You are on page 1of 15

SME 3023 :

TRENDS AND ISSUES IN EDUCATION FOR


MATHEMATICAL SCIENCES
TAJUK : PERBEZAAN PENCAPAIAN PELAJAR
NAMA PENSYARAH : PROF. DR. MARZITA PUTEH
DISEDIAKAN OLEH :
Nama

No matrik

Ayuni Amalina bt Mukhtar

D20081032369

Azrina Rafiq bt Mohd Adikan

D20081033205

Wan Masturah bt Wan Mad Mohtar

D20081032356

Nur Ain bt Ahmad Fikri

D20081032311

Nasirah bt Che Daud

D20081032296

1.0

Pendahuluan

Perbezaan pencapaian Matematik seringkali mendapat perhatian masyarakat dalam dunia

pendidikan. Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, perbezaan bermaksud beza, kelainan dan
ketidaksamaan. Pencapaian pula bermaksud apa yang telah dicapai, dihasilkan atau diperoleh
serta prestasi. Perkataan Matematik pula bermaksud ilmu pengetahuan mengenai nombor,
bentuk, susunan, hubungan dan lain-lain dengan menggunakan simbol. Justeru, dapat
dirumuskan di sini bahawa perbezaan pencapaian dalam pendidikan Matematik ialah
ketidaksamaan dalam prestasi serta pengetahuan mengenai ilmu kira-kira.

Menurut John Dewey (1977), pendidikan merupakan satu proses pertumbuhan atau
perkembangan yang merupakan daya usaha mengatur pengetahuan yang sedia ada pada
seseorang individu. Matematik merupakan ilmu Hisab moden dan antara subjek penting dalam
sistem pendidikan di Malaysia. Subjek ini diajar bermula peringkat awal persekolahan iaitu
daripada tadika, seterusnya ke peringkat sekolah rendah, sekolah menengah dan terus ke
peringkat tinggi. Di bawah perlaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), Matematik diajar di sekolah dengan tujuan
untuk memberikan pengetahuan kira-kira secara spontan kepada pelajar (Yew, 1994).

Penggunaan Matematik pada masa kini telah berkembang luas dalam semua lapisan
masyarakat. Menurut Unit Matematik Menengah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, matlamat
utama pendidikan Matematik adalah bagi membentuk individu yang berpemikiran Matematik
dan berketerampilan, mengaplikasikan pengetahuan Matematik dengan berkesan dan
bertanggungjawab dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan supaya berupaya
menangani cabaran dalam kehidupan harian hasil perkembangan Sains dan Teknologi.

Kajian berkaitan perbezaan pencapaian dalam subjek Matematik telah banyak dijalankan.
Abdullah Mohd Noor (1999), menerusi kajiannya yang bertajuk pengaruh latar belakang sosial
keluarga terhadap pencapaian Sains dan Matematik dalam kalangan murid sekolah rendah telah
mendapati bahawa latar belakang sosial seperti persekitaran keluarga, pekerjaan ibu bapa serta
pendidikan ibu bapa mempunyai kaitan rapat dengan pencapaian anak anak mereka. Boocock
(1972) dalam bukunya, Sociology of Learning menyatakan antara pengaruh-pengaruh dalam
pencapaian akademik seseorang murid termasuklah persekitaran sosial seperti jenis keluarga,

aspirasi keluarga, taraf pendidikan keluarga, jenis pekerjaan ibu bapa, pendapatan keluarga dan
faktor keupayaan individu yang lahir dalam keluarga tersebut.

2.0

Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Perbezaan Pencapaian Pelajar

Terdapat
dalam kalangan

banyak faktor yang boleh menyebabkan perbezaan pencapaian Matematik


pelajar antaranya

termasuklah faktor sosioekonomi, jantina dan faktor

pengaruh rakan sebaya. Sosioekonomi melibatkan faktor-faktor kemasyarakatan dan ekonomi


(Kamus Dewan Edisi ke-4). Pengaruh latar belakang keluarga didapati mempengaruhi tahap
pencapaian pelajar. Kajian mendapati bahawa status sosioekonomi, penglibatan ibu bapa dan saiz
keluarga merupakan faktor keluarga yang penting (Majoribanks, 1996). Sementara itu,
Majoribanks (1996)

menyatakan bahawa latar belakang keluarga merupakan kunci bagi

kehidupan pelajar. Berada di luar sekolah merupakan pengaruh penting terhadap pembelajaran
pelajar dan ini termasuklah faktor-faktor seperti status sosioekonomi, dua ibu bapa berbanding
satu ibu bapa, penceraian, amalan keibubapaan dan aspirasi, ciri-ciri keibuan, saiz keluarga dan
jiran-jiran sekelilng.

