You are on page 1of 9

Manakala, andai berlaku sebarang permasalahan dalam pembelajaran murid-murid,

maka perlu diatasi segera dengan kaedah pemulihan yang bersesuaian. Akhirnya, bagi
menguji keberkesanan kedah-keadah pengajaran dan pembelajaran yang telah
dilakukan, satu aktiviti penilaian perlu dijalankan.Hanya, dengan kesungguhan dan
penghayatan dalam melengkapan lima kaedah ini, penggabungjalinan, penyerapan,
pengayaan, pemulihan dan penilaian yang diringkaskan dalam sebutan pendek 5P,
maka sempurnalah pembelajaran murid-murid di sekolah dan bakal melahirkan
insanyang

seimbang

dan

berketerampilan

yang

bakal

menyumbang

pada

pembangunan negara pada masa akan datang.

KONSEP 5P DALAM KBSR


Konsep 5P merupakan asas dalam proses pengajaran dan pembelajaran
dalam KBSR. Konsep ini merupakan aspek penting dalam pengajaran dan
pembelajaran kerana melalui proses ini pelajar dapat menyesuaikan maklumat dalam
ransangan serta menghasilkan satu pelajaran yang bersepadu dan menyeluruh serta
mengelakkan kebosanan dalam kalangan murid. Konsep 5P terdiri daripada proses
penggabungjalinan kemahiran, penyerapan pengetahuan, penerapan nilai murni,
pemulihan dan juga pengayaan.
0.1 PENGGABUNGJALINAN KEMAHIRAN
Apa yang disebut sebagai strategi penggabungjalinan kemahiran ialah satu
proses yang menggabungkan pelbagai bidang kemahiran dalam satu pengajaran dan
pembelajaran bagi mewujudkan satu pelajaran yang intergratif dan menyeluruh. Ia
merupakan integrasi beberapa kemahiran yang berkaitan secara bersepadu serta
menyeluruh dalam suatu proses pengajaran dan pembelajaran. Tujuan strategi ini
dilaksanakan ialah bagi membantu murid dalam penguasaan pelbagai kemahiran dalam
sesuatu masa pengajaran dan pembelajaran secara serentak serta meningkatkan
keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.
Selain itu strategi ini juga penting untuk menarik minat murid terhadap proses
pengajaran dan pembelajaran disamping menjadikan proses pengajaran dan
pembelajaran lebih bermakna murid. Proses penggabungjalinan kemahiran juga dapat
memberi ruang dan peluang bagi pertumbuhan dan perkembangan murid secara
seimbang dan menyeluruh melalui pelbagai aktiviti yang dilaksanakan di dalam kelas
yang melibatkan murid secara aktif serta seluruh kelas. Terdapat tiga jenis bentuk
penggabungjalinan kemahiran iaitu penggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam satu
mata pelajaran, penggabungjalinan kemahiran daripada mata pelajaran lain dan

penggabungjalinan kemahiran merentas kurikulum. Penggabungjalinan pelbagai


kemahiran dalam satu mata pelajaran ialah apabila proses pengajaran dan
pembelajaran yang dijalankan melibatkan pelbagai kemahiran seperti kemahiran lisan
atau pertuturan, membaca, menulis, mengira, melukis, mewarna dan lain-lain.
Penggabungjalinan ini memerlukan sekurang-kurangnya dua kemahiran yang
digabungkan dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Kemahirankemahiran ini boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu kemahiran fokus dan
kemahiran sampingan. Kemahiran fokus merupakan kemahiran utama yang hendak
disampaikan sebagaimana yang terdapat dalam objektif pengajaran dan pembelajaran
manakala kemahiran sampingan pula ialah kemahiran yang digabungkanjalinkan
setelah dipilih berdasarkan kaitannya dengan kemahiran yang di fokus.
Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil dalam pelaksanaan pengajaran
yang melibatkan proses penggabungjalinan seperti membuat penelitian terhadap
keperluan mata pelajaran untuk mengenal pasti kemahiran yang di fokus dan
kemahiran sampingan yang akan terlibat ketika proses pengajaran dan pembelajaran
berlangsung. Penilitian ini sangat penting dalam menentukan kemahiran-kemahiran
yang perlu dikuasai oleh setiap pelajar agar objektif pengajaran dapat dicapai. Di
samping itu guru perlu memastikan keutamaan kemahiran agar kemahiran fokus dapat
dikuasai oleh murid berbanding kemahiran sampingan.
Selain itu guru juga perlu menetapkan susunan atau tertib kedudukan
kemahiran-kemahiran tersebut dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai
persediaan sebelum bermulanya proses pengajaran guru boleh menyediakan keperluan
bahan-bahan yang diperlukan bagi tujuan pelaksanaan kemahiran-kemahiran tersebut
selaras dengan objektif mata pelajaran. Bentuk penggabungjalinan yang seterusnya
ialah

