You are on page 1of 5

KEPENTINGAN PERPADUAN KAUM 1

Antara kepentingan perpaduan kaum di Malaysia ialah mewujudkan masyarakat yang harmoni. Sebagai rakyat
Malaysia, pasti kita sudah tidak asing lagi dengan wujudnya masyarakat berbilang kaum di negara kita seperti Cina,
Melayu, India, Kadazan dan sebagainya. Peribahasa rambut sama hitam, hati lain-lain jelas menunjukkan
walaupun manusia mempunyai warna rambut yang sama tetapi sukma dan keinginan manusia adalah berbeza.
Dengan mewujudkan perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat, barulah masyarakat harmoni yang mempunyai
aspirasi yang sama dapat tercapai. Oleh hal yang demikian, sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, kita hendaklah
mewujudkan perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia,seperti kata peribahasa, bulat air kerana
pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
Industri pelancongan merupakan salah satu industri yang menjadi penyumbang terbesar kepada pendapatan
negara. Kunci utama dalam menarik kedatangan pelancongan ke Malaysia ialah dengan rakyat Malaysia
mengamalkan perpaduan kaum. Perpaduan kaum yang wujud dalam kalangan rakyat Malaysia akan menarik minat
pelancong dari luar negara untuk melihat sendiri amalan perpaduan kaum yang menjadi pegangan setiap rakyat
Malaysia. Hal ini secara implicit dapat memperkenalkan keindahan Malaysia kepada masyarakat luar seterusnya
menaikkan nama negara. Oleh itu, wajarlah rakyat Malaysia mengamalkan perpaduan kaum kerana selain dapat
menarik kedatangan pelancong, perpaduan juga mampu menaikkan nama negara, seperti kata peribahasa, sambil
menyelam minum air.
Selain itu, dengan mengamalkan perpaduan kaum, kita juga dapat memajukan ekonomi negara. Apabila
perpaduan kaum diamalkan oleh rakyat Malaysia, penindasan ekonomi tidak akan berlaku kerana setiap kaum akan
bersaing dengan adil tanpa sedikit pun perasaan hasad dengki dalam diri mereka. Contohnya, persaingan yang
berlaku dalam dunia perniagaan. Bukan itu sahaja, apabila rakyat mengamalkan peribahasa, bersatu kita
teguh, bercerai kita roboh, nescaya rakyat juga dapat bersama-sama memajukan ekonomi negara.
Keamanan negara turut dapat dipertingkatkan apabila amalan perpaduan kaum telah meresap ke dalam jiwa
setiap rakyat Malaysia. Seperti yang kita ketahui, tanpa perpaduan kaum, keamanan tidak dapat diwujudkan kerana
rakyat akan bergaduh sesama sendiri sehingga menghancurkan keamanan sesebuah negara yang telah dibina itu.
Pertelingkahan yang berlaku antara rakyat hanya akan menghasilkan suasana hidup yang porak-peranda. Oleh hal
yang demikian, benarlah perpaduan kaum itu penting untuk meningkatkan keamanan negara.
Konklusinya, semua pihak harus berganding bahu dan tidak mengharapkan pihak kerajaan semata-mata
dalam mewujudkan perpaduan kaum. Janganlah kita bersikap evasif mahupun bagai enau dalam belukar
melepaskan pucuk masing-masing kerana perpaduan kaum itu hanya akan wujud apabila semua kaum
menjalankan obligasi masing-masing dengan sempurna dan bersikap bertolak ansur.

Kepentingan Perpaduan kaum 2


Dalam hal ini, perpaduan kaum amat penting untuk mengekalkan kestabilan politik. Kestabilan politik dalam setiap
jabatan amat perlu bagi menjamin keutuhan struktur pentadbiran Malaysia. Fungsi pentadbiran Negara pula perlu
dilaksanakan secara sistematik kerana banyak negara luar yang gemar berurusan dengan pemimpin Malaysia.
Impak positif yang berlaku ialah Negara Malaysia dapat melebarkan ruang lingkup jalinan persahabatan dan
perdagangan bagi mencakupi arena global. Umpamanya, kestabilan politik di Johor telah memberi keyakinan
kepada pelabur-pelabur asing untuk melabur di Malaysia bagi membangunkan Wilayah Pembangunan Iskandar
(WPI). Oleh itu, perpaduan kaum yang telah menyumbang ke arah kestabilan politik memberi pulangan yang
lumayan kepada Malaysia bak kata pepatah Melayu pucuk dicta, ulam mendatang kerana kedua-duanya
memberikan faedah kepada Malaysia.

