You are on page 1of 6

1.

Jelaskan 5 rasional pembelajaran berasaskan projek dalam mata pelajaran Sejarah

diperkenalkan.
2. Terangkan 5 tujuan Pembelajaran Berasaskan Projek

3. Jelaskan 5 ciri Pembelajaran berasaskan projek dalam mata pelajaran sejarah.


Antara ciri pembelajaran dalam PBP ialah soalan yang bbermakna yang mana
menggalakkan murid berfikir secara mendalam dan mencambahkan rasa ingin tahu kepada
mereka, selain sangat dekat dengan konteks sebenar. Pengajaran dan pembelajaran yang
menggunakan projek membolehkan murid meluaskan pengalaman pembelajaran mereka di luar
kelas melalui soalan bermakna yang berkaitan dengan komuniti dan keluarga. Ia juga turut
mempengaruhi pengetahuan saintifik yang dibina. Hal ini kerana jenis dan cara soalan itu
ditanya berpotensi untuk mempengaruhi proseskognitif murid semasa mereka membina
pengetahuan saintifik. Hal ini menunjukkan bahawa P&P menggunakan PBP haruslah berkaitan
dengan apa yang berlaku dalam kehidupan hariaan murid, supaya mudah untuk mereka
kaitkannya dengan projek yang dibuat.
Selain itu, PBP selalunya dicirikan dengan penghasilan satu produk atau hasil pada
akhir pembelajaran. Namun begitu, artifak bukan satu-satunya hasil yang semestinya diperoleh
melalui PBP. Murid juga boleh menunjukkan apa yang dipelajari dalam bentuk demonstrasi atau
persembahan. Jelaslah di sini bahawa persetujuan semua pengkaji untuk memasukkan ciri-ciri
penghasilan artifak dalam PBP dapat mendemonstrasikan pengetahuan yang diperoleh oleh
murid sepanjang proses P&P. Hal ini juga turur mengukuhkan pengetahuan dan pemahaman
murid.
Di samping itu, PBP juga haruslah mengintegrasikan maklumat, teknologi, dan
komunikasi. Hal ini kerana kajian mendapati teknologi semasa mampu menjadi penyumbang
maklumat kepada murid dan secara lansung akan menjadikannya menarik dan berharga.
Walaupun kemunculan PBP sebelum ledakan teknologi, para pengkaji melihat bahawa
berdasarkan kesesuaian PBP itu sendiri yang berlandaskan kepada penghasilan artifak, maka
kaedah ini boleh dijadikan satu peluang yang baik untuk diintegrasikan dengan TMK dan kekal
relevan dengan keperluan semasa.
Antara ciri lain ialah PBP sebaiknya dilakukan secara berkumpulan. Hal ini kerana jika
PBP dilaksanakan secara berkumpulan, maka murid-murid akan berkolaborasi, bekerjasama
untuk mengumpul maklumat seterusnya bersama-sama menghasilkan produk atau artifak di

akhir projek. Hal ini secara tidak lansung guru telah menanamkan nilai-nilai murni dalam diri
murid. Dengan melakukan secara kumpulan juga, murid-murid akan lebih enjoy dan tidak
stress ketika menghasilkan projek. Hal ini menyebabkan murid berasa seronok terhadap
sejarah seterusnya ingin mengikuti lagi sesi interaksi dengan guru pada masa akan datang.
Akhir sekali, ciri PBP ialah proses yang sistematik. Di sini guru perlulah membimbing
murid-murid dalam melaksanakan pembelajaran berasaskan projek dengan mengikut langkahlangkah seperti penyoalan, perancangan, penjadualan, pemantauan, pentaksiran, dan
penilaian. Dengan mengikut langkah-langkah berikut, projek yang dihasilkan secara
automatiknya akan melalui proses yang sistematik dan mengikut urutan. Hal ini secara tidak
lansung projek yang dihasilkan di akhir projek menjadi sempurna.

