You are on page 1of 8

Pengenalan.

Malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum dan etnik dengan


pelbagai budaya. Kepelbagaian budaya ini telah mempamerkan keunikan negara kita
berbanding negara lain. Menurut Edward Burnett Tylor, budaya atau kebudayaan
merupakan keseluruhan yang kompleks, yang di dalamnya terkandung pengetahuan,
kepercayaan, kesenian, moral, hukum, adat istiadat, dan kemampuan-kemampuan
lain yang diperoleh oleh seseorang sebagai anggota masyarakat.
Merujuk kepada perangkaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan
Malaysia bagi Suku Ketiga 2009, Malaysia terdiri daripada 17.64 juta orang kaum
bumiputera dimana 14.50 juta orang adalah kaum melayu manakala 3.15 juta orang
adalah kaum bumiputera bukan melayu seperti kadazan, dayak,iban, dusun dan lainlain lagi. Kaum Cina pula seramai 6.45 juta orang diikuti dengan kaum india seramai
1.95 juta orang dan lain-lain kaum seramai 342 ribu orang.
Kewujudan pelbagai kaum di Malaysia secara langsung telah mewujudkan
kepelbagaian sosio budaya dalam masyarakat kita. Menurut Kamus Dewan Edisi
Ketiga, kepelbagaian membawa erti berbagai-bagai jenis manakala sosio-budaya
pula ditakrifkan sebagai hubungan masyarakat dengan budaya yang merangkumi
cara hidup, adat istiadat dan sebagainya. Oleh yang demikian, kepelbagaian sosiobudaya boleh didefinisikan sebagai hubungan masyarakat yang mempunyai
perbezaan budaya dalam wilayah yang sama dan hidup bersama.
Islam turut mempunyai takrif tersendiri mengenai sosio budaya ini. Sosio
budaya menurut islam ialah amalan yang berupa gaya hidup dan peradaban sesuatu
masyarakat yang lahir dari akidah dan petunjuk Islam, bersangkutan dengan akhlak

dan pergaulan masyarakat itu dalam berbagai bidang penghidupan mereka, bagi
meransang pembangunan masyarakat berkenaan menurut yang diredhai Allah SWT.
Bagi mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan negara yang mempunyai
pelbagai kaum ini, pemerintah negara perlu bijak untuk menangani karenah serta
permintaan semua kaum bagi kepentingan kaum mereka. Perpaduan merupakan
elemen terpenting dalam usaha mengekalkan keharmonian negara, maka wujudlah
Rukun Negara.

Rukun Negara adalah salah satu usaha kerajaan untuk

mengekalkan perpaduan pelbagai kaum di Malaysia setelah berlakunya peristiwa


berdarah 13 Mei 1963 yang mampu mengugat kemerdekaan negara pada masa itu.
Pada era yang makin mencabar ini, perpaduan turut menjadi isu yang hangat setelah
pemimpin-pemimpin kaum mula membangkitkan isu-isu sensitif dan mencabar hak
keistimewaan Kaum Bumiputera yang sedia termaktub di dalam Perlembagaan
Malaysia. Oleh hal demikian, satu pendekatan perlu di ambil bagi mengelakkan
perpecahan kaum dan peristiwa berdarah berulang kembali.
Perubahan pucuk pimpinan negara pada tahun 2009 telah menjadikan
perpaduan sebagai perkara utama kepimpinan negara. Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun
Hj Abd Razak melancarkan 1Malaysia sebagai usaha untuk mengeratkan hubungan
kaum di Malaysia. Menurut beliau. 1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk
perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa
nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia.

1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat


Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang
seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Ia bukan satu dasar baru yang

terpisah dari dasar-dasar kerajaan Barisan Nasional sebelum ini, sebaliknya ia


merupakan pelengkap kepada pendekatan-pendekatan yang sedia ada untuk
mengukuhkan lagi perpaduan bagi menjamin kestabilan, ke arah mencapai
kemajuan dan pembangunan yang lebih tinggi bagi rakyat dan negara Malaysia.
Dalam erti kata lain 1Malaysia digagaskan sebagai satu formula yang akan
membantu memastikan aspirasi negara, iaitu Wawasan 2020 tercapai jika ia
diterapkan ke dalam sanubari rakyat dan diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat.
1Malaysia menekankan sikap penerimaan di kalangan rakyat berbilang kaum, di
mana sesuatu kaum menerima keunikan kaum yang lain seadanya agar dapat kita
hidup bersama dalam keadaan saling hormat menghormati sebagai rakyat dalam
satu negara.

