You are on page 1of 8

RENTETAN SEJARAH PENDIDIKAN DI NEGARA MALAYSIA

Sejarah pendidikan dan perkembangan sistem pendidikan negara Malaysia terbahagi kepada
empat peringkat iaitu :
i.
ii.
iii.
iv.

Pendidikan Sebelum Zaman Kolonialisme British( 1400- 1786 )


Pendidikan Semasa Zaman Kolonialisme (1786 - 1956 )
Sistem Pendidikan Selepas Merdeka
Pendidikan Alaf Baharu.

i. Sistem Pendidikan Sebelum Zaman Kolonialisme British.


Sistem pendidikan pada ketika itu bersifat tidak formal dan lebih ditumpukan kepada pengajaran
kitab suci Al- Quran, Pengetahuan rohani dan seni mempertahankan diri.Sistem pendidikan
yang tertumpu kepada ajaran Islam telah pun di amalkan di surau-surau dan masjid yang dibina
di kampung-kampung. Imam merupakan orang yang bertanggungjawab mendidik masyarakat
bagi mempelajari tulisan jawi atau tulisan Arab,menghafal doa dan membaca Al- Quran.Kaedah
pengajaran dan pembelajaran ini kurang berkesan kerana murid-murid hanya diajar cara
menghafal tanpa mengetahui ilmu pengetahuan yang di ajar.
Sistem

sekolah

pondok

mula

diperkenalkan

pada

awal

abad

ke-19

di

negeri

Kelantan,Terengganu dan Kedah. Sistem Sekolah pondok lebih kemas dan sistematik daripada
sistem masjid dan surau. Sekolah Pondok didirikan secara gotong-royong di kampungkampung.Mata pelajaran yang diajar di sekolah pondok ialah Tauhid, Tafsir, Fiqh, Nahu saraf,
Tasauf, Bahasa Arab dan Tulisan Jawi. Bahasa pengantar utama ialah bahasa Melayu kerana
banyak kitab Bahasa Arab utama telah di terjemahkan ke dalam Bahasa Melayu. Tujuan
utamanya ialah mendidik penduduk kampung supaya memahami hukum-hukum agama.
Pada awak abad ke-20 , satu institusi pendidikan yang lebih sistematik telah diperkenalkan di
Tanah

Melayu iaitu Sistem madrasah atau Sekolah Agama Moden. Sistem pendidikan

merangkumi ilmu keduniaan dan akhirat yang dipelopori oleh golongan muda.Mereka
menyampaikan pelajaran yang menekankan ajaran reformai dari Asia Barat. Lulusan Madrasah
bertaraf tinggi ( Al - Masyhur, Pulau Pinang ) boleh melanjutkan pelajaran ke Universiti AlAzhar, Mesir atau Masjidil Haram, Mekah.
ii. Pendidikan Semasa Zaman Kolonialisme British (1786- 1956 )
Pada zaman penjajahan British terdapat empat aliran persekolahan di tanah Melayu iaitu:

