You are on page 1of 22

Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Sri Gading

Jastifikasi pemilihan institusi


Jabatan kemajuan masyarakat (KEMAS) daerah sri gading adalah berdekatan dengan
Universiti Tun Hussein Onn. Ia terletak kira-kira 5 kilometer daripada pekan Parit Raja Johor.
Pusat ini merupakan pusat kegiatan masyarakat yang mengawal daripada Daerah Batu Pahat
sehingga Daerah Sri Gading. Bangunan Pusat Kegiatan Kemas (PKM) Kemas Sri Gading,
dibina sekitar tahun 1996 dan tertangguh ketika kegawatan ekonomi dan akhirnya siap pada
tahun 2000. Insan yang bertanggung jawab menggerakkan kewujudan bangunan ini adalah
Puan Hajah Maimunah bte Samsi mantan Penyelia KEMAS Kawasan Parit Raja dengan
permohonannya disokong oleh Allahyarham Tuan Haji Yassin bin Kamari bekas Ahli
Parlimen Sri Gading pada ketika itu dan merupakan Timbalan Menteri Pembangunan Luar
Bandar (1990-1994). Sebelum itu, pejabat KEMAS Sri Gading berada di Pusat Komuniti
KEMAS di Jalan Kenangan Dato Onn, Batu Pahat. Setelah bangunan ini siap dibina segala
aktiviti KEMAS Parlimen Sri Gading dijalankan, digerakkan dan dilaksanakan mengikut
kehendak, keperluan dan keupayaan masyarakat di Parlimen Sri Gading.

Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Sri Gading

Latar Belakang Tokoh atau


Pemimpin Sekolah
En. Wira Sateria bin Kamari, beliau belajar di tadika kemas dan bersekolah di Sekolah
Kebangsaan Pintas Jaya dari darjah 1 hingga darjah 6. Kemudiaannya menyambung pelajaran
di Sekolah Menengah Kebangsaan Parit Raja Hassan, sekarang ini dikenali sebagai Sekolah
Menengah Kebangsaan Sri Gading. Seterusnya melanjutkan pelajaran beliau ke peringkat
diploma di Politeknik Shah Alam dalam kos DKA (Diploma Kejuruteraan Awam). Semasa di
peringkat diploma beliau pernah membuat praktikal di kilang air trin. Kilang tersebut
merupakan kilang yang aktif yang menyumbang kepada pencemaran alam sekitar. Setelah
tamat pelajaran syarikat kilang yang beliau pernah buat praktikal yang dahulunya telah
memanggil beliau untuk bekerja di situ. Beliau bermula bekerja di situ pada tahun 2002
hingga tahun 2009. Selepas itu, beliau mendapat pekerjaan di kemas dan sampai sehingga
sekarang beliau masih berkhidmat. Semasa beliau bekerja di kilang tersebut beliau lebih
mendekatkan diri beliau dengan aktiviti social (berjumpa dengan orang ramai). Selain
daripada RND (segala penghasilan produk produk baru perlulah membuat promosi produk
tersebut kepada pelanggan). Kini beliau bekerja di kemas, beliau sentiasa berjumpa dengan
orang ramai ini membuatkan beliau berasa gembira dalam pekerjaan beliau sekarang. Dengan
pekerjaan beliau ini beliau dapat kongsikan ilmu yang beliau ada kerana ilmu yang beliau ada
ini tidak terhad berbanding dengan pekerjaan beliau sebelum ini iaitu semasa beliau bekerja
di kilang tersebut beliau merasakan ilmu yang beliau ada adalah terhad kerana beliau hanya
berjumpa dengan orang tertentu sahaja seperti pelanggan dan unit RND sahaja untuk
membuat perbincangan. Semasa berkhidmat di kemas beliau dilantik sebagai Juruteknik
komuniti luar Bandar ini merupakan satu peluang bagi beliau untuk maju ke hadapan. Beliau
pernah beberapa kali dipanggil untuk menjadi fasilitator pelatih krusus melibatkan kejora,
kemas dan kementerian kesihatan untuk melatih dari segi hikmat komuniti, pemikiran atau
motivasi. Perserta beliau biasanya ialah penduduk kampung yang terdiri daripada kalangan
jawatankuasa kampung, pelajar sekolah menengah, belia, staf kementeriaan kesihatan yang
terdiri daripada pelbagai pangkat. Bagi kementerian kesihatan krususnya lebih tertumpu
kepada team building. Bagi pelajar sekolah atau remaja pula ianya lebih tertumpu kepada
aspek pengurusan sahsiah. Disamping anjuran program motivasi pelbagai aktiviti diadakan
biasanya program tersebut mengambil masa 3 hari 2 malam. Beliau dan rakan jurulatih beliau
seramai 6 orang yang terdiri daripada kejora dan NGO. Kebiasaannya, jabatan tersebut yang
2

Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Sri Gading


akan memanggil beliau. Pada masa yang sama beliau akan mempromosikan team beliau iaitu
team JDT (Jalinan Dakwah dan Tarbiah). Selepas kem atau pun kursus tersebut mereka masih
tetap menjalin hubungan yang erat dalam perpaduan. Beliau mula masuk kemas bermula
dengan jawatan sebagai penyelia pembanggunan desa dan perhubungan pada tahun 2006.
Pada tahun 2013 beliau dilantik sebagai penolong kanan kemas kerana menggantikan
penolong kanan kemas yang sebelumnya telah meniggal dunia disebabkan sakit, jadilah
beliaulah yang menggantikan jawatan tersebut sampai sehingga sekarang.

Latar Belakang Institusi


3

Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Sri Gading

Jabatan

Kemajuan

Masyarakat

atau

lebih

sinonim

dikalangan

khalayak

umum

sebagai KEMAS adalah lanjutan dari Bahagian Pelajaran Dewasa yang telah ditubuhkan pada
1961, melalui kertas kabinet Bil.385/25/60 dengan memberi fokus utama kepada program
"Pembasmian Buta Huruf".Menjelang tahun 1977, gerakan membasmi buta huruf ini telah
dipertingkatkan dengan pengenalan konsep 'Functional Literacy' oleh UNESCO sebagai satu
usaha untuk menjadikan gerakan membasmi kemiskinan sebagai salah satu strategi
membangunkan masyarakat luar bandar. Berikutan pelancaran "Dasar Ekonomi Baru"
(1970), Bahagian ini telah ditukar namanya kepada "Bahagian Kemajuan Masyarakat"
(KEMAS) dengan penekanan kepada usaha-usaha pembangunan masyarakat dalam erti kata
sebenar.KEMAS, Jabatan Kemajuan Masyarakat dikenali dengan nama (KEMAS) yang
merupakan singkatan daripada Kemajuan Masyarakat'. KEMAS pada asalnya dikenali
dengan nama Bahagian Pelajaran Dewasa. Ia ditubuhkan secara rasmi oleh YAB Tun Abdul
Razak Bin Hussien pada tahun 1961 melalui satu majlis yang diadakan di Rumah
Persekutuan. Rasional penubuhan Bahagian Pelajaran Dewasa pada waktu tersebut
diwujudkan setelah negara mencapai Kemerdekaan pada 1957 di mana satu bancian yang
telah dilakukan pada tahun yang sama dan didapati seramai 1,868,948 orang dewasa dan
2,379,213 orang kanak-kanak yang berumur antara 10 hingga 14 tahun tidak tahu membaca
dan menulis. Dapatan kajian ini dilihat menjadi penghalang utama untuk kerajaan
melaksanakan agenda pembangunan negara. Pada tahun 1958, Persidangan Pembangunan
Masyarakat Kedua telah diadakan di Kuala Lumpur dan ia merupakan lanjutan dari
Persidangan Pembangunan Masyarakat Pertama yang telah diadakan pada tahun 1953 di
Taiping. Hasil daripada persidangan tersebut, satu perakuan oleh Jawatankuasa Khas
Pelajaran Dewasa yang bermesyuarat pada 3hb Ogos 1960 telah dibincangkan di peringkat
kabinet pada tahun yang sama melalui Kertas Kabinet Bil. 385/25/60. Fokus perbincangan
kertas kabinet tersebut adalah memberi keutamaan terhadap pelajaran asas kepada rakyat
yang buta huruf melalui Rancangan Pelajaran Dewasa sehinggalah satu kelulusan telah
dikeluarkan untuk menubuhkan Bahagian Pelajaran Dewasa dan diletakkan di bawah
Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar. Kerajaan berpendapat bahawa
4

Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Sri Gading


pendidikan literasi mempunyai hubungan yang rapat dengan gerakan pembangunan
masyarakat. Berdasarkan dua dasar dan strategi perlaksanaan utama Pelajaran Dewasa yang
digariskan melalui Kertas Kabinet Bil. 2/54/61, (iaitu membasmi buta huruf di kalangan
penduduk luar bandar dan memberi pengetahuan membaca dan menulis rumi kepada bukan
Melayu). Gerakan membasmi buta huruf telah diperkenalkan berdasarkan 3 peringkat utama
seperti yang telah dirancang oleh YAB Tun Abdul Razak Bin Hussien (pengumuman beliau
ketika pelancaran Hari Kenal Huruf Sedunia pada tahun 1968). Gerakan Pembasmian Buta
Huruf telah dilaksanakan selama 15 tahun. Seterusnya, berdasarkan Kelas Asas Membaca dan
Menulis, pelbagai kelas-kelas lain turut diwujudkan termasuk Kelas Bahasa Kebangsaan serta
Kelas Bahasa Rumi (KBK/KBR). Hasilnya seramai 500,000 orang pelajar telah mendapat
faedah dari program-program ini setiap tahun. Memandangkan keperluan permintaan yang
kian meningkat setiap tahun, program pengambilan guru turut diadakan secara besar-besaran
dan ini secara tidak langsung mewujudkan peluang pekerjaan yang luas terutamanya kepada
golongan yang boleh membaca dan menulis. Latihan kepada golongan pengajar ini telah
diberi secara berperingkat bagi menambah kemahiran sehingga melahirkan Kaedah
Pengajaran dan Kurikulum Kelas Dewasa. Kurikulum ini meliputi pengawasan guru-guru
oleh penyelia-penyelia berkelayakan yang dilantik melalui tapisan/ujian praktikal, kurikulum
pelajaran berperingkat serta kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran seperti pendidikan
3M yang meliputi kaedah Zaaba yang dipermudahkan oleh Embong Yahya (bimbingan dalam
kerja-kerja seharian seperti pertanian, kesihatan, rumahtangga dan pendidikan anak).

Struktur Organisasi Institusi


5

Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Sri Gading

CIRI-CIRI ORGANISASI
Sesebuah

organisasi

yang

telah

dibentuk

akan

melambangkan

identitinya

yang

tersendiri.Misalnya,sebuah universiti seharusnya melambangkan tempat untuk menimba


ilmu, sebagai sebuah pusat penyelidikan, dan jugasebagai sebuah institusi yang memberi
perkhidmatan dansumbangan kepada masyarakat sama ada dalam bentuk bimbingan atau
khidmat nasihat, dan pengajaran dan pembelajaran lain. Untuk mencerminkan identiti atau
nilai-nilai tinggi sebagai sebuah menara gading, universiti hendaklah memainkan peranan
yang diharapkan oleh masyarakat kampus khususnya dan masyarakat awam amnya.Dengan
demikian fungsi sesebuah universiti itu didapati berbeza dengan organisasi-organisasi lain
yangmempunyai objektif tertentu.Di dalam sesebuah organisasi, sama ada organisasi kecil
atau besar, ia mempunyai hierarki atau tingkat autoriti. Jika dibandingkan antara kedua-dua
organisasi kecil dan besar, sudah tentu ia berbeza dari segi bilangan hierarki (tingkat) aktiviti
dan bilangan kakitanganpengurusan pada setiap tingkat. Misalnya, organisasi besar mungkin
mempunyai lebih daripada tiga tingkat autoriti. cara pengurusan mereka dipengaruhi oleh dua
perkara berikut:
1 Peringkat atau tahap di dalam organisasi.
2 Kumpulan aktiviti atau fungsi yang dijalankan.
Pengurusan mengikut tahap atau peringkat:
a) Pengurus Bawahan atau Peringkat Pertama Pengurus

Pada tahap ini berada pada tahap paling bawah dalam hirarki organisasi. Mereka
bertanggungjawab secara langsung keatas tugas operasi dan kakitangan sokongan organisasi.
Kakitangan di bawah kawalan mereka terdiri daripada semua kakitangan bukan pengurusan.
Tanggungjawab utama mereka adalah memastikan operasi harian adalah berjalan dengan
lancer. Contoh pengurus ini adalah seperti penyelia, ketua unit atau ketua kerani.

b) Pengurus Pertengahan

Pengurus ini mengarah kegiatan pengurus lain, juga pekerja di tahap bawah. Mereka
memastikan kegiatan organisasi dilakukan sebagaimana yang termaktub dalam polisi dan
matlamat pertubuhan. Pengurus pertengahan perlu mengimbangi keperluan penyelia di
peringkat bawahan dan keupayaan pekerja bawahan. Pengurus pertengahan juga perlu
6

Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Sri Gading


mengikut segala arahan yang dikeluarkan oleh pihak atasan. Contoh bagi pengurus peringkat
pertengahan adalah seperti pegawai eksekutif, pengurus cawangan dan pengurus-pengurus
jabatan.
c) Pengurus Atasan Pengurus

