You are on page 1of 15

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER MEI / 2015

HBHE 2103
PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT

NO. MATRIKULASI

: 670627125417001

NO. KAD PENGENALAN

: 670627 12 - 5417

NO. TELEFON

: 0198509100

E- MEL

: dismingirium67@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN

: Pusat Pembelajaran OUM


Cawangan Lahad Datu

ISI KANDUNGAN
Kandungan
Empat kupasan kes penyakit berjangkit di kalangan kanak-kanak di

Halaman
3 11

PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT]

HBHE2103

Malaysia.
Empat aktiviti yang boleh dijalankan oleh pihak sekolah bagi
menangani masalah kesihatan di peringkat sekolah.
Rujukan

11 - 14
15

Di zaman globalisasi ini, negara-negara membangun seperti Malaysia mulai


menunjukkan satu perubahan positif ke arah pembangunan ekonomi yang pesat dan maju
sejajar dengan negara maju seperti Amerika Syarikat mahupun Jepun. Namun menurut kajian
oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mendapati lima juta kanak-kanak dalam
kalangan bayi sehingga yang berumur 14 tahun meninggal dunia setiap tahun di negara2

PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT]

HBHE2103

negara membangun akibat penyakit-penyakit yang berkait dengan persekitaran mereka.


Antara penyakit-penyakit tersebut ialah jangkitan pada sistem pernafasan, cicirt birit, malaria
dan keracunan makanan.
Berdasarkan keratan akhbar secara online dalam laman sesawang Berita Harian yang
bertarikh 20 November 2011 dan KOSMO Online bertarikh 23 Julai 2015 penyebab kematian
bayi dan kanak-kanak di Malaysia adalah penyakit yang dikenali sebagai Pneumonia
(radang paru-paru). Penyakit Pneumonia atau pneumokokal ini adalah penyakit yang
menyerang system pernafasan kanak-kanak dan ibubapa kurang mengambil tahu akan kesan
penyakit ini terhadap kanak-kanak. Ada beberapa kes yang dikendalikan oleh seorang doctor
iaitu Dr. Yong Junina berkongs pengalamannya mengendalikan kes Pneumonia ini dan berasa
sangat terkejut akan sikap ibubapa yang menganggap simptom yang dialami oelh anak
mereka tidak berbahaya dan menunjukkan reaksi sambil lewa. Kebanyakan ibubapa yang
membawa anak-anak mereka ke klinik mahupun hospital kurang tahu akan penyakit ini dan
menganggapnya sebagai satu penyakit biasa dan ringan, oleh itu kanak-kanak yang mendapat
penyakit ini tidak mendapat rawatan awal dan mengakibatkan kematian. Terdapat kes kanakkanak telah mendapat rawatan awal dan hampir sembuh namun meninggal dunia selepas
ibubapa tetap menghantarnya ke tadika walaupun kanak-kanak tersebut sepatutnya diberikan
rehat mencukupi terlebih dahulu. Ia meragut lebih banyak nyawa kanak-kanak berbanding
penyakit AIDS, Malaria dan campak.
Penyakit Pneumonia atau Penumokokal ini berjangkit melalui sistem udara dan ia
dapat tersebar secara meluas. Ia tersebar melalui batuk atau bersin. Bakteria itu menyebabkan
jangkitan invasif termasuk bakteremia/sepsis iaitu jangkitan bakteria dalam darah, meningitis
(radang membran yang menyelaouti saraf tunjang dan otak). Pneumonia (radang paru-paru)
dan otiti media (jangkitan telinga tengah). Penyakit ini boleh tersebar dengan meluas pada
persekitaran yang kotor, lokasi terlalu sesak, tempat berhabuk, cuaca buruk, ketahanan sistem
imunisasi tubuh rendah dan disebarkan melalui individu yang telah dijangkiti. Pesakit yang
telah dikenalipasti dijangkiti penyakit pneumonia ini sepatutnya diasingkan atau dikuarantin
dari semua keadaan sehingga benar-benar sembuh.
Pneumonia atau Pneumokokal ini mempunyai banyak symptom antaranya demam
panas, abtuk berkahak atau tahap kanak, sakit dada, tiada selera makan, arasatidak sihat,
sering merengek(bayi dan kanak-kanak), pernafasan laju, susah bernafas, muntah dan cirit
birit. Setelah pesakit disahkan mendapat penyakit ini beberapa rawatan akan diberikan
kepada pesakit antaranya ialah bagi penghidap pneumonia yang disebabkan virus dan tidak
serius, doktor akan memberikan ubat pil antibiotik dan penghidap harus berehat dan minum
3

PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT]

