You are on page 1of 17

KURSUS TMK TAHUN 5 2014

PROGRAM LATIHAN UNTUK GURU TMK TAHUN 5


BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Tajuk

SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

Topik

6.0 PERKHIDMATAN INTERNET

A. Objektif
Pada akhir sesi ini, peserta dapat:

1. Mencari maklumat menggunakan pencarian Boolean (AND, OR), berfrasa ( ) atau


simbol ( * ).

2. Menyebarkan maklumat meggunakan mailing list dalam buku alamat emel


3. Mengetahui konsep Pengkomputeran Awan (Cloud Computing)
B. Kandungan Pengajaran
1.6 Kaedah pencarian maklumat
2.6 Penggunaan Emel
3.6 Pengenalan kepada Pengkomputeran Awan yang terdapat pada masa kini seperti
4Shared, Google Drive, SkyDrive dan DropBox.

MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

KURSUS TMK TAHUN 5 2014


1.6 KAEDAH PENCARIAN MAKLUMAT
1.6.1

STRATEGI PENCARIAN MAKLUMAT

Pencarian maklumat boleh memakan masa yang lama dan kompleks. Kebiasaannya kita
mencari maklumat dengan hanya memasukkan kata kunci atau frasa sahaja, Justeru itu
untuk mengelakkan kita daripada lemas di lautan maklumat, adalah lebih baik kita
merancang pencarian terlebih dahulu.
Teknik mengemukakan pencarian melalui enjin pencarian amat penting diketahui bagi
memastikan kita mendapat kualiti dalam penghasilannya. Strategi pencarian maklumat
merupakan langkah-langkah mencari maklumat secara sistematik dan efektif.
Lima Langkah Mudah Mencari Maklumat
1. Tentukan maklumat yang ingin anda cari dan tuliskan dalam bentuk ayat.

Sejauh manakah kegiatan kokurikulum di sekolah


berperanan dalam membentuk sahsiah dan jati diri
murid?

2. Buangkan kata penghubung atau kata sendi dalam ayat. Buangkan juga perkataan
yang tidak penting dan tidak berkaitan.

Sejauh manakah kegiatan kokurikulum di sekolah


berperanan dalam membentuk sahsiah dan jati diri
murid?
3. Gariskan perkataan yang tinggal. Perkataan-perkataan ini merupakan kata kunci
asas anda. Cuba kenalpasti juga kata kunci alternatif. Ini ialah perkataan-perkataan
yang boleh menggantikan kata kunci yang telah disenaraikan seperti sinonim dan
perkataan-perkataan yang membawa maksud lebih luas.

Sejauh manakah kegiatan kokurikulum di sekolah


berperanan dalam membentuk sahsiah dan jati diri
murid?

MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

KURSUS TMK TAHUN 5 2014


4. Tambahkan operator Boolean AND, OR atau NOT antara kata kunci yang telah
dikenalpasti.

kegiatan kokurikulum AND sahsiah AND jati diri


5. Pencarian boleh diperincikan lagi dengan menggunakan teknik-teknik berikut:
Pangkasan (truncation) - kegiatan giat
Berfrasa
- jati diri
Wild card
- *giat* kegiatan, penggiat, plagiat
Operator Boolean
- AND, OR, NOT
Kombinasi pangkasan dan Boolean
Nesting
- (murid OR pelajar) AND jati diri
Ayat topik yang asal telah ditukarkan menjadi pernyataan carian.

*kegiatan kokurikulum* AND sahsiah AND jati diri


kegiatan kokurikulum AND (sahsiah OR sikap) AND (jati
diri NOT nilai)

Operator Boolean
Operator Boolean adalah AND, OR dan NOT.
1. Operator AND diletakkan di antara kata kunci yang digunakan dalam pencarian.
Fungsinya adalah untuk mengecilkan hasil pencarian. Sebagai contoh: pernyataan
carian sahsiah AND sikap akan mengecilkan carian kepada laman-laman yang
hanya mengandungi kedua-dua perkataan sahsiah dan sikap di dalamnya.
2. Meletakkan operator OR di antara kata kunci akan memperluas hasil carian. Sebagai
contoh: pernyataan carian sahsiah OR sikap akan memperluas pencarian kepada
laman-laman yang mengandungi salah satu atau kedua-dua perkataan sahsiah dan
sikap di dalamnya.
3. Operator NOT turut berfungsi untuk mengecilkan hasil pencarian. Sebagai contoh:
pernyataan carian jati diri NOT sikap akan mengecilkan carian kepada laman-laman
yang mengandungi perkataan jati diri tetapi tidak mengandungi perkataan sikap.