2.1

Faktor Status Sosioekonomi

Status sosioekonomi pada anak-anak secara keseluruhannya ditentukan melalui gabungan


tahap pendidikan ibu bapa, status pekerjaan dan tahap pendapatan (Jeynes, 2002). Pelajar-pelajar
yang mempunyai status sosioekonomi yang rendah memperoleh skor kajian yang lebih rendah
berbanding pelajar-pelajar yang mempunyai status sosioekonomi yang tinggi, dan lebih
cenderung mengalami keciciran dalam persekolahan . Selain itu, status ekonomi yang dimiliki
mengelakkan akses terhadap sumber-sumber pelajaran yang penting dan menyebabkan tekanan

tambahan di rumah (Eamon, 2005).

Status sosioekonomi terdiri daripada beberapa aspek, antaranya ialah tahap pendidikan
ibu bapa, sikap ibubapa, pendapatan keluarga, pekerjaan ibu bapa serta kestabilan keluarga.
Aspek tahap pendidikan ibu bapa tidak dinafikan menjadi penyumbang utama dalam memastikan
pencapaian cemerlang anak-anak. Menurut Saifuddin Hj. Masduki (1977), terdapat hubungan
yang signifikan antara pencapaian akademik pelajar dengan tahap pendidikan ibu bapa. Semakin
tinggi pendapatan ibu bapa dan tahap pendidikan mereka, semakin tinggi tahap pencapaian
anakanak mereka. Noraini (dalam Zarinah Arshat dan Rozumah Baharudin, 1999) mendapati
anak-anak daripada keluarga yang mempunyai status sosioekonomi yang tinggi adalah lebih
maju dalam persekolahan dan memperolehi gred pencapaian yang lebih tinggi berbanding anakanak dari keluarga yang mempunyai status sosioekonomi yang rendah.

Aspek sikap ibu bapa juga merupakan faktor yang penting dalam mencorakkan masa
depan anak-anak. Menurut sebuah kajian kes yang dijalankan mengenai Keciciran di Sekolah
Menengah (BPPDP, 1996), beberapa sikap negatif ibu bapa telah digariskan, antaranya tidak
mengambil berat terhadap pendidikan anak-anak, kurang kesedaran tentang kepentingan
pelajaran, lebih suka anak bekerja daripada bersekolah, membiarkan anak ponteng sekolah serta
membiarkan atau tidak mengambil tindakan terhadap tingkah laku anak yang nakal (Dr. Faridah
Abu Hassan, 1996). Sementara itu, kajian Drop-Out & Low Achievement Case studies in
Malaysia (EPRD, 1994) mendapati pelajar yang tercicir dan berpencapaian rendah adalah
daripada keluarga yang kurang mengawasi kemajuan pelajaran anak-anak, tidak menyemak kerja
sekolah, menyerahkan tugas membantu pelajaran kepada anak yang lebih tua dan lebih suka anak
menolong kerja di rumah berbanding bersekolah (Dr Faridah Abu Hassan, 1996).

Kajian mendapati bahawa ibu bapa yang mempraktikkan diri mereka sebagai pendengar
dan penyokong yang positif untuk anak-anak akan mempengaruhi pencapaian akademik anakanak. Menurut Majoribanks (2005), aspirasi ibu bapa yang tinggi boleh meningkatkan minat
pelajar dalam pendidikan. Justeru, ibu bapa seharusnya mengubah sikap bagi memastikan
pendidikan anak-anak tidak terabai.