a. Sekolah Vernakular Melayu


Kerajaan British telah mula mengambil perhatian terhadap pendidikan di negeri-negeri Selat.
Blundell (Gabenor Negeri-negeri Selat ) telah mencadangkan di tubuhkan sekolah-sekolah
Vernakular Melayu di negeri-negeri Selat dengan bantuan Kerajaan British. Pada tahun 1856
Blundell telah menubuhkan sekolah Vernakular melayu di teluk Belanga dan Kampung gelam di
Singapura dengan bantuan kewangan DYMM Temenggung Johor.
Selepas itu, antara tahun 1858 hingga 1853 , kerajaan British telah menubuhkan beberapa
buah sekolah di Pulau Pinang dan Melaka. Mata pelajaran yang diaplikasikan di sekolah
Vernakular Melayu seperti Bacaan, Mengarang, Ejaan, Menulis, Ilmu hisab, Latihan jasmani
dan Ilmu Alam. Pada tahun 1878, Kolej latihan Guru Melayu yang pertama ditubuhkan di
Singapura manakala 1922 Maktab Perguruan Sultan Idris di Tanjung Malim. Tahun 1935 Malay
Women's Teachers College di tubuhkan di Melaka. Perubahan mata pelajaran baharu telah
dibuat berdasarkan cadangan Richard O.
Tujuan pihak British memperkenalkan sistem pendidikan Melayu adalah untuk membaiki
keadaan orang Melayu dan menjadikan mereka anak-anak nelayan dan petani yang lebih baik
daripada bapa mereka. Kerajaan British tidak mahu membuat perancangan di peringkat
menengah dalam Bahasa melayu untuk orang Melayu kerana British takut akan melahirkan
golongan yang cerdik pandai dan boleh menjadi ancaman kepada kerajaan British.
b. Sekolah Vernakular Cina.
Sekolah Vernakular Cina yang pertama telah didirikan oleh Persatuan Mubaligh London di
negeri Melaka pada tahun 1815, dan kemudian di pulau Pinang iaitu Institut Wu Fu pada tahun
1819. Sistem pendidikan Cina terbahagi kepada tiga peringkat iaitu peringkat rendah (enam
tahun ),peringkat menengah (tiga tahun ), dan peringkat atas (tiga tahun ). Pada tahun 1870
masyarakat Cina mendirikan sekolah pertama di Bau Sarawak. Pada tahun 1904 Sekolah
Chung Hwa Confucios yang pertama kali menggunakan kurikulum baharu negeri China di
tubuhkan di Pulau Pinang.
Pada tahun 1920-an,sebanyak 313 buah sekolah Vernakular Cina telah ditubuhkan di Negerinegeri Selat dan 181 buah Negeri Melayu Bersekutu. Antaranya 1923 Sekolah Cina Chung
Ling bagi menengah rendah dan 1931 menengah tinggi di Pulau Pinang. Sekolah Vernakular
Cina mendapat bantuan kewangan daripada kerajaan Manchu China.

Mata pelajaran yang diajar termasuklah Kesusasteraan Cina Klasik, Bahasa Cina, Sejarah
China, Ilmu hisab, Lukisan dan Latihan Ketenteraan. Buku-buku teks yang digunakan juga di
bawa masuk dari Negara China. Sekolah-sekolah Cina menggunakan pelbagai dialek sebagai
bahasa pengantar tetapi selepas reformasi semua sekolah cina menggunakan bahasa " KuoYu ". Semangat revolusi dan kesedaran politik yang mempengaruhi masyarakat cina telah
menyebabkan kebimbangan pihak British kerana mereka takut masyarakat Cina menyebarkan
ideologi komunis. Keadaan ini menyebabkan Kerajaan British mengambil langkah supaya
Sekolah Cina perlulah didaftarkan sehinggalah pada tahun 1924- 1928 sebanyak 315 buah
Sekolah Cina telah dibatalkan pendaftarannya. Kawalan peraturan yang dibuat tidak
mendatangkan perubahan yang berkesan. Selepas Perang Dunia Kedua, Sekolah Cina
menikmati kebebasan dan kuasa autonomi sendiri. Sehinggalah menjelang kemerdekaan
Tanah melayu bilangan murid-murid Sekolah Cina meningkat sebanyak dua kali ganda.
c. Sekolah Vernakular Tamil
Pada awal abad ke-20 Sekolah Vernakular Tamil mula berkembang di Tanah melayu
disebabkan oleh kemasukan ramai buruh India yang datang untuk bekerja di ladang-ladang
getah, kelapa, kopi dan tebu. Pada tahun 1850, Sekolah Anglo Tamil telah ditubuhkan di Melaka
dengan mengajar Bahasa Tamil dan Inggeris. Walau bagaimanapun sekolah ini telah ditutup
akibat kekurangan murid. Sehinggalah pada tahun 1870, beberapa buah sekolah Tamil telah
dibuka di Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan di Seberang Perai. Perubahan dasar British
terhadap pendidikan Vernakular Tamil telah menyebabkan Sekolah Tamil telah mula dibina di
bandar-bandar.
Pada tahun 1906, Thambusamy Pillay School dan tahun 1910, Vivikananda School telah
didirikan di Kuala Lumpur. Kerajaan British telah memperkenalkan Ordinan Buruh untuk
menarik lebih ramai buruh India datang bekerja di Tanah Melayu. Pada tahun 1925, terdapat 25
dan tahun 1930 meningkat kepada 333 buah sekolah Tamil telah ditubuhkan di Negeri-negeri
Melayu Bersekutu. Mata pelajaran yang diajar ialah Ilmu Hisab, Ilmu Alam, Kerja
Tangan,Pengetahuan Am dan Latihan Jasmani. Pendidikan sekolah Tamil hanya sekadar
sekolah rendah sahaja. memandangkan buruh-buruh estet tidak mampu menghantar anak-anak
mereka untuk melanjutkan pelajaran maka kebanyakkan tiada pilihan dan terpaksa bekerja di
estet-estet tempat mereka tinggal.
d. Sekolah Vernakular Inggeris