1.6.2

STRATEGI MENILAI MAKLUMAT DENGAN BERKESAN


MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

KURSUS TMK TAHUN 5 2014


Maklumat yang diperoleh dari internet perlu dinilai dari segi kualitinya, kesahihannya dan
ketepatannya. Terdapat beberapa cara bagaimana kita boleh menilai sama ada maklumat
yang diterima melalui internet boleh dipercayai atau tidak.
Terdapat beberapa model yang digunakan untuk menilai maklumat yang diperoleh melalui
internet dengan berkesan. Antaranya termasuklah model ASPECT (Authority, Sources,
Purpose, Evenness, Coverage, Timeliness), model ROAR (Reliability, Objectivity, Accuracy,
Relevance) dan model RADCAB (Relevancy, Appropriateness, Detail, Currency, Authority,
Bias). Bahagian ini menjelaskan dengan lebih lanjut kaedah menilai maklumat secara kritikal
menggunakan model ASPECT.

A S P E C T

AUTHORITY Autoriti

Autoriti

Ketahui siapa pengarang atau orang yang bertanggungjawab terhadap bahan yang

diterbitkan.
Adakah isu yang dibincangkan merupakan bidang kepakaran pengarang atau pihak

yang bertanggungjawab.
Ketahui reputasi penerbit yang menerbitkan maklumat tertsebut.

A S P E C T

SOURCE Sumber

Sumber

Adakah maklumat yang diperoleh itu merupakan fakta?


Apakah sumber rujukan atau dokumentasi yang digunakan?
Adakah maklumat tersebut diperoleh daripada sumber yang boleh dipercayai?

A S P E C T

PURPOSE Tujuan

Tujuan
Apakah tujuan atau objektif maklumat itu diterbitkan?
Siapakah sasaran maklumat itu diterbitan?

A S P E C T

EVENNESS Kesamarataan

Kesamarataan

MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

KURSUS TMK TAHUN 5 2014

Adakah maklumat tersebut mempunyai kecenderungan untuk menyebelahi manamana pihak?


Adakah maklumat tersebut berkecenderungan untuk mempengaruhi mana-mana
pihak?

A S P E C T

COVERAGE Liputan

Liputan
Apakah topik yang yang diliputi oleh sumber berkenaan?
Sejauh manakah topik berkenaan diterokai atau dibincangkan?

A S P E C T

TIMELINESS Kekinian

Kekinian
Bilakah sumber maklumat berkenaan diterbitkan?
Adakah laman tersebut sering dikemaskini atau mempunyai kecenderungan untuk
kekal lama?
Pastikan maklumat adalah terkini dan lihat tarikh akhir pengemaskinian
dilaksanakan.

AKTIVITI
1. Nyatakan perbezaan antara operator Boolean AND, OR dan NOT.
2. Tukarkan ayat topik ini kepada penyataan carian.
Platform pembelajaran maya (VLE) berupaya meningkatkan minat dan motivasi
murid dan pembelajaran dan pengajaran (PdP).
3. Nilaikan kualiti, kesahihan dan ketepatan sumber maklumat yang anda dapati
menggunakan model ASPECT.

2.6 PENGGUNAAN EMEL


2.6.1 Bagaimana Mengakses E-mel Anda Dalam VLE Frog
5

MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

KURSUS TMK TAHUN 5 2014


1. Untuk menggunakan emel di dalam VLE Frog anda boleh menggunakan URL VLE
sekolah. Contoh : https://mba1018.1bestarinet.net
2. Paparan login ini akan dipaparkan.