4. Huraikan 5 kelebihan/kekuatan Pembelajaran Berasaskan Projek dalam mata


pelajaran Sejarah. Berikan contoh setiap satu.
Melalui PBP, hubungan guru dengan pelajar akan lebih mesra kerana guru dan pelajar
saling berkomunikasi dan bertukar pendapat. Persepsi negatif pelajar kepada guru juga akan
berubah kerana proses interaksi sentiasa berlaku. Tujuan utama strategi ini ialah untuk
menggalakkan pelajar mengembangkan kemahiran diri dalam mengemukakan hujah, pendapat,
menyoal serta menyelesaikan masalah. Keadaan ini membolehkan pelajar berfikiran dengan
lebih luas dan mendidik pelajar supaya berani dan yakin kepada diri sendiri dalam
mengemukan hujah, pendapat dan seterusnya menyelesaikan masalah. Galakan daripada guru
akan menambahkan lagi keyakinan pelajar. Topik yang dipilih oleh guru mestilah sesuai dengan
objektif pembelajaran dan pengajaran serta dapat menarik minat pelajar. Keadaan ini
membolehkan pelajar belajar dalam keadaan yang gembira tanpa tekanan yang membebankan.
Contohya seperti dalam tajuk Sekolah Saya yang mana guru akan berkomunikasi dengan
murid-murid dalam menghasilkan projek.
Kelebihan yang seterusnya ialah murid-murid boleh menggunakan pengetahuan dan
kemahiran yang dipelajari semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah untuk
mencubanya dalam situasi yang sebenar dan menghasilkan sesuatu. Ini akan mendorong
mereka belajar dalam situasi yang seronok dan bermakna. Contohnya, murid-murid
mempelajari tentang Bunga Raya sebagai bunga kebangsaan, murid akan mengaplikasikannya
di luar bilik darjah dengan menanam banyak bunga raya di halaman rumah bagi meningkatkan
semangat cintanya pada negara.

Selain itu, semangat kerjasama dan sifat sosial yang positif dapat dipupuk melalui kerja
projek berdasarkan kumpulan pelbagai kebolehan, pelajar turut melibatkan diri secara aktif
dalam membuat dan menyediakan projek secara berkumpulan dan menanamkan sikap
koperatif dalam kalangan pelajar. Hal ini kerana, kebiasaannya sesuatu projek dilakukan di
dalam kumpulan, dengan ini, semangat bekerjasama antara ahli kumpulan dapat disemai dan
dipupuk.

Misalnya,

murid-murid

bekerjasama

menyiapkan

projek

berkaitan

dengan

keistimewaan tempat tinggal saya.


Antara kelebihan lain yang diperoleh melalui perlaksanaan projek dalam pengajaran dan
pembelajaran Sejarah ialah mewujudkan komunikasi positif dan perhubungan kolaboratif dalam
kalangan pelajar yang pelbagai terutama dalam kumpulan pelajar. Murid-murid juga, dapat
belajar mengumpul maklumat dan menganalisis. Kebanyakan projek memerlukan sumber yang
memberi peluang kepada pelajar untuk mencari sendiri maklumat yang diperlukan. Pelajarpelajar boleh menggunakan pelbagai jenis sumber seperti pusat sumber, media massa dan
internet. Contohnya, murid berkolaboratif menyiapkan tugasan semasa mengadakan lawatan
sambil belajar ke Melaka.
Akhir sekali, murid juga akan mengamalkan kemahiran berfikir dan menyelesaikan
masalah yang mereka alami sepanjang mengendalikan sesuatu projek dan pastinya aktiviti
yang dijalankan bermakna dan berilmiah. Pembelajaran berasaskan projek juga mampu
menarik minat dan memotivasikan pelajar yang kurang menumpukan perhatian dalam proses
Pengajaran dan Pembelajaran, menolong pelajar dalam memahami dan mengaplikasikan
pengetahuan, menolong pelajar dalam pembelajaran dan menguasai kemahiran menyelesaikan
masalah, berkomunikasi dan pengurusan kendiri, mengintegrasikan bidang kurikulum,
pengajaran bertema dan isu-isu komuniti, menggalakkan akauntabiliti dan penentuan matlamat,
serta memenuhi keperluan pelajar yang mempunyai tahap pembelajaran dan gaya
pembelajaran yang berbeza.
5. Adakah anda bersetuju bahawa TMKamat berguna dalam melaksanakan PBP? Berikan lima
sebab

6. Perancangan, penjadualan dan pemantauan merupakan antara langkah penting


dalam melaksanakan PBP. Perincikan setiap satu langkah tersebut.
Perancangan ialah penentuan hasil pembelajaran yang khusus. Di sini, guru perlulah
menyemak standard kandungan dan standard pembelajaran, memilih tajuk, seterusnya

