You are on page 1of 12

SENARAI TUGAS GURU BIASA/GURU PENOLONG

1.

GURU BIASA
Tugas utama bagi seseorang guru adalah untuk mengajar dan mendidik. Walau
bagaimanapun, berikut disenaraikan tugas-tugas lain sebagai panduan guru.
Senarai Tugas
1.0 Tugas Mengajar
1.1

Mengajar mata-mata pelajaran yang layak sejumlah waktu yang


ditetapkan.

1.2.

Memiliki, memahami dan boleh mentafsirkan serta menghuraikan kandungan


sukatan pelajaran dan huraian mata pelajaran yang berkenaan.

1.3.

Memahami dan mematuhi Pekeliling-pekeliling dan arahan yang berkaitan


dengan mata pelajaran yang diajar serta menentukan dan menetapkan
matlamat yang harus dicapai, iaitu dari segi pengetahuan, kebolehan dan
kemahiran yang harus dicapai pada akhir tiap penggal bagi tiap tingkatan.

1.4.

Mempunyai sebuah Buku Rekod Mengajar yang kemas


menyerahkan kepada Pengetua pada masa yang ditetapkan.

1.5.

Menyediakan Rancangan Pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar dengan


lengkap
untuk
tempoh
setahun/sepenggal/seminggu/harian
dan
melaksanakan pengajarannya mengikut Rancangan Pelajaran yang
disediakan.

1.6.

Menyediakan dan memberikan kerja-kerja latihan yang cukup, memeriksa


buku latihan pelajar dan memulangkan semula secepat mungkin.
Menyerahkan/ menunjukkan buku latihan murid kepada Pengetua/wakilnya
pada masa yang dikehendaki.

1.7.

Menjalankan Ujian Bulanan dan penilaian kepada pelajar. Merekodkan


soalan-soalan dan keputusan ujian dalam Buku Rekod Mengajar.

1.8.

Mengesan kelemahan pelajar dan menjalankan kelas pemulihan/bimbingan.

1.9.

Menjadi ahli dalam Panitia Mata Pelajaran, menghadiri dan mematuhi serta
melaksanakan keputusan mesyuarat Panitia.

1.10.

Guru mata pelajaran harus menyedari dan menggunakan buku panduan yang
di- keluarkan Kementerian Pendidikan/Jabatan Pendidikan/PPD.

1.11.

Memastikan keselamatan pelajar di makmal/bengkel KH/Bilik ERT/ Sains


Pertanian dan mengawasi penggunaan peralatan.

1.12.

Menghadiri mesyuarat/taklimat mengenai mata pelajaran yang berkenaan


sama ada yang dikelolakan oleh Kementerian Pendidikan/Jabatan

kini

dan

Pendidikan Negeri/PPD. Menyampaikan semula maklumat kepada guru lain


yang mengajar mata pelajaran yang sama.

.0

1.13.

Sentiasa mengikuti perkembangan dan pembaharuan tentang teknik


mengajar bagi mata pelajaran berkenaan bagi meninggikan lagi prestasi
dalam pengajaran dan pembelajaran.

1.14.

Melaporkan kepada Guru Kanan Mata Pelajaran tentang masalah pengajaran


dan pembelajaran untuk tindakan selanjutnya.

1.15.

Menjaga keselamatan dan kebersihan alat-alat bantuan mengajar yang


digunakan dan memastikan bahawa alat-alat bantuan mengajar digunakan
secara meluas. Bertanggungjawab dalam menambahkan alat bantuan
mengajar bagi memperkayakan Pusat Sumber Sekolah.

1.16.

Mengadakan sudut-sudut mata pelajaran berkenaan dalam kelas-kelas yang


diajar.

1.17.

Membantu menguruskan Bank Soalan.

Pentadbiran bilik darjah:


2.1

Menyimpan daftar kelas.

2.2

Mengawal dan menyelia keadaan di bilik darjah.

2.3

Hubungan surat-menyurat dengan ibu bapa/penjaga.

2.4

Kutipan segala yuran (Yuran Penggal Sekolah, Peperiksaan Dalaman,


Peperiksaan Luaran, MSSJ, Majalah Sekolah, projek sekolah, derma PIBG
dan lain-lain pungutan).

2.5

Kad 001/Fail peribadi pelajar.

2.6

Buku Penyata Kemajuan Pelajar/Kad Ujian Bulanan.

2.7

Buku Pelaporan Kokurikulum.

2.8

Penyediaan surat-surat akuan sijil.

.0

Peperiksaan Dalaman:

3.1

Penyediaan soalan-soalan ujian/peperiksaan (Bulanan/penggal/tahunan).