Selain faktor pendidikan ibu bapa, aspek sosioekonomi yang dilihat berkait rapat dengan
aspek tahap pendidikan ibu bapa yang mempengaruhi tahap pencapaian pelajar adalah jenis
pekerjaan ibu bapa dan jumlah pendapatan ibu bapa keluarga tersebut. Satu kajian telah
dilakukan oleh Aida Binti Baharuddin yang bertajuk Hubungan Antara Faktor Sosioekonomi
Dan Persekitaran Keluarga Terhadap Sikap Dan Pencapaian Matematik Pelajar Tingkatan 4
Sekolah Menengah Kebangsaan Keroh, Kuala Krai, Kelantan. Aida mendapati rata-rata ibu bapa
yang mendapat pendidikan hanya sehingga sekolah menengah tidak mampu untuk mendapatkan
pekerjaan yang baik. Majoriti ibu bapa pelajar yang mendapat pendidikan hanya sehingga
sekolah menengah hanya mampu untuk bekerja sebagai buruh, nelayan, petani dan pesara. Hasil
dapatan kajian Aida juga mendapati bahawa terdapat ibu yang tidak bekerja dan bapa hanya
seorang pesara.

Melalui dapatan kajian mengenai pekerjaan ibu bapa pelajar, kita dapat membuat
kesimpulan di mana majoriti ibu bapa pelajar mempunyai pendapatan kurang daripada RM500
satu bulan. Berasaskan pendapatan kurang daripada RM500, ibu bapa perlu menyara seluruh ahli
keluarga mereka. Pendapatan kurang darripada RM500 dilihat kurang mencukupi untuk
menampung ahli keluarga dari segi barang keperluan harian apatah lagi untuk memenuhi
keperluan pendidikan anak-anak.
Situasi hari ini menunjukkan seorang pelajar memerlukan wang yang mencukupi untuk
memenuhi keperluan pendidikan mereka. Kadang-kala, ibu bapa pelajar yang berasal daripada
golongan berpendapatan rendah ini tidak mampu untuk membayar yuran persekolahan anak-anak
mereka. Hal ini berbeza dengan pelajar yang berasal daripada golongan berpendapatan tinggi.
Ibu bapa pelajar ini dengan mudah dapat memenuhi permintaan anak-anak. Selain daripada itu,
ibu bapa yang berpendapatan tinggi dapat membeli bahan rujukan tambahan seperti buku
rujukan, permainan berasaskan pendidikan kepada anak-anak dengan tujuan untuk memperkukuh
ilmu pengetahuan anak-anak mereka.

Selain membeli bahan rujukan tambahan, ibu bapa yang berpendapatan tinggi dapat
menghantar anak-anak mereka ke pusat tuisyen untuk menambah ilmu pengetahuan pelajar

tersebut. terdapat juga ibu bapa yang mengupah guru tuisyen persendirian untuk anak mereka.
Hal ini kerana ibu bapa ingin guru tuisyen tersebut memberi fokus kepada anak mereka sahaja.
Berbeza dengan pelajar yang berasal daripada keluarga berpendapatan rendah. Pelajar daripada
golongan ini hanya mendapatkan pendidikan sepenuhnya di sekolah. Pelajar ini tidak mampu
untuk membeli bahan rujukan tambahan apatah lagi menghadiri kelas tuisyen yang mengenakan
yuran pengajian yang tinggi dan tidak mampu dibayar oleh ibu bapa mereka.

Situasi lain yang biasa kita lihat adalah pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah
kebiasaannya akan membantu ibu bapa mereka untuk menampung perbelanjaan ahli keluarga.
Situasi sebenar yang selalu kita lihat, sekiranya pelajar tersebut bersekolah di waktu pagi. Maka,
apabila pulang dari sekolah, pelajar tersebut akan bekerja membantu ibu bapa. Hal yang sama
berlaku kepada pelajar yang bersekolah di waktu petang. Pada waktu pagi, pelajar tersebut akan
membantu ibu bapa bekerja seperti menorah getah, menjual kuih dan berbagai lagi. Hal ini akan
menyebabkan pelajar mempunyai waktu yang terhad untuk mengulangkaji pelajaran di rumah.

