You are on page 1of 25

1.

0 Pengenalan

Persekitaran bilik darjah perlulah mesra budaya supaya suasana pembelajaran


menjadi kondusif untuk murid pelbagai latar bangsa dan budaya . Ianya dapat
mengembangkan nilai sivik yang menjadi nadi bagi kehidupan masyarakat yang
harmonis dan aman. Antara nilai sivik yang diperlukan oleh masyarakat pelbagai
agama, etnik dan budaya ialah hormat menghormati, toleransi, kasih sayang terhadap
alam sekitar, kepatuhan kepada peraturan dan undang- undang dan semangat cintakan
Negara, ataupun patriotic. Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai
pelbagai kaum yang hidup bersama dalam satu komuniti. Berikut di bawah adalah carta
pai taburan peratusan penduduk mengikut kaum yang terdapat di Malaysia.

Dalam carta taburan penduduk diatas, kelihatan kaum melayu mendominan


dengan jumlah hampir separuh daripada penduduk di Malaysia, diikuti oleh kaum Cina,
India, Bumiputera dan warga asing. Jelaslah kelihatan bahawa Malaysia merupakan
Negara yang terdiri daripada pelbagai kaum, dan satu kerjasama, tolak ansur, toleransi
dan perasaan hormat menghormati perlu wujud dalam diri setiap warganya yang terdiri
daripada pelbagai kaum untuk memastikan kita dapat hidup dalam suasana aman,
makmur, dan saling percaya mempercayai.
1

2.0 Definisi Bilik Darjah Mesra Budaya

Bilik darjah merupakan objek fizikal yang tidak bernyawa manakala perkataan
mesra itu melibatkan hubungan dalam kalangan manusia. Dalam konteks ini,
persekitaran bilik darjah bukan sekadar melibatkan unsur-unsur fizikal yang dapat
dilihat dengan pancaindera semata-mata, seperti ruang bilik darjah serta peralatan di
dalamnya, sebaliknya persekitaran bilik darjah turut melibatkan unsur-unsur emosi dan
hubungan kemanusiaan. Kedua- dua unsur sangat perlu digabungkan serta diserasikan
untuk mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya. Di dalam bilik darjah,
terdapat guru dan murid dan kedua-dua pihak ini melalui proses pengajaran dan
pembelajaran.
Perkataan mesra mengambarkan keselesaan, keceriaan dan kegembiraan.
Kemesraan wujud dan terjalin apabila manusia berhubungan. Dalam hubungan
tersebut, nilai- nilai murni menjadi pegangan dan amalan lalu terbina persefahaman,
toleransidan hormat- menghormati.
Perkataan budaya pula membawa maksud suatu nilai amalan dan perlakuan
yang diterima pakai oleh sekelompok masyarakat yang memenuhi kehendak rohani dan
jasmani sehingga wujud kesejahteraan bagi kelompok tersebut.

Budaya atau

kebudayaan berasal daripada bahasa Sanskrit, iaitu Buddhayah yang terbentuk


daripada Buddhi (budi dan akal) yang diertikan sebagai hal- hal yang berkaitan dengan
budi dan akal manusia. Merujuk kepada Kamus Dewan (2007) pula, budaya di
definisikan sebagai tamadun, peradaban, kemajuan fikiran dan akal budi. Menurut
Koentjaraningrat (2002) lagi, budaya merupakan pembelajaran. Budaya dalam definisi
di atas mencakupi hamper keseluruhan dimensi kehidupan manisia. Hal ini bermakna,
sesuatu budaya itu boleh dipelajari oleh seseorang individu ataupun sekumpulan
individu dalam semua aspek kehidupan mereka. Menurut Koentjaranungrat (2002),
budaya mengandungi tujuh unsur utama iaitu, agamadan upacara agama, sistem dan
organisasi kemasyarakatan, sistem pengetahuan, bahasa, kesenian, system ekonomi,

system teknologi dan peralatan. Ketujuh- tujuh unsur inilah yang membentuk budaya
secara keseluruhan.
Maka mesra budaya dalaim erti kata lain ialah perlakuan atau amalan yang
mendatangkan keselesaan dan kegembiraan. Dalam konteks bilik darjah, keselesaan
dan kegembiraan itu diwujudkan oleh guru dan murid melalui perlakuan positif sewaktu
berlangsungnya proses pengajaran dan pembelajaran.

