You are on page 1of 13

MODUL BAHASA MELAYU TAHUN 4,5 DAN 6.

KATA NAMA

1. Kata nama ialah kata yang merujuk kepada orang,binatang,benda,tempat dan sebagainya.
2. kata nama terbahagi kepada :-

KATA
NAMA AM

KATA NAMA

KATA GANTI
NAMA

KATA
NAMA KHAS
KATA NAMA ARAH
KATA BILANGAN
Manusia
binatang
Tumbuh-tumbuhan
benda
tempat

Abang,budak,guru,peguam
Burung,harimau,lipas,rusa
Cendawan,terung,pokok betik
Cawan,buku,paku,pen
Dewan,pulau,Bandar,negara

Kata Nama Am
1. Kata nama am ialah kata nama yang amnya digunakan untuk menyebut :
(a) nama benda yang bernyawa
(b) nama benda yang tidak bernyawa
2. Benda yang bernyawa ialah manusia,binatang , dan tumbuh-tumbuhan.
3. Benda yang tidak bernyawa ialah benda dan tempat.
4. Kata nama am ditulis dengan huruf kecil kecuali pada awal kata.
5. Ada juga kata nama am yang diberikan imbuhan.
6. Kata nama am yang diberikan imbuhan ini dikenal sebagai kata nama terbitan.
7. Imbuhan yang membentuk kata nama terbitan boleh dibahagikan kepada :- awalan
- akhiran

- apitan

awalan
akhiran
apitan

ke-,pe-,pem-,pen-,peng-,penge-, per-an,-man,-wan,-wati,-ita
kean,pean,peman,penan,pengan,pengean, peran

duri
Contoh Kata hendak
putus
Nama Terbitan
sah

durian
kehendak
keputusan
pengesahan

Latihan 1 (KATA NAMA AM)


1. Ibu bapa bergotong-royong untuk membersihkan
persekolahan akan bermula tidak lama lagi.

selepas banjir kerana sesi

A. dewan
B. masjid
C. pejabat
D. bilik darjah
2. Setiap pagi kami terhibur mendengar celoteh juruhebah di
A. radio
B. video
C. komputer
D. televisyen
3. Sempena pelancaran filem Cinta suasana di
A. hotel
B. balai
C. dewan
D. pawagam
4. Pada Hari Raya Aidiladha banyak
A. itik
B. ayam
C. lembu
D. keldai

5.

sesak dengan orang ramai.

banyak disembelih untuk ibadah korban.

ke Kampung Tualang ditutup buat sementara kerana hamper reput.

A. Jalan
B. Sungai
C. Jambatan
D. Terowong
6. Murid-murid tahap satu tidak boleh menggunakan
A. pen
B. warna
C. pensel
D. krayon
7. Kak Leha telah bergelar
A. ibu
B. emak
C. datuk
D. nenek

ketika membuat latihan di kelas.

kerana anak sulungya telah menimang cahaya mata.

8. Adik menyuruh ayah membeli akuarium untuk membela


A. ikan
B. ayam
C. kucing
D. burung
9. Ayah memasukkan sampah ke dalam
A. beg
B. tong
C. bakul
D. plastic

hitam sebelum dibuang.

10. Puan Rusilah ialah Guru Besar di


A. rumah
B. dewan
C. sekolah
D. pejabat

saya.

Markah :

Tidak
Menguasai

Menguasai

Kurang
Menguasai

Catatan guru :

Kata Nama Khas

1. Kata nama khas ialah kata nama yang khasnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu
benda yang bernyawa dan benda yang tidak bernyawa.
2. Benda-benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang.
3. Benda-benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat,judul buku, nama bangunan, dan
sebangainya.
4. Kata nama khas mestilah ditulis dengan huruf besar pada huruf pertamanya.
CONTOH :manusia
binatang
tempat
bangunan

Pooja,Ahmad,Farish,Haris,Marry
Ciki(kucing), Jalak(ayam),Sang Bedal(buaya)
Kuala Pilah(daerah),Klang(bandar),Selangor(negeri)
Jay Jusco(pusat beli-belah), Masjid wilayah(tempat
ibadat), Setia City Mall(pusat beli-belah)
Sejarah Melayu(buku),Wanita(majalah),Konserto
Terakhir(novel)
Sony(peralatan elekrtik),Bata(jenama
kasut),Panasonic(TV)

Judul buku/majalah novel


benda

LATIHAN 2( KATA NAMA KHAS)


Pilih jawapan yang betul.
1. Yang di-Pertuan Agong telah ditabalkan di
A. Zoo Negara
B. Istana Negara
C. Masjid Negara
D. Planetarium Negara
2.

antara kesan tinggalan Portugis di Melaka.