Apabila pelajar bekerja dan bersekolah, dapat dilihat pelajar tersebut kurang memberi
fokus ketika proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan di sekolah. Maka, pelajar akan
ketinggalan pelajarannya. Jika dibandingkan dengan pelajar yang berasal daripada keluarga
berpendapatan tinggi, masa untuk mengulangkaji pelajaran tidak terhad kerana mereka hanya
menuju ke sekolah di waktu pagi dan waktu petang adalah masa lapang bagi mereka. Jadi,
mereka boleh mengulangkaji pelajaran sewaktu masa lapang tersebut atau mereka akan pergi ke
kelas tuisyen untuk menambah ilmu pengetahuan mereka selain ilmu yang didapati di sekolah.

Daripada apa yang telah dibincangkan, dapat dirumuskan bahawa taraf sosioekonomi
sesebuah keluarga merupakan faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar. Perbezaan
pencapaian pelajar akan dapat diatasi sekiranya semua pihak yang berkenaan memainkan
peranan dalam membantu pelajar yang berasal daripada keluarga berpendapatan rendah. Antara
golongan yang perlu memainkan peranan adalah ibu bapa dan pelajar itu sendiri. Ibu bapa dan

pelajar perlu mempunyai nilai motivasi yang tinggi di dalam diri sendiri. Kerajaan dilihat telah
memainkan peranan dalam membantu pelajar yang berasal daripada keluarga berpendapatan
rendah ini dengan memberi pinjaman buku teks kepada semua pelajar di seluruh Malaysia.
Perkara tersebut dilihat sebagai satu bantuan yang amat bermakna bagi keluarga berpendapatan
rendah.

2.2

Faktor Pengaruh Rakan Sebaya

Faktor kedua yang menyebabkan berlakunya perbezaan pencapaian matematik adalah


pengaruh rakan sebaya. Pengaruh adalah daya yang ada atau timbul dari sesuatu (orang atau
benda) yang ikut membentuk watak, kepercayaan dan perbuatan seseorang. Rakan sebaya
merujuk pada remaja yang sama umur ataupun sama paras kematangan. Justeru, pengaruh rakan
sebaya boleh ditafsirkan sebagai daya yang ada pada seseorang yang sama umur atau paras
kematangan yang ikut membentuk watak, kepercayaan, dan perbuatan seseorang.

Rakan sebaya di alam persekolahan adalah kumpulan rujukan pelajar yang memberikan
sokongan moral dalam mencari identiti diri dan dan pembentukan imej (Pomberi,1990;
Mahmood,1991). Biasanya, pada zaman remaja, rakan sebaya mempunyai pengaruh yang besar
terhadap pelajar. Segala gerak-geri dan tingkah laku akan ditiru atau diikuti oleh rakan
sebayanya. Menurut Syarifah Alwiah Alsagoff (1988), rakan sebaya turut berperanan dalam
mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Kajian tentang kumpulan sebaya banyak membawa
kesan terhadap pencapaian dan aspirasi pelajar jika dibandingkan dengan latar belakang atau
komposis sekolah.

Terdapat empat punca mengapa rakan sebaya boleh mempengaruhi seseorang pelajar
dalam pencapaian akademik mereka. Petama adalah mereka menghabiskan masa yang banyak
bersama. Seseorang pelajar akan bertemu rakan sebaya mereka semasa di sekolah, di pusat
tuisyen dan kelas tambahan. Oleh itu, rakan sebaya mempunyai banyak peluang untuk
mempengaruhi sikap pelajar dan pencapaian mereka.

Selain itu, pelajar mempunyai sifat ingin mencuba. Pelajar cenderung untuk bersaing
dengan rakan sebaya dalam apa jua perkara. Jika mereka melihat rakan mereka belajar dengan
tekun dan mencapai markah tinggi, mereka juga akan cenderung untuk mencuba dan bersaing
bagi mendapatkan markah tinggi. Tetapi jika pelajar melihat rakan sebaya ponteng sekolah atau
tidak membuat kerja rumah, pelajar akan rasa ingin mencuba dan ini akan membawa kepada
kemerosotan pencapaian pelajar.