Rajah 1.1
3. Gunakan YES ID VLE Frog yang telah diberikan oleh pihak Admin sekolah.
Contoh: XXXXXXX@Yes.My dan katalaluan: xxxxxxxxxx
4. Setelah anda login, di Frog Bar klik ikon Quick Launch

Rajah 1.2

MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

KURSUS TMK TAHUN 5 2014

Rajah 1.3
5. Quick Launch pada Frog Bar akan dipaparkan dan klik ikon Email. E-mel anda akan
terbuka dalam tetingkap baru.
6. E-mel tersebut akan memaparkan Inbox anda secara automatik. Ini bermaksud, jika anda
sudah pun berada dalam VLE Frog, anda tidak perlu lagi untuk log masuk ke dalam akaun
e-mel anda.

Rajah 1.4

MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

KURSUS TMK TAHUN 5 2014

Cara membina Contacts Group

1. Klik ikon menu Mail disebelah Inbox Gmail anda.

Rajah 1.5

MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

KURSUS TMK TAHUN 5 2014


2. Klik Contacts dan seterusnya klik ikon New Contac

Rajah 1.6

3. Taipkan nama kenalan anda didalam kotak nama untuk menambahkan kenalan kumpulan
emel
4. Klik bahagian atas senarai dan klik ikon kumpulan.
5. Dan akhir sekali anda boleh menambahkan lagi nama kenalan atau keluar dari
menu kumpulan emel.
6. Kumpulan emel anda akan dipaparkan disebelah kiri My Contact.
2.6.2 Bagaimana untuk mengguna Contact Group semasa menghantar emel
1. Karang satu e-mel
2. Selain daripada anda ingin menghantar emel kepada seorang individu, anda juga boleh
memasukkan Group Emel pada kotak teks TO.
3. Gmail akan dihasilkan secara automatik alamat emel di kelompok itu.

MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

KURSUS TMK TAHUN 5 2014

Menambah Lampiran fail dalam emel


Langkah-langkah menyisip fail dalam Gmail:
1.

Dalam Gmail, klik butang Compose.

2.

Klik ikon klip kertas seperti dibawah

Rajah 1.7
3.
4.
5.

Cari fail yang anda ingin lampirkan dalam emel di komputer anda.
Klik buka (Open)
Seterusnya fail yang telah dipilih boleh dihantar dengan menekan butang send.

Untuk menutup tetingkap e-mel, klik tanda X pada tab pelayar dan anda akan kembali ke
tetingkap VLE Frog .

Rajah 1.8

3.6 PENGKOMPUTERAN AWAN (CLOUD COMPUTING)


3.6.1 TEKNOLOGI PENGKOMPUTERAN AWAN (CLOUD COMPUTING)
Pengenalan

10

Pernahkah anda mendengar atau mengetahui mengenai pengkomputeran awan?

MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

KURSUS TMK TAHUN 5 2014

Adakah pengkomputeran awan bermaksud anda menjalankan kerja anda di awan


seperti gambarajah di bawah?

Bagaimanakan pengkomputeran awan membantu anda menjalankan tugas sebagai


pembantu makmal?

Rajah 1.1 Gambaran

Pengkomputeran Awan

Definasi pengkomputeran awan atau cloud computing ialah pembangunan dan penggunaan
teknologi komputer berasaskan internet. Pengkomputeran awan ialah satu kaedah
memanfaatkaan perkomputeran sebagai satu perkhidmatanan bukannya produk di mana
sumber, aplikasi dan maklumat yang disediakan dalam komputer atau peranti lain (seperti
iPhone, iPad, iPod, Android, BlackBerry dan sebagainya) sebagai satu utiliti melalui
rangkaian (internet). Pengguna tidak bergantung kepada komputer tertentu sahaja atau
tempat tertentu sahaja, sebaliknya boleh menggunakan mana-mana komputer atau peranti
mudah alih lain asalkan terdapat capaian internet.
Pengkomputeran awan adalah proses anda menggunakan internet sebagai tempat untuk
menyimpan segala data peribadi sama ada dokumen, gambar,