Pengurus ini bertanggungjawab terhadap keseluruhan pengurusan dan pentadbiran


organisasi. Mereka merangka polisi dan mengawasi perhubungan organisasi dengan
persekitaran. Mereka juga yang merancang segala aktiviti untuk keseluruhan organisasi.
Contoh bagi pengurus ini adalah seperti Ketua pegawai eksekutif, Pengarah urusan serta
presiden.
BINA INSAN
Latar Belakang

Bahagian Bina Insan mempunyai pelbagai aktiviti yang menjurus ke arah kemahiran insaniah
(softskills), kerohanian, kekeluargaan dan kecemerlangan kendiri.
Dua aktiviti utama yang dilaksanakan oleh bahagian ini :
1.

Aktiviti Kelas Bina Insan

2.

Aktiviti Pembangunan Insan

KELAS BINA INSAN PARLIMEN SRI GADING

1.
2.
3.
4.
5.

Balairaya Kg Pt Salleh Ros


Balairaya Kg Bindu, Tongkang Pechah
Balairaya Pt Raja Laut
Balairaya Taman Gading
Balairaya Kg Sri Pandan

Di dalam memastikan pelaksanaan aktiviti-aktiviti ini mencapai objektif yang telah


digariskan dan memberikan impak serta faedah terhadap golongan sasar, maka instrumen dan
kaedah pemantauan, penilaian dan pelaporan perlu dibangunkan. Instrumen ini dapat
membantu pegawai dan kakitangan Bina Insan untuk memantau, menilai dan melaporkan
aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan. Intrumen yang dibangunkan ini juga boleh
digunakan

oleh

peserta

aktiviti

untuk

menilai

keberkesanan

aktiviti

yang

dilaksanakan.Bahagian Bina Insan telah mengaplikasikan instrumen pemantauan secara


intensif bermula tahun 2008. Walau bagaimanapun, terdapat isu dari segi pelaksaannya.
Justeru, berdasarkan isu-isu yang diperolehi pada tahun 2008, Bahagian Bina Insan telah
7

Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Sri Gading


menambahbaik instrumen yang akan digunakan bermula tahun 2009 dan tahun-tahun
seterusnya.Dengan adanya instrumen yang telah dikemaskini ini, Bahagian Bina Insan
berharap, pihak KEMAS Negeri dapat menggunakan instrumen berkenaan dengan sebaiknya
demi memastikan setiap aktiviti di dalam Program Bina Insan dapat memberikan kesan dan
faedah secara langsung kepada masyarakat serta kualiti aktiviti dapat diukur dengan lebih
efektif.
Program Pembangunan Insan
Di samping pelaksanaan aktiviti Kelas Bina Insan, Bahagian Bina Insan juga melaksanakan
pelbagai aktiviti kemasyarakatan dalam bentuk kemahiran insaniah (softskills) menggunakan
peruntukan pembangunan.
Aktiviti Pembangunan Insan dipecahkan kepada 4 kluster iaitu :
I.

KLUSTER Outreach

1. Wadah Semasa - Diskusi Ilmiah


II.

KLUSTER Pemantapan Syiar Islam

1.

Sambutan Hari Kebesaran Islam

2.

Sambutan Maulidur Rasul

3.

Israk Mikraj

4.

Gema Ramadan

5.

Festival Kesenian Islam

6.

Gema Ramadhan

III.

IV.

KLUSTER Amal Islami / Kemahiran

1.

Kursus Pengurusan Jenazah - KUPUJA

2.

Kursus Fasilitator Sembelihan - FASIH


KLUSTER Pembangunan Individu dan Keluarga
8

Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Sri Gading


1.

Kem Remaja / Belia

2.

Motivasi Kem Remaja Ideal

3.

Sukan Kem Riadah Hadhari

Objektif
1.

Membimbing dan memantapkan kefahaman masyarakat Islam di dalam aspek


kerohanian dan kemahiran fardu kifayah .

2.

Memperkukuhkan institusi kepemimpinan komuniti, masyarakat, keluarga dan


individu berasaskan nilai-nilai murni melalui program pembangunan merentasi
kepelbagaian agama, etnik dan ideologi.

3.

Membangun dan membina generasi muda yang mengamalkan nilai-nilai murni,


berdisiplin, bersatu padu dan mempunyai jatidiri yang kukuh.

4.

Menyatupadukan peranan anggota Bina Insan dan para ilmuan luar sebagai wahana
rujukan kepada masyarakat di dalam pelbagai disiplin keilmuan dan memperjelas dasardasar kerajaan.