3.0 Implikasi Positif Dan Negatif


Melalui program Pengalaman Berasaskan sekolah yang telah saya lalui selama
empat fasa dalam tempoh empat semester iaitu dari semester 1 hingga 4, dapat saya
lihat beberapa perkara yang telah dilakukan oleh guru dan pihak sekolah untuk
membentuk sebuah sekolah yang mesra budaya. Untuk membina persekitaran bilik
darjah mesra budaya, ianya mencakupi unsur- unsur seperti ruang fizikal dan peralatan
serta kemudahan pengajaran dan pembelajaran. Guru dan murid yang melalui proses
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, amalan nilai- nilai murni sewaktu melalui
proses pengajaran dan pembelajaran, peraturan bilik darjah yang ditetapkan dan
diamalkan, amalan padagogi terbaik dalam memastikan pengajaran dan pembelajaran
yang berkesan dan hubungan kemanusiaan antara guru dengan murid, murid dengan
murid, dan murid dengan komuniti sekolah.
Selain itu, proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan juga penting bagi
membina persekitaran bilik darjah yang mesra budaya. Pengajaran ialah cara-cara
yang digunakan untuk menyampaikan bahan yang hendak diajar. Hasil daripada
pengajaran berlakulah perubahan yang relatif kekal dalam tingkah laku atau
pengetahuan hasil daripada pengalaman. Perubahan merupakan suatu penambahan
yang baru, pengukuhan dan pengubahsuaian yang berlaku terhadap anak didik.
Terdapat pelbagai kaedah yang boleh diguna pakai dalam mewujudkan persekitaran
yang mesra budaya terutama yang melibatkan isu bangsa dan bahasa sangat penting
kepada guru dalam merangka kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai
dimana semua bangsa mempunyai hak yang sama rata dimana mereka semua
berpeluang untuk belajar dengan menggunakan kaedah dan pendekatan yang sesuai
yang telah dirancang oleh guru. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yan pertama
yang boleh diguna pakai oleh guru dalam mewujudkan kelas yang mesra budaya ialah
pembelajaran secara kooperatif. Melalui kaedah ini, guru menjadi pemantau dan
fasilitator kepada murid dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif
dimana semua murid tanpa mengira latar belakang, bangsa dan budaya dapat
disatukan dalam satu kelas dan dapat menjalani proses pembelajaran dengan
sempurna. Hal ini dapat mengurangkan jurang perbezaan antara murid yang berlainan
4

bangsa dan budaya. Sekiranya guru gagal menjalankan proses pembelajaran dan
pengajaran dengan berkesan, dikhuatiri pelajar tidak berkembang dan nilai- nilai murni
dan positif yang sepatutnya ada dalam diri pelajar tidak terbina. Hal ini sangat
berbahaya kerana boleh mengundang padah apabila tiada kesefahaman dan
pengertian akan kebudayaan bangsa lain. Isu perkauman mudah timbul dan pelajar
akan mudah bergaduh antara satu sama lain.
Selain itu, melalui pembelajaran kooperatif murid-murid disusun dalam satu
kumpulan dimana setap kumpulan mempunyai murid yang berbeza latar belakang,
bangsa dan agama. Kaedah yang digunakan ini dapat menambah minat murid-murid
dalam aktiviti pembelajaran dimana setiap murid dapat berkomunikasi seasama mereka
dan mereka juga dapat berbincang tentang hal -hal yang melibatkan asal usul bangsa
mereka. Oleh itu, perpaduan antara murid tanpa mengira latar belakang, bangsa,
agama dapat direalisasikan dengan Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang
seterusnya ialah penglibatan murid secara aktif dan menyeluruh Penglibatan murid
secara aktif dan menyeluruh dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran tanpa mengira
bangsa memberi penyumbang kepada kewujudan kelas yang mesra budaya dimana
murid-murid dapat menjalankan aktiviti pembelajaran secara aktif mengikut kehendak
mereka sendiri dengan bantuan guru sebagai pemantau, fasilitator dan penilai. Sebagai
tambahan, kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai digunakan dalam
mewujudkan persekitaran kelas yang mesra budaya ialah guru perlu merancang dan
menyediakan modul dan bahan-bahan pengajaran yang sesuai kepada murid yang
berlainan bangsa contohya guru perlu menyediakan alat bantu mengajar(ABM yang
sesuai dengan aktiviti yang ingin dijalankan dimana ABM itu perlulah mengikut
kesesuaian semua bangsa dan mereka semua boleh menerima ABM tersebat sebagai
alat untuk tujuan pembelajaran
Suasana bilik darjah yang mesra budaya dapat membantu meningkatkan tahap
pengajaran dan pembelajaran yang lebih seimbang kepada semua murid dimana
mereka dapat menjalankan aktiviti pembelajaran di dalam bilik darjah tanpa mengira
perbezaan. Hak kesaksamaan rata perlu diamalkan bagi membolehkan semua kaum
dapat menjalani proses pengajaran dan pembelajaran dengan sempurna. Oleh itu iklim
5

