You are on page 1of 15

INSTITUSI PENDIDIKAN ISLAM

DI TERENGGANU
Kelahiran dan Kesinambungan

CHE WAN TAKWA CHE WAN ABU BAKAR


AHMAD ZUBAIDI ABDUL LATIF
MOHD ALI MOHD YUSUF

2014

PENGHARGAAN

Marilah menuju kejayaan. Di atas konsep inilah penulis menghasilkan buku ini untuk
para pelajar, pengkaji sejarah dan pembuat dasar negara yang ingin mengetahui tradisi
institusi pengajian pondok di Terengganu dan kaitannya dengan madrasah Arab atau
sekolah agama seperti tertubuhnya Institusi Madrasah Sultan Zainal Abidin (MSZA)
pada tahun 1925M. Institusi MSZA juga dikenali sebagai Sekolah Menengah Agama
Sultan Zainal Abidin Ladang (SMASZAL). Institusi MSZA telah memperkenalkan
Sijil Nihaiyyah dan Sijil Ibtidai. Manakala Institusi Sekolah Menengah Atas Agama
Sultan Zainal Abidin (SMAASZA) Batu Buruk pula telah memperkenalkan Sijil
Thanawi dan Sijil Kafaah. Institusi MSZA ini telah melahirkan ramai pemimpin
Terengganu pada suatu ketika di negeri ini.

Pada tahun 1960an, institusi MSZA dan SMAASZA melaksanakan tranformasi


kurikulum pengajian, di mana para pelajarnya mengikuti kurikulum kebangsaan, dan
menduduki peperiksaan peringkat Sijil Rendah Pelajaran kini Peperiksaan Menengah
Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia
(SPM) dan terkini sijil Sijil Tinggi Agama Malaysia ( STAM) dan Sijil Tinggi
Persekolahan Malaysia ( STPM). Dengan ini para pelajar mempunyai peluang yang
lebih luas untuk melanjutkan pengajian mereka di pelbagai tempat. Kesinambungan
institusi pendidikan Islam terserlah apabila kerajaan negeri menubuhkan Kolej Ugama
Sultan Zainal Abidin (KUSZA) pada tahun 1980. Kemuncak kepada tradisi
pendidikan Islam di Terengganu, apabila kerajaan pusat telah bersetuju untuk

menubuhkan Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) pada 24 Ogos 2005 seterusnya
telah ditukarkan namanya kepada Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). UniSZA
diharapkan akan menjadi sebuah universiti yang terkenal, dengan konsep intergrasi
ilmunya, universiti ini lebih bersifat fungtional dalam kontek keperluan glokal dan
global.

Penulis ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada isteri dan anak-anak
yang begitu sabar memperuntukkan masa mereka untuk penulis menyiapkan buku ini.
Tidak lupa dirakamkan penghargaan ini untuk Prof. Dr. Kamaruddin bin M. Said
Penolong Naib Canselor UniSZA, Dr. Azmi bin Omar, Prof. Madya Dr. Abdul Manam
bin Mohamad dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam
menyiapkan naskhah ilmiah kecil ini. Semoga segala bantuan dan sumbangan yang
diberikan akan diganjari oleh Allah SWT jua.

PRAKATA

Buku ini memperihalkan mengenai kesinambungan dan tranformasi institusi


pendidikan Islam di Terengganu. Institusi pendidikan Islam yang dimaksudkan adalah
sistem pengajian tradisi pondok, kemudiannya berkembang sebagai sistem madrasah
Arab atau sekolah agama dengan mengambil contoh Madrasah Sultan Zainal Abidin
(MSZA) yang kemudiannya dikenali sebagai Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal
Abidin Ladang (SMASZAL), seterusnya berkembang kepada Sekolah Menengah
Agama Atas Sultan Zainal Abidin (SMAASZA) Batu Buruk, Kuala Terengganu dan
akhirnya berkembang mengikut aliran kebangsaan.

Dalam bab kedua, buku ini menjelaskan kewujudan institusi pondok di


Terengganu, ciri-ciri tradisi sistem pondok meliputi konsep Tok Guru, pelajar
pondok, surau dan kurikulumnya yang berteraskan kepada pengajian kitab klasik
Islam. Sebahagian dari Tok Guru dipondok, merupakan pengasas kepada penubuhan
madrasah Arab atau sekolah agama di Terengganu. Malah bekas pelajar pondok juga
menjadi para guru di institusi madrasah Arab.

