You are on page 1of 6

ISL 6-7

Melaksanakan amali berdasarkan perkara berikut:


Struktur dan fungsi sistem saraf pusat dan pinggir.

Sensori dan laluan motor

Sistem saraf autonomik

Fungsi sensori

SISTEM SARAF
Kawalan tubuh dan jaringan komunikasi adalah berpusat di sistem saraf. Tiga
fungsi utama sistem saraf adalah untuk deria (sensori), integrasi dan motor.
Deria (sensori) bertugas untuk mengesan perubahan di dalam tubuh dan
persekitaran luar. Integrasi pula bertindak untuk mentafsir perubahan dan
motor memberi respon kepada tafsiran di dalam bentuk kontraksi otot atau
rembesan kelenjar.
Struktur dan Fungsi Sistem Saraf
Menurut segi anatomi, sistem saraf dibahagi kepada dua bahagian utama.
Bahagian pertama dikenali sebagai sistem saraf pusat dan kedua adalah
sistem saraf periferi. Organisasi sistem saraf sangat kompleks. Namun begitu,
organisasi sistem saraf yang kompleks ini hanya mempunyai dua jenis sel
iaitu neuron dan neuroglia. Neuron terbahagi kepada tiga bahagian: badan
sel, dendrit dan akson.
Badan sel mengandungi nukleus dan neukloleus yang dikelilingi oleh
sitoplasma. Badan sel berfungsi melakukan proses sintesis bahan-bahan
yang diperlukan oleh sel saraf. Dendrit terbina daripada sitoplasma badan sel
yang memanjang dan kelihatan bercabang-cabang. Dendrit bertugas untuk
menghantar impuls ke badan sel. Akson adalah satu cuaran yang panjang,
nipis dan mengkhusus. Akson bertindak sebagai pembawa impuls dari badan
sel ke neuron atau tisu lain. Akson mempunyai panjang yang berbeza
mengikut tempat ia berada. Akson boleh sepanjang 1mm di otak hingga ke
1m atau lebih di antara korda spina ke jari kaki. Terdapat akson yang
diseliputi oleh mielin. Sarung mielin berfungsi adalah untuk meningkatkan
kelajuan perjalanan impuls.
Sejenis bahan kimia yang dikenali sebagai neurotransmiter terhasil di hujung
saraf apabila neuron menerima rangsangan fizikal atau kimia. Reseptor akan
menerima neurotransmiter yang menyebabkan berlaku perubahan elektrik

dan mencetuskan potensial aksi.


Sistem saraf ini terbahagi dua iaitu;
a. Sistem Saraf Pusat
Merupakan pusat kawalan seluruh sistem. Kawalan seluruh sistem ini
terdiri daripada otak dan korda spina. Sistem saraf pusat menerima
semua kederiaan tubuh melalui reseptor. Apabila sistem saraf pusat
menerima maklumat kederiaan, ia akan ditafsir untuk menentukan
tindakan yang perlu diambil. Rangsangan otot untuk berkontraksi dan
rangsangan kelenjar untuk merembes juga dilakukan oleh sistem saraf
pusat.
b. Sistem Saraf Pinggir (Periferi)
Merupakan saraf yang berhubungan antara otak dan korda spina
dengan reseptor, otot dan kelenjar. Ia boleh dibahagikan kepada dua,
iaitu sistem aferen dan sistem eferen. Di dalam sistem aferen terdapat
sel saraf yang berfungsi untuk membawa maklumat dari reseptor di
periferi tubuh ke sistem saraf pusat. Manakala sistem eferen pula
mempunyai sel saraf yang membawa maklumat dari sistem saraf pusat
ke otot dan kelenjar.
Sistem eferen terbahagi lagi kepada dua bahagian, iaitu sistem saraf
somatik dan sistem saraf autonomik. Sistem saraf somatik mempunyai
neuron eferen yang bertugas membawa maklumat dari sistem saraf
pusat ke otot rangka. Sistem saraf somatik dianggap sebagai bersifat
voluntari dan boleh dikawal.
Sistem saraf autonomik pula mengandungi neuron eferen yang
membawa maklumat dari sistem saraf pusat ke otot licin, otot jantung
dan kelenjar. Sistem saraf autonomik dianggap tidak voluntari dan di
luar kawal. Kemudian, sistem saraf autonomik pula terbahagi kepada
dua, iaitu sistem saraf simpatetik dan sistem saraf parasimpatetik.
Organisasi sistem saraf terbahagi kepada tiga iaitu otak, korda spina dan
saraf.
a. Otak
Otak merupakan satu organ yang paling penting di dalam tubuh
manusia. Otak dianggarkan mempunyai berat kira-kira 1.5 kg bagi
orang dewasa. Otak terletak di dalam rongga kranium dan merupakan
sebahagian sistem saraf pusat. Tisu saraf yang berada di otak adalah
lembut, berwarna kelabu dan putih dan berada di dalam tengkorak.

