You are on page 1of 2

PROGRAM-PROGRAM MURID

3.1 Program Pembangunan Sahsiah


a. Kaunseling Berfokus
Program kaunseling berfokus wajib dilaksanakan disetiap sekolah dengan
memberi penekanan dalam bidang disiplin yang berkaitan dengan ponteng, buli ,
bergaduh dan masalah disiplin yang lain berdasarkan keperluan sekolah.
b. Modul Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
Melaksana 6 bidang utama modul perkhidmatan bimbingan dan kaunseling iaitu
bidang akademik, kerjaya, psikososial dan kesejahteraan mental, pembangunan
diri murid, keibubapaan dan pendidikan pencegahan.Modul ini dilaksanakan
semasa kelas ganti 2 waktu sehari bagi setiap orang GBKSM.

3.2 Program psikososial dan kesejahteraan mental


Melaksanakan program berasaskan keperluan utama sekolah seperti programprogram berkaitan pembinaan karektor murid, keterampilan murid, kesihatan
mental, pengurusan stress dan emosi , kemahiran asertif , penyelesaian
masalah, komunikasi berkesan dan lain-lain

3.3 Program Pembangunan Kerjaya


Melaksanakan program berkaitan pembangunan dan pembentukan halatuju
pendidikan dan kerjaya murid seperti inventori kerjaya, kemahiran penyediaan
temu duga (resume, personaliti, soal jawab temu duga )

3.3 Pembimbing Rakan Sebaya ( PRS)


Melaksanakan program PRS berasaskan modul yang terkini, berdasarkan
peringkat- peringkat tertentu seperti PRS Bongsu ( thn 4-6 ), PRS Muda ( Ting 1-2
), PRS Sulung (Ting 3-4) , PRS Bestari ( Ting 5 6). PRS juga akan dinilai dan
diberi penghargaan sama seperti badan pengawas dengan markah merit
kokurikulum

3.4 Mentor mentee


Mewajibkan pelaksanaan program mentor mentee bagi pelajar yang memerlukan
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling berdasarkan kes-kes salah laku murid.
Sistem pementoran akan melibatkan sama ada guru dengan murid atau murid
dengan rakan sebaya .

3.5 Program bersama agensi luar


Melaksanakan program sokongan dengan agensi luar yang signifikan dengan
perkhidmatan pembangunan insan murid seperti Kementerian Kesihatan, Agensi
Anti Dadah Kebangsaan ( AADK) , Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,Kementerian Dalam Negeri
( PDRM, Penjara )

4. OUT REACH PERKHIDMATAN


Melaksanakan perkhidmatan kaunseling melalui promosi dengan menggunakan
medium yang sesuai dengan keperluan semasa dan minat murid seperti berikut :
4.1 Pembinaan blog
4.2 Face book
4.3 Video korporat
4.4 Program bertemu pelanggan
4.5 Kaunselor Muda

5. PENGURUSAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING


Melaksanakan sistem pengurusan e-kaunseling bagi pengurusan pelaporan
perkhidmatan dan program bimbingan dan kaunseling seperti pelaporan
perkhidmatan kaunseling individu, kaunseling kelompok, program bimbingan ,
sistem profil murid .

C PELAKSANAAN
1.
2.
3.
4.
5.

Menubuhkan Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Pelaksana


Menyediakan Kertas Cadangan
Melaksanakan Program
Pemantauan Program
Pelaporan dan Penilaian Program .

You might also like