lagu, rakaman suara

mahupun video. Proses pengkomputeran awan berlaku apabila anda memuatnaik data-data
milik anda kemudian data yang anda simpan itu boleh dicapai dari tempat lain, komputer
riba, komputer tablet atau dari mana-mana telefon bimbit melalui sambungan internet.
Contoh terbaik untuk memahami pengkomputeran awan ini ialah seperti 4shared di mana di
dalam laman web ini beratus ribu pengguna 4shared memuat naik (upload) lagu kesukaan
mereka untuk dikongsi bersama pengguna lain yang mereka langsung tidak kenal dan
jumpa. Pengguna lain yang menyukai lagu serupa mencapai laman 4shared, melihat lagu
yang dimuat naik, menyukai lalu memuat turun lagu tersebut dan memberikan kepada
rakan-rakan lain.

11

MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

KURSUS TMK TAHUN 5 2014


Aplikasi pengkomputeran awan juga boleh digunakan secara individu atau dalam bilangan
pengguna yang ramai. Syarikat besar juga menggunakan pengkomputeran awan sebagai
ruang untuk para pekerja berkongsi data ketika sedang dalam usaha menyiapkan sesuatu
tugasan tanpa perlu bersua muka, berinteraksi dalam masa yang sama. Mereka juga
menggunakan pengkomputeran awan sebagai tempat simpanan sandaran data penting,
menjimatkan kertas, menjimatkan masa dan tenaga.

Rajah 1.2 Aplikasi Pengkomputeran Awan

Perbezaan pengkomputeran awan dan hosting tradisional ialah:


Pengkomputeran Awan
Kos jualan mengikut
permintaan. Biasanya
mengikut minit dan jam.

12

Perbandingan

Kos

MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

Tradisional Hosting
Melibatkan kos yang lebih
tinggi kerana perlu
menyediakan perkakasan,
perisian dan
penyelenggaraan.

KURSUS TMK TAHUN 5 2014

Pengguna boleh membeli


perkhidmatan pada bila-bila
masa.

Kebolehcapaian

Perkhidmatan ini diuruskan


sepenuhnya oleh pembekal
vendor, pengguna hanya
memerlukan internet dan
komputer/tablet/smart
phone sahaja.

Pengurusan sistem

Waktu tertentu sahaja.


Contohnya waktu pejabat.

Perlu melibatkan banyak


pihak dan memerlukan
masa yang lebih lama.

Rajah 1.3 Perbandingan di antara pengkomputeran awan dan


hosting tradisional
CONTOH APLIKASI PENGKOMPUTERAN AWAN
1) PIXLR

Rajah 1.4
Alamat
Kegunaan
Kelebihan

: www.pixlr.com
: Aplikasi suntingan imej
: Pengguna dapat menggunakan aplikasi ini secara optimum sepertimana

aplikasi suntingan lain seperti Adobe Photoshop tanpa perlu memiliki sebuah komputer
spesifikasi tinggi.

2) GOOGLE APPS

13

MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

KURSUS TMK TAHUN 5 2014

Rajah 1.5
Alamat

: http://www.google.com

Kegunaan

: Pengguna boleh menggunakan beberapa aplikasi termasuk pemprosesan

kata, hamparan kerja (spreadsheet) dan persembahan (presentation) melalui Google


Docs. Untuk menggunakan kemudahan Google Apps, pengguna perlu mempunyai akaun
Google (Gmail).

Kelebihan

i.

Pengguna boleh menghasilkan dokumen-dokumen tersebut melalui Internet

ii.

tanpa install perisian dalam komputer.


Boleh dikongsi dengan pengguna lain melalui kaedah 'sharing'.

3) WINDOWS LIVE-SKYDRIVE

Rajah 1.6
Alamat

: http://www.skydrive.com.
(Aplikasi ini untuk pengguna Hotmail)

Kegunaan dan kelebihan :


14

MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

KURSUS TMK TAHUN 5 2014


i.
ii.
iii.

Kemudahan aplikasi Microsoft Office secara dalam talian.


Ruang penyimpanan (cloud storage) yang agak besar di internet iaitu Sky Drive.
Boleh kongsi fail dengan pengguna lain melalui kaedah sharing.

