You are on page 1of 1

Persaingan masyarakat dunia yang lebih hebat dalam abad ke 21 dan perubahan ke arah

masyarakat bermaklumat menimbulkan cabaran baru kepada institusi pendidikan. Untuk


mencapai matlamat Wawasan 2020 dan mewujudkan masyarakat bermaklumat, maka inisiatif
untuk mengintegrasikan penggunaan ICT dan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran
(P&P) adalah perlu diperluaskan.
Pelaksanaan ICT di SKPG(1) terletak di bawah penyeliaan Jawatankuasa ICT yang dinaungi
oleh Guru Besar dan dikendalikan oleh seorang Guru Penyelaras. Jadual penggunaan makmal
komputer disediakan bagi memastikan guru dan murid menggunakan komputer secara berkala.
Selain dari makmal, bilik darjah juga dilengkapi dengan LCD, skrin, dan Laptop bagi
memudahkan penggunaannya. Bilik guru dan Pusat Sumber Sekolah juga disediakan komputer
di samping peralatan yang berkaitan untuk kemudahan guru melaksanakan kerja-kerja mereka.
Kerja-kerja yang berkaitan dengan pengurusan sekolah semuanya dilakukan dengan beralatkan
komputer dan juga internet. Budaya ini diharapkan akan menjadi amalan yang berterusan dan
satu kemestian bagi setiap warga sekolah.
Sekolah perlu menyediakan Perancangan Jangka Panjang ( tiga tahun ). Perancangan jangka
pendek merupakan pelan tindakan yang realistik untuk merealisasikan matlamat ICT sekolah
langkah demi langkah berasaskan infrastruktur dan persekitaran yang wujud di sekolah.Untuk
mendapat sokongan semasa pelaksanaan, perancangan dibuat sebagai usaha bersama anggota
sekolah dari semua lapisan.Setiap perancangan perlu direviu selepas jangka pelaksanaan yang
tertentu. Ini biasanya dilakukan di pertengahan tempoh pelaksanaan perancangan yang
berkenaan. Reviu ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan perancangan , mengenal pasti
aspek yang perlu ditingkatkan atau diubahsuai bagi merangka pelan tindakan yang seterusnya.
Pihak sekolah harus mengambil kira kekangan dalam persekitaran, infrastruktur teknologi,
kepakaran ICT dan lain lain perkara yang berkaitan, semasa merangka Perancangan ICT
Sekolah.

You might also like