Dalam bab ketiga pula, akan menyentuh tentang kemalapan institusi pondok
dan peranannya telah mula diambil alih oleh madrasah Arab. Institusi madrasah juga
telah berkembang dan mendapat tempat dalam kalangan masyarakat. Penubuhan
MSZA pada tahun 1925 kerana adanya inisiatif pembesar negeri Terengganu yang
mahu mengurangkan pengaruh pendidikan barat di negeri ini. Institusi berkenaan telah

vi

melaksanakan kurikulum Nihaiyyah selama lima tahun berkonsepkan pengajian ilmu


agama, bahasa Arab dan pengajian umum. Walau bagaimanapun pelaksanaan
kurikulum nihaiyyah di MSZA telah ditukar kepada kurikulum ibtidai (peringkat
rendah) ekoran keputusan pihak MAIDAM yang bersetuju untuk menyelaras semula
kurikulum madrasah Arab di negeri ini pada tahun 1957. Jika lulus peringkat
pengajian ibtidai barulah pelajar boleh menyambung pengajian ke peringkat Thanawi
(peringkat menengah) selama empat tahun di Sekolah Menengah Atas Agama Sultan
Zainal Abidin (SMAASZA) Batu Buruk, Kuala Terengganu.

Seterusnya dalam bab keempat, perbincangan ditumpukan kepada tranformasi


kurikulum yang berlaku di institusi SMAASZA, di mana para pelajar telah
didedahkan dengan kurikulum aliran kebangsaan. Berlakunya tranformasi kurikulum
kerana dikatakan bahawa kurikulum Ibtidai dan Thanawi yang dilaksanakan di
sekolah Arab tidak menguntungkan pelajar. Jawatankuasa Mengkaji Kurikulum
Pengajian Sekolah-Sekolah Arab telah melaporkan bahawa peluang pelajar sijil
Ibtidai dan Thanawi agak terbatas. Hanya sebilangan kecil sahaja pelajar yang
melanjutkan pengajian ke universiti di Timur Tengah kerana masalah kewangan yang
terbatas. Justeru, mereka mula mengambil peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP)
kini dikenali sebagai Peperiksaan Menengah Rendah (kini PMR), Sijil Peperiksaan
Malaysia (SPM) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama
Malaysia (STAM) pada masa yang sama turut mengambil sijil Thanawi dan sijil
Kafaah.

Dalam bab kelima pula, fokus diberikan kepada penubuhan Kolej Ugama
Sultan Zainal Abidin (KUSZA) oleh kerajaan negeri Terengganu pada tahun 1980

vii

sebagai satu pusat pengajian tinggi Islam moden. Institusi ini adalah kesinambungan
tradisi pondok yang ditransformasi kepada institusi madrasah Arab di Terengganu, dan
berkembang menjadi institusi pengajian tinggi, maka KUSZA telah melaksanakan
konsep integrasi ilmu dalam kontek pelaksanaan kurikulum pengajiannya. Institusi
ini dengan pantas mendapat tempat dalam kalangan pelajar dan program-program
pengajian yang diperkenalkan itu. Ia turut mendapat pengiktirafan di dalam dan luar
negara. Kemuncak kepada kecemerlangan pendidikan Islam di Terengganu, apabila
ditubuhkan Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) pada tahun 2005 oleh kerajaan
Pusat. Manakala KUSZA telah diserapkan sebagai sebahagian daripada UDM. Pada
tahun 2010 UDM telah dikenali sebagai Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).
Sebagai penerus tradisi kecemerlangan pendidikan di Terengganu, visi UniSZA adalah
untuk menjadi institusi pengajian tinggi bertaraf antarabangsa yang melahir dan
membentuk pemimpin yang berbakat dan pemikiran yang diasuh, diperkayakan
dengan ilmu, budaya tinggi dan akhlak yang mulia.

Buku ini adalah satu sumbangan yang cuba menerokai dan merungkai nilai,
budaya dan pemikiran pendidikan Islam di Terengganu. Penulis berharap ia dapat
membuka ruang penyelidikan dan kajian yang lebih besar pada masa akan datang
mengenai usaha kerajaan negeri Terengganu dan kerajaan pusat yang sangat cakna
dengan pendidikan. Semoga usaha yang kecil ini mampu menambah pengetahuan
pembaca mengenai kesinambungan dan tranformasi institusi pendidikan Islam di
negeri Terengganu.

viii

KANDUNGAN

Halaman
Penghargaan
Prakata
Kandungan
Senarai Jadual
Senarai Ilustrasi
Senarai Singkatan
Bab I

Institusi Pondok Dan Kesinambungan Pendidikan Islam Di


Terengganu
Pondok kepada Madrasah
Sekolah Menengah Agama di Terengganu
Kesinambungan Tradisi Institusi Pendidikan Islam
Senario Institusi Pondok Di Terengganu
Kesinambungan Kepada Penubuhan Institusi Pengajian
Tinggi di Terengganu