Seperkara lagi, perpaduan kaum dapat menjamin Negara Malaysia. Amnya mengetahui bahawa Malaysia terdiri
daripada berbilang bangsa di mana majoriti rakyatnya terdiri daripada bangsa Melayu, Cina dan India yang
mempunyai pelbagai adat resam, agama dan kepercayaan sejak lima dekad yang lalu. Pemimpin-pemimpin yang
lalu seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock, Tun Sambathan serta ramai pemimpin berwibawa yang lain
telah berunding dan bertolak ansur untuk mencapai perpaduan demi sebuah negara yang tercinta. Kini, sudah
menjadi tanggungjawab kita untuk terus memelihara perpaduan yang telah kita warisi sejak zaman-berzaman lagi.
Melalui perpaduan dan keharmonian, Malaysia telah mengorak langkah serta melalui satu fasa perubahan yang
drastik sehingga kita standing dengan negara-negara maju yang lain dan dikagumi oleh seluruh pelusok dunia.
Tambahan pula, ada segelintir pemimpin dunia yang menjadikan Malaysia sebagai suri teladan untuk membentuk
perpaduan rakyat mereka seterusnya mencetuskan keharmonian negara,

Dalam nada yang sama, perpaduan kaum amat penting bagi merapatkan jurang perbezaan ekonomi pelbagai kaum
di Malaysia. Melalui penemuan satu formulasi ekonomi iaitu Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan oleh
Perdana Menteri Malaysia ke- 2, Allahyarham Tun Abdul Razak pada tahun 1970, beliau berjaya merungakai satu
masalah yang membelenggu rakyat Malaysia yang mana, pada masa itu satu kaum telah memusuhi kaum yang lain
dalam peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Impak positif daripada formulasi ini, wujud semangat bertolak-ansur dalam
kalangan rakyat dalam usaha membasmi kemiskinan. Tindakan ini juga jelas dapat dilihat apabila pihak kerajaan
sendiri berusaha meningkatkan taraf kehidupan golongan miskin melaui proses memodenkan kawasan luar bandar.
Intihanya, usaha merapatkan jurang ekonomi antara kaum amat penting dalam usaha memupuk perpaduan kaum.

Akhirulkalam, tanggungjawab menyemai benih perpaduan dalam diri setiap individu menjadi tugas rakyat Malaysia
bersama-sama. Moga-moga usaha yang telah dilakukan oleh pemimpin-pemimpin terdahulu dihargai oleh kita
dengan terus memupuk sikap bersatu-padu tanpa mengira latar belakang agama, bangsa, maupun budaya. Oleh itu
marilah sama-sama kita menghayati cogan kata bersatu teguh, bercerai roboh dalam usaha meningkatkan lagi
kesedaran kita tentang peri penting hidup bersatu-padu.

FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA PENGUKUHAN PERPADUAN KAUM 1


1.usaha Malaysia dalam menyatupadukan masyarakat berbilang kaum nescaya tidak membuahkan
hasilnya tanpa pegangan teguh konsep atau gagasan 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri
Sebenarnya, konsep 1Malaysia ini telah wujud semasa Perdana Menteri yang ke-6, yakni Datuk Seri
Najib Tun Razak mula memegang tampuk pemerintahan sebagai Perdana Menteri. Gagasan 1Malaysia
ini secara jelasnya mengutamakan keadilan dan kesaksamaan dalam perkongsian kekayaan dan
kemajuan negara tanpa mengira kaum dan agama, iaitu usaha mewujudkan satu bangsa Malaysia
berdasarkan pembentukan warganegara yang menganut pelbagai budaya dan agama, dan bukan
bercirikan integrasi bangsa dan agama. 2. Selain itu, rakyat diseru supaya sentiasa bertolak ansur untuk
mengelakkan pertelingkahan dan perselisihan faham. Sekolah yang merupakan alma mater telah
menyisipkan nilai-nilai murni dalam atma setiap pelajar. Sebagai contohnya, nilai toleransi, nilai hidup
bersama secara aman, nilai kasih sayang dan sebagainya. Dengan adanya nilai-nilai murni ini dalam diri,
pelajar sedar bahawa mereka sebenarnya merupakan satu bangsa walaupun berlainan kulit tetapi
matlamat untuk memperjuangkan nasib tanah air yang disayangi adalah sama. 3. kerajaan juga
mengambil inisiatif yang proaktif dengan menggalakkan rakyat saling mengambil berat dan mengunjungi
antara satu sama lain sejak di peringkat sekolah rendah lagi.

