You are on page 1of 32

PENDEKATAN PENGAJARAN MUZIK

MZU3111
ZOLTAN KODALY

ASRI BIN HAJI CHE MAT


INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS IPOH

ZOLTAN KODALY

PENGENALAN
Pendekatan Zoltan Kodaly merupakan salah satu
pendekatan yang digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran muzik di sekolah.
Zoltan Kodaly merupakan tokoh muzik dari Hungary
yang mengambil berat dengan muzik rakyat
Di samping muzik rakyat, nyanyian sebagai
kemahiran asas menjadi falsafah yang utama di
mana kanak-kanak boleh menyanyikan lagu-lagu
rakyat dengan menggunakan suaramereka sendiri.
Teknik yang beliau ketengahkan ialah nyanyian
tonik solfa, menggunakan isyarat tangan dan
menyebut dan menotasikan irama dengan
menggunakan notasi lidi.

LATAR BELAKANG ZOLTAN


KODALY
16 Disember 188216 Mac 1967
adalah seorang tokoh terkemuka pada
abad ke 20 dalam kebudayaan Hungary.
Beliau merupakan seorang pencipta dan
penggubah muzik, yang mewujudkan
satu sintesis di antara muzik rakyat
Hungary dan warisan muzik Eropah.
seorang ethnomuzikologis

Pada tahun 1900, negara Hungary masih di


bawah pemerintahan beraja Austro
beberapa tahun selepas itu Zoltan Kodaly dan
kawan karibnya Bela Bartok sedar bahawa
muzik rakyat mempunyai nilai estetik yang
tinggi sert memainkan peranan yang penting
dalam mengekalkan identiti negara mereka.
Dengan kesedaran ini mereka menjelajahi
seluruh negera sehingga ke tempattempat
yang terpencil untuk merakamkan suarasuara kaum petani yang masih menyanyikan
lagu-lagu Hungary serta mentranskripsikan
irama yang dikumpulkan.

Bela Bartok meneruskan


penyelidikannya di Sloviak, Rumania,
Rusia, Asia, Chuvash, Chemish dan
negara-negara yang berdekatan.
Irama dan melodi dianalisis mengikut
mod, skel, bentuk dan jenis kumpulan
irama lagu yang sama.
diteruskan oleh sekumpulan penyelidik
dan muzikologis dengan mengikuti
perancangan Kodaly di Akademi Sains
di Budapest, Hungary.

Kini terdapat lima buah jilid Corpus


Musicae yang telah lengkap; kanakkanak, perayaan dan upacara
tertentu, memikat, perkahwinan dan
rintihan.
AKTIVITI

FALSAFAH DAN KONSEP


KODALY

Muzik kepunyaan manusia.


Nyanyian adalah asas muzik.
Muzik rakyat sebagai bahan PNP.
Nyanyian koir.
Alat muzik tak perlu digunakan.
Pengajaran muzik berlaku awal di
pra sekolah.
Muzik jadi tunjang kurikulum.

Muzik Kepunyaan
Manusia
Muzik perlu diajar dan dipelajari oleh semua
lapisan masyarakat
Pendidikan muzik adalah satu cara di mana
muzik dapat diapresiasi dan dihayati
lebih ramai lagi orang yang melibatkan diri
dalam muzik sama ada sebagai pemuzik atau
penonton.
Pendidikanmuzik membolehkan bakat muzik
seseorang kanak-kanak berkembang.
memperkembangkan aspek pendengaran,
intelek, emosi, fizikal dan kebudayaan
seseorang kanak-kanak.

Muzik Rakyat sebagai Bahan


Pengajaran dan Pembelajaran
Nyanyian merupakan asas kemahiran
muzik. Bahan yang penting dan
terbaik untuk digunakan dalam
pengajaran pembelajaran muzik
ialah muzik/lagu rakyat Hungary.
Setelah tumpuan diberi kepada
bahan sendiri barulah bahan dari luar
negara diperkenalkan.

Nyanyian adalah Asas


Kemahiran Muzik
Suara adalah alat muzik semula jadi yang
berkesan.
Nyanyian dalam lapisan suara harus
diperkenalkan dalam sukatan pelajaran
sekolah rendah.
Nyanyian seperti ini memperkembangkan
kebolehan pendengaran muzik yang
bertekstur polifoni.
Ia akan memudahkan seseorang
menghayati muzik dari sastera muzik
masterpieces tanpa mengetahui
memainkan alat muzik.

Nyanyian Koir
Nyanyian koir adalah penting untuk
menghasilkan keseronokan dari usaha yang
kolektif. Ia mewujudkan manusia yang
berdisiplin, berperibadi tinggi dan mulia.
Hanya muzik masterpieces dari negara sendiri
dan luar dijadikan bahan nyanyian koir.
Ahli koir perlu diberi kemahiran dalam
membaca skor muzik tanpa tunjuk ajar dari
jurulatih melalui kibod.
.... a well-trained ear, a well-trained
intelligence, a well-trained heart and a
welltrained hand.