Rakan sebaya juga memainkan peranan yang penting bagi membentuk konsep diri, sikap
dan pandangan seseorang pada dirinya sendiri sama ada dirinya dihargai ataupun tidak di mata
kumpulan masyarakat sekelilingnya. Contohnya, cara berpakaian, hobi, aktiviti-aktiviti sosial,
jenis permainan, kumpulan belajar dan sebagainya. Sekiranya kumpulan sebaya yang dipilih
cenderung berbuat baik, maka pelajar ini terpengaruh untuk menjalankan aktiviti yang sihat.
Pelbagai perkara positif yang dapat dipelajari menerusi rakan sebaya. Contohnya, rajin belajar
seperti berbincang berkaitan pelajaran sekolah dan pelajar berkenaan turut rajin belajar bagi
meningkatkan pencapaian pelajar itu sendiri. Sebaliknya, sekiranya rakan sebaya ini cenderung
melakukan aktiviti yang kurang sihat seperti merokok, meniru dalam peperiksaan dan lain-lain,
ini akan menjejaskan pelajaran mereka.

Rakan sebaya juga dianggap lebih memahami. Memandangkan rakan sebaya berada pada
usia yang lebih kurang sama dan menghadapi perkara yang sama dengan seseorang pelajar, maka
seseorang pelajar itu lebih cenderung untuk mengikut kata-kata dan ajakan rakan sebaya
berbanding orang lain. Ini kerana mereka berpendapat rakan sebaya sahaja yang memahami
mereka, bukan ibu bapa, keluarga atau guru.

Pelajar juga mudah dipengaruhi rakan sebaya kerana ingin diri mereka diterima. Tekanan
rakan sebaya adalah pengaruh dan tekanan yang dirasai oleh remaja daripada rakannya
(Artwater,1998). Remaja memerlukan rakan sebaya bagi mendapatkan pengiktirafan dan
sokongan. Kumpulan rakan sebaya menyediakan peluang kepada remaja mempraktikkan tingkah

laku yang baru serta mengembangkan kemahiran sosial yang perlu bagi interaksi pada masa
hadapan. Tekanan rakan sebaya mungkin bersifat positif seperti dalam pencapaian akademik dan
sukan ataupun negatif seperti penagihan dadah dan alkohol. Menurut Freud (dalam Fiest dan
Fiest, 1936), peringkat latensi merupakan peringkat senyap dalam kehidupan seksual remaja.
Pada peringkat latensi ini, remaja dapat membentuk cara hidup, kefahaman dan cara berhubung
dengan rakan sebaya atau masyarakat.

Perubahan ini tidak akan merungsingkan sangat kalau teknik-teknik pertukaran itu
dialami sedikit demi sedikit. Remaja ingin dirinya diterima oleh rakan-rakan. Dengan itu, mereka
sentiasa sanggup melakukan apa sahaja supaya diterima oleh ahli kumpulannya. Remaja yang
berasal daripada keluarga yang bermasalah mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya yang mungkin
senasib dengannya dan membentuk kumpulan sendiri. Kumpulan ini mudah terpengaruh dengan
anasir-anasir jahat.

Masalah yang dihadapi oleh remaja khususnya pelajar sekolah dilihat umpama sebongkah
iceberg. Bahagian atas yang timbul dan nampak kelihatan adalah hanya sebahagian kecil
daripada struktur iceberg tersebut manakala sebahagian besar iceberg akan tenggelam kebawah
permukaan lautan. Jika ditafsirkan Pencapaian akademik adalah perkara yang dapat dilihat
dengan jelas, tetapi punca kepada masalah sebenar. Justeru itu, punca masalah pencapaian
akademik pelajar perlu dikaji terlebih dahulu sebelum menjatuhkan hukuman kepada pelajar.

Pengaruh rakan sebaya ialah salah satu faktor kemerosotan akademik pelajar. Merujuk
kepada faktor yang menyebabkan pelajar terpengaruh dengan rakan sebaya, salah satunya
disebabkan oleh kegagalan institusi kekeluargaan. Hal ini berlaku apabila timbulnya konflik
antara remaja dan ibu bapa. Asmah Bee (1994) mengatakan bahawa persekitaran rumah tangga
yang tidak terurus, tiada peraturan dan hubungan suami isteri yang tidak harmoni boleh
mwnimbulkan konflik antara ibu bapa dan anak-anak. Oleh sobab itu, anak-anak lebih suka
menghabiskan masa di luar dan akhirnya berkawan dengan remaja yang bermasalah.