4) STORAN-DROPBOX

Rajah 1.7

Alamat

: http://www.dropbox.com

Kegunaan

: Satu servis penyimpanan atau storan yang menggunakan teknologi

pengkomputeran awan sebagai nadinya. Ruang storan yang disediakan adalah 2 GB.

Kelebihan
i.
ii.

Ruang storan yang besar iaitu 2GB.


Menjimatkan
wang
kerana
tidak

perlu

membeli

peranti

storan.

Pengguna Dropbox ada fail backup (dua salinan fail) iaitu satu dalam komputer anda
dan satu lagi di awan.
Boleh kongsi fail dengan pengguna lain.
Boleh akses melalui peranti mudah alih seperti BlackBerry, iPhone, Android dan

iii.
iv.

iPad. Ini membolehkan anda mengakses dokumen anda bila-bila masa dan di manamana.

3.6.2
i.

KELEBIHAN PENGKOMPUTERAN AWAN

Format dokumen yang sesuai (Compatible File Format)


Aplikasi pemprosesan kata, hamparan kerja (spreadsheet) dan persembahan

(presentation) juga boleh diperolehi melalui pengkomputeran awan. Contohnya Google


Docs.

15

MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

KURSUS TMK TAHUN 5 2014

ii.

Meningkatkan prestasi dan kemampuan komputer


Prestasi dan kemampuan komputer akan dapat dipertingkatkan apabila penggunaan

pengkomputeran ini digunakan secara maksimum.


iii.

Kebolehcapaian fail yang meluas.


Pengkomputeran awan membolehkan sistem dicapai tidak mengira masa, lokasi dan

peranti selagi pengguna mempunyai capaian Internet.


iv.

Kebolehpercayaan data penyimpanan

Data penyimpanan disimpan di ruang 'awan'.

Boleh juga digunakan untuk mem'backup' data-data penting. Satu di komputer dan
satu lagi di awan.

Website menggunakan secured connection https.

v.

Ruang storan yang tiada had


Pengguna atau syarikat boleh menyimpan sebanyak mana data/maklumat di ruang

storan yang tiada had.

vi.

Mengurangkan kos
Bagi syarikat, kos pengurusan akan dapat dijimatkan dari segi perkongsian sumber

yang boleh dibuat dikalangan staf atau pengguna - pengguna lain.

Tidak perlu membeli perkakasan atau server, aplikasi dan melatih pekerja untuk
menguruskan server dan aplikasi tersebut.

Pengguna juga tidak perlu untuk membayar pembelian atau penyelenggaraan


perisian.

Kos bergantung kepada berapa banyak pemakaian dan perjanjian kontrak.

Dapat menjimatkan kertas, masa dan tenaga.

Kos juga dapat dijimatkan kerana tidak memerlukan kos penyelenggaraan perisian
dan perkakasan.

16

MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

KURSUS TMK TAHUN 5 2014


vii.

Kolaborasi berkumpulan yang lebih mudah

Fail atau dokumen juga boleh dikongsi dengan tanpa had bilangan pengguna.

Kemampuan sharing PC to PC audio dan video.

viii.

Sistem pengurusan dan operasi yang lebih mudah


Data maklumat peribadi atau syarikat dapat disimpan, dipantau dan diatur dengan

lebih mudah.

3.6.3 KELEMAHAN PENGKOMPUTERAN AWAN


i.

Keperluan internet
Untuk menggunakan sistem pengkomputeran awan, selain perkakasan pengguna

juga memerlukan capaian internet. Masalah akan timbul jika tiada capaian internet atau
kurang stabil.

Sekiranya sistem talian internet terganggu atau bermasalah, capaian data turut
tergangu. Seterusnya menganggu aktiviti harian pengguna atau syarikat.
ii.

Keselamatan
Masih tidak dapat dipastikan tahap keselamatan penggunaan pengkomputeran awan

ini.

Walaupun mempunyai katalaluan, ia boleh dipecah masuk oleh pengodam yang


berkemahiran.
iii.

Ketidakpastian keadaan pelayan (server).


Oleh kerana pelayan di awan, masih terdapat ketidakpastian keadaan pelayan

pengkomputeran awan.

Antara kemungkinan yang boleh terjadi ialah server down atau terlebih beban
(overload).

17

MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

You might also like