CABARAN UNTUK MENGEKALKAN PERPADUAN KAUM


1. usaha Malaysia dalam menyatupadukan masyarakat berbilang kaum nescaya tidak membuahkan
hasilnya tanpa pegangan teguh konsep atau gagasan 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana
Menteri
Sebenarnya, konsep 1Malaysia ini telah wujud semasa Perdana Menteri yang ke-6, yakni Datuk
Seri Najib Tun Razak mula memegang tampuk pemerintahan sebagai Perdana Menteri.
Gagasan 1Malaysia ini secara jelasnya mengutamakan keadilan dan kesaksamaan dalam
perkongsian kekayaan dan kemajuan negara tanpa mengira kaum dan agama, iaitu usaha
mewujudkan satu bangsa Malaysia berdasarkan pembentukan warganegara yang menganut
pelbagai budaya dan agama, dan bukan bercirikan integrasi bangsa dan agama.
2. Selain itu, rakyat diseru supaya sentiasa bertolak ansur untuk mengelakkan pertelingkahan
dan perselisihan faham.
Sekolah yang merupakan alma mater telah menyisipkan nilai-nilai murni dalam atma setiap
pelajar. Sebagai contohnya, nilai toleransi, nilai hidup bersama secara aman, nilai kasih sayang
dan sebagainya. Dengan adanya nilai-nilai murni ini dalam diri, pelajar sedar bahawa mereka
sebenarnya merupakan satu bangsa walaupun berlainan kulit tetapi matlamat untuk
memperjuangkan nasib tanah air yang disayangi adalah sama.
3. kerajaan juga mengambil inisiatif yang proaktif dengan menggalakkan rakyat saling
mengambil berat dan mengunjungi antara satu sama lain sejak di peringkat sekolah rendah lagi.
4. media massa juga memainkan peranan yang signifikan dalam usaha menyatupadukan
masyarakat berbilang kaum.
Mesej atau artikel yang berkaitan semangat perpaduan dan menggalakkan perpaduan telah
disampaikan melalui surat khabar, majalah, poster, internet dan sebagainya. Lebih-lebih lagi,
karya sastera seperti Seuntai Kata Untuk Dirasai, Dirgahayu Bahasaku dan sebagainya
daripada karya sasterawan negara yang tersohor, yakni A. Samad Said dan lain-lain lagi

LANGKAH UNTUK MENGEKAL DAN MEMANTAPKAN PERPADUAN KAUM

Perpaduan sangat penting kerana perpaduan akan menjadikan negara kita kukuh dan utuh,
Lantaran itu, sebagai negara yang berbilang kaum, kita perlu bersatu padu untuk
mempertahankan negara. Pepatah bersatu teguh, bercerai roboh dan berat sama dipikul,
ringan sama dijinjing hendaklah menjadi pegangan setiap generasi. Fenomena negara di
dunia yang telah dijajah atau dikalahkan oleh negara-negara lain akibat daripada tidak
bersatu padu hendaklah dijadikan iktibar. Pelbagai usaha yang drastik haruslah dilakukan
untuk memupuk perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia.
Salah satu prakarsa yang drastik untuk mengekalkan perpaduan kaum di Malaysia
adalah untuk merealisasikan hasrat bersatu padu dalam kalangan rakyat Malaysia dengan
pengenalan sekolah wawasan. Hal ini demikian kerana, melalui sekolah wawasan, pelajar
yang terdiri daripada variasi kaum akan belajar dan berinteraksi dengan bersama-sama.
Dengan ini, proses ini akan mengukuhkan perpaduan kaum dan dapat hidup dengan aman
dan harmoni bak kata pepatah bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
Akhirnya, Malaysia akan terus gah di mata dunia sebagai sebuah negara yang makmur lagi
harmoni.
Selain itu, aktiviti kemasyarakatan yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan dan bukan
kerajaan perlu diberi perhatian. Bagi memastikan perpaduan terus berkekalan,
Jawatankuasa Komuniti taman-taman perumahan boleh merancang dan melaksanakan
aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan taman. Sebagai contohnya, aktiviti ini bukan
sahaja menggalakkan ahli masyarakat menyingsing lengan membersihkan longkang,
mengutip sampah dan menanam pokok bunga malah memberi peluang kepada mereka
untuk bersemuka, bertegur sapa dan saling memahami hati budi antara satu sama lain.
Dengan ini, perpaduan kaum merupakan wadah penting kepada kesejahteraan masyarakat
sama ada pada peringkat global dan glokal akan dapat dimantapkan.
Seterusnya, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan telah mengadakan
sambutan secara meriah untuk meraikan perayaan kaum dan agama di negara. Sambutan
tersebut telah diadakan di peringkat kebangsaan dan melibatkan segenap lapisan
masyarakat. Sambutan ini yang dikenali sebagai Rumah Terbuka Malaysia yang diadakan di
beberapa lokasi utama di negara ini. Oleh hal yang demikian, perhimpunan perpaduan
seumpana ini bukan sahaja dapat memupuk perpaduan malah dikagumi oleh pelancong
asing seantareo pelosok dunia. Justifikasinya, Rumah Terbuka Malaysia yang diadakan
setiap tahun dapat mewujudkan keamanan dan kemakmuran rakyat untuk meneruskan
kehidupan di negara ini.
Akhirulkalam, kehidupan manusia bukanlah sekadar memerlukan angin, hujan, makan,
dan minum sahaja. Kehidupan kita akan terus bermakna jika kita bebas ke mana-mana
sahaja, bebas bekerja dan bebas mengemukakan pendapat. Lantaran itu, untuk mengecapi
kebebasan ini, perpaduan yang ada perlu dikekalkan dan terus dimantapkan. Dengan itu,

semua pihak haruslah bermuafakat untuk terus mengekalkan perpaduan negara kerana
membina perpaduan memakan masa puluhan tahun tetapi meranapkannya akan mengambil
masa sehari.

You might also like