Implikasi kepelbagaian sosiobudaya terhadap pengurusan kelas.


Kepelbagaian sosiobudaya akan memberi impak ataupun implikasi tersendiri
kepada sesebuah organisasi. Kepelbagaian sosiobudaya ini turut dirasai di peringkat
pengurusan kelas meliputi implikasi terhadap guru, murid dan sekolah. Kegagalan
guru, murid serta sekolah dalam menghadapi kepelbagaian sosial ini akan
menggagalkan konsep 1Malaysia yang dicanangkan oleh pucuk pimpinan negara.
Hal ini kerana, sekolah merupakan tunjang atau umbi kepada 1Malaysia di mana
penerapan nilai-nilai murni dan aspirasi seperti yang termaktub dalam konsep
1Malaysia akan bermula di peringkat sekolah.
Guru.
Menurut Mok Soon Sang (2002), guru bukan hanya menyampaikan ilmu
pengetahuan semata-mata,tetapi juga menanam sikap, nilai dan sahsiah yang
sempurna dan mematuhi peraturan masyarakat. Bertepatan dengan itu, guru perlu
bersedia dengan kepelbagaian sosiobudaya murid yang datangnya daripada
pelbagai kelas sosial dan kaum.
Roland Meighan (1986) berpendapat kelas sosial menggambarkan perbezaan cara
hidup atau pendapatan di dalam sesuatu bangsa yang sama. Manakala menurut
Kamus Dewan, kaum didefinisikan sebagai puak, suku bangsa ataupun jenis bangsa
seseorang.
Oleh hal demikian, guru perlu bijak bagi menangani murid yang berasal
daripada kelas sosial dan kaum yang berlainan. Dalam proses pengajaran dan
pembelajaran, perbezaan kelas sosial dan kaum ini perlu diketepikan dan semua
murid perlu di layan dengan sama rata tanpa mengambil kira kelas sosial dan kaum
mereka. Guru juga perlu peka terhadap pembentukan kumpulan agar tidak berlaku

kumpulan yang berasaskan kelas sosial dan kaum. Ini kerana kumpulan yang
mempunyai murid yang berlainan kelas sosial dan kaum akan menggalakan interaksi
serta pergaulan yang sihat. Latar belakang serta budaya hidup mereka yang berbeza
akan mempengaruhi pemikiran serta pandangan mereka. Maka, hasil daripada
perbincangan dalam kumpulan akan menghasilkan sesuatu pandangan yang lebih
unik dan kreatif kerana percampuran pengaruh budaya dan fahaman murid-murid.
Lahir

daripada

latarbelakang

dan

pengaruh

persekitaran

yang

berbeza,pastinya mempengaruhi pemikiran serta fahaman murid pada sesuatu


perkara. Sebagai contoh, murid yang beragama islam dan murid beragama budha
pastinya mempunyai pandangan tersendiri terhadap agama dan budaya mereka.
Oleh hal demikian, guru perlu peka dengan perbezaan pemikiran itu dan mendengar
segala pandangan atau idea yang murid sampaikan. Guru pelu memberi respon dan
ulasan yang positif yang boleh menyebabkan mereka saling menghormati dan sedia
mendengar pandangan sahabat mereka. Respon yang baik daripada guru akan
meningkatkan pemahaman mereka dan meningkatkan perasaan ingin tahu dalam
diri murid. Di samping itu, guru juga perlu menekankan budi bahasa dan tutur kata
yang sopan ketika menyampaikan pandangan bersesuaian dengan nilai-nilai murni
yang dinyatakan dalam konsep 1Malaysia.
Tembok perkauman perlu diruntuhkan bagi mewujudkan bangsa Malaysia
yang bersatupadu. Di dalam kelas, guru perlu mengelakkan diskriminasi kaum agar
murid daripada kaum lain tidak merasakan diri mereka dipinggirkan oleh guru dan
muri-murid lain. Guru juga perlu mengelakkan daripada menyentuh atau mempertikai
agama dan kepercayaan yang dianuti oleh murid-murid. Perancangan proses
pengajaran dan pembelajaran perlulah seiring dan sesuai dengan semua agama,nilai
dan kepercayaan mereka.