3.2 Pengawasan peperiksaan.


3.3 Memeriksa, memberi markah dan memproses skrip.
3.4 Penggredan markah
3.5 Penganalisisan keputusan.

.0

Peperiksaan Luaran:

4.1

Borang-borang kemasukan peperiksaan pelajar.

4.2

Kutipan-kutipan yuran.

4.3

Pengawasan peperiksaan.

.0

Penjagaan Disiplin:

5.1

Membantu pengawasan disiplin pelajar-pelajar pada amnya.

5.2

Perhubungan dengan ibu bapa/penjaga.

5.3

Memeriksa kebersihan peribadi dan pakaian pelajar-pelajar.

5.4

Menasihati dan menunjuk ajar.

5.5

Kebersihan bilik-bilik darjah dan kawasan sekolah.

.0

Pentadbiran Sekolah:

6.1

Koordinasi skim-skim kerja dalam pelbagai kelas atau mata pelajaran.

6.2

Jadual Waktu.

6.3

Membantu mentadbir bilik-bilik khas (makmal, bengkel, bilik ERT, bilik


Pendidikan Seni, bilik Sukan, bilik rawatan, Pusat Sumber dan lain-lain.

6.4

Buku-buku teks.

6.5

Biasiswa dan kebajikan.

6.6

Perpustakaan.

6.7

Bimbingan dan kerjaya.

.0

Aktiviti-aktiviti Ko-kurikulum:

7.1

Menjalankan aktiviti-aktiviti di dalam premis sekolah mengikut peraturanperaturan yang telah ditetapkan.

7.2

Merancang melaksanakan, menyelia, merekodkan dan melaporkan setiap


aktiviti ko-kurikulum.

.0

Tugas-tugas Separa Profesional:

8.1

Tugas-tugas ini adalah tugas-tugas yang mempunyai hubungan secara tidak


langsung dengan pelajar-pelajar.

8.2

Aktiviti-aktiviti di luar kawasan sekolah (lawatan ke satu-satu tempat,


permainan-permainan/perlawanan sukan, pertandingan di antara sekolahsekolah dan sebagainya).

8.3

MSSD, MSSJ, MSSM, PSKPPJ.

8.4
8.5

Kegiatan-kegiatan pendidikan dan profesional yang diselenggarakan oleh


Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Johor dan Pejabat Pendidikan
Daerah.
Projek-projek pembangunan sekolah.

8.6

Perayaan-perayaan awam/upacara-upacara khas.

8.7

PIBG.

8.8

Menghadiri dan mengambil bahagian dalam hal-hal yang berhubung dengan


profesion dari masa ke masa.

.0

Tugas-tugas Bukan Profesion:

9.1

Penjagaan bangunan sekolah.

9.2

Pembersihan dan keceriaan sekolah.

9.3

Penyeliaan kerja-kerja pekerja am yang berkenaan.

9.4

Melawat rumah-rumah pelajar jika keadaan memerlukan.

9.5

Penjualan buku-buku teks/buku-buku latihan kepada pelajar (sekiranya


perlu).

9.6

Pengurusan sekolah.

9.7

Mengawal lalu lintas di luar kawasan sekolah.

9.8

Mengawal keselamatan sekolah dan pelajar-pelajar.

0.0

Tugas-tugas lain:
Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan yang diarahkan oleh Pengetua dari
masa ke masa

2.

GURU TINGKATAN
Senarai Tugas

.0 Kebajikan Dan Disiplin Pelajar


1.1.

Menjaga kebajikan dan tingkah laku setiap pelajar dalam tingkatan


jagaannya. Harus mengenali setiap pelajar dalam pengawasannya dan
berusaha untuk membantu mereka dalam apa jua bentuk dan cara yang
boleh memajukan kedudukan akademik, kokurikulum, perwatakan, kelakuan,
personaliti dan sahsiah mereka.

1.2.

Menanamkan semangat kerjasama dan sepunya dalam diri pelajar,


menghormati guru-guru, menyayangi rakan dan sekolah secara
keseluruhannya.

1.3.

Memastikan pelajarnya berdisiplin di dalam dan di luar kelas.

1.4.

Menjaga keselamatan pelajar di kelasnya.

2.0
2.1.

Kebersihan Dan Keceriaan Kelas


Menjaga kebersihan dan keceriaan kelas masing-masing.

2.2.

Menjaga dan memastikan semua peralatan yang berada di kelas


berada dalam keadaan baik. Apa juga kerosakan hendaklah dilaporkan
kepada pihak pentadbiran.

2.3.

