You are on page 1of 2

KHAMIS, 6 OGOS 2015 @ 9:49 PM

Acer Aspire R 11, peranti pertama dijana Windows 10


Oleh Lum Chee Hong lumch@bh.com.my

Acer Aspire R 11.


ACER Malaysia melancarkan model komputer riba kompak boleh ubah terbaharu,
Acer Aspire R 11 dilengkapi dengan sistem operasi baharu, Windows 10, sekali gus
menjadikannya peranti pertama yang mempunyai perisian itu di pasaran. Pengarah
Jualan dan Produk Acer Sales & Services Sdn Bhd, Chan Weng Hong, berkata Acer
komited untuk menggabungkan inovasi terbaharu dalam rangkaian produk mereka
yang luas demi memaksimumkan teknologi bagi pelanggan. "Malah, model Aspire
siri E akan ditawarkan tidak lama lagi di Malaysia bersama Windows 10," katanya
pada majlis pelancaran Inovasi Terbaharu Acer di Kuala Lumpur, hari ini. Acer Aspire
R 11 mempunyai reka bentuk paling kecil dalam kategori peranti boleh ubah Acer
dengan hanya bersaiz kompak 11.6 inci. Model itu mempunyai rekaan unik dengan
engsel 360 darjah yang membolehkannya bertukar menjadi empat mod iaitu
komputer riba, 'tent' (bentuk khemah), tablet dan paparan saja, manakala output
saluran audio berubah secara automatik mengikut orientasi skrin. Kerangka Acer
Aspire R 11 juga menawarkan genggaman yang lebih kuat dan dilengkapi 'Corning
Gorilla Glass' untuk tahan calar selain teknologi 'Zero Air Gap' pula memberi
pengalaman tontonan yang lebih jelas. Komputer riba itu turut mempunyai lapisan
anti cap jari bagi memastikan permukaan skrin sentiasa bersih dan jelas apabila ia
digunakan. Acer Aspire R 11 juga didatangkan dengan beberapa ciri baharu seperti
Acer TrueHarmony yang menawarkan kualiti audio lebih baik seperti ketika
menonton filem, mendengar muzik dan bermain permainan video, manakala Acer
BluelightShield pula melindungi mata pengguna daripada bahaya cahaya biru dan
mengurangkan keletihan mata. Ia adalah komputer riba yang diperakui oleh Skype
yang memenuhi standard audio dan visual diperlukan, selain kuasa bateri mampu
bertahan hingga lapan jam. Model itu dijual pada harga RM1,499 seunit dan sudah

boleh didapati di semua penjual sah Acer di seluruh negara dan orang ramai
berpeluang mengambil bahagian dalam peraduan 'Why Not Win a Mazda 3?' yang
sedang berlangsung serta pelbagai hadiah menarik apabila membeli produk terpilih
yang menggunakan Intel.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/72851

You might also like