kelas yang mesra budaya akan mengurangkan peratus murid yang terpinggir
dikalangan golongan tertentu apabila hak kesaksamaan diamalkan. Bagi mewujudkan
kelas yang mesra budaya, isu yang sensitif tidak boleh dibangkitkan didalam kelas yang
mempunyai pelbagai latar belakang. Pendekatan dan kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang hendak digunakan bagi mengawal iklim kelas yang mesra budaya
perlu berlandaskan tahap perkembangan murid-murid dan latar belakang mereka
kerana hal ini boleh mempengaruhi minat mereka dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran justera itu proses untuk mewujudkan iklim dan persekitaran yang mesra
budaya dikalangan murid tidak dapat dilakukan dengan jayanya. Guru perlulah
memainkan peranan yang penting dan menjadi contoh kepada pelajar dalam
mewujudkan situasi atau persekitaran yang mesra budaya antara pelajar disesebuah
sekolah. Antara kaedah yang boleh dipraktikan oleh guru ialah kaedah membuat
persembahan oleh pelajar. Dalam kes ini, pelajar digalakkan untuk melakukan
perbincangan dengan rakan mereka dari pelbagai bangsa dan mereka membuat
persembahan tentang tajuk yang telah diberi oleh guru. Sebagai contoh jika guru
mengajar tentang pakaian tardisional, murid-murid perlu membuat persembahan
tentang pakaian tradisonal bangsa mereka dengan menamakan pakaian mereka
contohnya orang Melayu , baju kurung. Jika guru gagal memberikan suasana bilik
darjah yang baik kepada murid- murid, proses pembelajaran dan pengajaran akan
menjadi kurang cekap. Bilik darjah yang tidak selesa mudah menghilangkan focus
pelajar dan ini akan membuatkan mereka melakukan perkara lain seperti bergaduh. Hal
ini berbahaya dan boleh menyebabkan pergaduhan antara kaum. Guru juga tidak boleh
bersikap memilih kasih, ataupun racist kerana ini akan menyemarakan lagi api dendan
pelajarnya, dan akan terbawa- bawa sehingga pelajar tersebut dewasa. Ini akan
menggugat keamanan dan kestabilan negara.

4.0 Pelan Tindakan


Jika di dalam sesebuah kelas itu terdapat murid yang berbilang kaum, maka
murid- murid tersebut sewajarnya dikumpulkan dalam kumpulan yang pelbagai kaum.
Contohnya dengan menggabungkan murid- murid Cina, India, dan Melayu dalam satu
kumpulan tempat duduk ataupun apabila beraktiviti. Dengan mencampuradukkan
murid- murid yang berbilang kaum ini, murid- murid ini akan boleh berkomunikasi dan
berinteraksi sesama mereka. Hal ini boleh mewujudkan suasana mesra antara mereka.
Apabila pelbagai bangsa ini berinteraksi, pasti mereka menggunakan bahasa Melayu
sebagai bahasa perantaraan. Ini akan dapat mengelakkan salah faham antara muridmurid dan menambahkan lagi kemahiran berbahasa Melayu dalam kalangan murid
yang tidak berbangsa Melayu. Mungkin murid Melayu yang tidak faham bahasa Cina
akan menyangka bahawa murid- murid Cina itu bercakap tentang mereka. Oleh itu, jika
murid pelbagai bangsa dicampurkan, maka hubungan mereka akan bertambah erat.
Murid Cina tidak hanya bercakap dan bergaul dengan murid Cina sahaja tetapi juga
dengan murid berbangsa lain. Jadi, salah faham akan dapat dielakkan. Selain itu,
murid- murid bukan Melayu akan dapat meningkatkan kemahiran berbahasa Melayu
jika mereka kerap bertutur dalam bahasa Melayu. Biasanya, kanak- kanak bukan
Melayu seperti Cina dan India tidak boleh berbahasa Melayu sehinggalah mereka
bersekolah. Hal ini bukan sekadar anggapan tetapi ianya adalah satu realiti. Ibu bapa
mereka tidak bertutur dalam bahasa Melayu di rumah, maka anak- akan mereka pun
tidak akan dapat bertutur dalam bahasa Melayu sehinggalah mereka belajar bahasa ini
di alam persekolahan. Jika di sekolah pun mereka diasingkan mengikut bangsa, maka
penguasaan bahasa Melayu mereka pasti akan lemah. Lain halnya jika mereka
digabungkan bersama murid- murid yang berbeza bangsa, ini akan menyebabkan
mereka menggunakan bahasa Melayu untuk berinteraksi dengan mereka. Dengan cara
ini secara tidak langsung jati diri sebagai anak Malaysia akan dapat diterapkan dalam
kalangan murid kerana bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan Malaysia. Dengan
itu, wujudlah satu budaya berbahasa Melayu yang akan menjadi budaya Satu Malaysia.
Selain itu murid- murid yang berbilang kaum ini boleh bekerjasama antara satu sama.
Kerjasama ini boleh membentuk kesepaduan antara mereka dan juga dapat
membentuk budaya satu Malaysia. Melalui kerjasama ini, proses penerimaan akan
7

