You are on page 1of 20

JF302 -Bab 1a

CHAPTER 1
MATERIAL STRUCTURE AND BINARY ALLOY SYSTEM
1.1 Understand Material structure and Element Periodical Table (EPT)
Material structure(STRUKTUR BAHAN )
struktur bahan yang merupakan asas penting dalam pembentukan bahan. Dalam
pembentukan logam, ianya terdiri daripada susunan atom yang dinamakan hablur.
Unit ini juga membincangkan mengenai susunan atom, ketumpatan dan sifat-sifat
yang berkaitan dapat ditentukan. Susunan hablur ini akan musnah apabila logam
berada pada suhu yang melebihi suhu lebur. Begitu juga logam seperti besi akan
mengubah susunan atomnya yang berupa pepejal tanpa dileburkan dengan disertai
oleh perubahan pada sifatnya.

1.1.1 Define the terminology of ( Takrifan Istilah berikut)


a. Atom
Merupakan satu zarah asas yang membentuk segala bahan samada dalam bentuk
pepejal, gas atau cecair. Saiz atom adalah sangat kecil, walaubagaimana pun ia
mempunyai berat dan sifat-sifat tersendiri. Atom terdiri daripada 3 zarah asas
dengan merujuk pada Jadual di bawah ,Zarah, cas dan berat bagi atom.

b. Element (Unsur)
Merupakan gabungan 2 atau lebih atom-atom sejenis. Ianya berada dalam keadaan
tulen. Contoh: logam yang kurang relatif seperti emas dan paltinium. Bukan logam
seperti intan, grafit dan sulfur.

c. Mixture (Campuran)
Merupakan gabungan antara 2 atau lebih atom-atom yang berlainan jenis tetapi
tidak bergabung secara kimia.

d. Compound (Sebatian)
Merupakan gabungan antara 2 atau lebih atom-atom yang berlainan jenis
bergabung secara kimia. Contoh : Besi + Sulfida dan dipanaskan, menghasilkan
besi sulfida. Sebatian semulajadi sangat stabil kerana zarah-zarah didalamnya
dipegang dengan kuat. Jadi ia tidak akan mudah terurai. Cth : Natrium Klorida
hanya boleh diuraikan pada suhu 800C. Ikatan yang terjadi disebut ikatan kimia.
Element Periodical Table (EPT)(Jadual Perkalaan Unsur)
Alam ini terdiri daripada 109 unsur. Turus menegak di namakan kumpulan. Turus
mengufuk di namakan kala. Jadual berkala mempunyai 8 kumpulan iaitu dari
kumpulan I hingga VIII. Empat kumpulan tersebut mempunyai nama khas seperti
dalam Rajah. Jadual ini mempunyai blok ditengah-tengah yang dikenali sebagai
unsur-unsur peralihan. Cara membaca jadual perkalaan unsur moden merujuk pada
Rajah yang diberi

1.1.2 Define atomic number and atomic mass of EPT (Element Periodic Table)

Atomic number (Nombor atom)


Merupakan bilangan proton yang terdapat dalam nucleus atom, berfungsi untuk
menentukan kedudukan unsure-unsur dalam jadual berkala. Dalam atom neutral.
Bilangan proton sama dengan bilangan Elektron

Atomic mass (Nombor Jisim)


Adalah jumlah proton + neutron dalam nucleus atom. Kebanyakan atom
mempunyai bilangan proton dan neutron yang sama. Cth: Bagi C, bilangan proton 6
dan bilangan neutron juga 6. Maka nombor jisim bagi C ialah 12. Namun bagi
setengah unsur yang mempunyai bilangan unsure dan neutron yang tak sama, ia
dipanggil Isotop.
Cth: Bagi H, bil. Proton = 1,
Bil neutron = 0.

1.1.3 Determine the total number of atomic orbits


Orbit atom adalah ruang legar electron yang mengelilingi nucleus (orbital). Ia
berada dalam kedudukan petala yang berlapis-lapis. Ia disusun mengikut bilangan
electron yang ada pada sesuatu atom. Maksimumnya ada 7 petala yang disusun
mengikut abjad K,L,M,N,O,P,Q. Elektron di petala akhir dikenali sebagai Elektron
Valensi. Bilangan maksimum electron dalam sesuatu petala diberi oleh formula:

e- Maks = 2n2

di mana n= nombor petala.