Pada tahun 1816, sekolah aliran Inggeris yang perttama di Tanah Melayu ialah penang Free
School yang diasakan oleh Paderi Gereja Rev. R. S. Hutching. Selepas itu, sekolah-sekolah
Inggeris telah ditubuhkan oleh mubaligh-mubaligh swasta iaitu sekolahSt. xavier dan Convent
yang didirikan di Pulau Pinang. Tahun 1848, persatuan Mubaligh Anglican Chaplains
menubuhkan Sekolah Inggeris yang pertama di Kuching Sarawak. penubuhan sekolah Inggeris
berterusan iaitu pada tahun 1897, methodist Boys School, Convent dan St. John Institution
telah ditubuhkan di Kuala Lumpur. Seterusnya pada tahun 1874, Victoria Institution ditubuhkan.
Tahun 1905, King Edward VII College Medicine di buka di Singapura. 1919, Institut Raffles mula
menawarkan kursus melatih guru untuk sekolah menengah atas.
Pada tahun 1920, akibat perubahan dasar Inggeris ,semua sekolah aliran Inggeris dibiayai
menerusi pungutan yuran dan derma daripada badan-badan persendirian dan orang ramai.
dalam dekad pertama abad ke-20, penjajah Inggeris telah mewujudkan 20 buah sekolah aliran
inggeris di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Pada tahun 190-an, peluang anak-anak Melayu
barulah terbuka untuk memasuki sekolah Inggeris dengan adanya kaedah " Special Malay
Class" . menerusi sistem ini murid-murid melayu darjah empat hendaklah menduduki satu
peperiksaan khas sebelum diterima masuk ke " Special malay Class" Kurikulum Sekolah ini
dirangka berasakan Senior Cambridge School Certificate Examination yang disusun di
England.SekolahVernakular Inggeris memiliki kedudukan dan kepentingan yang tinggi sistem
pendidikan Tanah melayu sebelum merdeka.
iii. Pendidikan Sebelum Merdeka (1946- 1956 )
Selepas perang Dunia Kedua Kerajaan Inggeris di bawar Rancangan Cheeseman cuba
menyusun semula sisitem pendidikan di Tanah Melayu. Tujuan utamanya ialah membaiki sistem
pendidikan dan menyatukan aliran yang berlainan dalam sukatan pendidikan. rancangan
Cheeseman hanya menumpukan peringkat sekolah rendah sahaja mengikut aliran bahasa
ibunda masing-masing.
Pada bulan Ogos 1950, sebuah jawatankuasa di bawah L.J. barnes telah ditubuhkan untuk
mengkaji semula sistem Pendidikan di Tanah Melayu. Mengikut saranan Barnes, persekolahan
rendah ialah alat perpaduan dan penyatuan masyarakat. Universiti Malaya ditubuhkan di
Singapura. Penyata Barnes ingin membentuk pendidikan yang bercorak kebangsaan. Sekolah
kebangsaan dibuka kepada semua kaum. Beliau juga mencadangkan menggunakan dua
bahasa pengantar iaitu bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun Penyata
Barnes telah ditolak oleh semua kaum.