penggabungjalinan

kemahiran

daripada

mata

pelajaran

lain.Proses

ini

memerlukan penggabungan kemahiran-kemahiran yang terdapat di dalam sesuatu


mata pelajaran lain ke dalam mata pelajaran yang diajar. Sebagai contoh yang jelas
dapat dilihat penggabungjalinan yang diaplikasikan ialah seperti penggabungan
kemahiran dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dengan mata pelajaran Kajian
Tempatan iaitu melalui aktiviti seperti melukis Jalur Gemilang atau pelan kedudukan
sekolah. Penggabungjalinan ini perlu diwujudkan antara satu mata pelajaran dengan
mata pelajaran lain bagi meningkatkan kemahiran dalam kalangan murid.
Penggabungjalinan kemahiran merentas kurikulum pula melibatkan kemahirankemahiran yang terdapat dalam kurikulum seperti kemahiran belajar untuk proses
pembelajaran murid, kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis dan kemahiran
menyelesaikan masalah. Setiap kemahiran ini mempunyai hubungan dan berkait rapat
dengan

kehidupan

seharian

murid.

Oleh

itu

kemahiran-kemahiran

ini

perlu

dititikberatkan ole setiap guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran

berlangsung. Selain itu guru yang juga perlu menitikberatkan soal kemahiran pelbagai
kecerdasan serta kemahiran generik kerana kemahiran ini melibatkan kecerdasan
murid

dan

penting

untuk

proses

pertumbuhan

dan

perkembangan

murid.

Implikasi daripada proses penggabungjalinan kemahiran ini objektif bagi setiap mata
pelajaran dapat dicapai disamping menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran
lebih menarik dan bermakna. Proses ini juga merupakan suatu pengukuhan kepada
kemahiran yang telah diperoleh oleh murid daripada mata pelajaran lain. Kemahiran
sampingan yang terdapat dalam penggabungjalinan dapat membantu penguasaan
kemahiran fokus sebagaimana yang dikehendaki dalam objektif pengajaran dan
pembelajaran.
Selain itu murid-murid juga berpeluang untuk menyepadukan kemahiran-kemahiran
yang perlu dalam kehidupan. Kemahiran-kemahiran yang telah mereka perolehi dalam
proses pengajaran dan pembelajaran dapat diaplikasikan dalam aktiviti kehidupan
seharian seperti membaca, menulis, melukis dan mengira. Penggabungjalinan juga
berkeupayaan untuk menimbulkan suasana pembelajaran yang menarik dan dapat
mengelakkan kebosanan murid disamping menggalakkan proses pertumbuhan dan
perkembangan

murid-murid

secara

seimbang,

harmonis

dan

bersepadu.