Fungsi Kluster
Bahagian Bina Insan terbahagi kepada 2 unit yang mempunyai fungsi dan peranan masingmasing iaitu :
Unit Pendidikan Kerohanian

1.

2.
3.

Merancang, menyelaras dan memantau aktiviti Pembangunan Kerohanian iaitu


Ikhtifal Kesenian Islam, Khemah Ibadah, Program Kefahaman Islam dan Sambutan HariHari Kebesaran Islam
Merancang, menyelaras dan memantau kelas Bina Insan
Mengkaji dan mengemaskini kurikulum Pembangunan Kerohanian (Bina Insan)
bersesuaian dengan kehendak dan keperluan semasa

4.

Merancang, menyelaras dan memantau peruntukkan tahunan

5.

Mengumpul, mengemaskini dan menganalisa rekod serta data aktiviti


9

Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Sri Gading


6.

7.
8.

Merancang mengeluarkan risalah dan bahan bacaan yang berkaitan dengan


Pembangunan Kerohanian dan dihantar kepada unit penerbitan untuk terbitan setiap tahun
Menyediakan laporan tahunan
Merancang, menyelaras dan memantau Pendidikan Agama Islam di kelas-kelas
TABIKA KEMAS

9.

Berkerjasama dengan Agensi / Jabatan / Pertubuhan dan Persatuan Sukarela yang


berkaitan dengan Pembangunan Kerohanian
10.
Merancang dan menyelaras program penjelasan terhadap isu-isu semasa berkaitan
dengan agama Islam

Unit Pembangunan Keluarga

1.

2.
3.

4.

Merancang, menyelaras dan memantau aktiviti Pembangunan keluarga iaitu Program


Kesejahteraan Keluarga, Program Kemahiran Keibubapaan, Program Pembangunan
Wanita dan Kerjaya, Program Fardhu Kifayah dan Kem Kecemerlangan / motivasi
pelajar.
Merancang, menyelaras dan memantau peruntukkan tahunan
Merancang mengeluarkan risalah dan bahan bacaan yang berkaitan dengan
Pembangunan keluarga dan dihantar kepada unit penerbitan untuk terbitan setiap tahun
Menyediakan laporan tahunan

5.

Menyedia input pengajaran dan pembelajaran program Pembangunan Keluarga bagi


Institut Latihan KEMAS

6.

Menyedia, mengkaji dan mengemaskini kurikulum dan ko-kurikulum Pembangunan


Keluarga

7.

Berkerjasama dengan Agensi / Jabatan / Pertubuhan dan Persatuan Sukarela yang


berkaitan dengan Pembangunan keluarga

8.

Merancang dan menyelaras program penjelasan terhadap isu-isu semasa berkaitan


dengan kekeluargaan Islam

10

Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Sri Gading

PRA SEKOLAH
Bertanggungjawab ke atas pelaksanaan Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA) dan
Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA).

U
ntuk Kemas Parlimen Sri Gading sebanyak 51 kelas Tabika dan 3 kelas Taska Permata telah
diwujudkan sepanjang KEMAS Sri Gading diwujudkan. (rujuk Carta Organisasi) dan hingga
ke hari ini Kemas Parlimen Sri Gading sedang menghadapi masalah kekurangan guru.
Unit Pra Sekolah bahagian Tabika juga mengajurkan hari Potensi Kanak-Kanak Tabika
Kemas setiap tahun .Semua acara ini dipertandingi oleh anak- anak Tabika Kemas berusia 6
tahun yang mana kebiasaannya akan dilaksanakan bermula dari peringkat Parlimen,
Peringkat Daerah, Peringkat Negeri dan akhirnya ke Peringkat Kebangsaan. secara berselang
seli antara acara padang dan acara bakat.
Antara yang terkandung dalam acara tersebut adalah :-

i.

ACARA PADANG

a. Futsal
b. Bola Jaring
c. Persembahan Silat
11

Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Sri Gading


d. Gerakrama

ii.

ACARA BAKAT

a.
b.
c.
d.
e.
f.
g.

Rekacipta (tanah liat)


story telling
Tilawah
Boneka Tangan
Teater
Bercerita
Tarian

12

Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Sri Gading

PEMBANGUNAN DESA
Mempertingkatkan taraf sosio-ekonomi warga desa ke arah menjadikan desa yang berjaya
dan beridentiti. Di kawasan Sri Gading sebanyak 10 buah Kampung yang terlibat dibawah
seliaan KEMAS dan kampong ini termaktub sebagai Kampung Gerakan Daya Wawasan
(GDW) iaitu :

KAWASAN PT RAJA

a) Kg Pt Daun
b) Kg Pt Sri Dalam
c) Kg Pt Raja
d) Kg Pt Sempadan
e) Kg Pt Jelutong (bawah seliaan RISDA)

KAWASAN PT YAANI

a)
b)
c)
d)
e)

Kg Bahru, Mukim 7
Kg Sri Bengkal
Kg Pt Banyumas
Kg Sri Wangi
Kg Pt Selulun

Aktiviti / Program Unit Pembangunan Desa

13

Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Sri Gading

PROGRAM KECERIAAN KAMPUNG DAN KEMERDEKAAN


Antara program yang dijalankan sempena bulan kemerdekaan ialah :

1.

