You are on page 1of 3

REFLEKSI INDIVIDU PROGRAM BINA INSAN GURU SEMESTER 6

LOGA THASAN A/L SUNTHARA RAJU

Program Bina Insan Guru merupakan salah program yang membina dan
menerapkan nilai-nilai murni dan hidup berlandaskan kepercayaan dan agama
sebagai proses membentuk guru-guru yang berkaliber serta dapat menyesuaikan
diri dalam apa jua persekitaran masyarakat selaras dengan perkembangan masa.
Segala pengisian

aktiviti

yang

dirancangkan

di

dalam

program

ini

adalah berteraskan kepada Prinsip Negara yang didukung oleh semua rakyat yang
sekaligus menjadi asas pembentukan rakyat dan menjadi tonggak pembinaan
sesebuah negara bangsa.
Program Bina Insan Guru kali ini seperti yang dinyatakan di dalam proforma
kursus Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) adalah mengadakan satu
lawatan penanda aras selama sehari, dalam tempoh yang diperuntukkan iaitu tujuh
jam dan tiga jam bengkel ke sebuah sekolah pilihan tetapi perlulah mempunyai ciriciri dan diiktiraf sebagai sekolah kluster, sekolah bestari, sekolah harapan Negara
dan yang terbaru sekali ialah sekolah berprestasi tinggi. Tujuan lawatan ini diadakan
adalah bagi memberikan pendedahan kepada guru-guru pelatih tentang pengurusan
sekolah, penerapan budaya-budaya cemerlang di sekolah berkenaan untuk
dijadikan panduan semasa mengajar di sekolah kemudian hari terutamanya dalam
bidang Pendidikan Jasmani.
Melalui perbincangan dengan setiap pelajar kelas PISMP SEM 6 PJ/PK/
BM A dan PISMP SEM 6 PJ/PK/BM B serta persetujuan daripada pensyarah, kami
telah memilih SEKOLAH MODEL KHAS BALING yang terletak di Baling, Kedah.
Sekolah ini telah menjadi pilihan kami disebabkan oleh pencapaian dan prestasi
pelajar yang semakin meningkat dalam peperiksaan awam dan menempa nama
dalam bidang kokurikulum. Kami juga mendapat tahu bahawa sekolah ini
mempunyai seorang guru Pendidikan Jasmani cemerlang yang boleh membimbing
kami dengan segala pengalaman yang ada pada beliau.

Bagi menjayakan program ini, saya telah dilantik sebagai biro peralatan
program. Bidang tugas ini adalah sesuatu yang baru kepada saya, namun saya
menerima tanggungjawab ini dengan sepenuh hati saya untuk menambahkan ilmu
pengetahuan saya dalam bidang ini sebagai satu pengalaman berharga yang
mungkin berguna semasa di sekolah kelak. Setelah, itu saya dan rakan rakan saya
telah mengadakan perbincangan mengenai alatan yang perlu dibawa. Didapati,
bahawa sekolah tersebut memiliki alatan yang kami mahukan. Oleh itu, kami
mengambil keputusan untuk tidak membawa alatan.
Lawatan kami telah diadakan seperti yang dirancang iaitu pada 29 Julai
2012 dan kami telah merancangkan dua sesi sepanjang lawatan disekolah tersebut.
Sesi pertama dijalankan di Bilik mesyuarat di mana sesi ini lebih berbentuk taklimat
dan penerangan daripada pihak sekolah iaitu tentang aspek-aspek kepimpinan,
pengurusan sekolah yang meliputi visi dan misi sekolah serta cara pentadbiran yang
sistematik dilaksanakan oleh pihak sekolah. Selain itu, penerangan tentang iklim
serta budaya sekolah turut menjadi isi penerangan daripada pihak sekolah. Selepas
itu guru cemerlang Pendidikan Jasmani, Puan Maliza bt. HJ Bahatin memberikan
ceramah. Beliau memberi ceramah mengenai bagaimana beliau menggunakan
pendidikan luar sebagai satu media untuk menerapkan kesedaran tentang nilai
nilai kehidupan kepada murid murid. Beliau juga mengenalkan hobi beliau iaitu
mendaki gunung kepada murid bagi mendekatkan murid murid kepada alam
semula jadi.
Selain daripada faktor disiplin, faktor guru-guru juga telah menyumbang
kepada pencapaian sekolah tersebut. Kebanyakan guru-guru di sekolah ini sangat
komited terhadap kerjaya mereka dan sanggup berkorban untuk memastikan
pelajar-pelajar mereka berjaya. Sebagai seorang guru, kita haruslah sentiasa peka
terhadap perkembangan murid dan tingkah lakunya supaya mereka tidak tercicir dan
mampu menjadi seorang yang berguna kepada masyarakat yang berdaya saing.

Akhir kata, program BIG Penanda Aras telah dilaksanakan dengan sempurna
serta ilmu pengetahuan yang diperoleh adalah berguna bagi menjadi seorang guru
yang berwibawa pada masa akan datang.

You might also like