You are on page 1of 2

Bagaimanakah sesebuah hasil seni dihasilkan?

Penilaian bagi sesebuah sesebuah hasil karya seni visual juga berkaitan dengan
tahap pengalaman estetika yang dimiliki oleh seseorang.
Bagaimanakah keindahan seni dinilai?
Keindahan seni yang dinilai memerlukan pemerhati dan objek.
Seseorang yang ingin berlatih melihat keindahan harus melatih dirinya untuk
menguasai keupayaan derianya untuk merasai dan menjiwai serta keupayaan
inteleknya untuk mengerti.
Nyatakan maksud visual.
Visual bermaksud sesuatu yang nampak atau tampak.Visual juga merujuk
kepada sesuatu yang boleh dinilai dan dilihat oleh mata manusia.
Senaraikan ciri-ciri seni 2D.
Seni 2D boleh dilihat daripada permukaan 180'.
Hasil seni hanya dapat dihayati pada permukaan sahaja kerana kita hanya
melihat visual yang dipaparkan.
Contoh hasil seni 2D ialah catan, cetakan dan lukisan.
Senaraikan ciri-ciri seni 3D.
Seni 3D dapat dilihat pada ruang 360'.
Hasil seni wujud dalam suatu ruang sebenar dan melibatkan ruang serta jisim
untuk dinikmati keindahannya.
Contoh hasil seni 3D ialah arca, kraf tembikar dan ukiran kayu.
Apakah pengkaryaan?
Pengkaryaan mementingkan makna dan estetik.
Pengkaryaan terdiri daripada penghasilan karya seni dalam bidang seni halus,
iaitu hasil karya yang terdiri daripada lukisan, catan, arca dan seni cetak.
Apakah perekaan?
Perekaan mementingkan fungsi dan estetik danbermaksud mereka bentuk
sesuatu.
Perekaan memberi penekanan kepada fungsi penghasilan karya di samping
penekanan kepada nilai estetik yang melibatkan unsur dan prinsip rekaan.
Berikan definisi apresiasi.
Apresiasi berdasarkan istilah bahasa bermaksud memberi pengiktirafan atau
penghargaan terhadap sesuatu.
Apresiasi dalam seni visual melibatkan proses memehami serta menilai
sesebuah hasil karya melalui pemahaman dan huraian berkaitan aspek tertentu.

Huraikan pengalaman estetik.


Pengalaman estetik ialah proses penguasaan bidang ilmu dan maklumat tertentu
menerusi pengamatan dari pelbagai deria, pengalaman langsung dan kemahiran
intelek terhadap sesuatu perkara yang berkaitan dengan kesenian dan
keindahan.
Apakah yang dimaksudkan dengan pengalaman langsung.
Pengalaman langsung terhasil melalui proses membuat atau proses penghasilan
produk seni melalui penglibatan deria.
Pengalaman langsung ialah pengalaman asas bagi pengalaman estetik yang
terhasil melalui proses membuat atau menghasilkan sesuatu produk seni secara
langsung dan melibatkan deria luaran dan deria dalaman.
Apakah pengalaman intelektual?
Pengalaman intelektual ialah proses memperoleh ilmu daripada pengamatan
daripada pelbagai sumber maklumat.
Pengalaman intelektual boleh didapati melalui kajian, penerokaan, eksperimen
dan dapatan dalam proses penghasilan karya seni serta melalui penguasaan
maklumat daripada pelbagai sumber.
Contohnya daripada komputer, televisyen dan buku rujukan.

You might also like