You are on page 1of 16

NAMA: MUHAMMAD NAJIB IKMAL BIN MOHD SABRI

KELAS: UMK A
NOMBOR MATRIKS: KS1256200229
NOMBOR KAD PENGENALAN: 960210-26-5129
NAMA PENSYARAH: PUAN AZIAN BINTI KARIM

ISI KANDUNGAN
NO
1
2
3
4

PERKARA
PENGHARGAAN
OBJEKTIF
LATAR BELAKANG PERNIAGAAN
LAPORAN AKTIVITI & PERBINCANGAN

MUKA SURAT
1&2
3&4
5&6
7- 11

RUMUSAN

12 & 13

LAPORAN AKTIVITI HARIAN


HARI 1 : 24 NOVEMBER 2014
LAPORAN AKTIVITI:
7.30 malam : Tiba di tempat perniagaan
8.00 malam - 9.00 malam :Membantu Abang Zul mengemas gerai
9.00 malam - 9.30 malam : Membakar sate
9.30 malam - 10.00 malam : Mengemas gerai Abang Zul
GELAGAT USAHAWAN :
Abang Zul seorang yang peramah dan mesra
dengan semua pelanggan yang datang ke
gerainya

PERBINCANGAN :
Beliau memang memiliki ciri- ciri seorang
usahawan yang berkaliber kerana seorang
usahawan itu haruslah pandai mengambil
peluang pendapatan yang terdapat pada
pelanggan seterusnya mampu menjana
pendapatan yang berlipat kali ganda

Pada hari pertama, saya berasa sungguh tertarik dengan perniagaan sate ini kerana ia
hanya menggunakan modal yang sedikit untuk memulakan perniagaan.

LATAR BELAKANG USAHAWAN

NAMA PENGURUS

ZULKEFLI BIN TAJUDDIN

UMUR

48 TAHUN

JENIS PERNIAGAAN

JUALAN SATE

ALAMAT PERNIAGAAN

SATE BAZUL, JALAN BESAR TELOK AIR


TAWAR, BUTTERWORTH, PULAU PINANG

SEJARAH PENDIDIKAN

TAMAT TINGKATAN 5

NO TELEFON

017- 4929491

BILANGAN PEKERJA

2 ORANG

HARI 2 : 25 NOVEMBER 2014


LAPORAN AKTIVITI:
6.00 petang : Tiba di tempat perniagaan
6.30 petang - 7.00 malam :-Membantu Abang Zul mengemas gerai
-Mengangkat kipas
7.30 malam : Solat Maghrib
8.00 malam - 9.00 malam : Membakar tempahan sate
9.30 malam- 9.45 malam : Menghantar hidangan sate ke meja makan
10.00 malam- 10.30 malam : Mengemas gerai Abang Zul
GELAGAT USAHAWAN :
Segala tempahan sate untuk dibawa pulang dari
pelanggan yang diterima oleh Abang Zul
sentiasa diberi keutamaan

PERBINCANGAN :
Beliau memang memahami kehendak dan
keperluan pelanggan yang kadang kala
memerlukan keutamaan yang banyak. Justeru
itu, seorang usahawan perlulah mengambil kira
apa yang perlu diberi keutamaan terutamanya
pelanggan

Pada hari kedua, saya berpengalaman untuk melihat sendiri bagaimana seorang peniaga
sate yang begitu peramah sehingga hampir ke semua pelanggan yang datang membeli
satenya beliau kenal

HARI 3 : 26 NOVEMBER 2014


LAPORAN AKTIVITI:
6.00 petang : Tiba di tempat perniagaan
6.30 petang - 7.00 malam :-Membantu Abang Zul mengemas gerai
-Mengangkat kipas
7.30 malam : Solat Maghrib
8.00 malam - 9.00 malam : Membakar sate
9.00 malam- 9.15 malam : Sesi temuramah bersama Abang Zul
9.20 malam- 9.45 malam : Menghantar hidangan sate ke meja pelanggan
10.00 malam- 10.30 malam : Mengemas gerai Abang Zul
GELAGAT USAHAWAN :
Keadaan gerai Abang Zul yang kurang
memuaskan kerana terdapat kotoran seperti
habuk- habuk arang, puntung rokok dan
sebagainya.

