You are on page 1of 16

FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGE

SEPT 2011
(SMP KHAS)

HBEF1503

MASYARAKAT DAN TAMADUN

NO. MATRIKULASI

NO. KAD PENGNEALAN

NO. TELEFON

E-MEL

PUSAT PEMBELAJARAN

1
Sallybtjohnny

001

TAWAU LEARNING CENTRE

ISI KANDUNGAN

BIL.

PERKARA

01

PENGENALAN

02

KONSEP

MUKA SURAT
3

46

2.1 KONSEP TAMADUN


2.2 KONSEP BUDAYA
79

03

FUNGSI BUDAYA

04

KEPELBAGAIAN BUDAYA

05

KESIMPULAN

15

06

RUJUKAN

16

10 14

2
Sallybtjohnny

PENGENALAN

Apabila membincangkan tentang tamadun bererti tidak dapat dipisahkan daripada


membicarakan tentang kebudayaan, kerana kebudayaan dan tamadun merupakan dua konsep
yang mempunyai perkaitan yang rapat di antara satu dengan yang lain. Walaupun konsep
tamadun lebih luas berbanding dengan budaya iaitu budaya terbatas kepada satu komuniti
bangsa tertentu namun Abu Bakar Hamzah1 berpendapat tamadun sama dengan kebudayaan.
Ianya lahir seiring sejalan dengan perkembangan hidup kehidupan masyarakat setempat dari
semasa ke semasa dalam bentuk pemikiran dan kebendaan. Perkaitan di antara keduaduanya pula merupakan bahawa kebudayaan merupakan keseluruhan tamadun hidup
manusia, sementara tamadun adalah merupakan akan pecahan daripada kebudayaan itu.

Abu Bakar Hamzah (1972); Sejarah Kebudayaan Islam, Kota Bharu; Pustaka Aman Press

3
Sallybtjohnny

2. KONSEP
2.1 Konsep Tamadun
Maksud tamadun dari segi bahasa Arab iaitu membawa kepada 4 istilah yang digunakan iaitu
tamadun, umran, hadarah dan madaniyyah. Perkataan tamadun yang ditulis dalam bahasa
Melayu diambil dari perkaraan bahasa Arab iaitu tamadun yang membawa maksud
kehalusan budi bahasa dan kesopanan tingkah laku.
Menurut Profesor M.A.J Beg2, tamadun merupakan pencapaian manusia dalam bentuk kota,
seni bina, agama, undang-undang dan juga politik. Daripada yang telah didefinisikan oleh
Profesor M.A.J Beg, terbinanya sesebuah tamadun itu dengan terbentuknya sebuah kota,
mempunyai ciri-ciri kesenian dalam tamadun tersebut, mempunyai pegangan agama yang
dianuti oleh setiap masyarakat di dalamnya, terbentuknya undang-undang serta politik yang
menjadi penanda aras kepada pembentukan sesuatu masyarakat dalam sesebuah tamadun.
Edward L.Farmer3 pula berpendapat tamadun sebagai satu unit budaya yang merangkumi
norma-norma sosial, tradisi dan istitusi yang diwarisi dari satu generasi ke satu generasi.
Arnold J. Toynbee4, mentafsirkan tamadun sebagai satu pencapaian pemikiran dan gaya
kebudayaan yang melahirkan institusi politik, undang-undang, kesenian, kesusateraan,
agama, dan politik.

Setelah meneliti semua definisi mengenai pengertian tamadun, maka boleh disimpulkan
bahawa tamadun membawa konsep yang sangat luas dan kompleks kerana ia merujuk
kepada pencapaian menyeluruh manusia dalam pembangunan pemikiran dalam bidang ilmu
pengetahuan, pentadbiran, kepimpinan dan undang-undang, agama, moral dan adat resam,
kesusteraan, sistem tulisan dan juga perbandaran.

M.A.J Beg (1980),The Image of Islamic Civilization,Kuala Lumpur ; The University of Malaya Press.