1.1.4 Explain the elements sequence in EPT


Unsur-unsur disusun mengikut kumpulan dan kala
Kumpulan
Merupakan turus tegak dalam jadual berkala. Terdapat 8 kumpulan semuanya:a)

Kump I Logam alkali

b)

Kump II Logam Alkali Bumi

c)

Kump III, IV, V, VI, VII- unsure bukan logam

d)

Kump VIII Gas Adi / Lengai

Unsur dalam kumpulan yang sama mempunyai sifat kimia yang sama. Penentuan
atom dimasukkan dalam kumpulan mana adalah ditentukan oleh jumlah bilangan
electron di petala terluar (valensi) yang dipunyai oleh atom tersebut.
Cth: Kalium --- No. Atom = 19
Konfg. Elektron = 2.8.8.1

Kalium mengandugi 1 elekron valensi, maka kedudukannya di Kump. 1

Kala
Merupakan barisan mendatar mengikut kenaikan nombor atom (dari kiri ke kanan).
Penentuan atom diletakkan dalam kala berapa bergantung pada jumlah bilangan
petala yang dipunyai oleh atom tersebut.
Cth: Kalium --- No. Atom = 19
Konfg. Elektron = 2.8.8.1

Kalium mengandugi 4 petala, maka kedudukannya di Kala ke 4

Ciri-ciri EPT secara umum


i)
bilangan elektron yang sama pada petala luar adalah termasuk dalam
kumpulan yang sama.
ii)
sama.

unsur-unsur dalam kumpulan yang sama mempunyai sifat kimia yang

iii)
Unsur dalam kumpulan 1 mempunyai 1 elektron pada petala luar,
unsur dalam kumpulan 2 mempunyai 2 elektron pada petala luarnya.
iv)

Setiap kalaan mempunyai bilangan petala yang sama

Kegunaan EPT
i)

Untuk memudahkan pengkelasan sesuatu unsur.

ii)
Memberikan maklumat mengenai unsur-unsur tersebut terutamanya
sifat-sifat unsur tersebut kerana ianya dikumpul mengikut susunan.
iii)
Memudahkan menjangka sesuatu unsur yang masih dalam penemuan
dan meramalkan sifat-sifat dan kegunaanya.
iv)
Mudah untuk menganalisis dan memahami sesuatu tindakbalas antara
unsur-unsur tersebut.

1.1.5 Explain these crystallized structure (Struktur Hablur)

Pepejal boleh dikelaskan kepada pepejal berhablur dan pepejal amorfus. Pepejal
berhablur atau hablur terdiri daripada atom-atom yang tersusun dalam 3 dimensi
mengikut corak berulang-ulang atau sekata. Hablur terdiri dari logam dan bukan
logam. Hablur tunggal ialah pepejal dengan sel unit tersusun sekata manakala
hablur polihablur pula terdiri daripada banyak hablur tunggal dengan pada Rajah di
bawah

Struktur Hablur
Empat jenis struktur hablur yang kerap kali ditemui ialah kiub mudah (simple cube),
kiub berpusat jasad (BCC), kiub berpusat muka (FCC) dan heksagon padat (HCP)
seperti Rajah di bawah
Contoh bahan yang menghablur dalam bentuk ini ialah:

Kiub mudah = garam (Na Cl)


dan

BCC

= Kalium, Natrium, kromium, molibdenum, titanium,vanadium


tungsten.

FCC

= aluminium, kuprum, emas (Au) dan nikel.

HCP

= berilium, cadmium, magnesium dan zink.

a. Simple cubic (Kiub Mudah)

b. Body-centered cubic (Kiub berpusat jasad)

c. Face-centered cubic

Jumlah keseluruhan = 4 atom


d. Hexagonal close-packed (Heksagon Padat)

Dalam proses pemejalan atom, logam cair akan bertindakbalas antara satu sama
lain dan menyusun kedudukan masing-masing dalam bentuk yang seragam dan
teratur. Penyusunan secara teratur ini dinamakan prosespembuatan ruang kekisi.