PERBINCANGAN :
Tidak dapat disangkalkan bahawa produk yang
Abang Zul jalankan adalah sate namun keadaan
gerai beliau yang kurang memuaskan akan
menyebabkan reputasi gerai beliau akan
menurun. Maka sebagai seorang usahawan
yang ingin maju dan berfikiran berdaya saing
beliau seharusnya mengambil inisiatif untuk
menjaga kebersihan gerai beliau.

Pada hari ketiga, saya amat kagum dengan suasana di gerai sate ini walaupun keadaannya

yang tidak terurus namun ia masih lagi dijunjungi oleh ramai pelanggan. Selain itu, saya
dipuji oleh beliau kerana hanya dalam masa dua hari saya sudah mahir untuk mengenal
pasti samada sate itu sudah masak atau belum.

HARI 4 : 27 NOVEMBER 2014


LAPORAN AKTIVITI:
6.00 petang : Tiba di tempat perniagaan
6.30 petang - 7.00 malam :-Membantu Abang Zul mengemas gerai
-Mengangkat kipas
7.30 malam : Solat Maghrib
8.00 malam - 9.00 malam : Membakar tempahan sate
9.30 malam- 9.45 malam : Menghantar hidangan sate ke meja makan
10.00 malam- 10.30 malam : Mengemas gerai Abang Zul
GELAGAT USAHAWAN :
Segala tempahan sate untuk dibawa pulang dari
pelanggan yang diterima oleh Abang Zul
sentiasa diberi keutamaan

PERBINCANGAN :
Beliau memang memahami kehendak dan
keperluan pelanggan yang kadang kala
memerlukan keutamaan yang tinggi. Justeru
itu, seorang usahawan perlulah mengambil kira
apa yang perlu diberi keutamaan terutamanya
pelanggan

Pada hari terakhir, saya diberi kesempatan untuk menjaga wang dan membungkus sendiri
sate untuk pelanggan.

ISI KANDUNGAN
NO
1
2

PERKARA
PENGHARGAAN
PENDAHULUAN

MUKA SURAT
1&2
3&4

5&6
OBJEKTIF

7&8
LATAR BELAKANG USAHAWAN

9- 11
CELOTEH USAHAWAN

PENDAHULUAN

Pada 24 hingga 27 November 2014, saya Muhammad Najib Ikmal Bin Mohd Sabri pelajar
Program Persediaan Keusahawanan Sains Universiti Malaysia Kelantan (PPKS) telah
menjalankan aktiviti Student Entrepreneurial Experience Programme (SEEP II) di sebuah gerai
perniagaan sate yang diberi nama Bazul Sate. Gerai sate tersebut terletak berhampiran dengan
rumah saya, hampir 5 km dari rumah saya. Gerai sate tersebut dimiliki oleh seorang peniaga yang
diberi nama Zulkefli Bin Tajuddin. Beliau mengusahakan gerai sate tersebut bersama seorang
pekerja serta dibantu oleh anaknya. Selepas beberapa hari membuat kajian di gerai beliau, saya
berasa amat berbangga kerana dapat mendekati dengan lebih dekat usahawan malahan saya juga
dapat memerhati dengan lebih jelas bagaiman gelagat pelanggan dan reaksi pengusaha ataupun
usahawan tersebut bagi memastikan kepuasan yang terbaik kepada pelanggan. Dalam pada itu,
belau juga amat berharap kepada golongan muda pada masa kini supaya terlibat dalam bidang
usahawan dan tidak perlu takut dengan segala dugaan yang mendatang. Sebagai penggulung kata,
saya ingin menyatakan bahawa SEEP II kali ini membawa saya terus kepada usahawan tersebut
serta dapat meniliti lebih dekat mengenai ragam- ragam yang terpaksa dihadapi oleh usahawan
tersebut.

CELOTEH USAHAWAN
S1} Sejak dari bilakah Cik Zul memulakan perniagaan sate ini?
J} Saya memulakan perniagaan sate ini pada tahun 2007
S2} Berapakah modal permulaan yang Cik Zul gunakan bagi menjalankan perniagaan ini?
J} Saya memulakan perniagaan sate ini hanya dengan bermodalkan RM500