Edward L Farmer,(1986);Mishawaka,in USA; Comparative History Of Civilizations In Asia: Volume 1, Westview Press

Arnold J. Toynbee, A Study of History (abridged edition 1947) 1:578

4
Sallybtjohnny

2.2 Konsep Budaya

Kebudayaan dalam pengertiannya boleh diertikan sebagai cara hidup. Budaya adalah milik
manusia yang unik. Manusia dilahirkan dan dibesarkan dalam persekitaran budaya. Manusia
dibezakan daripada haiwan kerana manusia mempunyai budaya dan tamadunnya yang
tersendiri. Kebudayaan memenuhi keperluan dan mewakili seluruh pencapaian manusia.
Menurut E.B.Taylor5, budaya adalah merujuk kepada perkembangan dan pencapaian ilmu
pengetahuan, kepercayaan, kesenian, kesusilaan, undang-undang dan adat resam.
Malinowsky pula mendefinisikan budaya sebagai suatu tindak balas terhadap keperluan
manusia. Maka jelas bahawa budaya merupakan aspek kemanusian yang merangkumi aspek
sejarah, kesusteraan, institusi politik, muzik, lukisan, falsafah, dan agama atau kepercayaan.
Secara umum, cara gaya hidup sesebuah masyarakat bangsa adalah budaya. Ia meliputi
semua aktiviti harian manusia.

Secara amnya, budaya bermaksud cara hidup manusia. Ia merupakan satu proses
perkembangan sahsiah, akal, semangat dan usaha manusia dalam sesuatu kelompok. Perkara
ini dapat dilihat melalui etimologi perkataan budaya yang bermaksud budi + daya; yakni
budi sebagai aspek dalaman manusia yang meliputi akal dan nilai, manakala daya sebagai
aspek lahiriah manusia yang meliputi usaha dan hasilan. Kebudayaan mempunyai hubungan
erat dengan masyarakat. Menurut Melville J. Herskovits6 dan Bronislaw Malinowski7, segala
sesuatu yang terdapat di dalam sesebuah masyarakat mempunyai hubungkait atau boleh
ditentukan oleh kebudayaan yang dimiliki masyarakat itu sendiri. Fahaman ini dikenal di
kalangan ahli antropologi sebagai fahaman determinisme budaya. Herskovits seterusnya

Tylor,Edward. 1920 [1871]. Primitive Culture. New York: J.P. Putnams Sons.410.

Melville J. Herskovits,(1998); Dahomean Narrative: A Cross-Cultural Analysis,Northwestern University Press; 2 edition

Bronislaw Malinowski,(1922), Argonauts Of The Western Pacific (Studies in Economics and Political Science),Malinowski Press;1
edition

5
Sallybtjohnny

memandang budaya sebagai sesuatu yang diperturunkan daripada satu generasi ke generasi
seterusnya dan konsep ini disebut sebagai organik lampau.
Sementara itu, menurut Andreas Eppink8 pula, kebudayaan ialah keseluruhan pengertian,
nilai norma, ilmu pengetahuan serta struktur-struktur kemasyarakatan, keagamaan selain
penghasilan seni dan intelektual yang membentuk ciri-ciri khas sesebuah masyarakat.
Pengertian sebegini dipersetujui oleh Edward B. Taylor. Beliau memandang budaya sebagai
satu konsep menyeluruh yang rumit yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan,
kesenan, tatasusila, undang-undang, adat resam dan lain-lain kebolehan serta kebiasaan yang
diperolehi oleh manusia sebagai anggota masyarakat. Ahli antropologi dari alam Nusantara,
iaitu Selo Soemardjan9 dan Soelaiman Soemardi pula memegang kebudayaan sebagai alat
penghasilan karya seni, rasa dan penciptaan di dalam masyarakat.

Daripada kesemua pengertian ini, budaya boleh difahamkan sebagai segala penghasilan
masyarakat manusia dalam pelbagai bentuk sama ada yang dapat dilihat atau tidak. Konsep
budaya merupakan satu konsep yang penting untuk membandingkan perbezaan antara suatu
masyarakat dengan suatu masyarakat yang lain.

