You are on page 1of 3

PROGRAM LATIHAN UNTUK GURU TMK TAHUN 5

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Topik

DUNIA PANGKALAN DATA

Tajuk

2.0 Pembangunan Pangkalan Data

A. Objektif
Pada akhir sesi guru dapat:
1. Mengenal pasti ciri-ciri dan fungsi dalam perisian aplikasi pangkalan data.
2. Membina dan mengisi jadual untuk mewujudkan relationship.
3. Membina dan mengisi borang untuk mewujudkan rekod.
B.

4. Menyunting rekod
Kandungan Pengajaran
1. Membina Pangkalan Data
2. Membina jadual (Table)
3. Membina carian (Query)
4. Membina borang (Form).
5. Membina laporan (Report)
6. Membuat hubungan (Relationship).
7. Membina carian (Query) menggunakan dua jadual.
8. Membina borang (Form) menggunakan dua jadual.
9. Menjana laporan (Report) menggunakan dua jadual.

PEMBINAAN PANGKALAN DATA


Pengenalan Kepada Pangkalan Data

I.

Apakah Pangkalan Data


Pangkalan data adalah seperti sebuah kabinet fail. Pangkalan data boleh digunakan untuk:
a. Mendapatkan maklumat dengan pantas, cepat dan tepat.
b. Boleh menambah, mengubahsuai atau memadam sesuatu rekod.
c. Menyelenggara data dan rekod.
d. Mengisih maklumat mengikut nombor rekod atau nama sesuatu rekod.

II.

Bagaimana Membina Pangkalan Data


Sebagai contoh: buku alamat berkomputer
a. Keseluruhan buku alamat dipanggil sebagai jadual (Table)
b. Maklumat lengkap dipanggil sebagai rekod. Koleksi rekod-rekod adalah suatu jadual
(Table).
c. Maklumat di dalam rekod dipanggil medan (Fields). Contohnya, nama, alamat,
nombor telefon dan sebagainya.

III.

Struktur-struktur Pangkalan Data


Sesuatu Pangkalan Data boleh menggambarkan koleksi maklumat yang ingin dipaparkan.
Antara keperluan pangkalan data adalah;
a. Mencipta struktur pangkalan data.
b. Memilih jenis medan-medan yang akan digunakan dalam pangkalan data.
c. Menamakan setiap medan dengan nama yang sesuai.

IV.

Memulakan Pangkalan Data


Untuk mula membina pangkalan data, seseorang itu perlu mengetahui bagaimana untuk;
a. Memulakan Aplikasi
b. Mencipta dan membina struktur pangkalan data anda
c. Menutup dan keluar dari aplikasi.

1. Membina Pangkalan Data


Langkah 1: Memulakan Access
Klik pada bebutang Start untuk memaparkan menu start. Klik pada menu programs dan seterusnya
klik pada Microsoft Access.

Langkah 2 : Membina Database Baru


Klik Blank Database dan klik OK.

Klik di sini untuk menamakan Pangkalan Data. Namakan Pangkalan data den

Klik Create untuk membina pangkalan data.

You might also like