HBHE2103

air secukupnya kerana sistem imunisasi badan akan memainkan peranan dalam badan semasa
rawatan. Jika penyakit yang dialami penghidap adalah serius, doctor akan memberikan
suntikan dan diminta untuk berehat secukupnya. Namun bagi kes yang lebih serius,
penghidap akan dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut serta bekalan
oksigen dan antibiotik. Penyakit Pneumonia ini adakalanya dibawa masuk oelh para
pelancong atau penduduk tempatan yang keluar melancong. Oleh itu, Kementerian Kesihatan
Malaysia menasihatkan agar sesiapa sahaja yang ingin keluar melancong atau yang pulang
dari melancong perlu mendapatkan vaksin seperti Pertussis (Tibi), vaksin Measles (Demam
Campak), vaksin Influenza atau vaksin Pneumococcal. Vaksin ini berupaya meningkatka
sistem imunisasi tubuh bagi mencegah sebarang jangkitan penyakit. Langkah-langkah
pencegahan yang perlu diambil tahu ialah mengekalkan amalan cara hidu sihat, amalam
menjaga kebersihan diri dan persekitaran serta bagi ibu yang baru melahirkan anak,
penyusuan susu ini secara berterusan adalah digalakan agar bayi mendapat susu ibu yang
mencukupi bagi sistem imunisasi yang baik. Bak kata pepatah Mencegah lebih baik dari
menggubati.
Seterusnya, penyakit kedua yang sering menyebabkan kematian di kalangan kanakkanak di Malasyia adalah penyakit cirit birit atau nama saintifiknya Diarrhoea. Penyakir
cirit birit ini merupakan penyakit yang sering dialami oleh setiap golongan masyarakat.
Walaupun ia dianggap penyakit yang ringan namun ia boleh membawa maut sekiranya tidak
diambil sebarang rawatan segera. Menurut artikel dalam arkib Utusan Online bertarikh 27
Julai 2014 menyatakan bahawa kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), terdapat 1.7
bilion kes penyakit cirit-birit setiap tahun di seluruh dunia dan ia meruakan penyakit kedua
tertinggi kematian kanak-kanak di bawah usia lima tahun. Di negara-nearag Asia Timur dan
Pasifik telah mencapai kejayaan besar mengurangkan kematian kanak-kanak dalam temph 20
tahun yang lalu. Jumlah keamtian di bawah lima tahun telah menurun daripada 2.2 juta pada
tahun 1990 kepada 700,00 pada tahun 2010. Pneumonia dan cirit birit menyumbang kepada
hamper satu pertiga daripada kematian tersebut dan kebanyakkannya berlaku dalam kalangan
kanak-kanak paling miskin. Di negara ini, insiden cirit birit akan berlaku paling tinggi dalam
golongan muda yang berusia 20 hinggan 29 tahun. Namun demikian pada tahun 2006 satu
kajian tempatan menunjukkan bahawa 4.9 peratus kematian kanak-kanak disebabkan oleh
penyakit cirit birit. Peratusan kematian tersebut menunjukkan bahawa penyakit cirit birit
merupakan salah satu penyakit yang boleh membawa maut di kalangan kanak-kanak di
Malaysia.

PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT]

HBHE2103

Cirit Birit atau Diarrhoea boleh berlaku disebabkan oleh virus atau bakteria yang
merebak melalui makanan atai air minuman yang tercemar akibat tahap kebersihan yang
rendah. Serangga atau haiwan seperti lalat dan tikus merupakan agen penyebar penyakit ini.
Jangkitan

agen

penyakit

seperti

bakteria

(Salmonella,

Shigella,

Vibrio,

E.Coli,

Staphylococcus, Basillus Sereus, Clostridium Perfinges, Vibrio Cholera, Virus Neterovirus,