S3} Adakah taraf kehidupan Cik Zul berubah setelah terlibat dalam perniagaan sate?
J} Alhamdulillah setelah menjual sate ini, rezeki saya semakin bertambah puratanya dalam
RM250 satu malam. Selain itu, saya bersyukur dengan jualan sate ini, taraf kehidupan saya
berubah.
S4} Siapakah yang menjadi tulang belakang ataupun pembakar semangat Cik Zul untuk
menjalankan perniagaan?
J} Sudah semestinya isteri saya yang tidak pernah putus- putus memberi kata- kata peransang dan
seterusnya menjadi inspirasi kepada saya untuk terus maju dalam bidang perniagaan ini.
S5} Adakah perniagaaan ini adalah darah daging ataupun sejak turun temurun lagi terlibat
dalam perniagaan?
J} Ya, sebelah gerai saya merupakan abang saya yang mengusahakan perniagaan chicken chop
dan pelbagai makanan barat. Selain itu, kakak saya juga mengusahakan perniagaan restoran di
Taman Robinna. Demikian juga, saya turut mengikut jejak langkah abang dan kakak saya yang
terlibat dalam bidang perniagaan kerana saya tidak akan dapat kepuasan pada diri saya sekiranya
saya tidak berniaga.
S6} Apakah perniagaan yang Cik Zul pernah lakukan selain menjual sate?
J} Saya pernah membantu keluarga saya dalam perniagaan mereka seperti di restoran kakak saya
yang dulunya saya pernah membantunya bagi melancarkan perjalanan jualan di sana. Dalam pada
itu, saya pernah menjalankan perniagaan catering.
S7} Selain Cik Zul menjual sate, adakah Cik Zul pernah bekerja sambilan?
J} Tidak pernah, saya tidak pernah bekerja sambilan. Saya memberi sepenuh tumpuan untuk
perniagaan sate saya sahaja.
S8} Pernahkah Cik Zul membaca buku- buku mengenai perniagaan?
J} Era globalisasi sekarang menyebabkan ramai pengusaha gerai sentiasa mencari ilmu
perniagaan melalui buku- buku ilmiah namun saya tidak pernah membaca buku mengenai
perniagaan akan tetapi saya mengaplikasikan pengalaman yang saya dapat sejak kecil lagi untuk
membuka gerai sate ini.

S9} Apakah resepi sate yang menyebabkan ramai penduduk di sekitar ini datang ke gerai Cik
Zul?
J} Jika ditanya penduduk sekitar Telok Air Tawar di mana ingin mendapatkan sate yang sedap
kebanyakan pasti mereka akan mengatakan bahawa sate di restoran makanan barat yakni gerai
sate saya. Secara jujur saya ingin mengatakan bahawa saya tidak memproses sate ini namun
segala ramuan- ramuan pembuatan sate ini adalah dari kawan saya.
S10} Bagaimanakah Cik Zul berhadapan dengan pelanggan yang mana kita telah ketahui
mereka ini mempunyai pelbagai kerenah dan ragam mereka masing- masing?

J} Sememangnya sebagai seorang usahawan memang tidak akan lari dari pelanggan jadi saya
sentiasa bersabar apabila saya berhadapan dengan pelanggan. Sifat kesabaran dalam perniagaan
merupakan sifat yang penting bagi memastikan kelancaran urus niaga. Tambahan pula, saya
sentiasa amalkan senyuman dalam setiap urusan perniagaan saya. Jika kita berada di tempat
pelanggan, adakah kita akan datang lagi ke tempat yang mana pengusahanya langsung tidak ingin
melemparkan senyuman. Selain itu, saya sentiasa melayan dengan baik sebarang keinginan
pelanggan, bak kata pepatah Inggeris customers are always right.
S11} Bagaimanakah promosi yang dilakukan untuk menarik lebih ramai pelanggan?
J} Saya juga tidak ketinggalan membuat promosi melalui Youtube, Facebook dan pelbagai bentuk
promosi menerusi teknologi yang pada kebiasaannya pengusaha- pengusaha perniagaan membuat
promosi
S12} Adakah Cik Zul mendapat bantuan dari kerajaan dalam menguruskan perniagaan ini?
J} Ya, pada tiga tahun yang lalu saya mendapat bantuan menerusi peralatan- peralatan sate,modal
perniagaan dan kursus- kursus yang memberi saya semangat untuk terus terlibat dalam bidang
perniagaan ini. Dalam kursus itu, terdapat beberapa slot yang mengajar saya bagaimana untuk
menyelaras produk- produk sate saya.
S13} Apakah perancangan Cik Zul di masa hadapan?
J} Perancangan saya adalah saya ingin membuka satu cawangan seterusnya mewariskan
perniagaan ini kepada anak saya yang sangat berminat dengan perniagaan yang saya kendali ini.
S14} Harapan Cik Zul kepada golongan- golongan muda yang baru hendak berjinak- jinak
dalam bidang perniagaan?
J} Harapan saya kepada golongan muda yang ingin terlibat dalam bidang perniagaan adalah dua
perkara yang pertama ialah disiplin. Jika mereka ingin sukses salam perniagaan yang mereka
ceburi, disiplin merupakan perkara ihtimam yang pertama perlu dititik beratkan. Jika mereka
disiplin dalam apa perniagaan yang mereka ceburi maka natijahnya amatlah memuaskan hati.
Keduanya ialah keinginan yang memuncak dalam perniagaan. Perniagaan merupakan pekerjaan
yang memerlukan ketekunan yang tinggi. Justeru itu, jika kita hanya seperti peribahasa melayu
hangat- hangat tahi ayam mana mungkin kita akan maju ke hadapan.

