Thamil Literasi Nombor

You might also like

You are on page 1of 10

1.

0 Sumber Pendapatan bagi 1 Semester


Berdasarkan perancangan bajet (a), sumber pendapatan bagi bajet perbelanjaan diri
sendiri saya adalah seperti berikut.
Sumber Pendapatan

Jumlah (1 bulan)

Jumlah (1 semester)

Duit Elaun daripada IPG

RM 595.00

RM 595 X 5

Duit poket daripada ibu bapa

RM 100.00

= RM 2975.00
RM 100 X 5

RM 695.00

= RM 500.00
RM 3475.00

JUMLAH

Jadual 1: Sumber Pendapatan Bagi Satu Semester.


Berdasarkan Jadual 1, sumber pendapatan saya adalah hanya dua iaitu daripada
pihak IPG dan daripada ibu bapa saya sendiri. Saya mendapat elaun sebanyak RM 595.00
setiap bulan. Oleh itu, bagi satu semester, duit elaun saya ialah RM 2975.00. Seterusnya,
ibu bapa saya akan memberi duit poket sebanyak RM 150.00 setiap bulan kepada saya.
Oleh itu, bagi satu semester, saya mendapat duit poket sebanyak RM 3725.00 daripada ibu
bapa.

2.0 Perbelanjaan bagi 1 semester


Apabila saya mengkaji butiran perbelanjaan diri saya bagi satu, saya didapati bajet
perbelanjaan seperti seperti berikut.
Butiran Perbelanjaan

Jumlah (1 bulan)

Jumlah (1 semester)

Penginapan Hostel

RM 80.00

RM 400.00

RM 8.00 ( 1 hari)
Makanan

RM 8 X 20 hari
= RM 160.00

Bil Internet

RM 70.00

Barang Pengurusan Diri

RM 50.00

Perbelanjaan untuk pelajaran

RM30.00

Hiburan

RM 30.00

Kesihatan

RM 15.00

Pengangkutan (Teksi)

RM 30.00

Tambang bas

RM 20.00

Bil telefon bimbit

RM 20.00

JUMLAH

RM 505.00

RM 160.00 X 5 bulan
= RM 800.00
RM 70 X 5 bulan
=RM 350.00
RM 50 X 5 bulan
= RM 250.00
RM 30.00 X 5 bulan
= RM 150.00
RM 30 X 5 bulan
= RM 150.00
RM 15 X 5 bulan
= RM 75.00
RM 30 X 5 bulan
= RM 150.00
RM 20 X 5 bulan
= RM 100.00
RM 20 X 5 bulan
RM 100.00
RM 2425.00

Jadual 2: Jumlah Perbelanjaan Bagi Satu Semester

Jumlah Perbelanjaan bagi 1 semester

Hostel

Makanan

Internet
1% 6%

4% 4%

Barang Pengurusan Diri

Pelajaran

Hiburan

16%

6%
6%
10%

32%
14%

Kesihatan

Pengangkutan

Tambang Bas

Tambah Nilai

Bil telefon
bimbit

Carta 1 : Jumlah Perbelanjaan Bagi Satu Semester

Perbelanjaan pertama yang terdapat dalam bajet saya ialah kos penginapan. Saya
tinggal di kolej kediaman IPG Kampus Sultan Abdul Halim. Kos penginapan di IPG ialah RM
3