1.1.6 Explain terms use in recrystallization process (Istilah dalam Proses Pemejalan
Logam)

a. Crystal (Hablur)

Hablur terdiri daripada atom-atom yang tersusun dalam 3 dimensi mengikut corak
berulang-ulang atau sekata. Hablur terdiri dari logam dan bukan logam. Contoh;
kiub mudah, kiub pusat jasad, kiub pusat muka dan heksagon padat. Hablur dapat
dilihat dengan menggunakan alat X Ray defractometer
b. Space lattice (Ruang Kekisi)
Kekisi ruang adalah keadaan susunan atom-atom mengikut kedudukan yang
seragam dan teratur hasil daripada tindakbalas antara satu atom dengan atom
yang lain semasa proses pemejalan berlaku
c. Grain (Ira, Bijian)
Ira atau bijian adalah hablur yang telah lengkap pertumbuhannya. Bijian dapat
dilihat dengan jelas menggunakan mikroskop kajilogam setelah dicanai (grinding),
pengilapan (polishing), punaran (etching).
d. Grain boundary (Sempadan Ira/ Sempadan bijian)
Sempadan bijian adalah garisan kecil pemisah sisi kumpulan bijian yang
bersentuhan.

1.1.7 Explain these types of bonds (Jenis Ikatan)

Terdapat 3 cara bagaimana sesuatu atom itu diikat.

Ikatan Ion / ionik / elektrovalen

Ikatan Kovalen

Ikatan Logam / metalik

a. Covalent bond (Ikatan Kovalen)


Perkongsian antara elektron supaya elektron luarnya (elektron valensi) sentiasa
terisi penuh seperti Rajah. Terhasil daripada tarikan diantara elektron yang dikongsi
ini dengan nukleus positif bagi atom yang masuk kedalam ikatan. Biasanya bahan
(material) yang mempunyai ikatan ini adalah rapuh. Contohnya pada penebat
elektrik ( polimer dan seramik)

b. Ionic bond (Ikatan Ionik / elektrovalen)


Ikatan ini terjadi apabila satu atau lebih elektron dipindahkan (didermakan)
daripada satu atom ke satu atom yang alin. Atom yang kehilangan elektron menjadi
ion +ve (kation) manakala atom yang menerima elektron bercas ve (anion). Ikatan
ion terhasil akibat tarikan antara ion yang berlawanan cas ini. Seperti Rajah.
Tindakbalas antara atom natrium dan klorin. Bagi natrium klorida berion, elektron
dipindahkan daripada atom natrium kepada atom klorin untuk membentuk natrium
klorida. Ion-ion Na + Cl tersusun bersama dengan bilangan yang banyak dalam
hablur-hablur ion. Elekton dipindahkan daripada atom Na kepada Cl untuk
membentuk Na Cl. Kebanyakkan bahan-bahan mineral dan seramik adalah daripada
ikatan ionic.

c. Metallic bond (Ikatan Logam)


Atomnya tersusun sangat rapat antara satu sama lain. Setiap atom membekalkan
satu @ lebih elektron yang bergerak keseluruh hablur logam berkenaan seperti
yang ditunjukkan pada Rajah. Elektronnya tidak hanya dikongsi oleh beberapa atom
sahaja, tetapi menjadi milik semua atom didalamnya. Pepejal ini diikat oleh daya
tarikan antara ion logam posiitif dan elektron yang bebas. Ia menghasilkan dayadaya ikatan yang kuat. Contohnya : Atom tungsten dipanaskan antara 3400 C
5000oC.

CHAPTER 1b
BINARY ALLOY SYSTEM
1.2 Describe the metal and alloy solidification (Pemejalan Logam dan Aloi)

Selepas kerja pemanasan logam atau aloi, ia dibiarkan sejuk atau pejal. Semasa
proses pemejalan tersebut, wujud fasa-fasa tertentu yang akan dibincangkan di
dalam unit ini. Sebenarnya fasa logam atau aloi yang memejal akan bergabung
untuk menghasilkan satu bentuk bijian yang boleh dilihat secara kasar (microskop
pembesaran).