Bahasa pengantar juga perlu diberi penekanan serius oleh guru. Murid yang
terdiri daripada pelbagai kaum dan latarbelakang ini menyebabkan berlaku
pertembungan dialek yang memberi impak kepada proses pengajaran dan
pembelajaran. Guru haruslah menggunakan dan menekankan penggunaan bahasa
standard yang mampu difahami oleh semua agar penglibatan murid di dalam aktiviti
pembelajaran dapat dioptimumkan dan lebih berkesan.

Murid.

Kepelbagaian sosio budaya ini turut memberi kesan kepada murid. Murid-murid
mempunyai pendirian tersendiri hasil daripada pengaruh budaya, agama dan
persekitaran. Oleh itu, kewujudan murid pelbagai kaum dan sosio budaya di dalam
kelas menjadikan mereka prejudis terhadap murid yang berbeza daripada gaya
hidup mereka. Maka, murid perlu dibersihkan minda dan fahaman mereka terhadap
rakan-rakan mereka yang berlainan agama, budaya dan jantina agar tidak ada
jurang antara mereka bagi memudahkan proses pembelajaran.
Penggunaan bahasa standard perlu diamalkan oleh murid ketika di dalam
kelas ataupun ketika berada di kawasan sekolah. Penggunaan bahasa ibunda
ataupun dialek di dalam kelas seharusnya di kawal bagi memastikan proses
pembelajaran berjalan lancar.

Penggunaan laras bahasa yang betul juga perlu

ditekankan dalam kalangan murid bagi mengelakkan pergaduhan dan salah faham
antara satu sama lain. Perbendaharan kata yang tepat dan betul turut membantu
murid mencapai kematangan sosial.
Murid perlu mengambil peluang daripada kepelbagaian sosio budaya di dalam
kelas untuk berinteraksi antara kaum dan jantina berlainan. Corak pemikiran antara
lelaki dan perempuan adalah berbeza dan interaksi yang sihat seperti belajar secara
berkumpulan dapat memberi gambaran kepada murid tentang sesuatu perkara
dengan lebih jelas. Dalam masa yang sama, batas pergaulan antara jantina perlu
diberikan penekanan agar tidak bertentangan dengan tuntutan agama.
Agama dan kepercayaan merupakan sesuatu isu yang amat sensitif. Oleh hal
demikian, agama dan kepercayaan murid tidak harus dipertikaikan. Proses
sosiolisasi antara kaum tanpa mengira anutan agama hendaklah dikembangkan
supaya proses pembentukan kendiri murid dapat dilaksanakan.

Kelas yang mempunyai pelbagai kaum dan sosio budaya memerlukan sikap
percaya antara satu sama lain. Aktiviti yang di rangka mestilah berupaya untuk
menanam semangat saling mempercayai dalam jiwa murid. Semangat kepercayaan
yang tinggi akan meruntuhkan tembok perkauman dan secara tidak langsung
perpaduan antara kaum akan terjalin.
Kepelbagaian sosio budaya di dalam kelas turut merangsang kewujudan
masalah didiplin. Rakan sebaya amat mudah mempengaruhi tingkah laku seseorang.
Sebagai contoh, seorang murid yang baik akan terpengaruh dengan tingkah laku
sahabatnya yang bermasalah apabila sering berinteraksi dan bergaul. Guru perlu
peka terhadap perubahan murid agar tingkah laku yang tidak dingini dapat di
bendung dan murid bermasalah dapat di kawal dan di ubah sikapnya.

You might also like