menyenaraikan 2-3 hasil pembelajaran. Projek yang dirancang sebaik-baiknya dikaitkan dengan
kehidupan yang sebenar. Dalam perancangan juga, guru perlulah menyediakan pelan
pentaksiran yang mana guru perlu sediakan kriteria untuk menilai pencapaian murid dan rubric
pemarkahan. Reka bentuk idea dan aktiviti projek juga haruslah mengikut GRSAPE iaitu
matlamat, peranan, kumpulan sasar, set tugasan dan penyelesaian, hasilan, dan pentaksiran.
Penjadualan pula merupakan proses penting untuk menentukan jangka masa aktiviti
projek itu disiapkan. Tujuan penjadualan ialah membuat hubungan setiap aktiviti, mengenalpasti
turutan aktiviti, dan menganggar kos masa, urus tenaga, kerja, wang, dan sumber. Penanda
aras hendaklah ditentukan dalam langkah ini supaya murid-murid dapat tahu target yang ingin
dicapai dalam penghasilan projek. Dengan adanya penjadualan ini, maka kerja murid akan
menjadi sistematik seterusnya guru dapat mengetahui apa yang dilakukan oleh murid
berdasarkan jadual yang disediakan murid.
Dalam langkah pemantauan pula, murid perlulah mematuhi jadual projek yang telahpun
disediakan dalam langkah penjadualan. Murid juga perlulah menggabungjalin pembelajaran di
lapangan dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Hal ini bertujuan untuk memudahkan proses
penghasilan projek di samping mudah untuk guru membuat pemantauan dan pentaksiran. Di
sini, guru boleh merujuk ribrik pemarkahan untuk membuat penilaian terhadap hasil projek
murid. Guru juga harus berikan dan sediakan masa kepada murid-murid untuk berkongsi dan
mempamerkan hasil yang dibuat oleh murid-murid.

2) Huraikan langkah pelaksanaan pementasan.


Pementasan merupakan salah satu daripada bentuk projek dalam Pembelajaran
Berasaskan Projek dalam mata pelajaran Sejarah. Projek pementasan yang dicadangkan ialah
pementasan teater sejarah.
Sebelum memulakan projek teater, langkah-langkah pelaksanaan perlulah diambil
perhatian dan diikuti. Pertamanya ialah penyoalan. Di sini, guru perlu la menyoal daripada
soalan yang umum sehingga soalan isi kandungan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran
berfikir murid sebelum memulakan projek persembahan. Hal ini secara tidak lansung akan
memberi idea kepada murid-murid untuk melaksanakan projek persembahan yang baik.
Setelah menyoal, murid perlulah merancang projek persembahan teater. Di sini, murid-murid
boleh melantik jawatankuasa persembahan. Bukan itu sahaja, murid-murid juga boleh
merancang tajuk lakonan untuk dipersembah yang mana bersesuaian dan mengikut sukatan
pelajaran. Murid-murid juga boleh merancang untuk menyediakan skrip lakonan yang mana
akan dibimbing oleh guru.
Setelah merancang, murid-murid perlulah melaksanakan langkah berikutnya iaitu
penjadualan. Di sini, murid dengan bimbingan guru perlulah menyediakan jadual seperti jadual
latihan persembahan supaya sistematik dan teratur. Dalam jadual tersebut, sebaik-baiknya
dimasukkan isi-isi penting seperti tarikh, masa, dan tempat latihan. Dengan ini, murid-murid
tidak mengalami sebarang kemusykilan dalan alasan untuk tidak datang latihan. Jadual juga
sebaik-baiknya mendapat persetujuan daripada semua ahli dan kelas di samping persetujuan
daripada guru pembimbing. Langkah yang seterusnya ialah pemantauan. Di sini, guru perlulah
memainkan peranan dengan memantau perjalanan projek yang dihasilkan murid. Guru boleh
merujuk jadual yang dihasilkan oleh murid seterusnya menilai kerja murid. Misalnya, dalam
projek persembahan, guru menghadiri latihan persembahan dan menilai murid dar segi
kerjasama dan kemajuan murid.
Langkah seterusnya ialah pentaksiran. Guru boleh melaksanakan langkah ini semasa
murid melaksanakan projek persembahan. Rubrik pemarkahan perlulah guru sediakan yang
mana di dalamnya terkandung aspek-aspek yang ingin ditaksir dan dinilai oleh guru seperti isi,
gaya penampilan, suara dan sebagainya. Setelah terlaksananya langkah penaksiran, maka
langkah terakhir dilaksanakan iaitu penilaian. Di sini, guru memberi maklum balas terhadap
hasil yang dipersembahkan murid di samping murid-murid turut membuat penilaian dengan
membuat refleksi sepanjang melaksanakan projek persembahan.

Dengan melaksanakan persembahan mengikut langkah-langkah dengan betul dan


teratur, maka projek persembahan yang dilaksanakan oleh murid menjadi sistematik, teratur
dan bakal mendapat hasil yang memuaskan.

You might also like