Andreas Eppink, (2004); Hidden Goals: a Psychological Analysis of Muslim Cultures;Acacia Mrdia b.v.,Bussum, the Netherlands

Selo Soemardjan;(1994); Culture, Development, and Democracy: The Role of the Intellectual: A Tribute to Soedjatmoko, United Nations
Univ

6
Sallybtjohnny

3. FUNGSI BUDAYA

Budaya boleh dilihat daripada pelbagai perspektif. Salah satunya ialah peranannya dalam
mempromosikan keamanan dan keharmonian antara pelbagai bangsa dan masyarakat. Ini
adalah kerana budaya boleh ditakrifkan dalam pelbagai cara. Setiap definisi adalah
bergantung pada apa yang kita faham.

Budaya adalah set khas kerohanian, kebendaan, intelektual dan ciri emosi masyarakat atau
kelompok sosial. Budaya juga menggalakkan, selain seni dan sastera, gaya hidup, cara hidup
bersama, system nilai, tradisi dan kepercayaan. Budaya boleh jadi dalam bentuk nyata atau
tidak nyata.

Budaya dalam bentuk nyata adalah merujuk kepada pelbagai bentuk budaya kebendaan,
seperti pakaian, rumah, hiasan, benteng, istana, peralatan memasak, senjata dan banyak lagi;
manakala budaya dalam bentuk tidak nyatamerujuk kepada kepercayaan, adat istiadat dan
undang-undang. Contohnya, setiap masyarakat mempunyai adat istiadat yang berbeza-beza
dalam menjalani kehidupan seperti perkahwinan masyarakat Melayu yang mana pihak lelaki
yang memberi hantaran kepada pihak perempuan manakala, bagi masyarakat India, hantaran
atau dowri perkahwinan diberi oleh pihak perempuan kepada pihak lelaki. Dalam budaya
Melayu, faktor agama paling penting kerana agamalah dasar tanggapan terhadap alam sekitar
dari segi sosial dan fizikal. Bahasa juga penting sebagai alat komunikasi dan adat resam juga
mustahak sebagai petunjuk jalan bagi seseorang dalam mengendalikan hidupnya.

Budaya bersifat universal tetapi paradoksnya pada masa yang sama terdapat perbezaan
antara budaya satu masyarakat dengan masyarakat yang lain. Sesuatu kebudayaan
berkembang dan terus dicipta mengikut kesanggupan masyarakatnya. Ada budaya yang
dipadankan apabila berlaku pertembungan dengan pengaruh luar sama ada untuk mengisi
7
Sallybtjohnny

kekosongan sebagai alternative atau menokok tambah dari apa yang telah sedia ada. Maka
boleh dikatakan bahawa manusia itu sendiri membentuk budaya dan perkembangan budaya
akan mengikut perkembangan masyarakat itu sendiri.

3.1 Fungsi Budaya Dalam Kehidupan

Budaya dalam pengertian biasa ialah satu cara hidup manusia dan membawa makna yang
sangat luas. Dengan prinsip bahawa budaya itu dicipta manusia, maka budaya itu diperlu dan
dihasilkan oleh manusia itu sendiri bagi keperluan hidup. Di antara fungsi budaya ialah
untuk memenuhi keperluan hidup masyarakat, sebagai

panduan masyarakat untuk

bertingkah laku, sebagai pengaturcara dalam hubungan manusia, galakan kepada manusia
untuk mencipta dan sebagai alat penyatuan dan pengenalan identiti.

Secara amnya, negara Malaysia merupakan salah satu contoh yang terbaik kerana ia
merupakan sebuah negara masyarakat majmuk iaitu terdiri daripada pelbagai etnik, kaum
dan bangsa yang masing-masing mempunyai budaya, adat resam dan ciri-ciri keistimewaan
yang tersendiri. Kepelbagaian budaya ini telah membentuk satu identiti Malaysia yang
harmoni dan perpaduan serta toleransi semua kaum untuk mengekalkan keamanan dan
kestabilan dalam aspek politik, ekonomi dan sosial.