A. Istana Kelly
B. Tugu Negara
C. Muzium Negara
D. Kota AFamosa

3. Murid-murid akan mengetahui jenis cuaca melalui pelajaran


A. Sejarah
B. Geografi
C. Pendidkan Seni
D. Pendidikan Jasmani
4. Penganut agama
A. Islam
C. Buddha

menyambut Hari Krismas setiap tahun.


B. Hindu
D. Kristian
Nota :-

5. Ibu membasuh pakaian menggunakan sabun

Si belang =
harimau
Si Tompok = kucing
Si Bongkok = orang
yg
bongkok.

A. Fab
C. Axion

B. Dove
D. Pantene

6. Setiap hari adik memberi


makan Friskies.
A. Si Belang
B. Si Tompok
C. Si Bongkok
D. Si Rangkak
7.
mengetuai pembedahan jantung itu.
A. Encik Kamal
B. Doktor Rina
C. Ustaz Ramli
D. Cikgu Murali
8.
Merupakan sebuah kawasan pelancongan yang sangat indah.
A. Stadium Negara
B. Muzium Maritim
C. Tasik Dayang Bunting D. Pusat Dagangan Dunia Putra
9. Pada
umat Islam akan melakukan ibadah korban.
A. Hari Raya Haji
B. Maulid Rasul
C. Awal Muharam
D. Hari Raya Puasa
10. Kereta
A. Honda Jazz
C. Nissan Sunny

merupakan antara kereta tempatan yang laris di pasaran.


B. Proton Waja
D. Toyota Avanza

11. Encik Zainal Abidin ialah


di Sekolah Kebangsaan Desa Pertiwi.
A. Guru Besar
B. Menteri Besar
C. Pegawai Daerah
D. Perdana Menteri
12. Yusri memakai kasut bola jenama
A. Casio
B. Adidas
C. Maybank
D. Panasonic

Markah :

Catatan guru :

Menguasai

Kurang
Menguasai

Tidak
Menguasai

KATA NAMA ARAH


1. Kata nama arah ialah kata yang digunakan untuk menunjukkan hala atau kedudukan sesuatu.
2. Contohnya ialah; [atas, bawah, dalam, depan, hujung, hulu, luar, muara,
seberang, sisi, sudut, tengah, tepi dan sebagainya.]
3. Kata nama arah ialah biasanya diletakkan sebelum frasa nama dan selepas kata sendi.
Contoh Ayat :- (a) Adik tidur di atas katil.
(b) Nelayan itu ke tengah laut.
(c) Dia berdiri di depan kelas.
Latihan 3 ( KATA NAMA ARAH)
Pilih jawapan yang betul.

1. Rumah datuk Ahmad terletak di __________ sungai.


A tengah
C hujung
B dalam
D tepi

2. Ibu menjemput kawan-kawannya yang baru sampai masuk ke __________ rumah


A atas
C tengah
B dalam
D hadapan
3.Negeri Perlis terletak di __________ Semenanjung Malaysia
A hadapan
C utara
B selatan
D atas

4.Ribut taufan yang bertiup kencang dari sebelah __________ telah menyebabkan kemusnahan
beberapa buah rumah di kampung itu.
A belakang
C sudut
B penjuru
D barat
5.Mereka dipilih dari __________ kebolehan menguasai kemahiran bahasa untuk pertandingan
pidato.
A atas
C antara
B segi
D dalam
6.Penyelam itu berjaya menyelam sehingga ke __________ tasik itu.
A tepi
C bawah
B dasar
D tengah

7. Pak Rahim mula mengusahakan tanah di __________ rumahnya dengan harapan tanamannya
itu dapat membuahkan hasil yang lumayan.
A. tengah
C. bawah
B. belakang
D. atas
8. Kanak-kanak yang malang itu lemas kerana terjatuh ke __________ sungai.
A. luar
C. penjuru
B. tepi
D. dalam
9.Ayahnya pernah bertugas di __________ negara sebagai pasukan pengaman PBB.
A luar
C dalam
B tepi
D penjuru

10.Banyak rumah setinggan dibina di __________ bandaraya Kuala Lumpur.


