You are on page 1of 1

KHAMIS, 6 OGOS 2015 @ 6:33 PM

Ringgit 3.9005 bagi satu AS$1, terendah dalam 17 tahun


KUALA LUMPUR: Ringgit jatuh ke paras terendah dalam tempoh 17 tahun, diseret
turun oleh isu domestik dan penyusutan harga komoditi, kata kalangan peniaga
mata wang. Pada jam 5 petang, ringgit disebut harga pada 3.9005/9035 bagi satu
AS$1 daripada 3.8760/8790 pada penutupan semalam. Ringgit susut sebanyak 0.4
peratus kepada 3.8935, paras terendah sejak 2 September 1998, sehari sebelum
mata wang tempatan itu ditambat pada kadar tetap dengan dolar AS pada 3.8000.
Peniaga mata wang di Capital Advisors, Justin Herling, berkata penyusutan harga
minyak ditokok dengan masalah ekonomi China turut menyumbang kepada
penurunan nilai ringgit.
Ringgit juga diniagakan rendah berbanding mata wang utama lain. Ia susut
berbanding dolar Singapura kepada 2.8140/8166 daripada 2.7986/7027 semalam,
susut berbanding yen kepada 3.1231/1266 daripada 3.1160/1092 semalam. Ia juga
susut berbanding euro kepada 4.2461/2501 daripada 4.2082/2122 semalam dan
rendah berbanding pound sterling kepada 6.0871/0938 daripada 6.0392 semalam. BERNAMA

PADA jam 5 petang, ringgit disebut harga pada 3.9005/9035 bagi satu AS$1
daripada 3.8760/8790 pada penutupan semalam. - Foto hiasan
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/72818

You might also like