3.1.1 Memenuhi dan Menyediakan Keperluan


Semua manusia memerlukan keperluan asasi untuk terus hidup. Oleh yang demikian,
manusia menggunakan air untuk kegunaan pertanian, kayu-kayan untuk pembinaan rumah
dan sebagainya. Keutamaan pengeluaran produk bergantung kepada keutamaan keperluan
dan aktiviti oleh masyarakat. Sebagai contoh, jika masyarakat itu mewarisi ilmu pelayaran,
maka akan dibina kapal
.
3.1.2 Sebagai Panduan kepada Anggota Masyarakat dalam Bertingkahlaku
Kepercayaan adalah unsur sejagat budaya yang sebati dengan kehidupan manusia. Manusia
memperolehi keperluannya hasil dari tuntutan daripada agama yang memainkan peranan
sebagai fungsi kawalan sosial. Selain daripada itu, agama dan kepercayaan sesuatu
8
Sallybtjohnny

masyarkat juga memberi pandungan dunia kepada satu-satu budaya manusia.Budaya


mempunyai peranan memberikan panduan kepada anggota masyarakat dalam bertingkahlaku
dalam memberikan panduan, meliputi:
i. perlakuan yang diboleh dan tidak dibolehkan.
ii. perlakuan yang patut dan tidak patut.
iii. perlakuan yang digalakkan dan tidak digalakkan.

3.1.3 Mengatur Hubungan Sesama Manusia


Dalam masyarakat Malaysia, budaya mendidik kita agar menghormati jiran, tetamu dan
sahabat. Dalam masa yang sama kita dilarang menyakitkan hati rakan sesuai dengan ajaran
Islam. Ini bermakna dalam menjalani kehidupan seharian, kebudayaan memainkan peranan
mengatur hubungan sesama manusia.

3.1.4 Sebagai Penggalak Kepada Manusia Untuk Mencipta


Alam fizikal yang berbeza menghasilkan keperluan manusia yang berbeza. Orang Eskimo
memerlukan baju tebal. Maka, dengan adanya budaya ini, ia sebagai pendorong kepada
penciptaan bagi memenuhi keperluan harian dan memudahkan segala urusan.

3.1.5 Sebagai Alat Penyatuan dan Pengenalan Identiti


Budaya berperanan sebagai alat penyatuan dan pengenaalan identiti. Sesuatu bangsa dikenali
bukan sahaja dari segi fizikalnya, lebih lagi dari budayanya. Kita mengenali Jepun bukan
sahaja dari segi fizikalnya, tetapi mereka adalah bangsa yang berjaya dalam ekonomi dan
perindustrian.manusia juga akan bersatu apabila anggota masyarakat mengamalkan semangat
kekitaan dan saling bekerja sama bagi mencapai sesuatu.

9
Sallybtjohnny

4. Kepelbagaian Budaya

4.1 Bangsa
Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari Perlis hingga ke
Sabah. Kepelbagaian bangsa, kaum dan etnik ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang
unik kerana kepelbagaian ini wujudnya budaya universal yang dikongsi oleh setiap kaum
bagi melambangkan keperibadian Malaysia. Malaysia merupakan sebuah negara yang
penduduknya terdiri daripada tiga kaum utama, iaitu Melayu, Cina, India dan kaum-kaum
peribumi yang lain. Meskipun masyarakat Malaysia berbilang bangsa dan mempunyai latar
belakang yang berbeza, namun masyarakat Malaysia boleh hidup bersatu padu dengan aman
dan damai. Kepelbagaian budaya Malaysia yang merupakan aset penting kepada negara kita
dalam menjadikan malayisa sebagai pusat pelancongan terkenal di seluruh dunia.

4.2 Struktur masyarakat


Perubahan dalam struktur masyarakat di Malaysia pada awal abad ke-18 disebabkan oleh
fenomena migrasi dari luar yang berlaku akibat faktor penarik yang ada di bumi mahupun
faktor penolak di negara asal masing-masing yang bertanggungjawab menernakan perubahan
yang berkekalan sehingga ke hari ini. Kepelbagaian budaya ini wujudnya daripada
penghijrahan golongan Cina dan India ke Tanah Melayu semasa penjajahan British di Tanah
Melayu. Secara umumnya, orang Cina berhijrah ke Tanah Melayu untuk bekerja sebagai
pelombong di lombong bijih timah. Manakala golongan India berhijrah ke Tanah Melayu
untuk tujuan bekerja sebagai peladang di ladang-ladang getah.