2.

3.

4.
5.

14

Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Sri Gading

6.
ANUGERAH DESA CEMERLANG @ KINI DIKENALI SEBAGAI
ANUGERAH DESA SEJAHTERA 1 MALAYSIA (ADS1M)

1.

2.

Skop Tugas Kepimpinan


15

Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Sri Gading

KEPIMPINAN DEFINISI
Merupakan satu proses di mana pemimpin akan cuba mempengaruhi gelagat atau tingkah
laku pekerjanya supaya melaksanakan sesuatu tugas bagi mencapai matlamat kerja bagi unit
dan organisasi berkenaan
KEPENTINGAN
1. Kepimpinan melibatkan orang lain. Jika pengikut sanggup menerima arahannya bermaksud
kepimpinannya diterima.
2. Kepimpinan melibatkan pengagihan kuasa antara pemimpin dan ahli kumpulannya.
3. Seseorang pemimpin mempunyai kebolehan untuk menggunakan pelbagai bentuk kuasa
untuk mempengaruhi gelgat pekerjanya.
4. Kepimpinan mewujudkan nilai moral seseorang pemimpin.
GAYA KEPIMPINAN
Adalah berhubung dengan pendekatan yang digunakan oleh seseorang pemimpin untuk
mempengaruhi pengikutnya.
Penyelia akan mengawal kesemua aktiviti yang dianjurkan oleh KEMAS. Contohnya, aktiviti
yang berkaitan dengan Prasekolah dan Bahagian Pembangunan Masyarakat kesemua aktiviti
tersebut penyelia akan kawal. Manakala, bagi Bina Insan dan Pembangunan Desa mereka ini
akan dibantu oleh Pembantu Masyarakat. Tetapi jumlah staf lebih ramai daripada jumlah
kelas tadika sebab kelas tadika hanya ada 2 atau 3 orang cikgu sahaja kerana mengikut nisbah
setiapa tadika atau taska nisbahnya 1:5 iaitu seorang guru dan lima orang murid. Selain itu,
skop tugasan penyelia penyelia tersebut akan dipantau oleh penyelia kanan iaitu En.
Muhammad Wira Sateria dan yang akan memantau penyelia kanan ialah pegawai KEMAS
Daerah Batu Pahat. Jadi apa saja, maklumat yang diberi daripada pihak Negeri KEMAS
Negeri Johor mereka akan merujuk terlebih dahulu kepada KEMAS Daerah. KEMAS Daerah
akan memaklumkan maklumat tersebut kepada penyelia kanan. Seterusnya, penyelia kanan
akan memaklumkan kepada penyelia, kemudiannya penyelia akan memaklumkan kepada
pembantu masyarakat. Jadi cikgu cikgu ini tidak dipanggil sebagai cikgu tetapi dipanggil
sebagai pembantu masyarakat walaupun status mereka adalah cikgu. Bagi cuti di cikgu
KEMAS tidak sama dengan cuti cikgu di sekolah biasa seperti sekolah pendidikan.
Contohnya, jika sekolah biasa mereka akan buat sekolah ganti terlebih dahulu manakala
cikgu kemas tidak ada cuti Cuma cuti hari hari yang terpenting sahaja seperti Hari Depavali
16

Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Sri Gading


dan hari perayaan. Bagi cuti sekolah, cuti penggal merupakan hari cuti tetapi cuma cikgu atau
pembantu masyarakat ini mereka perlu hadir ke kelas kerana ada aktiviti lain yang perlu
dibuat seperti mesyuarat orang kampong. Mereka perlu membantu orang ramai. Pembantu
masyarakat ini dianggap sebagai pemudah cara contohnya, apa apa saja aduan dan
perbincangan mereka perlu hadir dan menyelesaikan masalah tersebut. Tetapi sekiranya tidak
dapat menyelesaikkannya mereka akan merujuk pihak atasan terlebih dahulu iaitu pihak
peringkat pentadbiran di kawasan mereka. Kemas ini berstatus kontrek kerana setiap tiga
tahun sekali kontrek tersebut akan memperbaharui sistem da nada yang tetap biasanya
pegawai kemas daerah atasan dan pegawai atasan.