berlaku antara pelbagai budaya. Hal ini membawa makna walaupun murid- murid ini
berbeza bangsa dan agama, masing- masing boleh menerima dan menghormati
budaya rakan- rakan lain.
Selain itu, ruang fizikal dan peralatan serta kemudahan yang dapat memberi
keselesaan, kegembiraan, dan memberi kesan positif kepada hasil pembelajaran murid
perlulah diwujudkan. Untuk membina persekitaran P&P yang mesra budaya,
keselesaan, kegembiraan serta hasil pembelajaran murid perlu dititikberatkan. Ruang
fizikal boleh menjadi salah satu daya penarik dalam sesebuah bilik darjah. Contohnya
ruang bacaan, sudut informasi, ruang hasil kerja murid dan sebagainya. Dengan
wujudnya ruangan- ruangan seperti ini, guru boleh memupuk budaya positif seperti
budaya cintakan ilmu dan budaya membaca. Selain itu, dengan mewujudkan ruang
hasil kerja murid, guru boleh meningkatkan motivasi murid untuk belajar, mencuba
sesuatu yang baru dan memperkembangkan bakat yang dimiliki. Dalam pada itu, guru
juga hendaklah memastikan ruang murid- murid belajar adalah dalam keadaan bersih,
selesa, dan ceria. Dalam hal ini, guru sememangnya memainkan peranan utama tetapi
haruslah juga dibantu oleh murid- murid. Guru berperanan menyediakan jadual
bertugas untuk membersihkan bilik darjah setiap hari. Selain itu, guru juga perlu untuk
memastikan pencahayaan di dalam sesebuah kelas itu mencukupi manakala
pengudaraannya adalah baik. Susun atur bilik darjah seperti susun atur kerusi, meja
dan peralatan juga hendaklah kemas dan memudahkan pergerakan murid dan guru.
Semua inilah yang dapat memberikan keselesaan kepada murid ketika sesi P&P. Dari
segi keceriaan pula, guru perlu mereka bentuk hiasan yang bukan sahaja menarik
tetapi juga boleh bersesuaian dengan keadaan bilik darjah. Kadangkala bilik darjah
yang dihias keterlaluan boleh menggangu tumpuan murid terhadap P&P serta
memburukkan lagi suasana. Oleh itu hiasan bilik darjah hendaklah berpada- pada.
Selain itu, guru juga boleh mewujudkan peralatan yang dapat menarik minat
murid untuk meneruskan sesi pembelajaran. Peralatan yang dimaksudkan di sini
merujuk kepada alat bantu mengajar. Alat bantu mengajar yang bukan sahaja menarik
tetapi juga sesuai dengan topik pembelajaran pasti akan mendorong murid untuk
memberi tumpuan semasa guru mengajar. Contohnya, dengan menggunakan diorama
8

semasa mengajar topik habitat haiwan dalam subjek sains, murid akan lebih tertarik
dan sekaligus membina kefahaman yang lebih tinggi tentang topik berkenaan. Daya
tarikan sesungguhnya sangat berkesan dalam membina memori jangka masa panjang.
Oleh yang demikian, murid dapat mengingat isi pembelajaran dengan lebih baik.
Sebagai salah satu bonus buat guru, kemudahan yang sedia ada di sekolah boleh
digunakan dalam membentuk persekitaran P&P yang mesra budaya. Misalnya
kemudahan komputer dan internet di sekolah boleh memupuk budaya celik IT dalam
kalangan murid.
Selain itu, melalui pembelajaran kooperatif murid-murid disusun dalam satu
kumpulan dimana setap kumpulan mempunyai murid yang berbeza latar belakang,
bangsa dan agama. Kaedah yang digunakan ini dapat menambah minat murid-murid
dalam aktiviti pembelajaran dimana setiap murid dapat berkomunikasi seasama mereka
dan mereka juga dapat berbincang tentang hal -hal yang melibatkan asal usul bangsa
mereka. Oleh itu, perpaduan antara murid tanpa mengira latar belakang, bangsa,
agama dapat direalisasikan dengan Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang
seterusnya ialah penglibatan murid secara aktif dan menyeluruh Penglibatan murid
secara aktif dan menyeluruh dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran tanpa mengira
bangsa memberi penyumbang kepada kewujudan kelas yang mesra budaya dimana
murid-murid dapat menjalankan aktiviti pembelajaran secara aktif mengikut kehendak
mereka sendiri dengan bantuan guru sebagai pemantau, fasilitator dan penilai. Sebagai
tambahan, kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai digunakan dalam
mewujudkan persekitaran kelas yang mesra budaya ialah guru perlu merancang dan
menyediakan modul dan bahan-bahan pengajaran yang sesuai kepada murid yang
berlainan bangsa contohya guru perlu menyediakan alat bantu mengajar(ABM) 
yang sesuai dengan aktiviti yang ingin dijalankan dimana ABM itu perlulah mengikut
kesesuaian semua bangsa dan mereka semua boleh menerima ABM tersebat sebagai
alat untuk tujuan pembelajaran
Persekitaran P&P yang mesra budaya juga mengambil kira unsur peraturan yang
perlu diaplikasikan oleh murid. Peraturan yang dibuat oleh guru dan dilaksanakan oleh
murid secara berterusan lama- kelamaan akan menjadi budaya. Sebagai contoh, guru
9