Penghijrahan ini menunjukkan bermulanya proses pembentukan masyarakat majmuk


daripada pengaruh masyarakat Cina dan masyarakat India. Setelah kemasukan migran dari
10
Sallybtjohnny

luar akhirnya lahirnya kelompok dari keturunan Cina dan India yang berasimilasi dengan
budaya tempatan seperti kelompok Baba Nyona dan Cina Muslim berketurunan Cina, dan
kelompok Chitty yang berketurunan India. Asimilasi bangsa juga turut berlaku apabila
perkahwinan antara orang asing dengan penduduk tempatan, maka wujud beberapa subkategori penduduk berdarah campuran seperti kelompok Peranakan, kelompok Syed dan
lain-lain. Kini kebanyakan penduduk Malaysia mempunyai darah kacukan Melayu-Arab,
Melayu-India, Melayu-Cina dan lain-lain. Kehadiran kelompok-kelompok ini menjadikan
Malaysia sebuah negara yang kaya dengan budaya, adab resam, bahasa dan latar belakang
yang berlainan dan kemajmukan masyarakat Malaysia menjadikan negara ini menjadi tarikan
masyarakat luar.

4.3 Pakaian
Kaum Melayu merangkumi sebahagian besar daripada penduduk di Malaysia, iaitu sebanyak
54% daripada penduduk Malaysia. Baju Melayu bersama songkok merupakan pakaian
tradisional bagi kaum lelaki Melayu. Baju ini biasanya dipakai bersama-sama samping dan
songkok. Baju ini dipakai oleh umat Islam semasa waktu perayaan seperti Hari Raya
Aidilfitri dan sebagainya. Malah, baju Melayu juga dipakai semasa majlis pelantikan ahliahli majlis EXCO, Ahli Dewan Undangan Negeri, atau ahli-ahli Parlimen Rakyat tidak kira
kaum mahupun jantina. Bagi kaum wanita pula, baju kurung dan baju kebaya merupakan
antara pakaian tradisional. Pakaian-pakaian ini biasanya bermotifkan flora dan geometri.
Motif fauna tidak digunakan secara meluas kerana dilarang dalam ajaran Islam.

Selain daripada itu, pakaian kaum Cina dikenali sebagai pakaian Cheongsam yang dipakai
oleh kaum wanita serta pakaian Samfoo yang dipakai oleh kaum lelaki. Biasanya ia sesuai
dipakai pada perayaan Tahun Baru Cina dan majlis perkahwinan. Manakala pakaian kaum
India dikenali sebagai pakaian Dhoti yang dipakai oleh kaum lelaki dan Sari pula dipakai
oleh kaum wanita. Kepelbagaian kaum dan etnik di Malaysia telah menjadikan negara kita
kaya dengan pelbagai jenis pakaian kaum. Kepelbagaian ini telah menjadikan Malaysia
sebuah negara yang unik.

4.4 Agama
11
Sallybtjohnny

Malaysia terdiri dari penduduknya yang berbagai keturunan dan menganuti berbagai agama,
khususnya agama Islam, Buddha, Hindu, Tao dan Nasrani (Kristian), di samping lain-lain
sitem kepercayaan yang diamalkan oleh berbagai kumpulan etnik yang terdapat di Negara
ini. Di bawah Perlembagaan Persekutuan, Islam adalah agama rasmi di Malaysia, sementara
agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan bebas.

