You are on page 1of 8

Laporan Refleksi

LAPORAN REFLEKTIF
PROGRAM CERAMAH DAN LAWATAN PENANDA ARAS

Pada hari Rabu, 25 Februari 2015 yang lalu, saya dan rakan-rakan sekelas PPG Sains 2 telah
menjalankan satu Program BIG Fasa 5 iaitu PROGRAM CERAMAH DAN LAWATAN PENANDA
ARAS di Sekolah Kebangsaan Taman Hi-Tech, Kulim, Kedah. Program ini melibatkan 32 orang
peserta. Pemilihan sekolah tersebut adalah disebabkan sekolah itu merupakan sebuah sekolah
kluster kecemerlangan akademik selaras dengan kehendak program .
a) Sebelum Program
Pada tarikh 7 Februari 2015, kami telah diberi Taklimat Umum selama 3 jam di IPG tentang
pelaksanaan program ini. Para pelajar PPG dikehendaki melaksanakan satu program lawatan
penanda aras dan ceramah. Selepas tamat sesi taklimat tersebut, kami telah berkumpul secara
berkumpulan, dibawah bimbingan fasilitator kami iaitu En. Mohd. Zahir bin Nasir.

Taklimat di Dewan ,IPGKTB

Mesyuarat ahli kumpulan PPG Sn 1 dan 2

Semua ahli kumpulan berkumpul dan telah bermesyuarat

bagi membincangkan

mengenai tempat, sasaran dan tujuan program dijalankan. Setelah mencapai kata putus bagi
perkara di atas, Sekolah Kebangsaan Taman Hi-Tech telah dipilih dan salah seorang pelajar
PPG Sains 2 iaitu Puan Ruhaizam berkhidmat di sekolah tersebut.
Segala surat menyurat seperti kebenaran Guru Besar dan makluman kepada pensyarah
pembimbing, akan disediakan oleh Puan Siti Zawiyah dan diedarkan oleh beliau.
Bagi slot ceramah pula, pengerusi program iaitu Encik Nor hisham bersetuju untuk
mencari penceramah yang bersesuaian dengan tajuk yang dikehendaki.
b) Semasa Program

Laporan Refleksi
Sesi pendaftaran peserta bermula jam 7.45 pagi bertempat di kantin SK. Taman Hi- Tech dan
diikuti dengan sarapan pagi. Para AJK lain mengambil tugasan masing-masing dan majlis
berjalan dengan baik dan lancar.

Pendaftaran

Sarapan pagi

Pada jam 8.00 pagi majlis dimulakan oleh pengacara majlis iaitu Pn. Sabariah dan
bacaan doa oleh En. Marzuki bin Hasan. Seterusnya diikuti oleh ucapan pengerusi program
iaitu Encik Norhisham b Mohamud.. Seterusnya Guru Besar SK.Taman Hi- Tech, Pn Wan
Soraya

bt

Wan

Yahaya

berucap

dan

merasmikan

program

BIG

Fasa

5.

Selepas majlis perasmian, maka bermulanya slot ceramah yang telah disampaikan oleh
penceramah yang diundang iaitu Encik Khairul Anuar bin Mokhtar, Pegawai Penolong Siasatan
dan Aduan, PPD Kulim/ Bandar Baharu. Penceramah telah menyampaikan satu slot ceramah
bertajuk Guru Berintegriti ,yang sangat menarik dan ianya sangat bermanafaat kepada
golongan guru seperti pelajar PPG ini. Beliau telah menerangkan maksud guru berintegriti dan
nilai teras iaitu benar, amanah, bijaksan, bersyukur serta adil yang

yang perlu ada pada

penjawat awam.
Encik Khairul Anuar juga telah membangkitkan beberapa kes yang telah ditangani oleh
beliau. Pelbagai ilmu pengetahuan dan panduan yang disampaikan oleh beliau amat sesuai
diaplikasi di dalam perkhidmatan masing-masing.

Laporan Refleksi

Slot ceramah

Setelah sesi ceramah Guru Berintegriti, Encik Mohd Zahir bin Nasir selaku fasilitator
program BIG fasa 5 bagi kumpulan ini telah menyampaikan ucapan. Beliau telah menekankan
bahawa intipati penyampaian ceramah yang disampaikan oleh penceramah jemputan boleh
digunakan di dalam tugasan seharian. Ucapan tahniah juga diberikan kepada semua pelajar
PPG kerana dapat melaksankan program ini dan ianya merupakan pendedahan kepada guru
dalam melaksanakan sebarang program atau aktiviti. Encik Mohd Zahir juga mengucapkan
terima kasih kepada pihak sekolah kerana menerima lawatan BIG.