A sisi
C hadapan
B pinggir
D samping
Markah :

Menguasai

Kurang
Menguasai

Tidak
Menguasai

Catatan guru :

SOALAN PEMAHAMAN (1)

1080, Taman Permai 2,


42700 Banting,
Selangor Darul Ehsan.
15 JANUARI 2010.

Menemui kakanda Aini yang kini berada di Kota Kinabalu, Sabah dengan selamatnya. Semoga
kakanda beroleh kesejahteraan dan kebahagiaan. Adinda disini sentiasa sihat dan gembira.
Kakanda,
Surat kakanda telah selamat adinda terima dua hari yang lalu. Ribuan terima kasih
adinda ucapkan kerana kakanda sudi meluangkan masa untuk mengutuskan surat kepada adinda.
Adinda sungguh tertarik apabila membaca cerita kakanda tentang keindahan Taman Negara
Kinabalu. Kakanda sungguh bertuah kerana berpeluang untuk menikmati kehijauan dan
keindahan alam di sana. Alangkah seronoknya jika adinda dapat bersama-sama kakanda pada
masa itu.
Adinda juga mempunyai cerita menarik untuk dikongsi bersama kakanda.Pada minggu
pertama cuti sekolah yang lepas adinda telah mengikuti satu perkhemahan di Hutan Lipur Galah.
Aktiviti ini khas dianjurkan untuk memberi pendedahan kepada murid-murid Tahun Enam
berkaitan dengan perkhemahan.Pelbagai aktiviti yang menarik telah diadakan sepanjang
perkhemahan ini. Antaranya ialah aktiviti pertolongan cemas, sukan dan rekreasi. Semua aktiviti
ini adinda ikuti dengan penuh semangat.

Pada hari terakhir, adinda dan rakan-rakan berpeluang meredah hutan. Aktiviti ini
dijalankan untuk menguji ketahanan mental dan fizikal para peserta didalam menempuh
rintangan dan cabaran. Walaupun kepenatan, adinda berasa sungguh seronok mengikuti aktiviti
perkhemahan ini.
Adinda berharap agar program ini dapat diteruskan kerana banyak manfaat yang akan
diperoleh oleh setiap peserta yang mengikuti perkhemahan ini.Adinda rasa cukuplah sampai di
sini bicara adinda pada kali ini. Adinda akan menulis lagi untuk kakanda apabila ada kelapangan
kelak. Akhir kata, sambutlah salam rindu daripada adinda, bonda dan ayahanda serta keluarga.
Adindamu,
Suraya
1 . Bilakah penulis menerima surat dari Kota Kinabalu?

A. 11 Januari 2010
B. 12 Januari 2010
C. 13 Januari 2010
D. 15 Januari 2010
2 . Apakah keistimewaan Taman Negara Kinabalu yang menarik perhatian penulis?
A.Kedudukannya yang terletak di kawasan tanah tinggi.
B.Keindahan dan kehijauan alam semulajadinya.
C.Jumlah pelancong asing yang mengunjunginya pada setiap tahun
D.Kemudahan awam yang disediakan untuk menjamin keselesaan para pengunjung
3. Siapakah yang telah menganjurkan perkhemahan di Hutan Lipur Galah?
A. Persatuan Pengakap
B. Setiausaha Sukan
C. Murid-murid Tahun 6
D. Pihak Sekolah
4. Penulis bercadang untuk mengirimkan berita kepada kakanya.
A. setelah selesai mendudki peperiksaan UPSR
B. apabila mendapat balasan daripada kakaknya
C. apabila dia mempunyai masa terluang
D. setelah selesai mengikuti aktiviti perkhemahan

5. Pernyataan berikut benar tetntang tujuan perkhemehan itu dijalankan kecuali ?


A. menyemai sikap berdikari dalam kalangan pelajar
B. memupuk sikap cintakan alam sekitar
C. mencungkil kreativiti pelajar
D. menjalinkan hubungan yang baik di antara guru dan murid-murid.