mewujudkan peraturan bahawa murid mesti memberi salam kepada guru apabila guru
masuk ke kelas dan bersalaman dengan guru apabila tamat sesi persekolahan.
Peraturan ini kemudiannya akan dijadikan budaya oleh murid- murid apabila mereka
sudah sebati dengan peraturan ini. Mereka akan melakukannya walaupun tanpa
disuruh berbuat demikian. Budaya seperti ini merupakan satu budaya yang mulia
kerana ada nilai menghormati guru di situ. Apabila guru dihormati, maka pelajaran akan
lebih berkat lagi. Selain itu, murid- murid juga boleh diajarkan budaya bertepuk tangan
setiap kali ada murid yang berani memberi jawapan apabila guru memberi soalan
meskipun jawapan itu salah. Budaya bertepuk tangan ini menandakan bahawa kita
menghargai keberanian murid tersebut memberikan jawapan dan memberi gambaran
bahawa keberanian murid itu disokong oleh rakan- rakannya yang lain. Budaya seperti
ini dapat menggalakkan murid lebih aktif dalam sesi P&P dan tidak takut mencuba.
Contoh lain pula ialah dengan budaya satu dapat, semua dapat. Jika seorang murid
yang melakukan kesalahan, maka semua murid dalam satu kelas itu juga akan
dikenakan hukuman. Misalnya, jika ada seorang murid yang berbuat bising, maka
murid- murid lain juga akan sama- sama didenda. Dengan cara ini, disiplin murid akan
dapat dikawal dengan lebih baik kerana setiap individu akan mengingatkan individu lain.
Selain itu, budaya seperti ini juga dapat memupuk kesatupaduan dalam kalangan
pelajar. Contohnya, jika seorang murid dapat menjawab satu soalan dan diberi hadiah 5
biji gula- gula, murid lain juga mendapat hadiah iaitu sebiji gula- gula. Apabila saja ada
yang diberi hadiah, murid lain juga akan diberi hadiah cuma kuantitinya berbeza. Cara
ini akan dapat mengurangkan rasa rendah diri murid sekiranya tidak berjaya menjawab
dan ia akan membuatkan mereka menyokong sesiapa pun yang berjaya dalam
kalangan mereka kerana kejayaan seorang daripada mereka akan dikongsi bersama.
Akan ada rasa perkongsian di situ dari segi hukuman mahupun imbuhan. Cara ini akan
dapat melahirkan murid- murid berbilang kaum yang bersatu ibarat kata pepatah cubit
paha kiri, paha kanan terasa jua. Budaya bukan sekadar rutin hidup atau amalan
harian, tetapi ia juga menjadi identiti kepada susuatu kelompok yang mengamalkannya.
Contohnya, jika murid- murid di kelas A mempunyai ruang bacaan sendiri dan sering
dilihat membaca, maka budaya membaca itu adalah identiti mereka. Jika murid- murid
kelas B pula mengamalkan budaya bersalam dengan guru setiap kali hendak pulang ke
10

rumah, maka budaya menghormati guru itu akan menjadi identiti bagi murid- murid
kelas B.
Proses P&P bukan sahaja berlaku di dalam bilik darjah tetapi juga boleh berlaku
di luar bilik darjah seperti di padang dan perpustakaan. Oleh itu, fokus untuk
mewujudkan persekitaran P&P mesra budaya bukan hanya tertumpu di dalam bilik
darjah. Guru boleh mewujudkan suasana mesra budaya itu melalui amalan pedagogi.
Untuk mewujudkan suasana P&P yang mesra budaya, salah satu caranya ialah dengan
mengaitkan isi pembelajaran dengan budaya kaum yang berkaitan. Dalam konteks ini,
budaya yang dimaksudkan ialah budaya kaum- kaum yang pelbagai. Dengan cara ini,
murid- murid akan tahu bahawa budaya mereka itu bukan sekadar warisan tetapi ia
juga bersangkut paut dengan ilmu pengetahuan. Di sini, mereka akan lebih menghargai
budaya mereka dan dapat berfikir secara logik. Contohnya dalam subjek sains iaitu
dalam topik pengawetan makanan, guru boleh mengaitkan pelbagai cara mengawet
makanan yang terdapat dalam budaya pelbagai kaum. Misalnya kaum kadazan
menghasilkan sejenis makanan yang dinamakan basou dengan cara menjeruk nasi
dan ikan. Kaum cina pula membuat kuih pau dengan cara pengukusan.
Selain itu, dalam subjek pendidikan Islam pula guru boleh mengaitkan adab terhadap
orang yang lebih tua dengan budaya Melayu seperti adab melintas di hadapan orang
tua dan bersalaman dengan orang tua. Jika dalam subjek Pendidikan Moral pula, guru
boleh mengaitkan adab menghormati orang tua itu dalam budaya India dan Cina. Satu
lagi subjek yang boleh mengaitkan isi pembelajaran dengan budaya pelbagai kaum
ialah subjek sejarah. Dalam subjek ini, guru boleh mengaitkan pelbagai kebudayaan.
Contohnya budaya Cina dan Melayu yang digabungkan lalu mewujudkan budaya Baba
dan Nyonya di Melaka. Meskipun mengaitkan budaya- budaya pelbagai kaum dalam
pelbagai subjek mungkin hanya selingan, namun impaknya boleh jadi besar kepada
murid- murid jika ia sering dilakukan.
Kaedah main merupakan satu kaedah yang amat sinonim dalam P&P sekolah
rendah. Main merupakan satu aktiviti yang menyeronokkan dan dapat menarik
perhatian murid- murid. Ia juga adalah budaya bagi golongan kanak- kanak. Oleh itu,
apa kata kalau kita gunakan kaedah ini dalam P&P dan pada masa yang sama
11

