You are on page 1of 1

ABSTRAK

Penyelidikan tindakan ini bertujuan membantu murid untuk mengenalpasti dan


membetulkan kesalahan pembinaan struktur ayat dalam kalangan murid Tahun 4.
Sasaran penyelidikan ialah 40 orang murid Tahun 4M SJKC Chung Hua Seremban,
Negeri Sembilan. Penyelidikan tindakan ini melibatkan tiga perkara utama, iaitu
membantu murid untuk menganalisis kesalahan pembinaan sturktur ayat dan
membetulkannya serta meningkatkan keyakinan murid semasa membetulkan
pembinaan struktur ayat yang salah. Hasil dapatan penyelidikan tindakan
menunjukkan bahawa prestasi murid dalam penguasaan kemahiran mengenalpasti
dan membetulkan kesalahan pembinaan struktur ayat telah meningkat sebanyak
25.50% selepas intervensi. Ini membuktikan bahawa penggunaan kaedah percubaan
dapat meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran mengenalpasti dan
membetulkan kesalahan pembinaan struktur ayat.
Kata Kunci: Kaedah Percubaan
Penguasaan Kemahiran
Kesalahan Pembinaan Struktur Ayat
Menganalisis
Membetulkan

iv

You might also like