SOALAN PEMAHAMAN 2

Baca dialog di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Nazren
: Selamat tengah hari Tok Ayah, apa khabar?
Tok Ayah : Khabar baik.
Nazren
: Siapakah nama sebenar Tok Ayah?
Tok Ayah : Nama sebenar Tok Ayah ialah Haji bin Maarof.
Nazren
: Bolehkah Tok Ayah ceritakan serba sedikit latar belakang Tok Ayah?
Tok Ayah : Boleh, apa salahnya. Tok Ayah berusia 85 tahun. Isteri Tok Ayah
sudah meninggal dunia tiga tahun yang lalu. Tok Ayah mempunyai
lima orang anak lelaki dan empat orang anak perempuan.
Nazren
: Walaupun sudah lanjut usia, Tok Ayah kelihatan sihat. Apakah amalan
yang dilakukan oleh Tok Ayah sehingga kelihatan cergas?
Tok Ayah : Tok Ayah mengakui setakat ini Tok Ayah memang sihat. Tok Ayah
banyak makan ulam seperti pegaga,peria, dan pucuk gajus. Ulam-ulam
memang baik untuk kesihatan. Tok Ayah juga sentiasa bersenam.
Setiap hari Tok Ayah berjalan kaki ke surau ini yang jaraknya hampir
satu kilometer.
Nazren
: Mengapakah Tok Ayah bercucuk tanam?
Tok Ayah : Tok Ayah menanam ubi di belakang rumah untuk mengisi masa
lapang. Apabila mencangkul tanah, badan akan berpeluh. Cucu-cucu
Tok Ayah turut membantu. Lagipun berbudi kepada tanah banyak
manfaatnya.
Nazren
: Sepanjang hidup Tok Ayah, apakah pengalaman yang tidak dapat
dilupakan?
Tok Ayah : Pengalaman yang tidak dapat dilupakan ialah semasa Tok Ayah
berdepan dengan komunis. Dulu, Tok Ayah pernah menjadi polis
sukarela. Tok Ayah telah menembak dua orang komunis yang telah
menyerang Tok Ayah.

Nazren

: Wah, Tok Ayah sungguh hebat! Saya amat kagum melihat Tok Ayah
yang masih kuat dan banyak berpengalaman hidup. Terima kasih, Tok
Ayah kerana sudi berbual dengan saya.
Tok Ayah : Sama-sama. Ayuh kita sembahyang zohor dahulu. Selepas itu, kita
boleh pulang ke rumah.

1. Di manakah perbualan antara Nazren dan Tok Ayah berlangsung?


A. Di dalam surau
B. Di hadapan kebun
C. Di kampong Tok Ayah
D. Di belakang rumah Tok Ayah
2. Tok Ayah masih sihat dan cergas kerana dia mengamalkan
A. makan ulam dan bersenam.
B. bercucuk tanam setiap petang.
C. minum banyak air suam setiap hari.
D. berjalan kaki sejauh 1 kilometer setiap hari.
3. Maksud perkataan manfaat dalam petikan ialah
A. baik
B. faedah
C. untung
D. rahmat
4. Pernyataan berikut benar tentang Tok Ayah, kecuali
A. pernah membunuh dua orang komunis
B. isteri Tok Ayah meninggal dunia tiga tahun lalu.
C. berjalan ke surau hampir 1 kilometer setiap hari
D. Tok Ayah membantu cucu-cucunya menanam ubi.
5. Mengapakah Tok Ayah menembak komunis?
A. Kerana komunis menyerangnya
B. Kerana diarahkan oleh ketuanya
C. Kerana mempertahankan keluarganya
D. Kerana komunis telah membunuh keluarganya

You might also like