menyelitkan unsur budaya pelbagai kaum? Bagaimana pula ia dilakukan? Dalam


budaya pelbagai kaum seperti kaum Melayu, Cina, India, Bajau, Iban dan sebagainya
pasti ada permainan tradisi. Permainan tradisi juga merupakan satu budaya. Dengan
menggunakan permainan tradisi sesuatu kaum dalam P&P, guru bukan sahaja boleh
mengajar topik yang perlu diajar tetapi pada masa yang sama boleh menyerapkan ilmu
pengetahuan tentang budaya sesuatu kaum itu kepada murid- muridnya. Contoh yang
paling mudah ialah dalam subjek Pendidikan Jasmani. Permainan tradisional boleh
digunakan dalam mengajar murid- murid tentang pergerakan asas yang meliputi
pergerakan lokomotor, pergerakan bukan lokomotor dan manipulasi alatan. Misalnya
dalam permainan ketingting yang merupakan salah satu permainan tradisi Melayu,
murid boleh belajar tentang pergerakan lokomotor ketingting( melompat dengan satu
kaki) dan pergerakan bukan lokomotor iaitu imbangan badan. Permainan masyarakat
India seperti Kabaddi pula boleh digunakan untuk dijadikan permainan kecil. Selain
daripada subjek Pendidikan Jasmani, guru juga boleh menggunakan permainan tradisi
ini dalam subjek lain seperti subjek Matematik dan Bahasa Melayu. Contohnya dalam
subjek Matematik, guru boleh menggunakan permainan batu seremban untuk mengajar
murid mengira. Dalam subjek bahasa Melayu pula, guru boleh menggunakan
permainan baling kelapa dalam proses pengukuhan perbendaharaan kata dalam
kalangan murid dengan memanipulasikan peraturan permainan tersebut.

12

5.0 Penulisan Ulasan Kritikal

Artikel yang kami petik daripada surat khabar utusan yang bertajuk gangguan
seksual di sekolah (rujuk lampiran A). Secara rumusnya, artikel ini adalah mengenai
tentang isu gangguan seksual yang sering berlaku di sekolah tanpa pengetahuan orang
ramai.
Berdasarkan analisis kami, cara penulisan adalah berbentuk gaya berita. Gaya
ini adalah gaya penulisan untuk berita di halaman muka surat kabar atau buletin berita
yang disiarkan radio dan television. Kebiasaanya isi kandungan yang ingin disampaikan
di awal perenggan adalah isi penting, dan isi yang kurang penting adalah ditulis di akhir
perenggan. Bentuk penulisan ini bertujuan untuk memebritahu orang ramai secara
terperinci. Cara penulisan ini adalah lebih mengutamakan informasi penting yang
hendak disampaikan pada awal.
Namum demikian, selepas kami berbincang, kami berpendapat bahawa cara
penulisan dalam artikel tersebut dengan memberi informasi dan kesedaran mengenai
gangguan sexual di sekolah secara langsung. Selain itu, kami berasa senang dan
selesa membaca dengan cara huraian tersebut dalam artikel tersebut dengan contoh
pelbagai jenis sexual yang berlaku. Cara ini membolehkan orang ramai lebih faham
dengan apa yang dimaksudkan dengan gangguan sexual. Tambahan pula, cara
penulisan dalam artikel tersebut juga member cadangan penambahbaikan dari
beberapa aspek seperti ibu bapa, sekolah, murid dan juga masyarakat mengenai
gangguan sexual.
Walaubagaimanapun,

kami

berpendapat

bahawa

cara

penulisan

harus

memasukkan isu-isu semasa yang berlaku pada masyarakat sekarang supaya


pembaca lebih mengambil berat mengenai isu gangguan sexual yang sering berlaku di
sekolah tetapi kurang diketahui oleh orang ramai. Oleh itu, kemasukan berita yang
benar dalam penulisan dapat menyaranakan orang ramai seperti ibu bapa, guru, murid
dan masyarakat untuk mengatasi masalah tersebut dan bukan mengambil isu ini
dengan sikap hangat-hangat tahi ayam sahaja.
13