0.2 PENYERAPAN PENGETAHUAN


Penyerapan pengetahuan melibatkan proses penyebatian dan penyepaduan
pengetahuan atau unsur isi pengetahuan daripada suatu mata pelajaran lain ke dalam
isi pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar. Hal ini adalah kerana setiap perkara yang
dipelajari dalam suatu mata pelajaran adalah saling berkaitan dan amat berguna bagi
mata pelajaran lain. Sebagai contohnya isi pengetahuan daripada mata pelajaran Sains
dan Matematik diserapkan seiring dengan penguasaan kemahiran-kemahiran dalam
mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.
Konsep ini sedikit berbeza dengan konsep penggabungjalinan kerana proses
penyerapan pengetahuan melibatkan unsur pengetahuan dan bukannya kemahiran.
Dalam proses ini murid akan dapat melihat perkaitan antara suatu mata pelajaran
dengan mata pelajaran yang lain. Hasil daripada penyerapan ini maka wujudlah
beberapa kelebihan kepada proses pengajaran dan pembelajaran antaranya seperti
aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat menjadi lebih menarik walaupun tajuk yang
hendak dipelajari pada asalnya bersifat sebaliknya.
Oleh itu secara tidak langsung aktiviti pengajaran dan pembelajaran menjadi
lebih produktif serta efektif. Penguasaan ilmu yang lebih luas juga turut berlaku kerana
pelbagai maklumat dapat disampaikan disamping murid-murid menjadi lebih faham

dengan sesuatu yang telah dipelajarinya melalui penyerapan kerana semasa proses
pengajaran dan pembelajaran berlangsung isi pengajaran telah dihubungkaitkan
dengan pengetahuan dari mata pelajaran lain. Guru haruslah bijak memilih isi
pengetahuan yang menarik daripada mata pelajaran lain untuk meransang minat murid
terhadap

pengajaran

dan

menjadi

lebih

ceria,

aktif

serta

progresif.

0.3 PENYERAPAN NILAI MURNI


Penyerapan nilai murni merupakan proses menerapkan nilai-nilai dalam
pelaksanaan kurikulum dan gerak kerja kokurikulum. Nilai-nilai murni ini melibatkan
semangat

kewarganegaraan

masyarakat

Malaysia

yang

berlandaskan

kepada

kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Melalui proses pengajaran dan


pembelajaran, penyerapan nilai murni ini telah dilakukan secara sedar dan terancang
tetapi murid menyerap ilmu dan nilai tersebut secara semulajadi dan sendirinya.
Walaubagaimanapun, secara terperincinya penyerapan nilai-nilai murni ini telah
berlangsung melalui dua pendekatan iaitu pendekatan implisit dan juga pendekatan
eksplisit. Pendekatan implisit digunakan apabila guru-guru secara tidak langsung telah
menerapkan sesuatu nilai dalam proses pengajaran dan pembelajaran seperti apabila
guru bercakap benar, berpakaian kemas dan adil. Pendekatan ini boleh berlangsung
secara merentas kurikulum serta oleh semua guru kerana nasihat, bimbingan, teguran,
contoh dan teladan boleh berlangsung pada bila-bila masa dan di mana-mana yang
difikirkan sesuai.
Pendekatan eksplisit pula boleh diaplikasikan dengan mengadakan sesuatu
peraturan, arahan, pekeliling dan sebagainya yang bertulis tentang sesuatu perkara
yang diharapkan sepert arahan untuk tidak membuang sampah di merata-rata serta
menjaga kebersihan persekitaran. Terdapat juga sesetengah pihak sekolah yang
mengadakan program atau aktiviti yang khusus untuk menerapkan sesuatu nilai murni
dalam kalangan murid seperti program motivasi, khemah ibadat, sambutan Hari
Kemerdekaan, Hari Guru, kempen kebersihan dan pelbagai lagi aktiviti-aktiviti lain yang
bersesuaian. Penyerapan nilai murni melalui pendekatan eksplisit adalah lebih
terancang bersesuaian dengan matlamat dan kaedah pelaksanaan serta penilaian yang
jelas.
Terdapat 17 nilai murni yang perlu diserapkan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran iaitu:

Baik hati
1. Belas kasihan
2. Bertimbang rasa

3. Murah hati
4. Saling memahami
5. Sedia memaafkan

Berdikari
1. Bertanggungjawab
2. Tidak berharap atau bergantung kepada bantuan orang lain
3. Jaya diri
4. Yakin kepada diri sendiri
Berhemah tinggi
1. Kesopanan
2. Mengaku kesalahan sendiri3. Ramah mesra

