You are on page 1of 1

Kedatangan British telah membawa pelbagai perubahan yang ketara kepada

sistem politik di Tanah Melayu. British telah bercampur tangan secara rasmi di
negeri-negeri Melayu selepas Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874. Untuk
meleluaskan kuasa, British telah memperkenalkan sistem politik Barat dan
memusnahkan sistem politik tradisional tempatan. Sistem Residen telah
diperkenalkan di Perak selepas Perjanjian Pangkor. Mengikut Sistem Residen,
sultan dikehendaki menerima seorang pegawai British sebagai penasihat dalam
urusan pentadbiran negeri kecuali hal-hal yang berkaitan dengan adat istiadat
Melayu dan agama Islam. Oleh itu, Residen berkuasa untuk melantik hakim,
mengurus kutipan cukai dan melantik penghulu. Semasa penjajahan British,
pihak British bertindak sesuka hati dengan memperkenalkan beberapa cukai
baharu seperti cukai padi, perahu, atap, senjata, bayaran permit untuk membalak
dan lain-lain. Dalam konteks ini, jelasnya menunjukkan bahawa kedudukan rajaraja dan pembesar Melayu masih dikekalkan, tetapi bidang kuasa mereka telah
dikurangkan. Hal ini kerana segala nasihat yang diberikan oleh Residen
sebenarnya merupakan arahan yang dipaksa untuk dilaksanakan, raja dan
pembesar tidak berhak untuk menentang. Bukan sahaja itu, British juga
mengharamkan amalan perhambaan yang merupakan adat resam Melayu
secara turun-temurun. Sistem Residen ini turut diperkenalkan di negeri Selangor,
Pahang dan Negeri Sembilan.

Pada tahun 1896, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) telah


dibentuk atas kelemahan pelaksanaan Sistem Residen. NNMB terdiri daripada
negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.

You might also like