Melihat kepada perkara-perkara di atas, ia dapat simpulkan punca sebenar masalah


pengaruh rakan sebaya adalah disebabkan oleh institusi keluarga yang tidak harmoni. Justeru itu,
ibu bapa perlulah menjadi ibu bapa yang ideal kepada anak-anak. Antara cara-caranya ialah,
member kasih saying yang mencukupi kepada anak-anak. Kasih sayang yang diberi perlulah
memnuhi dua syarat, iaitu kasih sayang berterusan dan kasih sayang yang tiada bersyarat. Anakanak mempelajari bahawa kasih sayang yang diberi perlu ditunjukkan melalui pelukan dan
ciuman daipada ibu bapa.

Selain daripada itu, ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak. Waktu bersama
dengan keluarga ialah waktu yang paling berharga. Masa yang ada boleh diluangkan dengan
aktiviti bermain bersama-sama, berbual dan bersama-sama dalah mengerakan aktiviti dirumah
seperti bergotong royong. Sesebuah keluarga juga perlu mempunyai disiplin yang kukuh.
Apabila wujud kasih sayang kepada anak-anak, bimbingan dan panduan perlu ada. Asmah Bee
ada mengatakan bahawa isipli yang digunakan harus bersifat positif. Contohnnya, selain
daripada mengatakn jangan buat begitu, ibu bapa boleh menggunakan ayat buat macam ini.

Amat penting bagi ibu bapa memberi didikan yang baik dan bukan sebaliknya. Hal-hal
berkaitan dengan agama, milai dan moral dalam masyarakat perlu diterapkan dalam diri anakanak. Cara didikan amat penting dalam pembentkan sesebuah keluarga. Cara didikan yang
demokatik amat sesuai untuk para remaja. Selain itu, ibu bapa perlu memberi layanan mesra
kepada anak-anak kerana ini akan mebuatkan keluarga merasakan diri mereka bersatu dan saling
memerlukan. Erikson (1968) mendapati kegagalandalam mewujudkan kemesraan dalam keluarga
akan menimbulkan sikap yang kurang diingini dalam pembentukan konsep kendiri remaja.
Kanak-kanak akan merasakan diri mereka tidak mempunyai tempat dalam keluarga jika mereka
gagal mendapat kemesraan dalam keluarga.

Ibu bapa bukannya satu pihak yang perlu disalahkan jika berlakunya masalah disiplin
pelajar di sekolah. Pihak sekolah juga perlu memainkan peranan mereka kerana masalah sosial
remaja adalah tanggungjawab semua pihak. Seperti yang telah dibincangkan diatas, masalah
remaja diibaratkan seperti iceberg. Oleh itu, guru-guru perlu bijak menilai dan mencari punca

kepada setiap masalah yang berlaku dan bukan sebaliknya dimana kebiasaannya guru-guru lebih
cenderung untuk menghukum setiap perilaku remaja yang tidak disukai oleh mereka. Untuk
mencari punca dan penyelesaian kepada masalah remaja, remaja berkenaan perlu diberi sesi
kaunseling. Menurut bekas ketua menteri Serawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, Kemahiran
dalam bidang bimbingan dan kaunseling di kalangan remaja dan beliapenting bagi mengatasi
pengaruh rakan sebaya agar tidak terlibat dalam aktiviti anti sosial.

2.3

Faktor Jantina

Perbezaan pencapaian antara jantina sebenarnya telah lama diperbincangkan. Ia telah


bermula sejak tahun 10970-an lagi. Pada ketika itu pencapaian pelajar perempuan adalah lebih
rendah berbanding pelajar lelaki. Namun, pada tahun 1990 pencapaian rendah pelajar lelaki mula
diperkatakan. Di Malaysia pencapaian rendah pelajar lelaki berterusan hingga sekarang.
Perbezaan pencapaian antara pelajar lelaki dan perempuan kini semakin mendapat perhatian dari
segenap golongan masyarakat. Hal ini adalah ekoran daripada bilangan pelajar perempuan yang
lebih ramai berbanding pelajar lelaki di institut pengajian tinggi awam mahupun swasta.