Sentiasa memastikan papan kenyataan kelas dilengkapkan dengan


jadual waktu kelas, senarai buku teks, senarai jenis-jenis yuran, jadual
tugasan, kata hikmat, pekeliling sekolah, peraturan kecemasan, maklumatmaklumat terkini dan guntingan dari akhbar dan majalah dapat membantu ke
arah matlamat tersebut. Galakan pelajar mewujudkan sudut mata pelajaran di
papan kenyataan kelas tersebut.

2.4.

Galakan pelajar mewujudkan sudut bacaan kelas.

2.5.

Pastikan kelas dalam jagaannya sentiasa ceria dan selesa untuk


proses pengajaran dan pembelajaran.

3.0

Jadual Kedatangan Kelas ( Dokumen Rasmi Kementerian Pendidikan)

3.1.

Buku tersebut adalah hak milik Kementerian Pendidikan dan sentiasa


di audit oleh Juruaudit Kementerian. Oleh itu, segala butir kewangan,
kedatangan dan peribadi pelajar hendaklah sempurna, kemas dan lengkap.

3.2.

Nama pelajar hendaklah mengikut ejaan di dalam Kad Pengenalan


atau Surat Beranak .

3.3.
3.4.

Pastikan alamat pelajar lengkap.


Pada setiap bulan Guru Tingkatan hendaklah menutup Buku
Kedatangan Pelajar. Sempurnakan bahagian-bahagian penting berkaitan
dengan jumlah kehadiran, jumlah hari bersekolah dan kedatangan kelas.

3.5.

Rekod kedatangan hendaklah diisi sebelum waktu rehat (masa ke


dua) dan hendaklah sentiasa berada di pejabat selepas waktu rehat.

3.6.
3.7.

Pelajar tidak dibenarkan mengisi Buku Rekod Kedatangan.


Sekiranya guru bercuti atau tidak hadir ke sekolah mintalah
pertolongan rakan sejawat atau GPK HEM mengisi buku tersebut.

3.8.

Pelajar ponteng sekolah:3.8.1.

Pelajar yang tidak hadir 3 (tiga) hari berturut-turut tanpa


sebarang kenyataan dikira ponteng.

3.8.2.

Pelajar yang tidak hadir ke sekolah secara berselang


seli tanpa sebarang kenyataan selama SATU PERTIGA dari jumlah
hari persekolahan bulan berkenaan, dikira ponteng sekolah.

4.0

Pengawasan Bilik Darjah

4.1.

Pelantikan Ketua tingkatan dan Penolongnya serta Penubuhan


Jawatankuasa Kelas.

4.2.

Menentukan bilangan kerusi/ meja pelajar mencukupi untuk kelasnya.

4.3.

Menentukan alat-alat pemadam, kayu pembaris, bakul sampah dan


lain-lain dijaga dengan baik.

4.4.

Menentukan kerusi meja dan perkakas lain dalam kelas dijaga


sempurna oleh pelajar-pelajar.

4.5.

Menentukan jadual waktu tingkatan, jadual giliran bertugas dan


kenyataan lain digantung.

4.6.

Seelok-eloknya dapatkan sebuah kalendar untuk digantung di dalam


kelas.

4.7.

Menentukan pelajar-pelajar mengetahui dan memahami peraturan


sekolah.

4.8.

Setiap papan kenyataan hendaklah digunakan dengan sempurna dan


sepenuhnya.

4.9.

Memeriksa dan menentukan keseragaman dan kesihatan pelajarpelajar seperti:


4.9.1.
4.9.2.
4.9.3.
4.9.4.
4.9.5.
4.9.6.

5.0

AM

Rambut
Kuku
Pakaian
Gigi
Kasut
Lencana nama

5.1.

Memaklumkan dan menjelaskan kepada pelajar-pelajar tentang


pemilihan nama pelajar ( Peperiksaan PMR dan SPM ), kegiatan Kokurikulum dan sebarang arahan sekolah.

5.2.

Mewujudkan suasana harmoni supaya tersemai rasa hormat antara


pelajar dengan guru dan pelajar dengan pelajar.

5.3.

Menentukan pelajar-pelajar mempunyai adab sopan dan tingkah laku


yang baik.

5.4.

Mengetahui serba sedikit latar belakang pelajar-pelajar dan kegiatan


luar mereka.

5.5.

3.

Mengambil berat tentang kemajuan pelajar-pelajar.

5.6.

Merujuk pelajar-pelajar yang bermasalah kepada Guru Penolong


Kanan
( HEM )/ Guru Bimbingan dan Kerjaya.

5.7.

Mengesan dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pelajarpelajar yang lembam, miskin, menghadapi masalah keluarga dan
sebagainya.

5.8.

Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan yang diarahkan oleh


pengetua dari masa ke masa.

GURU BERTUGAS HARIAN/MINGGUAN


Senarai Tugas
1.

Guru bertugas harian hendaklah datang sekurang-kurangnya 15 minit


sebelum persekolahan bermula dan pulang sekurang-kurangnya 15 minit
setelah sekolah berakhir.

2.

Memastikan bilik-bilik darjah telah disapu, sampah-sarap telah dibuang dan


lampu serta kipas / tingkap telah ditutup setelah tamat persekolahan.

3.

Mengawasi disiplin pelajar di luar waktu belajar seperti waktu rehat dan waktu
sebelum loceng pertama dibunyikan, sekitar kawasan sekolah dan
mengambil tindakan yang segera dan munasabah jika perlu.

4.

Mengawasi kebersihan bilik-bilik darjah, tandas, kantin, bilik-bilik khas dan


kawasan sekolah.

5.

Memeriksa kebersihan makanan yang dijual di kantin sekolah.

6.

Menguruskan rawatan pelajar yang sakit dan menghantar mereka ke


hospital/ke rumah.

7.

Mengeluarkan surat kebenaran ke hospital dan merekodkan nama pelajar


yang memohon.

8.

Mengawasi pelajar menepati waktu datang dan pulang ke sekolah, masa


rehat dan masa pertukaran guru.

9.

Mengurus hal-hal bersabit dengan kehilangan barang-barang.

10.

Menentukan keselamatan pelajar di sekitar kawasan sekolah dan mengawasi


harta benda sekolah.

11.

Mencatat kegiatan-kegiatan sekolah seperti sukan, persatuan- persatuan unit


beruniform dan aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan.

12.

Membuat catatan mengenai perkara-perkara penting yang berlaku sepanjang


hari/minggu/persekolahan dalam Buku laporan Bertugas, antara perkara yang
dicatat ialah :12.1.
12.2.
12.3.
12.4.
12.5.

kedatangan pelajar , guru dan staff sokongan


pelajar ponteng, tidak hadir atau sakit.
lawatan-lawatan/pelawat
ucapan/pengumuman dalam perhimpunan.
laporan hari Isnin ditulis di dalam buku khas mengenai perhimpunan.

13.

Membuat laporan di dalam Buku Laporan Bertugas yang disediakan dan


kalau perlu laporkan terus kepada Pengetua supaya tindakan segera dapat
diambil.

14.

Perhimpunan
14.1.
14.2.
14.3.

Memastikan semua guru dan pelajar menghadiri perhimpunan


Memastikan bendera-bendera, pembesar suara dan tempat duduk
guru telah disediakan
Memastikan pelajar telah beratur dengan kemas.

4. JAWATANKUASA PANITIA MATA PELAJARAN


Senarai Tugas
1.

Guru-guru mata pelajaran berkenaan menjadi anggota panitia.

2.

Bertanggungjawab meningkatkan mutu dan prestasi pencapaian akademik


dalam peperiksaan PMR dan SPM.

3.

Membincangkan hal-hal yang berikut:3.1.


3.2.
3.3.
3.4.
3.5.
3.6.
3.7.
3.8.
3.9.
3.10.

Rancangan Pelajaran.
Buku Teks
Sukatan Pelajaran dan huraian
Peningkatan pengajaran dan pembelajaran
Peperiksaan dan penilaian.
Bahan Alat Bantu Mengajar
Pemulihan
Kerja Latihan
Implementasi Rancangan Akademik Sekolah Jangka Panjang dan
Jangka Pendek.
Meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran.

5.

4.

Menjaga keselamatan dan kebersihan bilik-bilik khas (jika ada) dan alat-alat
bagi mata pelajaran yang ada dan menyediakan peraturan penggunanya.

5.

Melaksana rancangan lima tahun akademik sekolah.

JAWATANKUASA MAJALAH SEKOLAH


Senarai Tugas

6.

1.

Membentuk biro-biro untuk tugas khas penerbitan Majalah Sekolah..

2.

Menentukan dasar mengenai percetakan kandungan dan aspek-aspek lain


Majalah Sekolah.

3.

Menentukan mutu dan bentuk majalah.

4.

Merancang jadual kerja dari awal tahun sehingga Majalah Sekolah diterbitkan
dan diedarkan.

5.

Menyediakan anggaran belanjawan.

6.

Mengurus segala surat-menyurat yang diperlukan serta kata alu-aluan


kepada individu tertentu.

7.

Mengumpul, menilai dan memilih segala jenis sumbangan kreatif guru dan
pelajar.

8.