Proses pemejalan berlaku dengan pertumbuhan nukleus. Bucu-bucu nukleus yang


bebas memilih jalan masing-masing ke tempat yang lebih sejuk. Ini menyebabkan
pertumbuhan nukleus dan perkembangan bucu semakin bertambah. Lengan jejari
akan terbentuk yang ianya sendiri membentuk lengan-lengan secondary masingmasing 90 diantara satu sama lain. Ini berterusan hingga satu struktur yang.
dipanggil struktur dendrit wujud seperti ditunjukkan dalam Rajah di bawah
1.2.1 Explain solidification phases of Nucleus, Dendrite and Grain
Nucleus merujuk kepada rajah bil a)
Dendrite merujuk kepada rajah bil b) dan c)
Grain

- merujuk kepada

rajah bil d) dan e)

1.2.2

Differentiate between metals and alloys (Perbezaan antara Logam dan aloi)

Metal (Logam Tulin)


Logam yang mempunyai elemen-elemen yang sama, mempunyai sifat-sifat
yang melampau (extreme) dan tidak dapat memenuhi kehendak kerja kejuruteraan.
Logam tulin mempunyai cirri-

i.

Mudah di tempa boleh di ketuk kepada

berbagai bentuk.
ii.

Mulur boleh dijadikan wayar yang

halus.

Alloys (Aloi @ Pancalogam)


Gabungan/cantuman rapat antara 2 atau lebih komponen bahan ( unsur logam dan
bukan logam) dan wujud samada dalam keadaan pepejal atau cecair. Contoh :
sedikit karbon dicampurkan dengan besi akan menghasilkan keluli.

1.2.3 Define term and formation of solid solution (Takrifkan istilah dan pembentukan
larutan pepejal)

Larutan Pepejal
Atom atau molekul-molekul bahan telah menduduki kedudukan yang biasa dalam
kekisi hablur dan membentuk suatu fasa tunggal. Apabila pemejalan berlaku, atomatom aloi akan tersusun dengan teratur dan ia dipanggil ruang kekisi. Fasa ini
mengekalkan kelarutan zarah yang terdapat dalam keadaan cecair sama ada
sebahagian atau keseluruhannya

1.2.4 Distinguish between substitution and interstitial solid solution (Bezakan di


antara larutan pepejal Gantian dan larutan pepejal celahan)

Terdapat 2 jenis larutan pepejal iaitu : i) Larutan Pepejal Gantian (Rawak & Teratur)
dan
ii) Larutan Pepejal Celahan.

Larutan Pepejal Gantian (Substitution)

a)

Larutan Pepejal Gantian Secara Rawak

Atom zarah mengambil tempat atom utama secara rawak dan susunannya tidak
teratur.

b) Secara Teratur
Atom zarah mengambil tempat atom utama dan susunannya teratur seperti Rajah
di bawah.

Larutan Pepejal Celahan (Interstitial)


Atom zarah yang kecil mengisi ruang-ruang di antara atom-atom dalam kekisi. Ia
berlaku sekiranya atom logam tambahan ini adalah lebih kecil dari logam induknya.
Larutan jenis ini adalah lebih kuat kerana peranan atom logam yang lebih kecil akan

memenuhi ruangan-ruangan yang ada. Oleh yang demikian, kegelinciran dapat


dielakkan dari berlaku seperti Rajah di bawah

1.2.5 Explain the process of solidification for pure metal and alloy according to the
cooling curve (Proses pemejalan Logam tulen dan aloi merujuk kepada Graf
lengkung Pendinginan)
1)

Metal Cooling curve diagram (Graf pemejalan Logam Tulin)

Apabila logam disejukkan ke suhu beku, ia mengalami kesukaran untuk


membentuk hablur/ nukleus.

Keadaan ini berlaku di antara 0.1 hingga 10C (Kawasan B hingga C)

Apabila nukleus mula terhasil, suhu akan meningkat ke titik suhu beku
(Thermal arrest) yang sebenar (D) dan suhu tidak dibebaskan lagi.

2)

Apabila pembentukan hablur tamat (E) suhu akan terbebas semula.

Alloy Cooling Curve diagram (Graf pemejalan Aloi)

unit-unit

Apabila penyejukan berlaku, haba dibebaskan hingga ke suhu beku dan


sel mula terbentuk.

Apabila sampai pada titik beku (Thermal arrest), haba tidak lagi
dibebaskan
kerana digunakan untuk pembentukan hablur-hablur hingga selesai.

