You are on page 1of 7

PENGENALAN

Anemia adalah satu keadaan di mana seseorang itu mempunyai kekurangan


haemoglobin dalam sel darah merah. Ibu hamil diklasifikasikan sebagai ibu hamil anemia
apabila mempunyai paras haemoglobin kurang daripada 11gm% ( WHO ). Haemoglobin
berfungsi membawa oksigen dalam darah ke organ dan tisu di seluruh badan. Pada tahun
2008, dicatatkan sebanyak 38% ibu mengandung mengalami anemia oleh World Health
Organization ( WHO ). Kekurangan haemoglobin menyebabkan ibu mudah berasa letih,
pening, kepucatan, dan kesukaran bernafas.
Ibu yang hamil perlu mengambil berat terhadap dirinya sendiri dengan untuk
mendapatkan ujian darah bagi menentukan paras hemoglobinnya semasa lawatan pertama
pemeriksaan kandungan ( lawatan antenatal ). Walaupun tidak mengalami masalah anemia
pada lawatan pertama, ibu hamil masih berpotensi untuk mengalami keadaan ini
kemudiannya dalam tempoh kehamilan tersebut.
Terdapat pelbagai jenis anemia yang boleh diklafikasikan disebabkan oleh faktor
yang tersendiri. Anemia boleh berlaku untuk sementara dan jangka masa yang panjang.
Anemia boleh berubah menjadi mild anemia sehingga severe anemia bergantung pada
keadaan semasa ibu hamil.
Oleh itu, amatlah mustahak bagi ibu hamil untuk menjalani ujian darah supaya
boleh dikesan awal. Pengesanan yang awal boleh mengecilkan risiko untuk ibu hamil
menghadapi masalah ketika melahirkan anak kemudian hari. Pengesanan awal juga boleh
memberikan rawatan yang awal kepada ibu hamil yang mengalami keadaan anemia.

PATOFISIOLOGI
Perubahan hematologi berhubungan dengan kehamilan adalah disebabkan perubahan
sirkulasi yang meningkat terhadap plasenta dari pertumbuhan payudara. Volume plasma
meningkat 45-65% bermula pada trimester kedua kehamilan. Anemia kembali normal 3
bulan selepas partus.

KLASIFIKASI ANEMIA

Haemoglobin normal : Hb 11gm%


Anemia sederhana
: Hb 9 - 11gm%
Anemia teruk
: Hb < 9 gm%

SEBAB-SEBAB ANEMIA
Sebab-sebab anemia terbahagi kepada dua, iaitu:
A. Berdasarkan punca :
1. Excessive Destruction / Hemolisis Berlebihan
Hemolisis berlebihan adalah pemecahan membran sel darah merah yang akan
menyebabkan haemoglobin terbebas dan komponen-komponen yang lain memasuki
cecair sekitarnya.
2. Gangguan Hemopoieses
Gangguan ini adalah kecacatan proliferasi sel dan permatangan sel yang berpunca
daripada kekurangan asid folik, vitamin B12, dan zat besi.
3. Gangguan Fungsi Sum-Sum Tulang
Sum-sum tulang adalah pusat penghasilan sel darah merah. Gangguan ini
menyebabkan stem sel atau perkembangan sel tidak terjadi dengan sempurna. Sel
yang tidak sempurna menyebabkan penyakit seperti Leukemia atau aplastic anemia.
4.

Infeksi Darah
Anemia jenis ini sering berlaku di negara yang belum membangun. Infeksi yang
boleh menyebabkan anemia adalah HIV, malaria, denggi dan sebagainya.

5. Kehilangan Darah
Kehilangan darah boleh berpunca daripada trauma seperti kemalangan dan boleh
berpunca daripada infestasi cacing.

B. Berdasarkan morfologi sel darah merah :


1. Anemia Normositik
Berlaku akibat kehilangan darah akut seperti pendarahan, kecederaan. Penyakit
hepar juga boleh menyumbang kepada anemia normositik.
2. Anemia Makrositik
Keadaan di mana sel darah merah kekurangan bahan perlu seperti Vitamin B12,
dan asid folik. Kekurangan bahan perlu menghalang sintesis DNA.
3. Anemia Mikrositik
Terjadi akibat kekurangan zat besi. Zat besi penting untuk menampung keperluan
semasa hamil. Kekuranagan zat besi boleh mendorong berlaku Talasemia.

