You are on page 1of 4

Pentakrifan Islam Dalam Perlembagaan Persekutuan

Tujuan sebenar dalam menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan pada
dasarnya adalah untuk kepentingan upacara rasmi semata-mata seperti Majlis Pertabalan
Yang di-Pertuan Agong,sambutan Hari Kemerdekaan dan seumpamanya yang disertai
dengan bacaan doa dan amalan yang bercorakkan islam.Secara tersiratnya,Islam di dalam
Perlembagaan tidak dianggap sebagai cara hidup yang lengkap sebagaimana maksud
islam itu sendiri1 kerana membataskan beberapa ketetapan syariat termasuk hukuman
hudud daripada dilaksanakan di negara ini.
Kuasa Mahkamah Syariah
Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan bahawa Undang-Undang Islam cuma
diguna pakai seperti mana yang diperuntukkan di dalam Senarai Negeri Jadual Sembilan
sahaja. Kuasa Mahkamah Syariah telah dihadkan di bawah sistem perundangan yang
tersedia ada.Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 yang telah dipinda
pada 1984 menyatakan bahawa Mahkamah Syariah boleh membicarakan jenis-jenis
kesalahan yang boleh dihukum dengan hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun dan
denda tidak melebihi RM5000 atau sebatan tidak melebihi enam kali atau kedua-duanya
sekali. Kuasa Mahkamah Syariah telah dihadkan apabila undang-undang Islam cuma
dilaksanakan dalam perkahwinan, ibadat, aqidah, kematian dan beberapa perkara lain
sedangkan

kesalahan

mencuri,

merompak,

membunuh,

mencederakan

anggota

badan,rogol dan sebagainya merupakan antara jenayah di bawah Kanun Keseksaan.


Tentangan Daripada Masyarakat
Seperti yang semua tahu, masyarakat di Malaysia adalah berbilang bangsa dan kaum.
Masyarakat bukan Islam ini tidak memahami konsep hukuman hudud kerana pihak
kerajaan tidak mengambil langkah dalam menerangkan konsep hukuman ini yang sebenar
yang selaras dengan al-Quran dan hadis. Bukan sahaja golongan bukan Islam, malah
orang Islam sendiri tidak faham mengenai konsep hukuman hudud ini.Untuk
mendapatkan kelulusan bagi tujuan pelaksanaan, seluruh rakyat Malaysia perlulah
1

Hukuman Dalam Undang-Undang Islam Suatu Penelitian Terhadap Hukum Hudud


Kelantan Dan Terengganu,halaman 6-7

menerima undang-undang Islam ini tanpa mengira latar belakang agama, kaum dan
sebagainya.
Tanggapan Bahawa Hukuman Hudud Bersifat Kejam Dan Ekstrim
Segelintir masyarakat berpandangan bahawa hukuman hudud ini adalah sangat kejam dan
membebankan. Sebahagian umat Islam dan bukan Islam sering salah faham terhadap
hukuman hudud ini. Mereka sering mengaitkannya dengan ekstrimisme. Sedangkan
hukuman ini berkait rapat dengan persoalan tauhid dan keimanan kepada Allah S.W.T
dan telah disebut di dalam al-Quran dan hadis. Setiap muslim wajib akur dalam
pelaksanaan hukuman hudud. Umat Islam hari ini sudah terpisah dengan syariat Islam
sehingga mereka berasa cukup asing dan melihat syariat Islam dengan penuh prejudis dan
curiga.Walhal mereka tidak mempunyai ilmu yang cukup berkenaannya.Berikut
merupakan isu-isu yang diketengahkan oleh para pengkritik bagi menolak pelaksanaan
hukuman ini secara habis-habisan.
Isu Rogol Dan Bukti Zina
Di bawah Kanun Keseksaan dan Kod Prosedur Jenayah, beban pembuktian jenayah
terletak pada pendakwa raya dan bukannya mangsa. Sekiranya gagal, mahkamah akan
membebaskan yang tertuduh tetapi bukan bermaksud si pengadu (plaintif) berbohong dan
mesti dihukum. Tambahan pula, saksi tidak mungkin dapat dikemukakan kerana rogol
kebiasaannya berlaku di tempat yang jauh daripada khalayak ramai. Pembuktian zina
dengan menggunakan saksi juga sememangnya terlalu sulit dan agak mustahil untuk
dilaksanakan pada kebiasaannya. Justeru, wanita yang mengemukakan saksi-saksi
perempuan atau gabungan saksi lelaki dan perempuan tidak mempunyai harapan untuk
membela dirinya.
LANGKAH YANG BOLEH DIAMBIL UNTUK LAKSANAKAN HUKUMAN
HUDUD
GUNA PAKAI KANUN KESEKSAAN SEDIA ADA
Perlu diketahui, kesalahan jenayah yang telah pun wujud dalam Kanun Keseksaan