Mengumpul atau menyunting segala rekod, laporan aktiviti dan kegiatan


sekolah untuk dimuatkan dalam majalah sekolah.

9.

Mendapatkan seberapa banyak iklan sebagai satu sumber kewangan.

10.

Mengumpul dan memilih gambar-gambar yang sesuai untuk dimuatkan


dalam majalah.

11.

Mengurus penghantaran bahan cetakan kepada pihak pencetak dan


bertanggungjawab menyemak kandungannya dari segi format, bahasa dan isi
sehingga sempurna.

GURU RUMAH SUKAN


Senarai Tugas
1.

Memastikan adanya senarai ahli Rumah Sukan yang lengkap (guru dan
pelajar).

2.

Membuat pengagihan tugas kepada semua ahli rumah sukan.

3.

Membentuk jawatankuasa rumah di kalangan pelajar yang meliputi olahraga


dan permainan.

7.

4.

Menjalankan mesyuarat agung rumah sukan dan permainan.

5.

Menentukan guru rumah untuk menjadi pengadil dalam pertandingan


peringkat sekolah.

6.

Sentiasa berbincang dengan Setiausaha Sukan/Penolong Kanan HEM/Kanan


Kokurikulum sekiranya menghadapi masalah.

7.

Memastikan laporan aktiviti Rumah Sukan disediakan untuk edaran dan


rekod.

8.

Merekodkan dan melaporkan pencapaian cemerlang pelajar kepada


Setiausaha Sukan untuk dicalonkan sebagai wakil sekolah.

GURU PERMAINAN
Senarai Tugas
1.

Membentuk jawatankuasa.

2.

Merancang meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan minat pelajar dalam


permainan.

3.

Berusaha mendapatkan khidmat nasihat dari mereka yang pakar.

4.

Memastikan undang-undang permainan dan perlawanan dipatuhi.

5.

Memilih dan melatih pasukan sekolah mengikut jadual dan takwim


kokurikulum sekolah.

6.

Menganjurkan perlawanan antara Rumah Sukan/kelas/tingkatan/sekolah.

7.

Menguruskan pengangkutan untuk pasukan sekolah ke pertandingan luar.

8.

Menguruskan surat kebenaran ibu bapa/penjaga untuk pertandingan luar


sekolah.

9.

Melaporkan dan merekodkan keputusan-keputusan pertandingan yang


disertai.

10.

Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk peralatan dan pengurusan.

11.

Menyemai semangat kesukanan di kalangan pelajar.

12.

Menentukan peralatan dan kemudahan permainan sentiasa dalam keadaan


baik, selamat dan mencukupi untuk digunakan.

13.

Merancang aktiviti tahunan dengan guru Rumah Sukan.

14.

Menilai prestasi pasukan sekolah dan mengambil langkah-langkah untuk


mempertingkatkannya.

15.
16.
17.
18.
19.
8.

Merekodkan nama pemain-pemain dan pasukan yang cemerlang (johan


daerah/negeri/, wakil daerah/negeri dan negara).
Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke masa.

GURU PENASIHAT PERSATUAN /KELAB


Senarai Tugas
1.

Membentuk jawatankuasa persatuan/kelab.

2.

Memastikan aktiviti persatuan selaras dengan objektif sekolah.

3.

Memastikan adanya peraturan/perlembagaan.

4.

Memastikan jawatankuasa menjalankan tugas seperti yang dicatatkan dalam


perlembagaan.

5.

Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama pelajar dan menyerahkannya


kepada Penyelaras untuk simpanan dan rekod.

6.

Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.

7.

Merancang strategi untuk peningkatan persatuan/kelab cara yang sesuai.

8.

Membuat anggaran pendapatan dan perbelanjaan.

9.

Mengurus kewangan, harta benda dan peralatan persatuan/kelab.

10.

Memastikan minit mesyuarat dan laporan kegiatan disediakan dan difailkan.

11.

Melaporkan kepada Penolong Kanan HEM/Penolong Kanan Kokurikulum


tentang perkembangan persatuan/kelab.

12.

Bekerjasama dengan pihak sekolah untuk menjayakan aktiviti-aktiviti seperti


Hari Kokurikulum, Hari Sukan, Hari Ucapan, Hari Guru dan lain-lain.

13.

Menguruskan surat-menyurat dan segala keperluan untuk kegiatan luar


sekolah

14.

Menentukan papan kenyataan digunakan sepenuhnya.

15.

Memastikan tidak ada unsur subversif tersebar/disebarkan di kalangan ahli.

16.

Mencadangkan nama ahli-ahli yang layak menerima Sijil Penghargaan


kepada Jawatankuasa Kokurikulum.

You might also like