Kerajaan telah menubuhkan satu jawatankuasa untuk mengkaji kedudukan sekolah Cina pada
tahun 1951. Jawatankuasa ini telah diketuai oleh Dr. W. P. Fenn dan Dr. Wu The. Yao. Tugas
utama jawatankuasa ini ialahkemungkinan sekolah Cina menggunakan Bahasa Inggeris dan
Bahasa Melayu.Syor-syor yang dikemukakan ialah:

Sekolah Cina dikekalkan tetapi kurikulumnya berdasarkan latar belakang tempatan.


Sekolah Cina menyokong konsep penggunaan 3 bahasa pengantar supaya perpaduan
di antara kaum tidak terjejas.

Laporan Fenn-Wu telah ditolak kerana tidak menguntungkan orang Melayu.


Pada bulan Sepetember 1952, satu jawatankuasa Penasihat Pusat ditubuhkan bagi mengkaji
Laporan Barnes dan laporan Fenn- Wu. Antara cadangannya ialah :

Penubuhan dua jenis sekolah yang menggunakan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu

sebagai bahasa pengantar.


Pelajaran selama enam tahun dengan bahasa Inggeris dan Bahasa melayu sebagai

bahasa pengantar di sekolah rendah.


Sekollah kebangsaan yang dicadangkan oleh Barnes dilaksanakan.
Sekolah Cina dan tamil tidak termasuk konsep sistem sekolah kebangsaan.

Ordinan pelajaran 1952 tidak dapat dijalankan kerana berlakunya darurat.


Jawatankuasa Razak telah ditubuhkan pada tahun 1956 untuk mengkaji Ordinan pelajaran
1952. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Dato' Abdul Razak bin Hussein. Antara
kandungannya:

Sekolah Rendah dibahagikan kepada Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK ) yang

menggunakan Bahasa melayu sebagai bahasa pengantar.


Sekolah Rendah jenis kebangsaan ( SRJK ) yang menggunakan Bahasa Inggeris, Cina

dan Tamil sebagai bahasa pengantar.


Bahasa melayu dan Bahasa Inggeris merupakan mata pelajaran Wajib
Sekolah Menengah dibahadikan kepada 3 peringkat iaitu sekolah menengah

rendah( tahun ), sekolah menengah atas ( 2 tahun ) dan pra -U (2 tahun ).


Terbuka kepada semua kaum dengan menggunakan sukatan yang sama.

Laporan ini ditentang oleh oarang melayu kerana tiada ketegasan dalam pelaksanaan bahasa
kebangsaan.
iv. Pendidikan Selepas Kemerdekaan (1957-1996 )

Pada tahun 1959, Jawatankuasa penyemak pelajaran telah ditubuhkan bagi mengkaji semula
pelaksanaan Laporan Razak. Jawatankuasa ini diketuai oleh Abdul Rahman bin Haji Talib.
Pada tahun ini juga Penyata Rahman Talib telah diluluskan di Parlimen. Antara syor yang telah
dikemukan ialah :

Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah,menengah dan

institut pengajian tinggi.


Peperiksaan awam diadakan dalam Bahasa Melayu.
Kelas peralihan diadakan bagi pelajar SRJK (C) dan (T) yang ingin bertukar ke sekolah

menengah aliran Melayu atau Inggeris.


Kenaikan darjah secara automatik.
Murid beragama Islam belajar Pendidikan Islam manakala murid bukan beragama Islam
belajar Pendidikan Moral.

Syor-syor Laporan Rahman Talib akhirnya menjadi Akta pelajaran 1961. Melalui akta ini ,semua
sekolah menggunakan kurikulum yang sama tanpa mengira aliran sekolah. Bahasa Melayu
digunakan sepenuhnya dari sekolah rendah ke sekolah menengah sampai institut pengajian
tinggi. Umur minimum meninggalkan sekolah ialah 15 tahun. Fakulti Pendidikan ditubuhkan di
Universiti Malaya. Pada tahun 1965 Pusat Latihan RIDA ditukarkan nama sebagai Institut
MARA. Akta Bahasa Kebangsaan dikuatkuasakan.