Ucapan fasilitator, Encik Mohd Zahir b


Penyampaian cenderahati telah disampaikan kepada penceramah disampaikan oleh guru
besar Pn Wan Soraya. Sebagai tanda terima kasih kepada pihak sekolah, Encik Mohd Zahir
telah menyampaikan sijil, plak dan cenderahati kepada guru besarnya. Encik Norhisham, selaku
pengerusi program telah menyampaiakn cenderahati kepada fasilitator BIG, Encik Mohd Zahir.

Laporan Refleksi

Penyampaian cenderahati

Cenderahati kepada pihak sekolah


Taklimat lawatan penanda aras Sekolah Kebangsaan Taman Hi-Tech, sekolah kluster
kecemerlangan telah disampaikan sendiri oleh guru besarnya iaitu Puan Wan Soraya binti Wan
Yahaya. Beliau telah menerangkan secara terperinci berkaitan dengan perjalanan sekolah serta
latar belakang murid sekolah ini. Sekolah ini telah memilih Bahasa Inggeris sebagai
kebitaraannya

bersesuaian dengan persekitaran sekolah iaitu kawasan berteknologi tinggi.

Bagi permainan pula, sekolah ini memilih

kebitaraan gimnastik dan mereka mempunyai

jurulatih luar serta mempunyai jalinan dengan Jabatan Pendidikan Jasmani Institut Perguruan
Tuanku Bainun.

Laporan Refleksi

Taklimat penanda aras


Selepas taklimat penanda aras, pelajar PPG telah melawat bilik-bilik khas di sekitar
sekolah ini.

Sudut linus

Laporan Refleksi
c) Selepas Program
Aktiviti lawatan tamat

pada jam 1.00 tengah hari .Semua pelajar ke kantin sekolah untuk

menikmati kudapan berupa mi goreng dan teh ais. Seterusnya semua pelajar PPG bergerak
untuk makan tengah hari di Restoren Kampong Padang Limau, Kulim Kedah.

Makan tengah hari di SK Taman Hi-Tech


Kekuatan :
Kerjasama antara pihaak sekolah, pentadbir, guru-guru PPG dan para peserta amat
baik.
Murid-murid dan para peserta telah mempunyai pengetahuan asas dalam selok
belok pengurusan majlis.
Bahan-bahan yang disediakan mencukupi

seterusnya

melancarkan perjalanan

aktiviti seperti yang dirancangkan.


Mendapat pendedahan berkaitan dengan sekolah cemerlang dan bagaimana
sesuatu kecemerlangan boleh di capai.
Mendapat pendedahan berkaitan dengan cirri-ciri sekolah cemerlang.
Program ini juga dapat menonjolkan ketrampilan dan sikap seorang pentadbir yang
cemerlang di dalam mentadbir sesebuah sekolah di mana beliau mempunyai
pengetahuan yang luas

dari segenap segi di dalam keseluruhan urusan

pentadbirannya.
Pendedahan berkenaan dengan jawatan yang tidak disedari kewujudannya oleh
kebanyakan guru iaitu unit siasatan dan aduan di Pejabat Pendidikan Daerah kerana
jawatan tersebut adalah berkaitan dengan kes-kes tertentu.
Penyampaian ceramah yang menarik, tidak membosankan serta dapat membantu
meningkatkan profesion perguruan.
Kelemahan :

Laporan Refleksi
Peruntukan masa

yang singkat kepada penceramah menyebabkan penceramah

terpaksa menghadkan topik penyampaiannya.


Tidak terdapat sesi soal jawab bagi slot ceramah kerana kesuntukan masa

Ancaman:
Pelajar PPG tinggal di lokasi yang berlainan dan berjauhan.
Peluang :
Melalui aktiviti ceramah, guru diberi pendedahan dan peringatan berkenaan dengan
bidang tugas dan tanggungjawab masing-masing.
Pengetahuan baru berkaitan dengan penyusunan ajk bagi sesuatau majlis mengikut
susunan protokol yang betul.
Dapat melatih peserta berkomunikasi dan bersikap tolong -menolong antara satu
sama lain; seperti kata pepatah berat sama dipikul ringan sama dijinjing.
Kesimpulan:
Pada pendapat saya, lawatan penanda aras ini amat penting dijalankan kerana mampu
memberi motivasi dan semangat kepada kami untuk bersungguh-sungguh menimba ilmu dan
pengalaman sebanyak mungkin.
Lawatan ini dapat memberi ilham, info dan tips kepada saya tentang pengurusan
sesebuah sekolah bagi memastikan sekolah terus berada dalam kemuncak kecemerlangan.
Saya amat kagum dengan kesungguhan guru besar sekolah ini kerana cukup tegas dengan
prinsip hidupnya untuk membawa sekolah ini supaya terus cemerlang.
Secara keseluruhannya, saya berpendapat bahawa objektif BIG Fasa 5 ini telah berjaya
dicapai. Saya berharap program seperti ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang.

Laporan Refleksi

You might also like