OBJEKTIF
1. Menubuhkan kekuatan dalam bidang keusahawanan dengan membangunkan pelajar sains
dengan pengetahuan dan kemahiran asas yang kukuh dalam bidang keusahawanan.

2. Melahirkan pelajar yang mempunyai latar belakang keusahawanan dan saintifik serta cukup
kuat untuk memenuhi keperluan pelajar yang berkualiti ke program ijazah pertama dalam bidang
sains dan program perubatan veterinar serta program sains lain yang telah dirancang di Universiti
Malaysia Kelantan (UMK).
3. Menyediakan pengetahuan asas dalam bidang keusahawanan yang disepadukan dengan sains
yang kukuh dan teknologi untuk memupuk minat terhadap sains dan keusahawanan untuk
mencapai matlamat asal UMK, sebagai sebuah universiti keusahawanan yang unggul dalam dan
luar negara, terutamanya dalam bidang sains dan teknologi berasaskan keusahawanan.
4. Membina dan membangunkan modal insan mulia, berilmu, kreatif, cekap, mempunyai harga
diri yang tinggi serta nilai keusahawanan supaya dapat mencapai cita- cita sebagai pemimpin
masa hadapan negara.
5. Menyediakan pendedahan kepada pelajar tentang suasana pembelajaran di universiti.

RUMUSAN

Berdasarkan kajian yang telah saya jalankan ke atas sebuah gerai sate, saya mendapati bahawa
setiap usahawan yang memiliki premis perniagaan mahupun syarikat mempunyai cara serta
kaedah pemasaran yang tersendiri untuk melariskan produk yang mereka jual sebagai contoh
Abang Zul beliau menggunakan kelebihan yang terdapat pada dirinya iaitu peramah sebagai
penghubung beliau dengan pelanggan. Selain itu, beliau juga mahir menggunakan alat
komunikasi terkini. Dalam pada itu, saya sendiri dapat memerhati dan belajar dengan lebih dekat
mengenai teknik- teknik untuk mengenalpasti sate yang telah masak. Semenjak saya menjalankan
kajian ini, saya dapat merasai dengan lebih dekat bagaimana seorang usahawan itu menempuhi
segala halangan dan cabaran sepanjang bergelar usahawan contohnya dalam perniagaan sate
selalunya mesti akan terdapat beberapa sate yang tidak sempurna oleh yang demikian Abang Zul
akan menggantikan sate tersebut dengan sate yang baharu. Akhir kata, saya berharap bahawa saya
dapat menjalankan aktiviti SEEP ini digerai sate Abang Zul lagi.

PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana akhirnya saya telah
berjaya menyiapkan tugasan SEEP pada semester kedua ini dengan jayanya pada tarikh
yang telah ditetapkan dengan izin-Nya.Seterusnya jutaan terima kasih diucapkan kepada
ibu bapa saya yang telah banyak membantu saya dalam pelbagai aspek.Selain itu,terima
kasih juga diucapkan kepada pensyarah pelajaran keusahawanan,Puan Azian Binti Karim
yang mengajar saya mengenai bagaimana hendak menyelesaikan tugasan ini seterusnya
ke atas kesabaran puan dalam mengajar saya dalam pelajaran keusahawanan. Tidak lupa
juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Zulkefli Bin Tajuddin atau
lebih dikenali dengan Abang Zul, seorang peniaga sate yang sangat tekun dalam perniagaannya.

Akhir sekali,terima kasih juga saya ucapkan kepada rakan-rakan yang telah memberi
sumbangan idea dan pemikiran yang bernas dan banyak membantu bagi melancarkan lagi
SEEP saya pada kali ini.

You might also like