Otak terbahagi kepada empat bahagian utama iaitu batang otak


(medula oblongata, pons dan otak tengah), diensefalon (talamus dan
hipotalamus), serebrum dan serebelum.
i.

Batang Otak
Dipanggil sebagai batang otak kerana bentuknya seperti batang.
Batang otak terletak di bahagian bawah kranium. Jadual berikut
menghuraikan komponen-komponen dalam batang otak.

Jadual : Komponen-komponen dalam Batang Otak


Medula
Oblongata

Berhubung dengan korda spina.


Mempunyai panjang kira-kira 3cm dan dipisahkan
dari pons oleh alur horizontal.
Terbina daripada jirim putih dan pembentukan
jaringan jirim kelabu dan putih.
Pada bahagian posterior bawahnya terdapat dua
nukleus di setiap sisi yang dikenali sebagai nukleus
grasilis dan kuneatus.

Pons

Terletak di atas medula.


Pons mengandungi jirim putih dan nukleus.
Nukleus saraf kranial ke 5 hingga ke 8 dan nukleus
pernafasan berada di pons.

Otak Tengah

Terletak di atas pons dan di bawah diensefalon.

Dua unjuran iaitu pedunkel dan serebrum terdapat


di permukaan ventralnya.
Unjuran ini berhubung dengan serebrum selepas
lencongan ke anterolateral.
Empat tuberkel bulat iaitu dua di atas dan dua di
bawah terletak pada permukaan dorsalnya.

c. Sistem Saraf Autonomik


Ia merupakan sistem saraf di luar kawalan. Ia juga
bertanggungjawab terhadap kawalan otot bebas dan kilang di
dalam tubuh. Sistem ini terbahagi kepada dua iaitu:
i.

Sistem Saraf Simpatetik


Ia terbina daripada dua rantai ganglion saraf yang
terletak di tiap-tiap sisi di hadapan vertebra.
Semua komponen yang berada dalam sistem
saraf simpatetik berhubung dengan saraf tunjang.
Antara rangkaian-rangakaian penting yang terhasil
daripada ganglion simpatetik adalah:

Rangkaian saraf jantung Membekalkan


jantung dan paru-paru.

Rangkaian saraf siliaka Membekalkan


perut usus, organ-organ di dalam abdomen
serta kilang adrenal.

Rangkaian saraf hipogastrik


Membekalkan organ-organ di dalam ruang
pelvis.

i.

Sistem saraf parasimpatetik


Sistem ini terbina daripada dua bahagian seperti berikut:
i.

Bahagian kranium
Terdiri daripada ganglion yang didapati di
beberapa bahagian otak serta gentian saraf yang
terkandung di dalam urat saraf otak.

ii.

Bahagian sakrum
Terdiri daripada ganglion yang didapati di
beberapa bahagian korda spina. Sistem ini
membekalkan sebahagian daripada usus besar
serta organ di dalam pelvis iaitu usus hujung,
pundi kencing dan organ pembiakan.

Jadual 2.9: Beberapa Contoh Impuls


Bahagian Sistem Saraf Pusat

Bahagian Sistem Saraf


Autonomi

Menarik tangan dengan segera Air liur akan terhasil


apabila terkena benda tajam
dengan lebih banyak jika
atau panas.
terhidu atau ternampak
Sentakan sendi lutut apabila
makanan yang lazat.
dipukul dengan alat pemukul
Impuls anak mata
sendi di atas tendon
terhadap cahaya. Anak
tempurung lutut.
mata mengecil apabila
Tapak kaki yang digarit dengan
cahaya terang dan
benda yang tumpul seperti
membesar apabila cahaya
kayu akan menyebabkan ibu
gelap.
jari membengkok ke bawah.
Tersedak atau terbatuk terhasil
apabila seseorang meminum
dalam keadaan gopoh.
Melaksanakan amali
berdasarkan perkara berikut:
Struktur dan fungsi sistem saraf pusat dan pinggir.
Sensori dan laluan motor
Sistem saraf autonomik
Fungsi sensori
Melaksanakan amali berdasarkan perkara berikut:
Struktur dan fungsi sistem saraf pusat dan pinggir.
Sensori dan laluan motor
Sistem saraf autonomik
Fungsi sensori

Melaksanakan amali berdasarkan perkara berikut:


Struktur dan fungsi sistem saraf pusat dan pinggir.
Sensori dan laluan motor
Sistem saraf autonomik
Fungsi sensori

You might also like