semenjak tahun 1936, dan berkuat kuasa sewaktu Perlembagaan Persekutuan digubal.
Sebagai contoh, terdapat hukuman bagi kesalahan menyebabkan kematian terhadap orang
lain, mencuri, merompak, merogol dan mendatangkan kecederaan.
Jika hukuman hudud dan qisas hendak dikenakan bagi kesalahan-kesalahan jenayah
Persekutuan itu, ia boleh dilakukan sebagai undang-undang persekutuan, dan bukan
sebagai kesalahan-kesalahan terhadap suruhan agama Islam (offences relating to
precepts of Islam) seperti yang diperuntukkan dalam Senarai II (Senarai Negeri).
Perlembagaan Persekutuan tidak menghalang untuk ia dijalankan sedemikian. Parlimen
boleh memilih hukuman terhadap apa-apa kesalahan jenayah, termasuk hukuman
mengikut Syariah. Penguatkuasaan undang-undang jenayah itu boleh meliputi orang
Islam dan bukan Islam, dan ia terletak di bawah bidang kuasa Mahkamah Sivil.
Mahkamah Sivil mempunyai bidang kuasa terhadap orang Islam dan bukan Islam.
Dengan itu, tiada lagi timbul kekeliruan dua hukuman berbeza bagi orang Islam dan
bukan Islam.
Parlimen Malaysia boleh membuat undang-undang sebegitu, tanpa memerlukan pindaan
terhadap Perlembagaan Persekutuan yang memerlukan majoriti 2/3 Ahli Dewan Rakyat.
Ia hanya memerlukan kelulusan majoriti mudah.
Sebagai contoh, bagi kesalahan mencuri di bawah seksyen 379 Kanun Keseksaan,
hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan itu jika tertuduh disabitkan dengan
pertuduhan ialah penjara selama satu tahun hingga tujuh tahun, atau denda, atau keduaduanya sekali. Hukuman itu belum mencapai tahap maksimum sebagaimana yang
ditetapkan dalam Syariah, iaitu memotong tangan. Justeru, bagi kesalahan melibatkan
hudud dan qisas, wajar untuk ditetapkan hukuman maksimum berlandaskan syarak, dan
ia menjadi budi bicara hakim yang mendengar kes sama ada mahu memberikan hukuman
maksimum berdasarkan bukti yang dikemukakan, ataupun memberikan apa-apa hukuman
lain yang bersesuaian dengan kesalahan itu di bawah prinsip ta'azir, jika pembuktian
melalui hudud tidak mencukupi.
Begitu juga dengan kesalahan lain, seperti zina. Di bawah Kanun Keseksaan (Akta 574),
tiada apa-apa peruntukan mengenai jenayah zina. Seksyen 376 Akta 574 hanya
memperuntukkan kesalahan rogol. Justeru, kesalahan bagi jenayah zina boleh ditambah
dalam Kanun Keseksaan menggunakan peruntukan yang baru, sebagaimana yang

dilakukan terhadap jenayah seks luar tabii dengan menambah seksyen 377B dan 377C
dalam Akta 574. Semua pindaan sebegini itu hanya memerlukan kelulusan Ahli Dewan
Rakyat dengan majoriti mudah.

You might also like