Selepas itu haba kembali dibebaskan (Equilibrium Freezing Temperature)

1.2.6 Explain the phase balance diagram, which comprises of a few cooling curves
for solid solution (Gambarajah Keseimbangan Fasa, terhasil dari gabungan graf
lengkung pendinginan Larutan Pepejal)

Sistem pancalogam atau aloi ini lebih mudah dipelajari dengan merujuk kepada
gambarajah keseimbangan fasa atau gambarajah juzuk aloi tersebut. Rajah
keseimbangan ini berdasarkan kepada suhu dan peratusan kandungan aloi yang
boleh membantu memahami dan meramalkan apakah perubahan struktur aloi yang
berlaku sewaktu pemanasan dan penyejukkan untuk pembekuan. Rajah ini juga
penting sebagai panduan bagi proses rawatan haba dan memperbaiki sifat-sifat
kimia bahan tersebut. Di dalam kebanyakkan aloi perduaan (binary alloy) iaitu
campuran diantara dua jenis logam, juzuk-juzuknya boleh larut antara satu sama
lain dalam keadaan cecair.

Berikut adalah graf lengkung pendinginan sebenar bagi aloi @ pancalogam:Keadaan sebenar ini menunjukkan nisbah yang wujud di antara titik mula pemejalan
(Liquidus point) dan titik tamat pemejalan (Solidus point) yang disebut Freezing
Range.

Sekiranya lengkung ini diplotkan sebanyak 6 graf, hasilnya dapat dilihat seperti di
bawah:The construction of phase balance diagram (Mekanisma pewujudan rajah
keseimbangan fasa)

Contoh penafsiran graf keseimbangan fasa:

Rajah di atas menunjukkan suatu aloi yang mengandungi X % nikel akan


memejal seperti berikut :

i.
Pada suhu t1, kerencaman cecair 1 akan berada dalam keadaan
keseimbangan dengan larutan pepejal kerencaman yang sepadan kepada titik p
pada garisan solidus (garisan pepejalan). Oleh itu hablur larutan pepejal pertama
membentuk terdiri dari kerencaman p.
ii.
Apabila suhu turun maka kerencaman larutan pepejal berkecenderung untuk
berubah dengan cara resapan mengikut garisan pepejalan kepada titik q.
iii.
Pada suhu t2, cecair yang kerencaman m berada dalam keadaan
keseimbangan dengan larutan pepejal kerencaman.

Proses pemejalan aloi ini akan selesai pada suhu t3 apabila titisan terakhir cecair
kerencaman n, memejal, membaiki kerencaman hablur larutan pepejal kepada r.

1.2.7 Explain terms of equilibrium phase diagram (Rajah Keseimbangan Fasa bagi
system Aloi Perduaan)
Untuk memahami kandungan bahan dan struktur fasa. Ini bermakna satu bahagian
homogen (komponen) bahan yang boleh diasingkan secara fizikal dan mempunyai
kandungan kimia serta struktur yang teratur.

a. Phase (Fasa)
Merujuk kepada suatu bentuk struktur atau kawasan yang mempunyai sifat
berlainan jenis akibat dari perubahan atau memiliki sifat semulajadi yang berbeza.
Ia dipisahkan oleh garis-garis lengkung pendinginan atau sempadan fasa

b. Equilibrium phase (Fasa Keseimbangan)


Gambarajah fasa ialah peta sesuatu system dan ia menunjukkan fasa yang
sepatutnya wujud di bawah keadaan keseimbangan untuk sebarang gabungan
rencaman dan suhu tertentu. Gambarajah fasa digunakan secara meluas dan amat
penting terutama untuk memahami system logam dan aloi.

c. Composition (Komposisi)
Komposisi ialah peratus kandungan bahan-bahan tertentu yang sengaja atau tidak
sengaja dimasukkan ke dalam sesuatu bahan. Dengan kehadiran peratus komposisi
bahan ini boleh menyebabkan perubahan dalam fasa, sifat dan bentuk struktur
mikro bahan.

d. Liquidus (Cecair)
Liquidus merujuk kepada garisan lintang yang memisahkan antara fasa cecair
bahan dengan fasa separa cecair bahan. Semasa proses pemejalan berlaku, zarah
bahan yang berada pada suhu lebur akan mula memejal apabila suhu diturunkan.
Titik permulaan proses pemejalan berlaku apabila melepasi garisan lintang liquidus.

You might also like