Jurnal pendidikan yang bertajuk Prestasi Akedemik Mengikut Gender di Malaysia oleh
Jamil Ahmad et. al (2001) telah menjalankan kajian tentang perbezaan prestasi berdasarkan
jantina. Menurut kajian beliau dan rakan-rakanya

terhadap 3000 orang pelajar dalam

peperiksaan awam dari tahun 1996 hingga 2000. Peperiksaan awam tersebut adalah Ujian
Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pencapaian
Malaysia (SPM). Mereka mendapati prestasi pelajar perempuan adalah lebih baik berbanding
pelajar lelaki dalam ketiga-tiga ujian awam itu.

Kajian Kedua pula telah dijalankan oleh oleh Bhasah Hj. Abu Bakar dan rakan-rakan
(2009). Dalam kajian mereka bertajuk Pencapaian Dan Penguasaan Konsep Dalam Matematik
Peringkat SPM. Kajian dilakukan bertujuan untuk mengenalpasti pencapaian dan penguasaan
konsep matematik dalam peperiksaan SPM mengikut jantina, aliran dan jenis sekolah. Kajian
beliau mendapati bahawa pencapaian lelaki adalah lebih tinggi berbanding pelajar perempuan.
Beliau menjalankan kajian beliau mengunakan kertas dua matematik SPM. Beliau berpendapat
prestasi lelaki lebih baik kerana kebanyakan kertas dua mengandungi soalan topik yang diminati
oleh pelajar lelaki. Sabagai contohnya soalan tentang unjuran ortogon. Tidak hairanlah mengapa
prestasi mereka lebih tinggi berbanding pelajar perempuan.

Menurut Wahid Hashim (2005, 17 Jun).

dalam artikelnya yang dipetik dari Portal

Pendidikan Utusan yang bertajuk Matematik- Senario Aneh di Malaysia. Dalam artikel
menyebut pelajar perempuan lebih menguasai subjek Matematik berbanding lelaki. Ini dapat
diperhatikan daripada pelajar yang mengambil jurusan Matematik di Universiti Malaya. Pelajar
Perempuan adalah lebih cemerlang berbanding pelajar lelaki. Ken.yataan sama dikeluarkan oleh
Rosliza Mohd Taha dalam akhbar Berita Harian. Beliau mengulas tentang prestasi pelajar
perempuan yang cemerlang dalam SPM dan bilangan pelajar perempuan yang lebih ramai di
institut pengajian tinggi tanah air

Terapat tiga faktor yang menyebabkan pencapaian pelajar antara jantina adalah berbeza.
Antara faktornya adalah pelajar, guru dan rakan sebaya. Faktor pertama yang akan dibincangkan
adalah faktor pelajar itu sendiri. Seperti kita tahu pelajar lelaki mempunyai gaya pembelajaran
yang berbeza. Menurut Dr. Zalizan Mohd Jelas (2001), dalam kajiannya tentang gaya
pembelajaran, beliau menyatakan bahawa pelajar perempuan mengamalkan gaya pembelajaran
yang lebih concrete sequential dalam proses pembelajaran berbanding pelajar lelaki. Pelajar
perempuan lebih suka belajar secara berterusan berbanding pelajar lelaki. Hal demikian, mereka
lebih menguasai pembelajaran berbanding pelajar lelaki. Selain itu, ia juga disebabkan oleh sikap
pelajar perempuan yang lebih gigih berbanding pelajar lelaki.

Faktor kedua adalah Guru. Kaedah pengajaran guru yang kurang baik amat

mempengaruhi pelajar untuk belajar. Kajian mendapati bahawa pelajar lelaki mudah hilang fokus
berbanding pelajar perempuan yang boleh menerima segala bentuk pengajaran guru. Hal yang
demikian pelajar perempuan lebih dapat menumpukan perhatian berbanding pelajar lelaki.
Seterusnya, pelajar perempuan akan lebih cemerlang berbanding pelajar lelaki. Selain itu ia juga
disebabkan sikap guru yang pilih kasih menyebabkan pelajar tidak berminat untuk belajar.