Bab II

Pondok Dan Hubungan Dengan Institusi Madrasah Sultan


Zainal Abidin
Institusi Pengajian Pondok di Tanah Melayu

ix

Penubuhan Awal Institusi Pondok di Terengganu


Ciri Tradisi Pendidikan Pondok

Bab III

Institusi Madrasah Sultan Zainal Abidin


Konsep Madrasah
Penubuhan Madrasah Agama di Terengganu
Penubuhan Madrasah Sultan Zainal Abidin
Punca Penubuhan Madrasah
Kurikulum Nihaiyyah (1932-1957)
Kurikulum lbtidai (1958-1967)
Pengajian Agama di Peringkat Ibtidai
Pengajian Bahasa Arab di Peringkat Ibtidai
Kurikulum di peringkat Thanawi (1958- 1967)
Pengajian Agama di peringkat Thanawi
Pengajian Bahasa Arab di peringkat Thanawi
Pengajian Umum di peringkat Thanawi
Kegiatan Ko-Kurikulum Pelajar
Kegiatan Sukan Pelajar

Tranformasi Institusi Madrasah Sultan Zainal Abidin


(MSZA) dan Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal
Abidin (SMAASZA)
Pentadbiran Madrasah Arab
Transformasi Pentadbiran Madrasah Sultan Zainal Abidin

Tranformasi Kurikulum Madrasah Sultan Zainal Abidin


Pembangunan Fizikal Madrasah Sultan Zainal Abidin
Pembangunan Fizikal Sekolah Menengah Agama (Atas)
Sultan Zainal Abidin (SMAASZA)
Guru Madrasah Sultan Zainal Abidin (MSZA)
Guru Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal
Abidin (SMAASZA)
Guru SMAASZA (1967 Hingga Kini )
Bantuan Kebajikan Pelajar.
Bantuan Persekolahan Yang Lain
Kurikulum Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal
Abidin terkini

Penubuhan Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA)


Dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
Tujuan Penubuhan KUSZA
Struktur Pengajian KUSZA
Pengiktirafan
Penubuhan Universiti Sultan Zainal Abidin
Punca Penubuhan UniSZA
Naib Canselor Pertama UNISZA
Transformasi UniSZA

Bab VI

Cabaran Institusi Pendidikan Islam Di Terengganu

xi

Rujukan
Lampiran

xii

SENARAI JADUAL

No. Jadual

Halaman

Jadual 1

Kedudukan Sekolah Agama Rakyat di Terengganu


(1949 1954)

Jadual 2

Kedudukan Sekolah Agama Rakyat Mengikut Daerah


di Terengganu
(1954)

Jadual 3

Mata Pelajaran sijil Nihaiyyah

Jadual 4

Mata Pelajaran sijil Ibtidai

Jadual 5

Bilangan Guru dan Pelajar Madrasah Sultan Zainal Abidin


(1957)

Jadual 6

Perbelanjaan Majlis Agama Islam Terengganu dan Adat


Melayu Terengganu (1953, 1954 dan 1955)

Jadual 7

Bilangan Guru dan Pelajar Sekolah Menengah Agama (Atas)


Sultan Zainal Abidin (1958 - 1966)

Jadual 8

Kelulusan Guru Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan


Zainal Abidin (1975)

xiii

SENARAI ILUSTRASI

No. Rajah

Halaman

Gambar 1

Bangunan Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan


Zainal Abidin (SMAASZA) yang dijadikan sebagai
galeri sejarah

1.2

Gambar

1.3

Gambar

SENARAI SINGKATAN
Singkatan

Makna

bah

Bahagian

bil.

bilangan

Cet.

Cetakan

Ed.

Editor

hlm.

Halaman

JHEAT

Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu

Jld.

Jilid

Jum

Jumlah

KPM

Kementerian Pendidikan Malaysia

KPT

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

KUSZA

Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin

MAIDAM
Terengganu

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu

MSZA

Madrasah Sultan Zainal Abidin

SMAASZA

Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal

SMASZAL
Ladang

Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin

Abidin

PKAKUSZA

Persatuan Kakitangan
Sultan Zainal Abidin

Akademik

Kolej

Ugama

PKSKUSZA

Persatuan Kumpulan Sokongan Kolej Ugama Sultan


Zainal Abidin

PMR

Penilaian Menengah Rendah

SPM

Sijil Pelajaran Malaysia

14

STAM

Sijil Tinggi Agama Malaysia

STPM

Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

S.W.T

Subhanahu wa tacala

UDM

Universiti Darul Iman Malaysia

UniSZA

Universiti Sultan Zainal Abidin

Y.A.B

Yang Amat Berhormat

15

16

You might also like