Rotavirus, Norwalk, Protozoa(Ertamoeba Histolytica, Giardia Lamblia dan caing cambuk,
tau(kolera), demam kepialu (tifoid) membawa kepada penyakit cirit birit. Kuman-kuman
bukan sahaja merebak melaui air dan makanan tetapi juga melalui tangan, perkakas seperti
pinggan mangkuk serta cawan/gelas yang kita gunakan sehari-hari.
Pesakit yang dijangkiti virus atau bakteria berkenaan akan mengeluarkan toksin yang
menyebabkan usus merembeskan air kelebihan atau dikenali sebagai hiperekresi. Jumlah air
yag merembeskan adalah terlalu banyak sehingga ia tidak boleh diserap semula oleh usus
besar. Ini mengakibatkan pembuangan najis yang kerap dan berair. Cirit birit ialah
pembuangan najis berair secra kerap dan ia mengakibatkan seseorang kehilangan cecair yang
banyak daripada badan dengan kadar cepat lalu menyebabkan pesakit mengalami risiko
penyahhidratan. Penyahhidratan merupkan risiko yang paling tinggi bagi bayi dan kanakkanak lebih muda. Ada beberapa gejala yang ibubapa boleh pastikan bahawa bayi mereka
megalami masalah ini antaranya air kencing anak mereka kurang dan berwarna kuning ekat,
tiba-tiba kehilangan berat badan, kulit badan anak mengendir, nadi anak sama ada laju atau
lemah, mulut menjadi kering dan air mata kering. Sekiranya ia tidak dirawat segera ia boleh
membawa kepada kematian. Beberapa symptom cirit birit boleh dikenalpasti pada peringkat
awal antaranya, kerap membuang air besar dan sehari, najis berair dengan atau tanpa lendir,
mual-mual serta muntah-muntah, demam 38 darjah celsius, sakit atau kejang perut, kembung
perut dan hilang selera makan,
Jika kanak-kanak mengalami simptom-simptom ini beberapa adalah penting untuk
menjalankan rehidrasi iaitu menggantikan air mineral dalam badan yang hilang untuk
mencegah dehidrasi. Bagi seorang bayi, penyusuan ibu perlu diteruskan di samping
pemberian minum air garam rehidrasi (oral rehydration salt-ORS). Sekiranya bayi tidak
menyusu badan, teruskan memberi bayi makanan biasa dan minum air garam rehidrasi. Bayi
atau kanak-kanak yang mengalami cirit birit perlu diberikan fasa pemulihan apabila penyakit
tersebut beransur pulih seperti meneruskan pemberian ORS dan penyusuan susu ibu.
Mulakan pemberian makanan seperti biasa selepas 24 hingga 48 jam jika anak semakin pulih
walaupun keadan najis masih dalam bentuk cecair kerana ia akan mengambil masa sehingga
7 hari untuk kemabli seperti biasa. Sebarang ubat-ubatan perlu dielakkan kerana pemberian
5

PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT]

HBHE2103

ubat-ubatan adalah tidak selamat untuk bayi dan kanak-kanak. Ia juga turut menganggu
keupayaan badan untuk menghapukan jangkitan. Antibiotik jarang sekali diberikan kecuali
pesakit mendapat jangkitan bakteria usus yang serius namun ia jarang sekali berlaku.
Sebarang krim sapu seperti jeli petroleum dan zink oksida boleh membantu melegakan
kesakitan bahagian punggung bayi yang sakit. Namun sebagai langkah berjaga-jaga bagi
mencegah penyakit cirit birit ini beberapa aspek boleh diambil seperti memastikan air
minuman anak bersih dan dimasak. Ibubapa perlu memastikan aanak gunakan alatan yang
bersih untuk mengambil makanan dan minuman bukan sahaja di rumah tetapi juga di sekolah
terutamanya semasa makan di kantin sekolah. Ibubapa juga boleh memastikan botol bayi
disteril pada setiap hari menggunakan air panas. Kanak-kanak jangan dibiarkan mengambil
makanan yang mentah kerana ia akan menjejaskan sistem pencernaan mereka. Amalkan gaya
hidup sihat dengan mengalakkan kanak-kanak mencuci tangan sebelum dan selepas
menyedikan makanan, menggunakan tandas dan sebelum memegang makanan. Lampin abyi
yang telah digunakan perlulah dibuang secara betul dengan memasukkannya kedalam bekas
plastik dan membuangnya ke dalam tong sampah. Amalan hidup yang sihat menjamin
kesihatan yang baik.
Malaria merupakan penyakit yang berbahaya bukan sahaja kepada orang dewasa
namun kanak-kanak. Di Malaysia penyakit ini merupakan salah satu factor penyebab
kematian yang tinggi di kalangan kanak-kanak. Terdapat kes malaria yang dihidapi oleh
kanak-kanak bermula dengan demam panas dan ibubapa hanya membawa anak yang dihidapi
ke klinik swasta untuk mendapatkan rawatan. Ubat Panadol atau Paracetamol diberikan bagi
meredakan demam panas yang biasa namun sekiranya demam panas tersebut berlanjutan
setiap minggu mahupun bulan ibubapa perlu membawa anak mereka untuk ujian darah. Kes
malaria ini terjadi terhadap anak buah saya sendiri dimana ibubapanya tidak membuat
rawatan selanjutnya setelah mengetahui anak mereka sering demam panas dan mengigil
kesejukan dan pada satu peringkat kemuncak virus malaria ini menyerang imunisasi badan
secara menyeluruh sehingga ke otak dan tiada apa yang dapat dilakukan lagi melainkan redah
menerima kematian anak mereka sendiri. Peristiwa ini amat memilukan dan menjadi
pengajaran buat ibubapa tersebut dan diri saya sendiri. Malaria merupakan penyakit bawaan
nyamuk tiruk. Perkataan malaria berasal dari perkataan Itali mal-aria yang membawa maksud
udara yang teruk. Terdapat empat jenis parasit Plasmodium yang boleh menyebabkan malaria
antaranya Plasmodium Ovale, Plasmodium Malaria, Plasmodium vivax dan Plasmodium
falciparum. Plasmodium falciparum adalah parasite malaria yang paling merbahaya kerana ia
boleh menyebabkan malaria otak dan melalui mutasi, ia juga boleh menjadi kalis terhadap
6

PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT]

HBHE2103

ubat-ubatan malaria yang sedia ada. Kes malaria yang disebabkan oleh parasit Plasmodium
falciparum ini merupakan 95% kematian akibat malaria. Menurut arkib keratan akhbar
Utusan Online bertarikh 18 Mei 2015 parasit satu sel dari sepsis Plasmodium merupakan
mikro organisma yang bertanggungjawab menyebabkan malaria. Nyamuk Anopheles betina
atau nyamuk tiruk betina adalah vector penyumbang penyebaran penyakit malaria
terutamanya di kawasan luar bandar. Nyamuk ini memerlukan sel-sel darah merah yang kaya
dengan protein da haemoglobin untuk bertelur. Nyamuk tiruk betina ini akan menghisap
darah mangsa dan pada masa yang sama parasite Plasmodium yang berada di kilang air liur
nyamuk itu akan memasuki darah mangsa sebelum bergerak ke sel-sel hati untuk berkembang
dan membiak. Setelah satu dua minggu kemudian tanda-tanda penyakit malaria mulai
kelihatan. Sumber dari Pertubhan Kesihatan Sedunia (WHO) menegaskan bahawa malaria
masih lagi menjadi masalah endemic kepada 109 negara di dunia terutamanya di negaranegara benua Afrika, Asia dan Amerika Latin. Sekiranya dilihat, negara negara dibenua yang
dinyatakan merupakan negara yang mempunyai cuaca panas.
Di Malaysia, malaria yang secara umumnya terkawal dan hampir berjaya dihapuskan
dilihat kembali meningkat dalam tempoh yang terdekat di kawasan tertentu. Ini disebabkan
kebanjiran warga asing yang datang secara sah mahupun tidak sah. Pendatang tanpa izin yang
masuk secara haram tanpa ada pemeriksaan kesihatan adalah salah satu faktor penyakit
malaria ini kembali meningkat. Hal ini terbukti dari kenayatan mantan Menteri Kesihatan
Datuk Seri Dr, Chua Soi Lek yang menyatakan hamper empat peratus atau leboh 45,000 dari
1.3 juta pekerja asing yang diperiksa pada tahun 2007 mempunyai penyakit berjangkit yang
melibatkan beberapa penyakit kritikal seperti HIV/AIDS, hepatitis B, Siflis, tibi, kusta dan
malaria. Penyakit malaria ini berjangkit apabila nyamuk tiruk menyebarkannya melalui
hisapan darah dari seorang yang dijangkiti kepada individu lain yang berdekatan.
Seseorang yang dijangkiti malaria akan menunjukkan beberapa tanda iaitu demam
panas, mengeletar, sakit sendi, kekejangan dan anemia, berpeluh, berasa sejuk dan panas
secara bergilir-gilir merupakan symptom klasik malaria. Kekurangan darah(anemia) dapat
menyebabkan kerosakan otak secara langsung dan pesakit boleh berada dalam keadaan koma.
Dalam kes malaria yang teruk, pesakit mungkin akan mengalami neurogical damage yang
kekal. Penyakit ini juga boleh menyebabkan sakit kepala yang melampau, limpa dan hati
membengkak serta mengakibatkan kegagalan ginjal. Malaria yang teruk dapat mengakibatkan
kematian dalam masa yang singkat. Seorang kanak-kanak yang sihat hari ini mungkin
meninggal dunia pada keesokan harinya, namun demikianlah penyakit malaria menyerang
manusia secara senyap dan mengakibatkan kematian. Rawatan yang boleh diberikan kepada
7

PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT]