Faktor ketiga adalah rakan sebaya. Menurut kajian, pelajar perempuan lebih selesa
berkawan dengan rakan sekelas. Berbeza dengan pelajar lelaki kerana mereka lebih suka
berkawan dengan mereka yang lebih matang. Menurut Syarifah Alwiah Alsagoff (1988), segala
gerak-geri dan tingkah laku akan ditiru atau diikuti oleh rakan sebaya. Hal yang demikian
mereka akan meniru gerak geri kawan mereka tanpa berfikir panjang. Contohnya memonteng,
merokok dan banyak lagi. Seterusnya, mereka akan ketinggalan dalam pembelajaran.

Antara langkah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah pencapaian lelaki yang lebih
rendah berbandng pelajar perempuan adalah dengan mewujudkan suasana pembelajaran
interaktif. Ia penting bagi menarik minat pelajar lelaki. Selain itu, guru juga perlu
mempelbagaikan teknik pengajaran agar pembelajaran menjadi lebih menarik dan ceria.
Disamping itu, guru juga perlu memberi perhatian sama rata terhadap pelajar lelaki dan
perempuan agar mereka tidak rasa terasing dan seronok untuk belajar. Ibu bapa pula haruslah
memainkan peranan mereka dalam mengawal aktiviti serta pergaulan anak mereka. Hal ini
penting supaya mereka tidak mudah terjebak dengan masalah sosial yang seterusnya akan
menyebabkan minat mereka terhadap pembelajaran semakin berkurangan.

3.0 Penutup

Daripada apa yang telah dibincangkan, dapat dirumuskan bahawa terdapat beberapa faktor yang
mempengaruhi pencapaian pelajar. Perbezaan pencapaian pelajar akan dapat diatasi sekiranya
semua pihak yang berkenaan memainkan peranan dalam membantu pelajar yang berasal

daripada keluarga berpendapatan rendah. Antara golongan yang perlu memainkan peranan adalah
ibu bapa dan pelajar itu sendiri. Ibu bapa dan pelajar perlu mempunyai nilai motivasi yang tinggi
di dalam diri sendiri.

Rujukan :
1. Quek Miow Leng (2006), Hubungan antara Sikap, Minat, Pengajaran Guru dan Pengaruh
Rakan Sebaya dengan Pencapaian Matematik di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat di
Daerah Batu Pahat, Johor
http://www.scribd.com/doc/26716720/Peer-Effects-on-Academic-Achievement
http://sites.williams.edu/wpehe/

2. Kamus Dewan Edisi Ke-4 (2005). Pusat Rujukan Persuratan Bahasa Melayu,
Dewan Bahasa dan Pustaka. Diperoleh pada September 24, 2011 daripada
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=matematik

3. Unit Matematik Menengah, Bahagian Pembangunan Kurikulum (2010). Bengkel Pendidikan


Sains dan Matematik untuk pihak Berkepentingan 2010. Diperoleh pada 24
September, 2011 daripada Error! Hyperlink reference not valid.

4. Jennifer Barry (2005). The Effect of Socio-economic Status on Academic Achievement.


Diperoleh pada September 24, 2011 daripada http://soar.wichita.edu/dspace/ bitstream
/handle/10057/616/Barry_Jennifer.pdf?sequence=1

5. Majoribanks, Kevin (1996). Family Learning Environments and Students Outcomes : A


Review. Journal of Comparative Family Studies 27(2), 373-394.

6. Eamon, Mary. Keegen (2005). Social Demographic, school, neighbourhood and parenting
influences on academic achievement of Latino young adolescents. Journal of Youth
and Adolescence, 34(2), 163-175.

7. Abdullah Mohd Noor (1999). Pengaruh Latar Belakang Sosial Keluarga Terhadap
Pencapaian Sains dan Matematik Dikalangan Murid Sekolah Rendah. Diperoleh pada
Spetember 24, 2011 daripada

You might also like