You are on page 1of 2

2a.

Jelaskan tahap kefahaman keupayaan murid-murid dalam menterjemahkan idea


daripada satu bentuk ke satu bentuk yang lain.
Murid-murid yang dapat menguasai tahap kefahaman literal dapat memahami maksud
perkataan dan ayat dalam bahan bacaan, seterusnya ingat kembali dan mencerita semula
kandungan

bahan

bacaan.

Hal

sedemikian

menunjukkan

keupayaan

murid

dalam

menterjemahkan idea daripada bentuk teks ataupun bentuk audio ke bentuk lisan.
Murid-murid yang berjaya menguasai tahap kefahaman inferens ini, dapat membuat perkaitan
atau perhubungan, serta menaakul dan membuat telahan dalam menterjemahkan idea daripada
bentuk teks ke bentuk pemetaan semantik.
Murid-murid yang dapat menguasai tahap kefahaman yang seterusnya, iaitu kefahaman kritis,
dapat membuat hubungan sebab dan akibat disamping mampu membuat kritikan berdasarkan
pemikiran bercapah menerusi peta i-think, iaitu daripada bentuk teks ataupun audio ke bentuk
grafik.
Murid-murid yang berjaya menguasai tahap kefahaman kreatif mempunyai keupayaan untuk
menghayati bahan bacaan, iaitu membuat kritikan berasaskan pemikiran bercapah serta
membuat andaian dan tafsiran menerusi sesuatu petikan seperti cerita, seterusnya
menterjemahkan idea dalam bentuk penulisan yang lain, seperti syair, pantun dan sebagainya.

2b. Nyatakan kepentingan mengintergrasikan terapi dalam kemahiran kefahaman.


Terapi seperti terapi multisensori dilaksanakan melibatkan pelbagai deria murid pemulihan.
Melalui rangsangan pelbagai deria, murid pemulihan dapat belajar dan memperkembangkan
penguasaan kosa kata, secara tidak langsung meningkatkan kefahaman murid terhadap bahan
bacaan. Seperti contoh, murid pemulihan mengenal kosa kata melalui bahan-bahan konkrit,
iaitu mengenal perkataan arnab melalui terapi boneka.
Di antara faktor-faktor menguasai kemahiran kefahaman, motivasi murid merupakan faktor yang
tidak boleh diabaikan dalam proses kefahaman. Manakala, pelbagai terapi seperti terapi cerita
dapat menarik minat murid-murid pemulihan, secara tidak langsung meningkatkan motivasi
murid pemulihan dalam menguasai kemahiran kefahaman. Misalnya, motivasi murid yang
diwujudkan melalui cerita yang menarik dapat menimbulkan keinginan murid untuk cuba

memahami sesuatu bahan bacaan semasa murid tersebut mengalami masalah dalam
memahami kandungan bahan bacaan tersebut.
Aktiviti pergerakan yang melibatkan murid pemulihan dalam pengalaman sebenar akan
meningkatkan daya ingatan murid terhadap kandungan bahan bacaan. Misalnya, terapi
pergerakan seperti mengenal perkataan melompat melalui aktiviti pergerakan binatang, ataupun
mengintegrasikan terapi muzik yang melibatkan pergerakkan yang serentak dengan seni kata
lagu dapat meningkatkan penguasaan kosa kata terhadap bahan bacaan, secara tidak
langsung meningkatkan kefahaman murid terhadap bahan bacaan.
Faktor emosi dan keyakinan diri murid pemulihan memainkan peranan yang penting dalam
membantu murid pemulihan dalam memahami sesuatu bahan bacaan. Hal sedemikian kerana
kekurangan keyakinan murid pemulihan akan menyebabkan murid pemulihan teragak-agak
kandungan isi yang mereka telah membaca. Terapi pasir seperti melaksanakan aktiviti melukis
senario di atas pasir akan mengurangkan tekanan emosi dan meningkatkan keyakinan diri
murid pemulihan semasa mereka hendak memahami sesuatu bahan bacaan.
Kemahiran menyusun kandungan mengikut urutan amat penting dalam kemahiran kefahaman.
Manakala, terapi seni seperti aktiviti menghasilkan peta I-think dengan menggunakan kreativiti
individu dapat memudahkan proses mengingati kandungan bahan bacaan, disamping menarik
perhatian dan minat murid semasa melakukan aktiviti menghasilkan peta I-think.

You might also like