MANIFESTASI KLINIKAL
Manifestasi klinikal pesakit boleh bermula secara akut atau kronik :
1. Ciri-ciri Am :
- Malais
- Pucat/Palor
- Kulit kering
2. Ciri-ciri Sistem Kardivaskular :
- Palpitasi
- Dispnea
- Takikardia
- Angina
- Kardiomegali pada peringkat akhir
- Mungkin functional systolic murmur

3. Ciri-ciri Sistem Alimentari


- Anorexia
- Pedih hulu hati
- Glositis
- Stomatitis angular
- Splenomegali
- Hepatomegali
4. Ciri-ciri Sistem Saraf
- Pening kepala
- Parestesia di ekstremiti
- Kabur penglihatan
- Insomnia
- Kurang daya tumpuan
5. Ciri-ciri Sistem Pembiakan
- Amenorea
- Menoragia
- Keguguran
6. Koilonikia
7. Rambut kering dan nipis

RAWATAN
Di dalam kes anemia, rawatan yang selalu diberi oleh doctor adalah tambahan asid folik
dan ferum. Ambil ferum tambahan 1 jam sebelum makan atau waktu di antara dua
waktu makan utama untuk penyerapan yang lebih baik atau pun dua kali sehari.
Walaubagaimanapun, terlalu kerap mengambil ferum boleh menyebabkan sembelit. Jadi,
untuk mengelakkan masalah sembelit, ambil lebih banyak serat dan lebihkan meminum
cecair.
Rawatan mungkin melibatkan pengambilan diet yang kaya dengan ferum, asid folik dan
juga vitamin. Rehat yang cukup adalah penting. Asid folik adalah sejenis vitamin yang
boleh didapati di dalam banyak jenis makanan dan multivitamin tambahan. Asid folik
adalah penting untuk mengelak kejadian Anemia dan kecacatan kelahiran. Makanan yang
kaya dengan asid folik termasuklah sayuran berdaun hijau, jus dan buah-buahan sitrus
dan juga kekacang. Pengambilan multivitamin tambahan juga adalah perlu.

PENCEGAHAN
Pelbagai langkah boleh diambil untuk mengelakkan masalah anemia :
Kebanyakkan ibu mengandung biasanya diberikan ferum tambahan bagi mengelak dari
berlakunya masalah kurang darah.
Makan makanan yang kaya dengan ferum seperti hati, sayur bayam dan juga buahbuahan kering untuk menambahkan paras ferum dalam darah.
Makan makanan yang mengandungi asid folik seperti wheat germ, kekacang, mentega
kacang, cendawan dan juga hati.
Banyak memakan makanan yang kaya dengan vitamin C seperti buah-buahan, ulam,
sayur-sayuran dan juga jus oren. Ia akan meningkatkan kadar penyerapan ferum.
Pastikan mengambil vitamin dan juga zat mineral tambahan terutamanya asid folik.
Elakkan meminum kopi atau teh pada waktu makan dan ketika mengambil vitamin
tambahan.

KAJIAN KES
Nama : Puan. X
Tarikh Lahir : 1 Disember 1989
Umur : 26 tahun
Jantina : Perempuan
Alamat Rumah : Kampung Semadang
Aduan Utama :

Mengadu cepat berasa letih semasa melakukan kerja rumah yang sedikit selama
1/52

Sejarah Penyakit Kini

Pening kepala x 3/7


Nausea and vomiting x 3/7
Palpitasi
Kurang daya tumpuan
Palor
Good appetite
Second trimester pregnancy

Sejarah Penyakit Lalu

Pernah mengalami anemia semasa mengandung anak pertama


Tiada sejarah penyakit darah semasa lahir
Tidak ada mengambil sebarang ubatan yang mencairkan darah

Sejarah Penyakit Keluarga

Bapa menghidapi penyakit hipertensi


Adik pesakit menghidapi asma
Tidak ada penyakit darah

Sejarah Sosial

Bekerja sebagai surirumah


Mempunyai seorang anak yang dilahirkan secara caeserian

Pemeriksaan :

Tekanan darah : 119/85 mmHg


Kadar nadi : 81/m
Kadar pernafasam : 22/m
Paru-paru : Bilateral air entry, no abnormality detect
Jantung : Dual Rhythm No Murmur

Diagnosis
Pregnancy Anemia
Diagnosis Perbezaan

Leukemia
Talasemia
Hemofilia

You might also like