Bahasa Kebangsaan menjadi Bahasa

Rasmi yang tunggal.


Pada tahun 1979 kerajaan telah menubuhkan satu Jawatankuasa Kabinet ( Laporan Mahathir)
untuk mengkaji semula matlamat-matlamat dan keberkesanan sistem pendidikan yang
diamalkan.Lebih penting tugasnya ialah untuk memastikan bahawa sistem pelajaran ini dapat
memnuhu matlamat negara ke arah pembentukan masyrakat yang bersatu padu,berdisiplin dan
terlatih. Antara cadangannya ialah menumpukan kepada membaca,menulis dan mengira.
Kedudukan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Pendidikan menengah atas terbahagi
kepada dua jurusan iaitu akademik dan vokasional. Peluang melanjutkan pelajaran dilanjutkan
dari 9 tahun ke 11 tahun.
Pada tahun 1983, Kerajaan Malaysia telah mewujudkan rancangan Kurikulum Baharu Sekolah
Rendah (KBSR ) untuk dilaksanakn di semua sekolah rendah seluruh negara.Seterusnya pada
tahun 1989. Kurikulum Baharu Sekolah Menengah telah dilaksanakan di semua sekolah
seluruh

Malaysia. KBSR dan KBSM mempunyai objektif yang sama iaitu sebagai alat

perpaduan

kaum

dan

negara.

Selepas

Dasar

Ekonomi

Baru

tamat

pada

tahun

1990,kesinambungan daripadanya terbentuk Dasar Pembangunan Negara ( DPN ).19912000,di mana ketika ini berlangsungnya rancangan Malaysia ke-enam dan ke- tujuh.
Pendidikan Alaf Baharu
Pada tahun 2007,bekas Perdana menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi telah
melancarkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP ) 2006-2010. Tujuannya ialah untuk
melonjakkan

kecemerlangan

sekolah,melahirkan

rakyat

Malaysia

yang

berilmu

pengetahuan,berakhlak mulia, bertanggungjawab, berkemampuan dan mengangkat imej sistem


pendidikan negara di mata dunia. PIPP termasuk dalam rancangan Malaysia ke- sembilan.
Rancangan Malaysia ke - Sembilan telah menetapkan pembangunan modal insan berminda
kelas pertama sebagai salah satu daripada lima teras utama ke arah mencapai wawasan 2020.
Sekolah Wawasan merupakan antara percubaan yang dilakukan oleh kerajaan bagi membawa
perubahan dalam sistem pendidikan negara. Sekolah Wawasan bererti sekolah rendah yang
berkonsepkan belajar bersama-sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum
atau agama. Antara tujuan penubuhan Sekolah Wawasan ialah mewujudkan perpaduan di
kalangan murid-murid yang berbagai bangsa dan latar belakang.
Sekolah Bestari merupakan sekolah yang ditubuhkan dengan teknologi canggih dengan
pengubahsuaian kurikulum agar selari dengan perkembangan pesat dalam era sains dan
teknologi.Objektif Sekolah Bestari ialah melatih pelajar-pelajar supaya cerdas dan pandai
menggunakan teknologi terkini.
Sekolah Kluster pula ialah satu jenama yang diberikan kepada sekolah yang dikenal pasti
cemerlang dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid.
Tujuannya untuk melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem Pendidikan Malaysia dan
membangun sekolah yang boleh dicontohi oleh sekolah dalam kluster yang sama.
Terkini KSSR digubal berasaskan standard kandungan dan standard pembelajaran. KSSR
berlandaskan perkembangan insan seimbang merangkumi enam tunjang. Perubahan telah
dillakukan dalam peruntukan masa,pendekatan pengajaran dan pembelajaran serta kaedah
pentaksiran.
Kesimpulan

Kejayaan negara menjadi cemerlang ,gemilang dan terbilang bergantung kepada penguasaan
ilmu pengetahuan dan keupayaan generasi muda. Kerajaan telah berusaha untuk menyediakan
peluang yang lebih luas bagi mencemerlangkan sistem pendidikan

You might also like