
Islam
2. KUMPULAN EKSEKUTIFiaitu Pegawai pentadbiran awam
kerajaan.
Rumusan
1. Adalah diharapkan agar penubuhan lembaga sedikit
sebanyak dapat mengurangkan isu dan masalah
kehilangan TRM pada masa-masa akan datang.
2. Namun begitu, saya tidak menolak kemungkinan wujud isu
atau masalah dalam usaha untuk mewujudkan agensi ini
seperti kesukaran dalam menyeragamkan undang-undang
TRM, kerjasama daripada kerajaan-kerajaan negeri dan
sebagainya.
SLIDE 53 HINGGA 60
Kesan Kehilangan Tanah Kaum Peribumi untuk tatapan
dan pelajaran oleh Bangsa Melayu
Berikut adalah Negara-negara di mana masyarakat pendatang
yang telah Berjaya memegang tampuk kekuasaan politik,
ekonomi dan social untuk dijadikan pelajaran kepada bangsa
Melayu di Malaysia secara umum dan khususnya di
Semenanjung Tanah Melayu :-

18

1. AMERIKA SYARIKAT DAN KANADA- Bangsa Eropah


yang telah menakluk seawal tahun 1492 dan menguasai
penduduk asalnya yang sebilangan besarnya terdiri
daripada suku kaum Red Indian dan Natif Alaska.
2. AUSTRALIA DAN NEW ZEALAND- Bangsa British yang
menemui Benua Australia pada tahun 1784 dan
menaklukinya serta menjadi wilayah dominion putih di
mana penduduk asalnya yang terdiri daripada Puak
Aborigin, Polynesia, Maori dan sebagainya berada di
bawah kekuasaan bangsa British.
3. REPUBLIK AFRIKA SELATAN penempatan yang
dikenali sebagai Cape of The Good Hope atau Tanjung
Pengharapan telah ditemui oleh Vasco da Gamma pada
tahun 1488. Wilayah ini sering kali bertukar penjajah dan
terakhir sekali Inggeris. Republik ini telah mencapai
kemerdekaan di mana puak Afrikaan atau Boer yang
merupan bangsa Eropah berketurunan Belanda dan
Perancis telah menguasainya daripada puak peribumi asal
iaitu Kaum Natif Zulu, Bantu, Xhosa, Ndebele, Tswana,
Pedi dan Basotho.
4. PALESTIN merupakan tanah suci ketiga umat Islam telah
berada dalam cengkaman Yahudi-Zionis sejak Israel
mengisytiharkan kemerdekaan pada 15 Mei 1948.
Penguasaan Yahudi ke atas bumi Palestin bermula dengan
sikap penduduk Arab yang sanggup melupuskan
kepentingan tanah yang ditawarkan harga yang tinggi oleh
puak kapitalis Yahudi semasa era kekuasaan Turki
Uthmaniyah sehingga mereka Berjaya menubuhkan
Bandar Yahudi pertama iaitu Tel Aviv.
5. WILAYAH INDOCHINAyang meliputi Negara-negara Laos,
Vietnam dan Kemboja dahulunya dimiliki oleh puak
peribumi Melayu Khmer kini telah berada dalam kekuasaan
suku kaum China Selatan yang dikenali sebagai Etnik Viet.
19

Ia berpunca daripada pertelingkahan dan persengketaan


masyarakat Melayu zaman silam.
6. WILAYAH MELAYU SELATAN THAILANDsedang
menghadapi tekanan asimilasi masyarakat Siam sejak
wilayah ini ditakluk oleh Kerajaan Siam pada abad ke-18.
Kawasan ini pernah dijadikan sebagai Komoditi antara
British dan Siam menerusi Perjanjian Bangkok 1909 yang
menyaksikan wilayah Melayu Utara berpecah kepada dua
iaitu Patani dan serpihan Wilayah Kesultanan Melayu
Kedah diserahkan kepada Siam dan Negeri-Negeri Melayu
Tidak Bersekutu diserahkan kepada British.
7. Dan, dalam wilayah dan kawasan Semenanjung Tanah
Melayu, kita telah kehilangan dua buah pulau iaitu PULAU
PINANG DAN PULAU SINGAPURA kepada masyarakat
pendatang China sejak British menduduki wilayah-wilayah
tersebut.
Ringkasnya, adakah kita masih relakan tanah milik Melayu
terus menerus dikuasai oleh kaum Bukan Melayu?Mengapa
tiada kesedaran dalam kalangan kita untuk mempertahankan
warisan pusaka nenek moyang kita iaitu Tanah Rizab Melayu
yang menjadi mangsa kerakusan puak kapitalis Bukan Melayu
untuk menguasai bumi Melayu tercinta.
SLIDE 61 HINGGA 68
Kesimpulan
1. Tanah adalah LAMBANG KEDAULATANsesebuah
bangsa atau kaum serta tempat asal usul sesebuah
bangsa.
2. Tanah juga adalah SIMBOL PENGUASAAN
KETUANANsesebuah bangsa di tanah air sendiri.

20

DAN

3. Setiap bangsa di dunia mempunyai TANAH AIRsendiri


kecuali ISRAEL.
4. Bangsa Melayu perlu MENGAMBIL PELAJARAN DAN
TAULADANdaripada bangsa-bangsa lain di dunia yang
telah hilang tanah air akibat daripada dominasi dan
penguasaan golongan pendatang.
Oleh itu, saya ingin melontarkan soalan-soalan berikut untuk
difikir oleh para hadirin sekalian :1. Mahukah Kita, jika Tanah Semenanjung tidak lagi dimiliki
oleh generasi Melayu pada masa hadapan?
2. Bayangkan peta Tanah Melayu seumpama Peta Palestin
pada masa kini
3. Di manakah kita akan berteduh bila bumi ini milik orang?
4. Mahukah kita dan generasi kita masa akan datang menjadi
penumpang di atas tanah milik nenek moyang kita?
Dan akhir sekali, apakah tindakan yang harus kita ambil :1. PERTAHANKANsaki baki Tanah Rizab Melayu yang
masih ada..
2. Pihak berkuasa negeri GANTIKAN SEMULA Tanah Rizab
Melayu yang telah dilucut status.
3. Masyarakat Awam/Pemilik Tanah : Jadikan tanah sebagai
ALAT POLITIK, EKONOMI DAN SOSIAL dan bukannya
KOMODITI yang digunakan untuk urusniaga!!!!

21

Dan ingatlah kata-kata hikmah yang dilontarkan oleh Pahlawan


Melayu yang terbilang iaitu Dato Laksamana Hang Tuah dan
Allahyarham Dato Onn Bin Jaafar.
TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA
dan
HIDUP MELAYU
Wabillahi taufiq wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh. Sekian, terima kasih

22

You might also like