You are on page 1of 8

PANDUAN MENGISI BORANG INSTRUMEN KEBERHASILAN KUMPULAN GURU (PDP)

1.0PEMBELAJARAN MURID
a. Pencapaian Akademik
Guru A mengajar mata pelajaran Sains bagi kelas Tahun 6 Kenanga. Nilai
TOV, ETR, Ujian Mac, Ujian Pertengahan Tahun dan akhir tahun. Perbezaan
nilai AVR (ujian akhir tahun) dengan TOV dan seterusnya menghitung

pencapaian akan dikira menggunakan formula.

Bagi kelas yang lemah, guru tidak perlu meletakkan target yang tinggi
memadai dengan keupayaan murid. Sebagai contoh:

Oleh itu, untuk Pencapaian Akademik Guru A:


KT = 26, S=71 , KS = 74 dan skor guru ialah 4 kerana perbezaan S dan KS
melebihi 3%.

b. Peningkatan pembelajaran
Peningkatan keupayaan pembelajaran murid melalui interaksi murid
melibatkan kemahiran berfikir dalam aktiviti PdP (soal jawab,
perbincangan kumpulan, pembentangan projek, tugasan penyelesaian
masalah). Guru turut mengadakan beberapa aktiviti PdP untuk mencapah
idea murid. Sebagai contoh guru mengadakan projek Sains. Markah
ataupun tahap penglibatan murid dicatat dalam buku rekod. S adalah
sasaran yang guru tetapkan manakala KS adalah peratus murid yang
telah menunjukkan peningkatan pembelajaran (sebagai contoh
menghantar dan membentangkan projek Sains yang telah ditugaskan).

Bagi Peningkatan Pembelajaran, guru A mensasarkan 80% muridnya akan


menunjukkan peningkatan dalam pembelajaran menerusi pembentangan dan
penghantaran Projek Sains, S = 80. Selepas selesai projek Sains, guru menilai
hasil kerja murid dan didapati 32 daripada 35 orang murid Berjaya
menunjukkan peningkatan dalam pembelajaran. OLeh itu, KS =
(32/35)X100% = 91%. Apabila dikira beza antara S dan KS didapati
perbezaannya lebih dari 3% maka, skor guru ialah 4.

2.0KOKURIKULUM
2.1 Penglibatan kokurikulum

Guru A merupakan salah seorang guru penasihat pengakap sekolah. Guruguru yang terlibat dalam persatuan ini boleh berkongsi tanggungjawab
dengan membahagikan pelajar dalam kumpulan kecil. Contoh: sekiranya
terdapat 90 orang murid berdaftar dalam persatuan dengan tiga orang guru
maka setiap guru akan bertanggungjawab ke atas 30 orang murid secara
langsung dan 60 orang lagi secara tidak langsung. Pengiraan keberhasilan
akan mengambil kira murid di bawah tanggungjawab guru tersebut berkaitan
dengan penyertaan dan aktiviti. (ETR) jam aktiviti mengikut modul
ditetapkan. Jumlah jam aktiviti sebenar boleh dikira daripada jumlah jam
perjumpaan, jam terlibat semasa acara sekolah, membuat tugasan seperti
buku log dan lain-lain aktiviti. Perbezaan nilai AVR ( jumlah aktiviti sebenar)
dengan ETR akan menentukan skor diperoleh secara automatik
menggunakan template yang dibekalkan.

Contoh:
i.
Sasaran murid yang boleh mencapai jumlah ETR jam aktiviti = 60% (S)
ii.
Kitaran semasa (KS) adalah murid yang mencapai sasaran 3% dari
sasaran 36 jam aktiviti kokurikulum setahun. Dalam contoh ini 5 orang
daripada 8 orang telah mencapai. Oleh itu peratusnya = (5/8 )X 100%
= 62.5%. Oleh itu, guru akan mendapat skor 4.

2.2 Pencapaian Kokurikulum

Guru akan menetapkan TOV penglibatan setiap murid dibawah seliaanya. Tahap
penglibatan ini mengikut kemampuan murid. Pada akhir tahun guru akan mengisi
pencapaian sebenar murid dalam aktiviti kokurikulum. Perbezaan antara TOV
dengan penglibatan semasa akan dikira.

Contoh:
i.
ii.

Semua murid dibawah guru ini Berjaya mencapai TOV yang telah
ditetapkan.
Oleh itu, skor guru adalah 4.

Bagi guru SKTM 2013, nilai untuk 2.1 dan 2.2 telah ditetapkan sebagai mana
dibawah mengikut unit beruniform masing-masing. Bagi pengisian data E-Operasi
2014 dan seterusnya, guru-guru perlu memantau murid-murid dibawah seliaan
masing-masing yang akan dibahagikan pada awal tahun 2014 oleh unit Kokurikulum
SKTM.

Unit Beruniform
Pengakap
Pandu Puteri
TKRS
Puteri Islam
St John
Ambulance
Persatuan Bulan
Sabit Merah

2.1

Skor

S
60
60
60
60
60

KS
78
82
68
75
77

60

71

2.2

Skor

4
4
4
4
4

S
60
60
60
60
60

KS
68
72
65
76
68

4
4
4
4
4

60

72

3.0Sahsiah.
3.1Kesedaran intrapersonal
Guru A turut bertanggungjawab terhadap pembentukan sahsiah murid
selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kesedaran Intrapersonal
ini diukur berdasarkan semua aktviti murid di sekolah. Peratus kehadiran
untuk terlibat dalam program sahsiah atau latihan sukan. Sebagai contoh

murid diberikan pengikhtirafan apabila terlibat dalam aktiviti khidmat


masyarakat .
Sebagai contoh:
Guru menganjurkan program khidmat masyarakat. Guru mensasarkan
50% murid akan menglibatkan diri. Semasa aktiviti didapati 15
orangmurid daripada 27 orang dibawah seliaan beliau menghadiri
program khidmat masyarakat yang dianjurkan. Oleh itu peratusnya ialah
15/27 * 100% = 55%. Dengan itu, S = 50% dan KS = 55% dan skor guru
adalah 4.
3.2Kesedaran interpersonal
Selain daripada kesedaran terhadap diri sendiri, muird juga semestinya
menghargai orang lebih dewasa, guru, rakan-rakanya dan alam sekitar.
Penghargaan terhadap hubungan antara manusia dan alam sekitar diukur
berdasarkan kes displin yang dilaporkan.Guru menyimpan rekod
kehadiran murid dan masalah tingkah laku. Rekod ini sebagai rujukan
untuk menentukan tahap displin murid samada baik, sederhana atau
tindakan displin. Sekiranya murid mencapai kehadiran melebihi 80%
tetapi mempunyai masalah displin maka tahap displin murid ini adalah
sederhana.

You might also like