80.00 sebulan. Jadi, secara keseluruhanya, RM 400.00 satu semester. Saya terpaksa
membelanjakan duit ini setiap semester. Perbelanjaan ini merupakan satu perbelanjaan
yang penting.
Seterusnya, kos makanan saya bagi satu hari ialah RM 8.00. Jadi, satu bulan tidak
termasuk hujung minggu, saya membelanjakan kos makanan sebanyak RM 160.00. Hal ini
demikian kerana, saya akan balik kampung setiap hujung minngu. Oleh itu, saya tidak perlu
membelanjakan duit bagi kos makanan pada hujung minggu setiap bulan. Selain itu, saya
juga akan makan sarapan bagi setiap hari untuk RM 2.00 dan makanan tengah hari untuk
RM 4.00 dan makanan malam untuk RM 2.00 . Biasanya, pada waktu malam, saya akan
minum milo dan makan roti sahaja. Anggaran kos perbelanjaan sendiri bagi makanan
kurang daripada bajet kumpulan. Hal ini, demikian kerana, saya tidak akan mengambil
makanan berat pada waktu malam. Sebab itu, kos perbelanjaan makan malam hanya
RM2.00.
Perbelanjaan saya yang seterusnya adalah untuk membayar bil internet. Saya
menggunakan broadband Maxis. Perkhidmatan internet adalah amat penting kepada saya
untuk memcari srmua maklumat tentang pelajaran. Jadi, ini merupakan perbelanjaan yang
amat penting kepada saya. Pembayaran bil internet ini adalah mengikut pakej. Oleh yang
demikian, anggaran bagi perbelanjaan internet di bajet kumpulan lebih tinggi daripada saya.
Saya menggunakan pakej pelajar iaitu harus membayar RM 70.00 sebulan. Jumlah kos
perkhidmatan internet yang saya bayar bagi satu semester adalah RM350.00
Seterusnya, saya juga membelanjakan duit untuk membeli barang pengurusan diri
setiap bulan. Sebagai seorang wanita, saya terpaksa belanja untuk barang pengurusan diri
saya. Antara barang pengurusan diri yang saya menggunakan adalah krim muka, pencuci
muka, syampu bersama dengan syampu rawatan, minyak rambut, minyak wangi, bedak,
bahan solek, losyen dan bahan keperluan wanita. Saya membelanjakan sebanyak RM50.00
bagi sebulan untuk membeli barangan - barangan ini. Anggaran perbelanjaan bagi factor
pengurusan diri di bajet kumpulan lebih rendah daripada bajet saya sendiri. Hal ini demikian
kerana, saya memang peka terhadap jenama bahan solekan, syampu, minyak yang saya
gunakan. Saya tidak akan menggunakan produk yang berkualiti. Oleh itu, bajet saya lebih
tinggi daripada bajet kumpulan. Jadi satu semester, saya menggunakan duit sebanyak RM
250.00 untuk membeli barang pengurusan diri.
Perbelanjaan saya yang seterusnya ialah untuk pelajaran saya. Perbelanjaan ini
amat penting kepada saya kerana saya terpaksa membeli buku, membuat fotostat dan
membayar yuran kelas setiap bulan. Saya akan menggunakan baucher buku satu Malaysia

untuk membeli buku. Jadi, saya akan menggunakan duit perbelanjaan pelajaran untuk
membayar yuran kelas dam membuat fotostat.
Kategori
Fotostat

Perbelanjaan (1 bulan)
RM 10.00

Yuran kelas

RM 20.00

Jadual 3: Perbelanjaan pelajaran bagi satu bulan


Berdasarkan Jadual 3, saya terpaksa terpaksa membayar yuran kelas saya iaitu
sebanyak RM 20.00 sebulan. Kos pembayaran bagi fotostat setiap bulan ialah RM 10.00.
Jadi saya membelanjakan duit sebanyak RM 30.00 setiap bulan sebagai perbelanjaan
pelajaran. Satu semester duit perbelanjaan pelajaran saya ialah RM 150.00.
Seterusnya, bagi aspek hiburan hanya belanja RM 30.00. Hal ini demikian kerana,
saya kurang berminat dalam menonton wayang. Saya tidak kerap mengikuti rakan saya
untuk menonton wayang

dan membeli belah. Dengan ini, saya dapat menjimatkan

pendapatan saya dalam aspek hiburan dan menggunakannya untuk perbelanjaan yang
lebih

berfaedah.

Saya

akan

keluar

berhibur

dua

bulan

sekali

sahaja.

Secara

keseluruhannya, bagi aspek hiburan saya hanya belanya RM 30 sebulan dan RM 150 bagi
satu semester. Inilah sebabnya, anggaran perbelanjaan bajet kumpulan bagi faktor hiburan
lebih tinggi daripada bajet saya sendiri. Saya tidak akan memberi keutamaan yang banyak
kepada hiburan.
Seterusnya, aspek kesihatan, saya menyimpan RM15.00 pada setiap bulan dan
jumlah yang saya simpan untuk satu semester ialah RM 75.00. Biasanya, diri saya tidak
mudah menjangkiti penyakit. Lebih-lebih lagi, ibu saya telahpun memberi beberapa ubat
seperti ubat demam, ubat sakit, ubat batuk dan sebagainya kepada saya semasa saya
memulakan semester ini. Jadi, saya boleh menggunakan ubat itu sekiranya menghadapi
demam. Walaubagaimanapun, saya berpendapat bahawa duit bagi perbelanjaan kesihatan
amat penting. Hal ini demikian kerana, saya sentiasa makan makanan luar di hostel. Jadi,
kemungkinan untuk mengalami keracunan makanan agak tinggi. Jadi, saya harus
menyimpan duit yang secukupnya untuk belanja sewaktu kecemasan yang memudaratkan
kesihatan. Inilah sebabnya, anggaran perbelanjaan bajet kumpulan bagi faktor kesihatan
lebih rendah daripada bajet saya sendiri. Walaubagaimanapun, saya terpaksa menyimpan
sejumlah duit untuk menampung kos rawatan dan me,beli ubat.