HBHE2103

pesakit yang menghidapi malaria adalah seperti menerima ubat antimalarial yang boleh
diperolehi di hospital atau klinik. Ubat-ubatan yang biasa digunakan adalah seperti
chloroquine, quinine dan primaquine. Regim ubat bergantung keapda usia dan tempat di
mana pesakit mendapat jangkitan penyakit parasit malaria. Dalam beberapa kes yang teruk
yang melibatkan komplikasi pada otak dan buah pinggang, rawatan di unit rawatan rapi
(ICU) diberikan kepada pesakit terbabit. Pesakit yang mendapat jangkitan parasite falciparum
perlu rawatan kecemasan dan mendapatkan ubat chloroquine iaitu ubat yang biasa digunakan.
Bagi kes malaria yang kebal ubat chloroquine, Quindinen atau quinine atau gabungan
pyrimethamine dan sulfadoxine diberikan kepada pesakit. Parasit malaria ini mampu
menyorok di dalam sel darah merah dan sel hati dan ia agak sukar untuk mengesannya
mahupun membunuhnya. Parasit malaria akan kekal di dalam badan dan menjadi lemah dan
tidak aktif namun ia akan aktif semula sekiranya ada bekas gigitan nyamuk Anopheles yang
membawa parasit ini. Sebelum nyamuk Anopheles ini menjangkiti individu lain langkah
pencegahan perlu diambil tindakan. Nyamuk Anopheles lebih suka bertelur dalam air bersih
yang terdedah dan boleh membiak di air masin mahupun air kotor. Takungan air terutamanya
selepas banjir perlulah dielakkan. Bersihkan takungan air seminggu sekali dan bubuh racun
nyamuk agar telur tidak boleh membiak. Penggunaan kelambu lebih disarankan semasa tidur
bagi mengelak nyamuk mengigit mangsa. Penggunaan racun serangga juga dapat mengawal
nyamuk dari membiak. Kawasan rumah juga perlu dalam keadaan bersih dan jangan
membiarkan semak samun menebal di kawasan halaman rumah kerana ia juga faktor
pembiakan nyamuk di kawasan yang redup. Bak kata pepatah Beringat sebelum kena.
Keracunan makanan adalah antara masalah kesihatan yang sangat biasa kita dengar di
kaca televisyen, radio mahupun akhbar. Kanak-kanak di seluruh dunia sering berisiko tinggi
untuk menghadapi masalah kesihatan yang melibatkan pengambilan makanan dan minuman
yang kurang bersih kerana terdedah dengan aktiviti harian seperti di sekolah mahupun di luar
rumah. Perkara yang sama turut dihadapi oleh kanak-kanak di Malaysia. Masalah keracunan
makanan ini juga merupakan salah satu penyebab peratus kematian di kalangan kanak-kanak
di Malaysia meningkatkan. Pada kebiasaannya masalah keracunan makanan ini dianggap
suatu perkara biasa oleh segolongan masyarakat namun jika tiada rawatan awal diambil oleh
ibubapa maka akhirnya ia boleh membawa maut. Masalah keracunan makanan ini berlaku
oleh beberapa factor antaranya faktor pencemaran bakteria dalam buah epal yang hangat
diperkatakan baru baru ini. Berdasarkan keratan akhbar dari Metro Ahad yang bertarikh 1
Februari 2015, muka surat 28 jelas menerangkan secara terperinci bakteria listeriosis pada
epal jenis Granny Smith dan Gala menggemparkan negara apabila bakteria itu boleh
8

PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT]

HBHE2103

menyebabkan kematian mengejut. Oleh yang demikian, Kementerian Kesihatan Malaysia


telah mengarahkan pengimport buah epal berkenaan untuk menarik balik nuah epal tersebut
serta merta dari pasaran tempatan. Bakteria Listerosis ialah keracunan makanan yang
disebabkan oleh bakteria listeria monocytogenes setelah makan makanan yang tercemar
dengan mikroorganisma itu. Biasanya jenis bakteria ini wujud dalam air dan tanah serta boleh
mencemarkan pelbagai jenis makanan yang berlainan dan bukan sahaja buah epal sematamata. Listerosis adalah penyakit yang membawa maut namun jika dikesan pada peringkat
awal ia boleh dirawat dan disembuhkan. Antara simptom jangkitan listeria ialah demam kuat,
sakit kepala, kejang leher, sakit sendi dan loya. Wanita mengandung, warga emas, kanakkanak dan mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah tergolong menghidap penyakit
ini..
Keracunan makanan juga boleh berlaku disebabkan oleh fenomena laut merah yang
banyak berlaku di perairan Sabah. Menurut laporan kesihatan pada 1 Januari 2013 terdapat
beberapa kes yang telah berlaku selepas mangsa yang terbabit memakan kerang yang dikutip
di perairan di Sepanggar Sabah. Rentetan daripada masalah keracunan tersebut Pensyarah
Kanan Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan,
Universiti Putra Malaysia, Dr. Saliza Mohd Elias menyatakan keracunan makanan laut
terbahagi kepada dua kategori iaitu keracunan pertama yang disebabkan ejen jangkitan
termasuk virus, bakteria dan parasite. Punca kedua, disebabkan oleh ejen toksin (racun) yang
terhasil secara semulajadi dalam makanan laut seperti ciguatera dan scombroid atau berlaku
akibat pencemar kimia daripada bahan buangan industry seperti logam berat, dioksin dan
pestisid. Punca keracunan makanan tersebut boleh berlaku keranan penyediaan makanan laut
yang tidak bersih dan tidak dimasak secara sempurna. Kanak-kanak, warga tua dan individu
yang mempunyai daya tahan badan yang rendah atau lemah berisiko tinggi mengalami
keracunan makanan dan tandanya bergantung kepada jenis dan kuantiti yang diambil. Antara
gejala-gejala keracunan makanan yang sering berlaku adalah gastroenteritis iaitu seperti loya,
mual,muntah, cirit-birit dan sakit perut. Selain itu, pengeluaran najis luar biasa, cair dan kerap
turut menyebabkan tubuh kehilangan cecair dan elektrolit. Jika berlaku jangkitan sistem
gastro-usus makan pelbagai gejala akan timbul bermula dan jika masalah ini berlarutan ia
boleh membawa kepada kematian. Kaedah rawatan keracunan akan diberikan kepada mangsa
bergantung kepada kategori penyakit yang dihadapi oleh mangsa. Ini keranan pesakit perlu
menjalani rawatan sehingga tanda keracunan makanan laut menunjukkan berkurang dan
peningkatan pada tahap yang kesihatan. Fenomena laut merah ini adakalanya bermusim dan

PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT]

HBHE2103

berlaku akibat tumpahan minyak di laut mahupun toksin yang dibuang di dalam sungai dan
mencemari kehidupan laut di perairan Sabah khususnya.
Selain itu, salah satu faktor utama masalah keracunan makanan yang berlaku di
kalangan kanak-kanak adalah disebabkan pengambilan makanan yang tercemar atau tidak
disediakan dengan sempurna.Sebagai ibubapa yang prihatin akan pemakanan kanak-kanak,
pengambilan makanan yang bersih amatlah disyorkan dan mendidik anak-anak untuk tidak
membeli makanan yang dijual di tepi jalan mahupun warung yang kurang bersih.
Kecenderungan seseorang kanak-kanak untuk mendapat keracunan makanan adalah
bergantung kepada umur dan sistem daya tahan badan mereka. Selain itu, jumlah bakteria
yang terkandung dalam makanan tercemar yang diambil itu turut diambil kira. Lazimnya,
keracunan makanan boleh dikesan selepas 2 hingga 72 jam selepas mengambil makanan atau
minuman yang tercemar. Beberapa tanda atau gejala akan dihadapi oleh seorang kanak-kanak
yang keracuanan makanan iaitu; bibir kering, tidak air mata semasa menangis, kurang selera
makan, kurang membuang air kecil, mata cengkung, mengantuk, cepat marah. Makanan yang
berisiko tinggi mendapat keracuanan makanan adalah makanan yang tidak tahan lama atau
cepat rosak kerana menggalakkan pembiakan bakteria yang berbahaya seperti makanan
berdaging, susu, krim dan semua makanan hasil tenusu, masakan mengandungi telur,
makanan laut dan salad. Makanan yang terdedah dengan persekitaran yang kotor khususnya
makanan yang dihinggapi serangga seperti lalat dan lipas serta haiwan seperti tikus juga
menyumbang kepada masalah keracunan makanan yang serius. Bakteria yang biasa dikaitkan
dengan keracunan makanan ini adalah Salmonella, Clostridium, Perfringes, Camphylobactor,
Staphylococcus aureus, Listeria monocytogenes dan Bacillus cereus. Bagi menngelakkan
daripada kanak-kanak mahupun orang dewasa dari mendapat keracunan makanan beberapa
langkah boleh diambil iaitu; jangan membeli makanan yang terdedah, membasuh makanan
sebelum menyediakan makanan, membasuh semua peralatan serta bahan mentah dengan air
yang bersih, elakkan meninggalkan makanan yang tidak habis dalam suhu bilik lebih
daripada 2 jam dan ada baiknya makanan tersebut disimpan di dalam peti ais kerana bakteria
akan lemah pada suhu yang sejuk dan tidak membiak, jauhkan haiwan peliharaan daripada
mendekati makanan yang disediakan, mencuci bersih buah-buahan dan sayur-sayuran
sebelum dimakan atau dimasak dan mencuci bahan menath seperti ikan atau daging dengan
segera selepas dibeli bagi mengelak dari pencemaran serta jangan makan telur mentah.
Penjagaan kesihatan di kalangan kanak-kanak amatlah dititikberatkan dan perlu diambil berat
oleh ibubapa.

10

PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT]

