You are on page 1of 1

LOMPEJA DALAM

MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMBACA SUKU KATA KVK DALAM


KALANGAN MURID TAHUN 2
Syaza Izzati Binti Mohammad Amir
zettyamir@gmail.com
Abstrak
Asas bagi kemahiran membaca adalah dengan menguasai bacaan perkataan satu suku
kata seperti suku kata KVK. Kegagalan murid untuk menguasai bacaan perkataan suku kata
KVK akan menyekat penguasaan mereka kepada kemahiran membaca perkataan yang
lebih mencabar. Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan penguasaan murid dalam
kemahiran membaca perkataan yang mempunyai suku kata tertutup KVK. Teknik LOMPEJA
diperkenalkan dalam kajian ini bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid. Teknik
LOMPEJA, singkatan untuk lompat dan eja merupakan salah satu inisiatif yang difikirkan
mampu membantu murid yang lemah dalam penguasaan kemahiran membaca. Amalan
pengajaran dan pembelajaran saya turut dapat ditingkatkan melalui kajian ini. Sampel
diambil daripada murid pemulihan yang berada di kelas perdana. Seramai 4 orang murid
telah terpilih. Kajian ini telah dijalankan secara kualititatif. Kaedah pemerhatian, temu bual
dan analisis dokumen dipilih untuk mengumpulan data. Data kajian telah dianalisis
menggunakan kaedah analisis kandungan. Penyemakan data kajian pula telah dibuat
menggunakan triangulasi sumber. Dapatan kajian mendapati bahawa teknik LOMPEJA
mampu meningkatkan penguasaan kemahiran membaca perkataan KVK dalam kalangan
murid tahun 2 di samping memberi keseronokan kepada murid. Sebagai kajian lanjutan,
dicadangan agar teknik ini digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi perkataan
yang mempunyai dua suku kata yang terdiri daripada suku kata terbuka dan tertutup seperti
KV + KVK dan KVK + KVK.

Kata Kunci : Suku kata tertutup , KVK, Kemahiran Membaca, Eja

You might also like