Berdasarkan perenggan pertama artikel tersebut, kami bersetuju bahawa


gangguan seksual semakin menjadi- jadi dewasa kini. Ianya boleh berlaku dimanamana sahaja tanpa mengira tempat dan masa memandangkan keadaan masyarakat
sekarang yang kurang peka atas keselamatan diri masing- masing. Pada perenggan
seterusnya pula, kami juga bersetuju bahawa sesiapa sahaja jua boleh menjadi mangsa
gangguan seksual ini memandangkan si pelaku gangguan seksual ini bersifat terdesak
dan ingin melepaskan nafsu mereka walaupun pada kanak- kanak yang kecil. Kami
juga bersetuju bahawa tempat yang selamat perlu disediakan di sekolah bagi
mengelakkan perkara yang tidak diingini terjadi.
Pada perenggan seterusnya pula, kami bersetuju bahawa masih terdapat
segelintir pelajar, guru, kakitangan dan ibubapa yang masih tidak tahu bagaimana
gangguan seksual ini boleh berlaku dan cara untuk menanganinya. Jika semua pelajar,
guru, kakitangan dan ibubapa tahu bagaimana bentuk gangguan seksual dan cara
mengatasinya, kami percaya kes gangguan seksual akan menurun dengan drastic
kerana telah diambil langkah pencegahan bagi mengelakkannya daripada berlau.
Setursnya, kami juga bersetuju bahawa kebanyakkan pemangsa sebenarnya terdiri
daripada rakan- rakan pelajar itu sendiri yang belajar di sekolah yang sama. Ini kerana,
kemungkinan yang besar untuk pelajar yang sama sekolah melakukan gangguan
seksual berbanding pelajar sekolah lain yang mungkin terletak berjauhan.
Kami juga bersetuju bahawa gangguan seksual akan menyebabkan trauma
psikologi kepada pelajar. Ini akan menyebabkan mereka malu dan takut untuk
berhadapan di khalayak ramai. Masalah ponteng sekolah boleh berlaku, danini akan
menyebabkan mereka mengalami keciciran dalam pelajaran. Kami juga bersetuju, ibu
bapa dan gurulah yang paling berupaya melihat beberapa perubahan ke atas
tingkahlaku pelajar terbqabit dan seterusnya menyiasat kebarangkalian berlakunya kes
gangguan seksual atas pelajar berkenaaan. Kami juga bersetuju pada perenggan
yangseterusnya yang menyatakan bahawa mereka akan melawan arahan ibubapa dan
bersikap kurang ajar. Malah ada yang lari daripada rumah. Ini kerana apabila hati
mereka gelisah akibat diganggu secara seksual, mereka akan lebih senang marah dan

14

berdarah panas. Mereka juga akan menyalahkan ibubapa kerana gagal menghalang
gangguan seksual itu daruipada berlaku.
Kami juga bersetuju dengan pernyataan ynag seterusnya yang menyatakan
bahawa mereka kelihatan takut, cemas dan sering kelihatan termenung semasa sesi
pembelajaran. Ini kerana mereka murung dan sering memikirkan nasib mereka pada
masa akan dating. Selain itu, kemungkinan juga mereka takut insiden yang sama akan
berulang sekali lagi. Pada perenggan seterusnya, kami bersetuju bahawa akibat
daripada kemurungan yang dialami, mangsa remaja akan mengambil dadah dan rokok
bagi mengembalikan mood mereka. Mereka akan melakukan apa sahaja untuk
melupakan tragedy hitam yang dialami, termasuk membunuh diri.

15

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN TERHADAP ARTIKEL


Melalui perbincangan kami, kami telah menyimpulkan bahawa faktor
keruntuhan ahklak remaja mengakibatkan kes-kes ganguan seksual berllaku di sekolah.
Walaubagaimana artikel ini telah menyatakan banyak penanda-penanda
masalah gangguan seksual di sekolah tetapi artikel tersebut tidak menyatakan
bagaimana mengatasi masalah tersebut. Jadi, kami telah mencadangkan bahawa
artikel tersebut perlu menyenaraikan strategi mengatasi masalah gangguan seksual di
sekolah. Berikut beberapa saranan:
Peranan ibu bapa
Peranan ibu bapa adalah memainkan peranan penting dalam memberikan
perhatian yang serius terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa mestilah memperhatikan
setiap pergerakan anak-anak mereka. Selain itu, ibu bapa hendaklah sentiasa
mengetahui dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka serta
sanggup meluangkan masa untuk mengatasi masalah tersebut supaya mengelakkan
masalah tersebut berlaku. Justeru, ibu bapa juga seharusnya mengetahui rakan-rakan
anak mereka dan sentiasa memastikan anak-anak mereka berkawan dan bergaul
dengan mereka yang mempunyai kedudukkan moral yang baik. Kemudian, ibu bapa
hendaklah menggunakan sebahagian daripada masa seharian bersama anak-anak
mereka dengan memberikan kasih sayang dan mewujudkan sikap positif terhadap
masalah,

emosi

dan

keputusan.