Alat Muzik Tidak Perlu


Digunakan
Alat muzik seperti piano tidak digunakan
untuk mendapatkan ketepatan pic dan
tidak juga digunakan untuk mengiringi
nyanyian koir
Sesebuah lagu diperkenalkan dengan
menyanyikannya dahulu dan bukan
menggunakan kibod.
Ada sesetengah pemimpin orkestra
menyanyikan lagu yang hendak
dimainkan ketika menjalani latihan untuk
memberi inspirasi dan galakan kepada
pemuziknya.

Pengajaran Pembelajaran Muzik


Perlu Berlaku Awal di Pra Sekolah
Kanak-kanak mudah menerima dan mudah terpengaruh.
Mereka perlu dibimbing dan belajar muzik awal di pra sekolah
supaya tidak akan terdedah kepada muzik yang tidak bermutu.
berumur antara 6 hingga 16 tahun selalunya mudah dan cepat
mempelajari sesuatu serta berbakat dalam mengalami muzik yang
bermutu tinggi.
Muzik rakyat adalah bahan yang terbaik
Menyanyi dan menggerakkan tubuh badan dapat
memperkembangkan mental dan fi zikal kanak-kanak.
Kanak-kanak perlu mempelajari membaca notasi sebelum
memainkan alat muzik.
Kelas persediaan dijalankan untuk memudah dan mengukuhkan
pembelajaran konsep muzik dan pendengaran dalaman. Kanakkanak didedahkan kepada asas muzik, membaca muzik secara
serta-merta, menulis muzik dan melatih pendengaran dan irama
melalui nyanyian.

Muzik Perlu Menjadi Tunjang dan


Nadi Kurikulum Pendidikan di
Sekolah
Muzik mengikut Kodaly, boleh membantu dalam
perkembangan emosi, intelek, jasmani dan rohani
kanak-kanak.
Mengikut kajian yang dibuat oleh The San Jose
Unified School District Project di Amerika Syarikat,
tahap pencapaian murid di sekolah yang
mempunyai muzik sebagai mata pelajaran utama
adalah lebih baik daripada sekolah yang
meluangkan masa yang sedikit untuk mata
pelajaran Muzik.
Walau bagaimanapun, Kodaly berpendapat tujuan
muzik dijadikan nadi adalah bukan untuk
menghasilkan keputusan peperiksaan yang
cemerlang tetapi untuk dijadikan cara hidup
seseorang lebih bermakna.

Ciri-ciri Lagu Rakyat

Kepunyaan rakyat
Kepunyaan sesebuah negara
Mencerminkan kehidupan dan budaya komuniti.
Diperturunkan secara lisan.
Wujud sejak dari dulu.
Pencipta tidak diketahui
Dalam bahasa ibunda.
Pendek dan mudah dinyanyikan.
Renj kecil.
Skel mudah
Bahasa mudah
Corak irama mudah dan berulang-ulang

Kategori Lagu Rakyat

Lagu
Lagu
Lagu
Lagu
Lagu

Kanak-kanak.
Perayaan.
Memikat.
Perkahwinan
Rintihan

TEKNIK KAEDAH KODALY

TONIK SOLFA
ISYARAT TANGAN
SIMBOL
NOTASI DAN SEBUTAN IRAMA

Tonik Solfa
Kodaly menggunakan sistem do bergerak
yang berasal dari Guido Arezzo (Itali) pada
Abad ke 11.Dalam sistem ini, tonik solfa
atau tonik pusat dalamnsesebuah lagu ialah
do dalam nada major dan la dalam nada
minor.
Ini memudahkan pelajaran nyanyian
semerta.

Tonik Solfa menekankan perhubungan pic dan


fungsinya dalam sesuatu sistem tonal.
Apabila kanak-kanak dapat menguasai tonik solfa
dengan selesa melalui nyanyian, membaca dan
menulis skor mereka bolehlah diperkenalkan dengan
not nama abjad.
Nyanyian pic dalam jeda minor ke 3 (so mi)
merupakan pengajaran pembelajaran asas. Dengan
penggunaan tonik solfa kanak-kanak yang kenal dua
not yang berpic ini boleh membacakan not ini pada
baluk di mana-mana posisi.
Kodaly berpendapat skel pentaton (5 ton) amat sesuai
digunakan kerana skel itu merupakan skel asas untuk
lagu rakyat Hungary yang berciri mod minor.

LATIHAN
TONIK SOLFA

Isyarat Tangan
Isyarat tangan digunakan sebagai
respon kepada melodi yang didengar
dan dilakukan tanpa menyanyi
kerana ia berlaku di dalam kepala.
Contohnya kelas akan menyanyi dan
dengan serentak seorang pelajar
akan menggunakan isyarat tangan
tanpa menyanyi.

Curwen/Glover Hand
Signs

AKTIVITI

LATIHAN
ISYARAT TANGAN

Simbol, Notasi Lidi dan


Sebutan Irama

NOTASI LIDI

Rhythm Symbols and


Names

LATIHAN
TEPUKAN IRAMA

You might also like