Selain itu, saya juga membelanjakan wang sebanyak RM 30.00 sebulan untuk kos
pengangkutan. Bagi satu semester, kos pengangkutan saya ialag RM 150.00. Saya tidak
mempunyai kenderaan sendiri. Saya terpaksa menaiki teksi setiap kali apabila jika saya
mahu keluar mana-mana. Biasanya, saya akan menaiki teksi pada hujung minggu apabila
saya balik kampung. Pada masa yang sama, saya juga akan menaiki teksi apabila keluar
untuk membeli barang. Tetapi, kebanyakan masa, saya akan mengelakan diri saya daripada
keluar. Inilah sebabnya, anggaran perbelanjaan bajet kumpulan bagi faktor pengangkutan
lebih tinggi daripada bajet saya sendiri.
Tambahan pula, saya membelanjakan wang sebanyak RM 20.00 sebulan sebagai
tambang bas. Rumah saya terletak di Butterworth. Tambang bas ke Butterworth dari Sungai
Petani ialah RM 5.00. Saya hanya akan membelanjakan duit tambang bas apabila saya
pergi ke rumah dari IPG. Apabila saya balik dari rumah ke IPG, saya akan dating bersama
bapa saya. Inilah sebabnya, anggaran perbelanjaan bajet kumpulan bagi faktor tambang
bas lebih rendah daripada bajet saya sendiri. Jarak di antara rumah saya dengan hostel
penginapan tidak begitu jauh. Jadi, saya tidak perlu membelanjakan sebarang tambang bas
apabila balik dari rumah. Bagi, 1 semester, saya membelanjakan kos tambang bas
sebanyak RM 100.00.
Seterusnya, saya membelanjakan wang sebanyak RM 20.00 setiap bulan untuk
membayar bil post paid telefon bimbit saya. Perbelanjaan ini, merupakan perbelanjaan
yang penting kepada saya. Hal ini demikian kerana, setiap hari saya akan menghubungi ibu
bapa saya dan adik saya dan bercakap dengan mereka. Kebanyakan masa, saya akan
menggunakan perkhidmatan SMS untuk berhubung dengan rakan saya. Oleh itu, bil telefon
bimbit saya biasanya kurang sahaja. Inilah sebabnya, anggaran perbelanjaan dalam bajet
kumpulan lebih tinggi daripada bajet saya.

Satu semester saya membelanjakan kos

pembayaran bil telefon bimbit saya sebanyak RM 100.00.


Secara keseluruhannya, anggaran jumlah pendapatan saya bagi satu semester
adalah RM 3475.00 dan jumlah perbelanjaan saya adalah RM 2425.00. Jadi saya dapat
menjimatkan wang sebanyak RM1050.00 pada setiap semester. Wang ini merupakan baki
selepas kesemua aspek keperluan saya dipenuhi. Jadi saya boleh jadikannya sebagai
simpanan dan boleh menggunakkannya pada masa kecemasan.

3.0 Perancangan untuk mengikuti kelas memandu tanpa memberi impak kepada
jadual pembelajaran dan membebankan keluarga dari segi kewangan.
Saya perlu mengikuti praktikum pada semester lima dan harus mempunyai sumber
pengangkutan yang selesa dan baik untuk memudahkan perjalanan ke sekolah yang bakal
saya berpratikum. Oleh itu, saya perlu mendapat lesen kelas D untuk dapat memandu
kereta ke sekolah. Oleh yang demikian saya harus membahagikan masa dan wang saya
untuk tidak memberi impak terhadap jadual

pembelajaran dan membebankan keluarga

saya. Terlebih dahulu, saya perlu mengambil kira beberapa aspek yang penting sebelum
memulakan prosedur pengambilan lessen kelas D.
Aspek yang pertama adalah yuran pendaftaran. Saya telah memilih pusat latihan
memandu ADILCAP yang terletak berdekatan dengan IPG Kampus Sultan Abdul Halim.
Saya telah memilih pusat latihan memandu ini kerana mereka menawarkan perkhidmatan
yang baik dan latihan pembelajaran dalam harga yang berpatutan iaitu RM1150.00.
Selain itu, saya juga tidak perlu mengeluarkan wang yang banyak bagi
pembelanjaan perjalanan ke pusat latihan memandu tersebut. Hal ini demikian kerana,
pusat latihan ini terletak berhampiran dengan IPG ini. Saya boleh berjalan kaki ke pusat
latihan tersebut. Masa perjalanan ini akan mengambil sebanyak 15 minit. Jadi saya tidak
perlu membebankan ibu bapa dari segi perbelanjaan ke pusat latihan memandu tersebut.
Saya juga tidak perlu belanja duit yang banyak untuk perjalanan ke pusat latihan.
Selain itu, saya berhasrat untuk mendapatkan lesen ini tanpa memberi beban
kepada ibu bapa saya. Oleh itu, saya ingin mendapatkan sumber pendapatan luaran
walaupun saya masih dapat menjimatkan sejumlah wang daripada sumber pendapatan
utama saya iaitu baki daripada duit elaun dan duit poket saya. Saya tidak akan
menggunakan wang simpanan saya kerana saya ingin menggunakan duit simpanan itu
pada waktu simpanan. Saya ingin membuat kerja sampingan dan mendapatkan lesen
dengan gaji daripada kerja sampingan itu.
Oleh itu, saya mengikuti senior saya untuk pusat tusyen. Saya mengajar subjek
major saya iaitu Bahasa tamil di sebuah pusat tusyen yang bernama Pusat Tusyen SMC.
Jadi, saya akan mendapat yuran kelas tuisyen sebanyak RM300 pada akhir setiap bulan.
Saya akan menyimpan wang tersebut untuk penggunaan bagi pembayaran latihan
memandu. Kelas tusyen yang saya ajar akan diadakan pada setiap hari Ahad pukul 3.00
petang hingga 7 malam. Waktu ini tidak akan menjejaskan waktu kuliah saya di IPG. Hal ini
demikian kerana, setiap hari Ahad, kuliah saya akan habis pada pukul 1.00 petang. Selepas