Hormat-menghormati
1. Hormat kepada ibu bapa
2. Hormat kepada orang yang lebih tua
3. Taat kepada raja dan Negara
4. Hormat kepadda hak asasi
5. Hormat kepada undang-undang
6. Menghargai maruah diri
Kasih sayang
1. Sayang kepada nyawa
2. Sayang kepada alam sekeliling
3. Cinta kepada Negara
4. Cinta kepada keamanan dan keharmonian
Keadilan
1. Bertindak adil
2. Sentiasa saksama
Kebebasan
1. Kebebasan di sisi undang-undang
2. Kebebasan dalam sistem demokrasi

Keberanian
1. Berani dengan tidak membuta tuli
2. Berani kerana benar
3. Berani mempertahankan kebenaran
4. Berani bertanggungjawab
Kebersihan fizikal dan mental
1. Kebersihan diri
2. Kebersihan persekitaran
3. Pertuturan dan kelakuan yang sopan

Kejujuran
1. Bersifat amanah
2. Bercakap benar
3. Sentiasa ikhlas
Kerajinan
1. Cekal
2. Daya usaha
3. Dedikasi
4. Gigih
5. Tekun
Kerjasama
1. Persaudaraan
2. Tanggungjawab bersama
3. Gotong-royong
4. Toleransi
5. Kebaikan bersama
6. Perpaduan
Kesederhanaan
1. Sederhana dalam meningkatkan kepentingan diri dan orang lain
2. Tidak keterlaluan dalam pertuturan dan tingkah laku

Kesyukuran
1. Berterima kasih
2. Mengenang budi
3. Menghargai
Rasional
1. Boleh membuat pertimbangan
2. Boleh membuat penaakulan
3. Berfikiran logik dan terbuka
Semangat bermasyarakat
1. Bermuafakat
2. Kejiranan
3. Peka kepada isu-isu sosial dan masyarakat

Semangat kewarganegaraan
1. Berbangga menjadi rakyat Malaysia
2. Bersemangat patriotik
3. Berusaha ddan produktif
0.4 PEMULIHAN
Konsep seterusnya ialah konsep pemulihan. Konsep ini telah dibentuk dengan
melaksanakan aktiviti-aktiviti yang sesuai bagi membantu murid yang mengalami
masalah dalam kemahiran asas 3M. Pendidikan pemulihan adalah lebih terbatas dan
lebih khusus sifatnya kerana ia bertujuan membaiki kelemahan pembelajaran. Ia
melibatkan

murid-murid

yang

lambat,

iaitu

mereka

yang

lembab

mencapai

pembelajaran berbanding dengan kanak-kanak yang lain. Pencapaian pembelajaran


murid-murid ini biasanya di bawah tahap pencapaian yang sepatutnya (Koh Boh Boon,
1982).
Rasionalnya pendidikan pemulihan adalah amat penting kerana melalui
pendidikan pemulihan murid-murid yang lemah dapat diasuh dan diberikan tumpuan
yang lebih berbanding murid lain. Hal ini berlaku kerana murid adalah berbeza dari segi
pengalaman, minat dan juga kebolehan. Oleh itu murid yang lemah atau menghadapi
masalah tertentu perlulah diberi perhatian dan bimbingan. Objektif pendidikan
pemulihan diadakan adalah untuk membolehkan murid-murid menguasai kemahirankemahiran tertentu dengan mengikuti aktiviti-aktiviti alternatif yang sesuai dengan
murid.

Selain itu pendidikan pemulihan ini juga membolehkan murid-murid mendapat


layanan dan kemudahan belajar yang sesuai dengan kemampuan dan perkembangan
mental mereka di samping membolehkan murid mengurangkan masalah yang dihadapi
melalui bantuan guru-guru dan juga pihak lain. Murid juga turut diberikan peluang untuk
mencuba mengembangkan potensi diri mereka dalam pelajaran dan minat mereka
untuk mencuba ke tahap yang lebih maju serta sama-sama melibatkan diri sepenuhnya
dalam