Tambahan

pula,

ibu

bapa

juga

boleh

mempertingkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama, nilai-nilai murni, motivasi,


melatih anak cara bersopan, prinsip-prinsip akauntabiliti, tepati janji, berketerampilan,
menunjukkan keperibadian yang mulia, amanah dan sanggup menerima kelemahan
diri serta bertabah. Tegasnya, Ibu bapa adalah role model kepada anak dan
menampilkan sikap yang baik kepada anaknya.

16

Mewujudkan sistem perundangan di sekolah


Peruntukan undang-undang di peringkat sekolah boleh menimbulkan rasa
takut di kalangan

pelajar sekolah, di samping mengurangkan beban dan

tanggungjawab pihak sekolah dan pihak ibu bapa dalam pengawasan disiplin.
Penguatkuasaan Undang-Undang
Penguatkuasaan undang-undang oleh pihak berkuasa seperti polis. Pihak
sekolah boleh menjemput pihak polis memberi taklimat kepada murid-murid untuk
memberitahu undang-undang Malaysia dan juga mendisiplinkan murid-murid.
Selain itu pihak pentadbir hendaklah mengambil kesempatan dengan merujuk
masalah pelajar ini kepada pihak polis untuk mengelakkan kes rogol berlaku di
kawasan sekolah.
Langkah-langkah pencegahan yang bersesuaian
Langkah-langkah pencegahan yang bersesuaian hendaklah diadakan
seperti kaunseling di peringkat sekolah kepada murid-murid yang bermasalah.
Pada pandangan kami, kaunseling di peringkat sekolah adalah penting dalam
membantu remaja mengatasi masalah mereka. Sekiranya kaunselor-kaunselor
yang

berkelayakan

dan

berpengalaman

dilantik

dalam

memantapkan

pelaksanaan.
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
Persatuan Ibu Bapa dan Guru juga memainkan peranan yang amat penting
dalam pencegahan masalah gangguan seksual berlaku.. Ibu bapa wajib bersikap
terbuka untuk menerima teguran daripada guru. PIBG jangan lah jadi umpama
KUCING TAK BERGIGI, TIKUS LOMPAT TINGGI-TINGGI

17

6.0 Penutup
Guru yang mesra budaya adalah permulaan bagi kelas dan sekolah yang mesra
budaya. Sebagai seorang warga pendidik ni negara yang mempunyai berbilang kaum
ini, guru haruslah menunjukkan contoh dan teladan yang terbaik kepada para pelajar
dengan melaksanakan prinsip mesra budaya dalam kehidupan. Selain pengetahuan
dan kepakaran tentang matapelajaran yang diajar, sikap dan moral seorang guru juga
perlu berada pada tahap yang baik.
Dalam situasi pendidikan yang berbilang budaya, pendekatan pendidikan perlu
diberi nafas baru agar lebih wajar dengan mengambil kira keperluan murid yang
berbeza- beza dari aspek individu itu sendiri atau budaya yang dimiliki.
Kesimpulannya, persekitaran mesra budaya dapat me+mbantu murid dalam
pembelajaran di sekolah. Persekitaran mesra budaya dapat menjamin sesebuah kelas
itu kondusif dan tenang tanpa pergaduhan antara pelajar. Selain itu, sebagai seorang
guru, kita haruslah membangunkan modal insan dengan sepenuh perhatian dan tenaga
agar dapat menghasilkan modal insane yang seimbang dari segi jasmani, emosi,
rohani, intelektual dan sahsiah (JERIS) selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.

18

RUJUKAN

Buku
Shamsul Amri Baharuddin, (2011) Modul hubungan Etnik. Shah Alam: Pusat
Penerbitan Universiti (UPENA)
Noriati A.Rashid, (2011) Budaya dan pembelajaran. Selangor Darul Ehsan:
Oxford Fajar Sdn. Bhd
Noriati A. Rashid, (2009) Murid dan Alam Belajar. Selangor Darul Ehsan:
Oxford Fajar Sdn. Bhd

Laman Sesawang
Subscribe (2013) Kelas Mesra Budaya. Dipetik dari
http://www.scribd.com/doc/171844495/Kelas-Mesra-Budaya-Implikasi-PositifSerta-Negatif-Kepada-Murid-Sekolah-Dan-Masyarakat-Berserta-TindakanSemasa-P-P-Bagi-Mewujudkannya
Utusan Malaysia (2013) Gangguan seksual. Dipetik dari
http://www.utusan.com.my/info.asp?
y=2012&dt=0520&sec=Keluarga&pg=ke_02.htm

19

Lampiran

20

21

22

23

24

25

You might also like