4.5 Perayaan dan Festival


Masyarakat majmuk menjadikan kebudayaan Negara ini lebih berwarna-warni. Penduduknya
yang berbilang kaum menyambut pelbagai perayaan sepanjang tahun. Di negara ini, musim
perayaan adalah masa untuk bergembira dan menjalin persahabatan serta muhibah antara
kaum. Setiap kali perayaan, semua rakyat tanpa mengira keturunan, turut serta memeriahkan
suasana dengan kunjung-mengunjungi antara satu sama lain. Oleh itu, upacara rumah
terbuka adalah satu suasana yang tidak asing lagi di hari-hari perayaan.
Bagi masyarakat yang beragama Islam akan merayakan Hari Raya Puasa (Aidilfitri), Hari
Raya Haji (Aidiladha) dan Maulidul Rasul. Bagi masyarakat Cina pula, akan merayakan
Tahun Baru Cina. Manakala bagi penganut agama Hindu pula akan merayakan Deepavali
atau perayaan Cahaya. Hari Wesak pula diraikan oleh para penganut agama Buddha dan para
penganut Kristian pula akan merayakan Hari Krismas. Antara perayaan lain yang disambut
di Malaysia ialah perayaan-perayaan tradisi orang Kadazan dan Dayak iaitu Perayaan
Menuai dan Hari Gawai.

4.6 Adat resam


Adat secara umumnya didefinisikan sebagai suatu aturan dan cara hidup. Ianya
mencerminkan segala perbuatan yang adakalanya dilakukan setiap hari ataupun musim sama
ada berpandukan bulan atau tahun. Suatu perkataan yang sinonim dengan adat ialah budaya.
Adat bersifat maya iaitu tidak dapat dilihat. Ia timbul daripada suatu pemikiran berkenaan
cara hidup dan tidak dizahirkan. Apabila ianya dizahirkan dan dapat dilihat perlaksanaannya,
misalnya, adat bercukur, adat bersanding dan sebagainya, itu sudah menjadi suatu budaya.
Maknanya, budaya ialah suatu bentuk perlakuan yang mencerminkan adat sesuatu
masyarakat itu. Adat yang menjadi penyatu bagi mewujudkan peribadi dan identiti
12
Sallybtjohnny

masyarakat yang pelbagai di Malaysia. Setiap kaum di Malaysia mempunyai adat dan
kepercayaannya yang membentuk identity dan keperbadian mereka yang tersendiri.
Kepelbagaian adat di dalam masyarakat Malaysia yang membentuk identiti masing-masing
Kebudayaan dan adat ahli masyarakat Malaysia walaupun berbeza, namun mempunyai asas
yang sama iaitu membentuk keperibadian dan jati diri individu ke arah yang lebih baik.
Melalui usaha membentuk identiti dan keperibadian kebangsaan, ia membolehkan
masyarakat negara kita berinteraksi dengan lebih baik di antara satu sama dalam
melaksanakan matlamat yang sama iaitu untuk membentuk masyarakat Malaysia yang
bepegang teguh dengan ajaran agama masing-masing dan mementingkan nilai-nilai murni
yang diajar didalarn agama mereka. Interaksi antara kaum ini penting untuk menghindari
masyarakat daripada melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak sihat dan menyalahi normanorma kehidupan. Interaksi antara kaum yang baik juga adalah merupakan satu jalan kearah
perpaduan nasional dan mencetuskan masyarakat yang harmonis dan bersatu padu.

4.7 Bahasa
Hubungan antara bahasa dengan sesuatu bangsa memang hal yang penting difahami dengan
mendalam agar kewujudan bahasa itu tidak dinilai sekadar sebagai alat komunikasi sematamata. Bahasa menjadi alat komunikasi untuk manusia bekerjasama, melestarikan
kebudayaan dan penerusan pemikiran. Sebagai contoh di Malaysia, orang Melayu bertutur
dalam bahasa Melayu tetapi dialek antara negeri membezakannya. Orang India bertutur
bahasa Tamil yang diambil dari negeri Tamil Naidu. Orang Cina Pulau Pinang dan Melaka
menggunakan Hokkein, sementara orang Cina Kuala Lumpur, Ipoh dan Seremban berbahasa
Hakka. Setiap bangsa dan etnik mempunyai bahasa masing-masing untuk berkomunikasi
dalam kelompok masing-masing. Namun begitu, peranan bahasa dapat dilihat dalam
penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar dalam masyarakat Malaysia. Bahasa
Melayu merupakan bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa perpaduan, bahasa ilmu dan
bahasa komunikasi moden yang menjadi identiti dan penyatuan masyarakat Malaysia.

