You are on page 1of 10

Mee Goreng Azie

1 pek mee kuning


Ayam atau daging - potong kecil
4 ulas bawang putih - ketuk
1 sudu besar cili kisar
Sayur sawi
Garam
Kicap
Sos tomato
Sos cili
Hiasan
Cili merah - hiris
Daun bawang - hiris
Bawang goreng
Limau nipis - hiris
Panaskan minyak dan masukkan bawang putih hingga
wangi. Masukkan cili kisar dan goreng hingga cili garing.
Masukkan ayam atau daging. Masukkan sedikit air dan
goreng lagi hingga masak.
Bila ayam masak, masukkan garam, sos tomato, sos
cili. Jika mahu masukkan buah tomato yang dipotong 4,
boleh juga dimasukkan masa ini. Kacau rata dan biar
agak berkuah pada masa ini. Kuah ini yang akan
menyerap dan melembutkan mee nanti.

Masukkan mee kuning ke dalam kuali dan tuangkan


sedikit kicap dan sayur sawi. Pada masa ini bolehlah
ditambahkan lagi sos tomato. Masak sehingga kuah
menjadi kering dan mee pun lembut dan bersalut
dengan perencah.
Boleh lah diangkat apabila sayur sudah layu. Masa
dihidang, taburkan cili merah, daun bawang dan bawang
goreng. Akhir sekali sebelum dimakan, perah sedikit air
asam limau nipis. Tanpa air limau nipis, mee goreng
menjadi tidak lengkap pada selera saya.

tumis bawang putih

masuk 1 sudu cili kisar dan digoreng hingga garing

masukkan ayam dan goreng hingga masak

masukkan air dan sos cili serta sos tomato

masukkan batang sawi

masukkan mee kuning dan kacau rata

masukkan sayur sawi

masukkan cili merah, kicap, sos tomato dan bahan perasa

tabur daun bawang, bawang goreng dan hirisan limau nipis

You might also like