aktiviti-aktiviti
Antara

faktor

sosial

sama

ada

yang

membawa

di

dalam

kepada

atau

masalah

di

luar

bilik

pembelajaran

darjah.
ialah

apabilawujudnya perasaan tidak yakin, rendah diri dan takut dalam kalangan murid.
Selain itu masalah pembelajaran juga berlaku akibat daripada sikap negatif yang ada
dalam diri murid tersebut sendiri seperti tidak mahu mengikut kata, tingkah laku yang
kurang baik serta disiplin diri yang rendah. Faktor kecacatan sejak lahir dan selepas
lahir juga turut menyumbang kepada masalah pembelajaran. Murid yang mengalami
kecacatan ini akan ditempatkan disekolah khas yang bersesuaian dengan keadaan
mereka.
Aktiviti pemulihan boleh dilakukan melalui lima kaedah iaitu pengajaran individu,
pengajaran kumpulan kecil, pengajaran kumpulan besar, pengajran bimbingan rakan
sebaya dan juga pengajaran kolaboratif. Bagi pengajaran individu guru akan
membimbing murid bagi mengatasi masalah yang dihadapi dengan alat bantuan yang
sesuai manakala bagi pengajaran kumpulan kecil pula guru akan membimbing murid
yang berada dalam kelompok kumpulan yang sama dan mempunyai masalah yang
sama tetapi mendapat perhatian secara individu dari guru
Berapa langkah khas harus diambil kira ketika menjalankan langkah-langkah
pemulihan bagi memastikan objektif aktiviti pemulihan tercapai seperti membuat
perancangan dan memilih teknik pengajaran yang sesuai, menentukan masalah yang
sama tidak berulang, mengikuti kemajuan murid dengan menggunakan senarai semak
dan juga membuat penentuan aktiviti penhukuhan yang sesuai dan secocok bagi
menyelesaikan masalah. Setelah selesai proses pemulihan sebagaimana yang telah
dijadualkan satu penilaian harus dilakukan bagi menguji tahap penguasaan murid.
Penilaian ini bertujuan bagi memastikan sama ada objektif pengajaran pemulihan terlah
tercapai

atau

tidak

dan

tindakan

susulan

akan

diambil

ke

atas

murid.

0.5 PENGAYAAN
Cabang konsep yang terakhir ialah aktiviti pengayaan. Aktiviti pengayaan
melibatkan murid-murid yang berpencapaian melebihi sederhana atau murid-murid
pintar cerdas. Konsep ini mengambil kira bahawa murid-murid yang pintar cerdas
adalah cepat dalam menyiapkan latihan, kerja atau aktiviti yang diberikan kepada
mereka. Konsep ini dilaksanakan melalui aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktiviti-aktiviti

asas pembelajaran yang dijalankan di dalam atau di luar bilik darjah. Pada
kebiasaannya aktiviti pengayaan dijalankan ke atas kumpulan murid yang telah
mencapai tahap yang memuaskan atau telah menguasai kemahiran asas.
Aktiviti ini mengandungi unsur-unsur untuk meluaskan pengetahuan dan
pengalaman serta mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari oleh murid. Aktiviti
pengayaan juga dapat membuka peluang kepada murid untuk mengembangkan minat,
daya kreativiti, sifat ingin tahu, bakat kepimpinan serta dapat melibatkan diri dalam
membuat keputusan untuk diri, kumpulan dan juga masyarakat.
Objektif bagi aktiviti pengayaan adalah untuk membolehkan murid menjalani
aktiviti yang lebih mencabar kebolehan mereja disamping menambahkan minat dan
pengalaman yang dapat membantu mereka ke arah perkembangan diri dan bakat
mereka. Selain itu aktiviti ini juga dapat membuatkan murid berminat untuk belajar
sendiri dan mempunyai sifat berdikari bagi membolehkan mereka meneruskan
pembelajaran seumur hidup serta meelahirkan daya kreativiti menerusi pemikiran dan
kebolehan untuk menilai kerja mereka sendiri.
Rumusan
Secara keseluruhannya pelaksanaan konsep 5P ini dalam KBSR adalah penting
dan wajar demi meningkatkan kredibiliti anak bangsa. Konsep integrasi dalam
kurikulum dan pengajaran yang diterapkan adalah ke arah pembangunan individu insan
yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Di dalam
KBSR konsep ini membawa maksud bahawa penguasaan ilmu pengetahuan,
kemahiran, bahasa dan pemupukan nilai-nilai murni secara bersepadu dan menyeluruh.

You might also like