4.8 Warisan budaya


Sejarah silam Malaysia yang menarik, sebagai tempat persinggahan dalam laluan
perdagangan rempah ratusan tahun dahulu, telah menjadikannya sebuat pusat gabungan
13
Sallybtjohnny

pelbagai budaya. Segala aspek negara, dari latarbelakang penduduknya, hinggalah kekayaan
senibinanya, mencerminkan penggabungan warisan dan budaya yang pelbagai. Malaysia
merupakan negara yang kaya dengan pelbagai warisan budaya yang menggambarkan pola
kehidupan masyarakat pelbagai kaum.

Penduduk Melayu, Cina, India dan pelbagai kaum etnik yang lain telah hidup bersama sejak
beberapa generasi yang lalu. Pelbagai budaya yang berbeza ini telah saling mempengaruhi
antara satu sama lain, menghasilkan gabungan budaya Malaysia yang unik. Negeri Sabah
dan Sarawak juga mempunyai pelbagai kumpulan etnik peribumi, masing-masing dengan
budaya serta warisan yang unik dan tersendiri. Keunikan seni budaya di Malaysia seperti
makyung, tarian singa, tarian kathak, tarian bhangra, wayang kulit, batik serta songket perlu
dipertahan dan diperkukuh sebagai warisan kepada generasi muda. Warisan ialah sesuatu
yang diterima secara turun temurun daripada satu generasi ke satu dan perlu diwarisi dan
dikekalkan kerana warisan tersebut menggambarkan cara hidup dan jati diri sesuatu bangsa.
Terdapat dua jenis warisan iaitu;
i)

Warisan Ketara

Sesuatu yang kekal dilihat dan boleh dipegang sama ada static atau mudah alih masuk,
iaitu;
a) Monumen dan bangunan
b) Arifak
c) Tapak tanah bersejarah

ii)

Warisan tidak ketara

Warisan tidak nyata seperti ilmu dan kepakaran yang ditafsir melalui tradisi lisan, nilainilai adat dan budaya, bahasa dan persuratan termasuk:
a) Acara perayaan
b) Seni tampak
c) Seni perubatan
14
Sallybtjohnny

d) Permainan tradisional
e) Ritual atau kepercayaan

KESIMPULAN

Budaya itu dari sudut bahasanya membawa makna cara hidup manusia, manakala sudut
istilah pula menyatakan bahawa budaya itu ialah cara hidup orang ramai termasuk
pemikiran, nilai kepercayaan, pandangan dan tabiat berfikir serta cara perlakuan manusia
yang menggerakkan jiwa.

Budaya berfungsi dalam masyarakat sebagai memenuhi dan

menyediakan keperluan sebagai panduan kepada anggota masyarakat dan tingkah laku,
mengatur hubungan sesama manusia, sebagai penggalak kepada manusia untuk mencipta dan
juga sebagai alat penyatuan dan pengenalan identiti.

Kepelbagaian budaya dalam masyarakat Malaysia menjadikan negara Malaysia salah satu
negara yang mempunyai pentadbiran yang cekap, masyarakat yang bersatu padu, sentiasa
memelihara moral dan etika serta masyarakat liberal dan bertolak ansur.

(3000 patah perkataan)

15
Sallybtjohnny

RUJUKAN

1. A.Aziz Deraman (2001), Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia: Suatu analisis


perkembangan kebudayaan di Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
2. Azhar Hj. Mad Aras (2000). Titas Kertas 2,Petaling Jaya : Fajar Bakti.
3. Collins, James T. 2005, Bahasa Melayu bahasa dunia sejarah singkat. (Terj. Evita
Elmanar). Jakarta: Yayasan Obor Indonesia.
4. Hashim Hj. Musa, 2005. Pemerkasaan Tamadun Melayu Malaysia menghadapi
globalisasi Barat, Petaling Jaya: DJ Gemilang Sdn. Bhd
5. Kamus Dewan (Edisi Keempat) (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
6. Kassim Ahmad.(1994, Mac). Masa depan bangsa Melayu : Dewan Masyarakat 3, 24-26

16
Sallybtjohnny

You might also like