Skop Tugas Penyeliaan


KONSEP KEBERKESANAN DAN KECEKAPAN
KEBERKESANAN

Bermaksud bermaksud doing the right thing iaitu melaksanakn kerja yg betul. Merujuk
pada kemampuan pengurus atau para pekerja utk melakukan segala aktiviti atau kerja yg
telah dirancang agar matlamat dapat dicapai.
KECEKAPAN

Bermaksud doing things right iaitu pengurus melaksanakn kerja dgn betul .Kecekapan
merujuk pada kemampuan pengurus dan para pekerja untuk melakukan segala aktiviti atau
17

Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Sri Gading


kerja dalam organisasi dgn cara yg terbaik melebihi apa yg telah dirancang atau
dipertanggungjawabkan

kepadanya.Penyelia,

Fomen,

dan

Ketua

Kumpulan

adalah

antaramereka yang dimasukkan ke dalam kategori penguruslini. Tugas mereka mengawasi


pekerjaan harian dibahagian operasi seperti bahagian pengeluaran agar pengeluaran itu
mengikut perancangan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan pertengahan dan
bawahan. Walaupun para pengurus lini banyak menghabiskan masa kerja harian mereka
memantau para pekerja di bawah jagaan masing- masing, Penyeliaan beliau,beliau akan pergi
ke setiap kelas kelas. Dalam masa seminggu beliau menyelia sebanyak 5 buah kelas, sehari
beliau akan pergi hanya 2 kelas ini bermakna seminggu ada 10 buah kelas. Jadi penyeliaan ini
mengambil masa sebulan untuk di selsaikan.

Penilaian Prestasi Pekerja


Penilaian prestasi bergantung kepada kesan mereka. Contohnya, cikgu tadika penilaiannya
dilihat dari segi hasil anak anak dibawah jagaan guru tersebut. Guru guru akan diselia
mengikut kelas dengan melihat kepada cara mengajar kemudiannya penyelia akan mengambil
sedikit masa untuk menyoal kepada anak anak bagi tujuan untuk melihat tahap mereka.
Penyeliaan akan dibuat pantauan selama 3 hingga 4 kali. Contohnya, dari bulan 1 hingga
bulan 3 murid tersebut sudah dapat mengenal huruf dan menyebut huruf. Tetapi penyelia
yang membuat seliaan tidak menganggap ke semuanya boleh tetapi berkemungkinnan hanya
daripada 20 orang kanak kanak hanya 15 orang kanak kanak yang mesti mahir. Jadi
daripada situlah penyelia akan menilai dari segi pengajaran dan pembelajaran P&P. Selain itu,
18

Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Sri Gading


penilaian dari segi kecekapan cikgu atau pembantu masyarakat ini akan mendapat
peruntukkan untuk kelas. Tetapi cikgu tersebut perlu mengurus pentadbiran kewangan dari
segi cara bagaimana untuk cikgu tersebut menguruskan kewanagan yang diberikan oleh
kerajaan untuk membeli barang basah untuk memasak dan alat bantuan mengajar jadi dari
situlah penyelia akan melihat buku kewangan cikgu tersebut. Dengan cara itulah penyelia
akan membuat seliaan cara bagaimana cikgu tersebut menjalankan tugas dengan kewangan
tersebut samada cikgu tersebut amanah atau tidak kerana rekod kewangan itu akan diperiksa
oleh penyelia. Bagi pengeluaran wang ini yang boleh hanya cikgu sahaja yang boleh
keluarkan dengan tandatangan pengerusi iaitu ketua kampong. Jadi sebarang bentuk
penyelewenan kewangan tersebut dapat dikesan jadi cikgu tersebut tidak boleh meneleweng
kerana pengeluaran wang daripada buku kewanagan telah ditandatangan oleh ketua kampung.
Ketua kampung pula sentiasa dipantau oleh Pembangunan Desa. Walaupun pada masa akan
datang Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah akan menetapkan SKT iaitu
Sasaran Kerja Tahunan atau KPI. KPI dikendalikan oleh ketua kampung, tetapi KPI ketua
kampung dijaga oleh penyelia kemas kerana segala mesyuarat petugas kemas perlu hadir
dalam mesyuarat tersebut kerana untuk melihat cara kendalian KPI ketua kampung teresebut.
Jadi sekirannya KPI tidak mencapai 80% pada tahun tersebut ketua kampung tersebut akan
disenarai hitamkan kontrek, inilah yang berlaku kepada kemas pada sekarang ini. Sebagai
kakitangan kerajaan pula jika tidak mencapai KPI 80% akan terkeluar dari kontrek dan
kontrek tersebut tidak layak untuk disambung. Jadi sebagai kakitangan perlu seimbang untuk
mengelakkan ketirisan bertujuan untuk mengelak dari isu daripada dikatakan anggota kemas
ini tidak menjalankan tugas. Pada masa sekarang interview kakitangan kerajaan sangat
sangat rumit kerana lepasan graduan yang terlampau ramai dan jawatan yang ditawarkan
adalah sedikit. Staf yang sedia ada perlulah menjaga SKT bagi setiap anggota perlu
menetapkan target sasaran kerja tahunan mereka sendiri contohnya pada tahun hadapan
sasaran target mereka misalnya dalam permainan sukan futsal, targer mereka adalah untuk
capai ke peringkat negeri, tetapi sekiranya tidak menang pada peringkat ini mereka tidak
mencapai target yang disasarkan tetapi ini tidak bermakna pada peringkat negeri ini sasaran
tersebut masih dalam kawalan. Contoh membabitkan profail kampung kampung di dalam
daerah kawasan sri gading mempunyai 30 buah kampung tetapi target untuk pada tahun
hadapan hanya 5 buah kampung sahaja dapat disiapkan. Jadi tahun hadapan perlulah
berusaha bersungguh untuk menyiapkan ke lima lima buah kampung tersebut, tetapi
sekiranya tidak dapat disiapkan ke lima lima buah kampung tersebut ini bermakna tidak
mencapai KPI yang disasarkan. Jadi penilaian ini bergantung kepada individu itu sendiri
19

Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Sri Gading


perlu target untuk capai sasaran bergantung kepada kemampuan diri sendiri. Jadi pada masa
hadapan perlulah membuat kaji semula sama ada target tersebut dapat dicapai hingga tahap
yang dicapai.Target untuk penyelia atau cikgu cikgu, ia bergantung kepada diri sendiri.
Contoh penyelia atau cikgu kepada masyarakat mestilah ada target tersendiri. Bagi cikgu
masakkan pula mereka mempunyai target tersendiri iaitu target cikgu tersebut pada tahun
hadapan targetnya adalah ingin mengikuti apa apa sahaja pertandingan pertandingan
masakkan yang dianjurkan oleh jabatan kerajaan di peringkat daerah mereka perlu ikuti
kesemua pertandingan tersebut walaupun kalah tetapi sasaran mereka hanyalah ingin
mengikuti sahaja bukanlah target untuk menang dalam pertandingan tersebut. Penyelia akan
melihat sasaran target mereka sekiranya capai sasaran tersebut mereka mencapai KPI yang
sasarkan. Sekurang kurangnya target mereka bukannya bermotifkan peribadi tetapi lebih
kepada kemasyarakatan. Contoh pertandingan masakkan mempunyai beberapa kelas masak,
jadi mereka perlu membawa perserta tersebut dan membantu perserta dengan memberi menu
masakkan kepada mereka. Perserta ini adalah sebagai pemudah cara.

Kesimpulan
Sebagai penyelia, tidak semua kuasa dan tanggungjawab boleh diturunkan. Tidak boleh
menurunkan semua tanggungjawab dan kuasa yang ada. Kepercayaan, keyakinan dan
pengetahuan kakitangan adalah penting dalam penentuan penugasan kerja. Latihan adalah
perlu. Pemahaman kakitangan adalah elemen penting dalam penugasan kerja iaitu sebagai
garis pemisah setiap kuasa.

Antara nilai yang perlu ada pada pemimpin ialah :


i.
ii.
iii.
iv.
v.

Visi(Vision)
Kejujuran dan ketelusan (Integrity)
Nilai (Value)
Keadaan Fikiran (State of Mind)
Struktur Kemasyarakatan (Sense of Community)
20

Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Sri Gading


vi.
vii.

Penghargaan (Acknowledge)
Kehadiran (Presence)

Rujukan
Temubual
1. En. Wira Sateria bin Kamari, Penolong kanan kemas Sri Gading.
Intenet
1. http://www.kemas.gov.my/index.php/my/
2. http://www.slideshare.net/smklbting6/bab-2fungsi-pengurusan
3. http://www.slideshare.net/smklbting6/bab-1-pengurusan-pp-sem-2-2014

21

Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Sri Gading

Lampiran Gambar dan Bukti


Pelajar dan Ketua Organisasi
Berkenaan

22

You might also like