itu, saya akan makan dan berehat sebelum pergi ke pusat tusyen. Oleh itu, saya berasa
waktu tusyen ini memang sesuai kepada diri saya kerana saya tidak berasa letih.
Dengan mengajar di kelas tusyen, saya dapat yuran RM300 setiap bulan. Jika saya
berkerja untuk tempoh satu semester selama 5 bulan, saya akan mendapat sebanyak
RM1500.00 . Untuk mendapatkan lesen memandu kereta, saya harus mempunyai wang
sebanyak RM 1150.00 bagi membayar kos pengambilan lesen.
Di sini, saya akan mempunyai baki amaun sebanyak RM350.00 selepas pembayaran
yang sepenuhnya. Saya boleh menggunakan wang tersebut untuk pembayaran latihan
tambahan, sewa kenderaan dan litar ujian memandu sekiranya tidak lulus ujian memandu
pada kali pertama.
Selain itu, saya ingin menjalani latihan memandu selepas waktu kuliah iaitu selepas
pukul 1.00 tengah hari dan pada hujung minggu. Hal ini demikian kerana, saya tidak mahu
hasrat saya untuk mendapatkan lesen memandu kelas D ini, memberi impak terhadap
jadual pembelajaran saya serta waktu pembelajaran di kuliah.
Pusat latihan memandu ini terletak berdekatan dengan IPG. Oleh itu, saya terus
boleh berjalan kaki ke pusat latihan tersebut sebaik sahaja kuliah habis. Dengan ini, waktu
pembelajaran saya tidak akan terjejas. Pada masa yang sama, saya juga tidak perlu belanja
duit untuk kos pengangkutan. Ini merupakan rasional saya memilih pusat latihan memandu
ADILCAP yang terletak berdekatan dengan IPG saya..
Secara konklusinya, saya berharap saya akan mendapatkan lesen memandu kelas
D tanpa membebankan ibu bapa dari segi kewangan dan tanpa memberi impak terhadap
jadual pembelajaran dengan mengikuti latihan di pusat latihan memandu ADILCAP yang
terletak berdekatan dengan IPG Kampus Sultan Abdul Halim.

4.0 Rujukan

BUKU
Azlina Abu Bakar.(2012).Psikologi Industri dan Pengurusan Sumber Manusia.UMT:Penerbit
UMT.
Datuk

Zamri, Cheng

Po

Cen, Coach

Bahar.(2014).

Legasi

Kekayaan

Kewangan:

dalam

pengurusan

Malay.Selangor: Jootawan Group Sdn Bhd.


Hamedah

Wok

Awang, Normah

Teh.(2010).

Sinergi

sekolah.Selangor:PTS Profesional.
Mohd

Ismail

bin

Othman.(2005).Undang-Undang

Utk

Pengetua

&

Guru

Besar

Siri pengurusan sekolah.Pahang:PTS Profesional.


Nor

Azila

Mohd.

Adnan.(2007).

Kerjaya

Sebagai

Pengurus

Kewangan

Korporat.Pahang:PTS Profesional.
Samsudin Wahab.(2006). Mengurus seminar dan konferens.Pahang:PTS Publications.

Internet
http://www.mymoneyskills.com/mms/my/ms_MY/budgeting_and_saving/budgets.shtm
l
https://noorhidayahabdulkarim.wordpress.com/category/tips-mengurus-kewangananda/
http://www.jpj.gov.my/penetapan-kadar-bayaran-bagi-lesen-memandu-kelas-b2
http://www.fomca.org.my/kewangan/index.php/pengurusan-kewangan/484-apa-itubajet

10

You might also like