HBHE2103

AKTIVITI YANG BOLEH DIJALANKAN OLEH PIHAK SEKOLAH BAGI


MENANGANI MASALAH INI.
Setelah beberapa kes penyakit yang sering dihadapi oleh golongan kanak-kanak di
Malaysia dibincangkan secara terperinci beberapa aktivti yang boleh dijalankan oelh pihak
sekolah bagi menangani masalah tersebut dari terus berlaku dan membawa maut kepada
kanak-kanak. Antaranya;
Ceramah Kesihatan. Ceramah kesihatan ini boleh dilaksanakan untuk semua golongan
masyarakat khususnya golongan kanak-kanak di peringkat sekolah rendah mahupun sekolah
menengah. Ini kerana ceramah kesihatan akan dapat membantu guru-guru terutamanya guru
Pendidikan Kesihatan untuk menyampaikan maklumat penting tentang kepentingan menjaga
kesihatan di kalangan para pelajar. Ceramah Kesihatan yang akan disampaikan adalah
berdasarkan tahap pemikiran pembelajaran pelajar agar mereka mudah untuk memahami
intipati ceramah tersebut. Ceramah kesihatan yang dicadangkan adalah seperti ceramah
tentang pengurusan diri secara bijak yang melibatkan beberapa aspek penting iaitu tentang
pengurusan kesihatan diri, pengurusan kebersihan diri, pengurusan kebersihan pakaian diri,
pengurusan tahap kesihatan diri dan pengurusan pemakanan yang sihat. Ceramah Kesihatan
tersebut boleh disampaikan secara berperingkat-peringkat dan melibatkan semua pelajar di
sekolah. Guru besar dan guru-guru yang bertanggungjawab menguruskan aktiviti ceramah
kesihatan ini boleh menjemput penceramah-penceramah dari jabatan lain seperti Jabatan
Kesihatan dan pesakit luar dan hospital. Penceramah penceramah dari jabatan ini akan
memberikan bantuan penceramah secara percuma demi menyampaikan ceramah kesihatan
kepada semua golongan masyarakat termasuk pelajar sekolah dan bagi membantu para
pelajar dalam menjaga kebersihan dan kesihatan diri mereka sehari-hari. Dalam aktiviti
ceramah tersebut juga beberapa aktivti sampingan boleh dilakukan bagi mengetahui sejauh
mana pemahaman mereka tentang ceramah yang disampaikan. Antaranya; aktiviti soal-jawab,
aktiviti menjawab soalan kuiz dalam berkumpulan, aktiviti sumbangsaran dan aktiviti
perbincangan kumpulan dan menjalankan pembentangan secara berkumpulan.
Selain itu, aktiviti lawatan ke pusat kesihatan atau hospital merupakan satu aktiviti
yang boleh dirancang di peringkat sekolah. Aktiviti lawatan ini bertujuan untuk memberikan
gambaran secara jelas dan nyata tentang risiko yang akan para pelajar hadapi sekiranya tidak
menjaga kesihatan dan kebersihan diri. Sebagai guru Pendidikan Kesihatan, guru perlu sedia
maklum akan masalah kesihatan yang berlaku di peringkat sekolah kerana masyarakat
sekeliling kurang mendapat sebarang makluman tentang kesihatan dan kebersihan di
11

PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT]

HBHE2103

kalangan pelajar melainkan guru-guru di sekolah. Sekiranya berlaku sebarang masalah


kesihatan seperti masalah keracunan makanan, satu lawatan amal melawat rakan-rakan
mereka yang menjadi mangsa keracunan makanan di wad hospital diadakan bagi memberi
gambaran jelas tentang kesan yang berlaku sekiranya seseorang menghadapi masalah
keracunan makanan tersebut. Melalui lawatan seperti ini, pihak sekolah bukan sahaja dapat
mengeratkan silaturahim dengan pihak ibubapa pesakit tetapi juga menanamkan sikap
sayangkan rakan sebaya yang menghadapi masalah kesihatan. Di samping itu juga ia dapat
menyedarkan para pelajar akan kepentingan menjaga kesihatan mereka. Lawatan seperti ini
sememangnya satu aktiviti yang baik namun perlu pengawasan yang rapi agar para pelajar
tidak membuat sebarang perkara yang kurang baik semasa lawatan. Aktiviti lawatan ini juga
perlu dijalankan secara berperingkat agar tidak menjadi beban kepada pentadbiran sekolah
untuk mengawal sejumlah besar pelajar di sekolah tersebut.
Aktiviti gotong royong perdana boleh dijalankan sekerap yang boleh bagi
memgelakkan pembiakan nyamuk aedes mahupun nyamuk tiruk di perkarangan sekolah.
Adakalanya, kesibukan yang dihadapi oleh para guru dan pelajar dalam menjalankan pelbagai
aktiviti kurikulum dan kokurikulum di peringkat sekolah melalaikan tanggungjawab warga
sekolah tentang kebersihan dan kesihatan yang sepatutnya diambil berat. Sikap sentiasa
beringat akan kepentingan menjaga kebersihan kawasan sekolah perlu ditingkatkan dan
bukannya menunggu sehingga satu kes kesihatan berlaku secara tiba-tiba. Semua sekolah
inginkan keindahan sekolah di dalam taman kerana ia dapat menceriakan lagi suasana
persekitaran sekolah dengan adanya pokok-pokon rending, pohon-pohon renek, bungabungaan dengan lanskap yng menarik. Namun pihak sekolah perlu sedar akan risiko
pembiakan nyamuk secara berleluasa sekiranya terdapat kawasan pembiakan nyamuk seperti
tempat pembakaran sampah, tin-tin kosong atau pasu pasu bunga yang berisi dengan air hujan
dan terselindung di sebalik pohon pohon renek di kawasan sekolah, kawasan semak samun di
kawasan berhampiran pagar belakang kawasan sekolah dan di mana mana saja. Dengan
adanya aktiviti gotong royong perdana yang melibatkan seluruh warga sekolah dan
masyarakat sekeliling yang terdiri daripada ibubapa pelajar, ia dapat menjalinkan hubungan
silaturahim di antara guru, pelajar dan ibubapa pada tahap maksimum dan seterusnya
memberi satu manfaat kepada semua lapisan masyarakat dalam menjaga kebersihan sesebuah
sekolah. Pihak ibubapa dan pihak sekolah dapat berganding bahu membersihkan kawasan
sekolah agar sentiasa dalam keadaan bersih dan selamat untuk digunakan. Aktiviti gotong
royong ini sudah menjadi amalan turun temurun sejak nenek moyang kita lagi, oleh itu
12

PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT]

HBHE2103

generasi pada masa kini perlu meneruskannya kerana ia bukan sahaja membantu pihak
sekolah dalam menjaga kebersihan sekolah tetapi juga ia dapat menanamkan sikap perpaduan
di kalangan masyarakat yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama.
Seterusnya, dalam menangani masalah kesihatan pelajar, pihak sekolah boleh
menganjurkan Kempen Hidup Sihat. Dalam kempen ini, pihak sekolah akan menrancang
beberapa aktiviti dengan bantuan jabatan kesihatan dalam memberikan suntikan vaksin
percuma kepada semua pelajar sekolah yang belum menerima beberapa vaksin yang
sememangnya perlu diterima oleh setiap pelajar. Jabatan kesihatan akan meneliti dan
menyoal para pelajar tentang kesihatan mereka serta memberikan vaksin percuma kepada
mereka. Kementerian Kesihatan Malasyia

mengesyorkan vaksin kanak-kanak untuk 11

penyakit berjangkit. Antara vaksin yang perlu diterima oleh para pelajar adalah sepeti vaksin
campak, vaksin rubela(bagi pelajar perempuan), vaksin pneumonia (bagi penyakit radang
paru-paru), vaksin BCG, vaksin Difteria, vaksin influenza haemophilus jenis B, vaksin bagi
penyakit beguk, vaksin polio, vaksin tetanus, vaksin batuk kokol (pertusis) dan vaksin
papillomavirus manusia. Terdapat segolongan pelajar yang belum menerima vaksin-vaksin
ini dan perkara ini biasanya terjadi di sekolah luar bandar mahupun di kawasan pedalaman.
Ini kerana ibubapa pelajar yang kurang arif dengan suntikan vaksin ini atau pun tidak tahu
tentang kewujudan suntikan vaksin percuma kepada para pelajar warganegara Malaysia.
Sememangnya pelajar yang berstatus warganegara layak menuntut vaksin percuma ini
kecuali para pelajar yang bukan warganegara yang perlu membayar sejumlah bayaran bagi
mendapatkan suntikan tersebut. Dengan mengadakan kempen seperti ini ia dapat
menyedarkan para pelajar dan para ibubapa tentang pentingnya suntikan vaksin ini bagi
mengelakkan sebarang penyakit berjangkit yang membawa maut menjangkiti pelajar dan
walaupun dijangkiti tanpa diduga imunisasi daya tahan penyakit pelajar masih kuat dan
mampu melawan penyakit yang dihadapi dan mempunyai peluang untuk sembuh. Dalam
kempen ini juga pihak sekolah dan jabatan kesihatan boleh membuat pameran kesihatan
tentang penyakit-penyakit berbahaya yang sering menyerang para pelajar yang kurang
mengamalkan kebersihan dan kesihatan diri. Melalui aktiviti pameran ini, para pelajar dapat
melihat dan membaca sendiri info tentang punca penyakit berjangkit, gejala gejala sesuatu
penyakit, langkah-langkah rawatan dan langkah-langkah pencegahan yang perlu diambil
berat.
Gaya hidup siat merupakan suatu amalan kehidupan yang membina dimana ia dapat
menbawa kesan yang positif kepada seseorang individu, institusi keluarga, warga sekolah dan
13

PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT]

HBHE2103

juga masyarakat. Gaya hidup sihat merupakan salah satu aspke yang penting dalam menjaga
tahap kesihatan seseorang. Ke semua amalan gaya hidup yang positif ini membawa kepada
banyak manfaat dan kebahagiaan kepada kehidupan kita. Kesimpulannya, amalam gaya
hidup sihat amat penting kepada semua lapisna masyarakat khususnya kanak-kanak untuk
menikamti tahap kesihatan yang baik sert optimum. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab
kita untuk mempunyai kesedaran bagi menggiatkan lagi mutu penjagaan kesihatan.

4325 patah perkataan.

RUJUKAN
http://www.rbm.who.int/worldmalariaday/

14

PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT]

HBHE2103

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=1125&pub=Kosmo&sec
=Pesona&pg=ps_01.htm#ixzz3ghi0cSSS
https://www.webmedcentral.com/article_view/2697
http://www.rbm.who.int/worldmalariaday/
http://www.bharian.com.my/
http://www.kosmo.com.my/

15

You might also like