You are on page 1of 3

Tips Sains SPM

Sempena Peperiksaan SPM yang akan bermula pada 5 November 2012 nanti,
suka juga saya menurunkan beberapa panduan bagi guru-guru, ibu bapa dan
calon yang terlibat dengan mata pelajaran Sains SPM (1511).
Kertas Sains 1511 (SPM) mempunyai dua kertas. Kertas 1 adalah merupakan
kertas objektif. Kertas ini menguji tiga konstruk iaitu pengetahuan, kefahaman
dan aplikasi. Jumlah soalan ialah 50. 25 soalan adalah soalan yang menguji
pengetahuan (recall items), 15 soalan menguji kefahaman (thinking items) dan
10 soalan menguji applikasi (thinking items). Oleh itu kalau tanya mana soalan
kemahiran berfikir dalam soalan sains, jawabnya lihatlah soalan-soalan
kefahaman dan soalan apliksai. Dari segi taburan soalan pula, soalan sains ini
diambil dari semua tajuk dalam kurikulum sains menengah atas. Terdapat 15
tajuk yang diuji. Mana-mana tajuk yang panjang lima soalan diperuntukkan,
manakala tajuk yang pendek hanya dua atau tiga soalan diperuntukkan. Ini
bererti semua tajuk mesti diulangkaji. Tajuk yang tidak diuji bagi soalan objektif
(kertas 1) ialah tajuk pertama dari tingkatan empat. (Investigating Science).
Tidak ada soalan objektif dari tajuk ini.
Manakala bagi Kertas 2, terdapat tiga bahagian. Bahagian A, soalan berdasarkan
Kemahiran Proses Sains. Bahagian B, soalan pengetahuan dan
kefahaman. Bahagian C, soalan mengeksperimen (Soalan 10) manakala soalan
11 dan 12 merupakan soalan pilihan yang menguji kefahaman dan kemahiran
berfikir yang meliputi mengkonsepsi, menyelesaikan masalah dan membuat
keputusan.
Bagi kertas 2 ini, Bahagian A. Calon mesti tahu dan faham kemahiran
proses sains. Jawapan kepada empat soalan dalam bahagian ini ada dalam
soalan dan gambarajah yang diberi. Jawapan itu boleh diperolehi secara tersurat
atau tersirat dalam stem soalan atau gambarajah. Terpulanglah kepada calon
untuk mengutip dan menjana jawapan yang memang ada dalam kertas soalan.
Markah bagi Bahagian A ialah 20.
Bahagian B. Calon mesti membawa bekalan yang cukup. Bekalan dapat dirujuk
dari buku teks. Bekalan dibawa dalam bentuk pengetahuan (perlu ingat) dan
kefahaman (menggunakan maklumat yang diberi seperti gambarajah, atau ayatayat keterangan yang ada dalam soalan. Terdapat lima soalan dari bahagian ini.

Markah yang diperuntukkan ialah 30. 20 markah untuk pengetahuan dan 10


markah untuk kefahaman.
Bahagian C. Soalan No. 10 (mengeksperimen). Calon mesti tahu cara
mendapatkan pemboleh ubah dimanipulasi dan bergerakbalas dari pada
pernyataan soalan dalam kotak yang diberikan. Apabila pemboleh ubah
dimanipulasi dan bergerakbalas diperolehi, maka lima markah sudah ada dalam
tangan. Antara sumber markah yang boleh didapati ialah; membuat hipotesis,
menulis tujuan eksperimen, menulis semua pemboleh ubah dan melukis jadual
data. Agak sukar bagi calon melengkapkan senarai radas dan bahan.
(Biasanya calon perlu memberikan satu atau dua radas sahaja, yang lain telah
diberikan. Untuk mendapatkan empat markah bagi prosedur/kaedah, panduan
berikut wajar digunakan iaitu; 1. menerangkan bagaimana radas dipasang, 2.
menerangkan bagai mana pemboleh ubah bergerak balas diuruskan atau
didapatkan, 3. bagaimana pemboleh ubah bergerakbalas diukur, diperhati dan
direkod, 4. Bagaimana pemboleh ubah dimanipulasi diuruskan. Sekiranya calon
mengikut tips ini dengan menggunakan sedikit pengetahuan dan fikiran, calon
berkenaan boleh dapat markah penuh.
Bagi soalan No 11 dan 12, terdapat dua ceraian. Cerian (a) adalah merupakan
soalan yang menguji kefahaman. Oleh itu calon terpaksa mempunyai
pengetahuan asas yang kuat untuk menjawab soalan cerian (a) ini yang
membawa empat markah. Antara perkara yang ditanya ialah menerangkan atau
menjelaskan proses atau membanding antara dua perkara. Kata tugas soalan
yang biasa digunakan ialah: Terangkan; Jelaskan; Bandingkan atau Bezakan.
Cerian (b) pula akan menguji kemahiran calon dalam mengkonsepsi, membuat
keputusan atau menyelesaikan masalah. Cerian ini membawa enam markah.
Untuk mendapat markah penuh calon hanya perlu menulis jawapan bagi apa
yang diminta dalam soalan. Ada masanya jawapan untuk satu dan dua markah
sudah ada dalam soalan. Apa yang perlu ialah calon kenalah berfikir untuk
mendapatkan jawapan. Calon yang cepat hendak tidur tidak akan dapat
menjawab dengan baik.
Ya Allah berilah aku kekuatan untuk memahami kehendak soalan
dan Ya Allah berilah aku ilham dan ingatan serta kefahaman untuk

menulis jawapan yang tepat dan betul. Inilah doa yang aku selalu ajarkan
kepada murid-muridku agar mendapat pertolongan dari Allah SWT

You might also like