You are on page 1of 3

Sejarah penubuhan

pengakap dunia
Diasaskan oleh seorang pegawai tentera
British bernama Robert Stephenson Smyth
Baden Powell, nama ringkasnya : BP

Setelah berjaya dalam peperiksaan


tentera, BP telah ditauliahkan
sebagai Leftenan Muda dan mula
berkhidmat dalam tentera di India
dan Afghanistan dalam tahun 1876,
kemudian ke Natal (Zululand) dan
Malta sebagai penolong Setiausaha
Tentera.

Dalam tahun 1897, BP dinaikan


pangkat menjadi Kolonel dan
ditempatkan di India untuk memimpin
Dragoon Guard ke 5. Beliau telah
memberi hadiah kepada askar-askar
yang menunjukkan kebolehan yang
baik dengan satu lencana bergelar
SCOUTS (Peninjau).

Beberapa tahun kemudian beliau dihantar


bertugas di Afrika Barat untuk menamatkan
satu peperangan di Ashanti, Ghana. Dalam
peperangan Baden-Powell sentiasa berhatihati terhadap pergerakan musuh hinggakan
beliau digelar IMPEESA yang bermaksud
Serigala yang tak pernah tidur.

Pada tahun 1899, BP diberi kenaikan pangkat


sebagai Kolonel. Ketika menghadapi serangan
dan kepungan musuh di Bandar Mafeking pada
tahun 1899, pasukan BP kekurangan anggota
tentera dan BP telah berhelah dengan

Keberanian, kepantasan dan


kecekapan kanak-kanak ini
meninggalkan kesan yang
mendalam kepada BP lalu beliau
menulis buku yang bertajuk Aids to

menggunakan kanak-kanak di Bandar tersebut

Scouting.

untuk bertindak sebagai utusannya bagi


menyampaikan maklumat kepada pasukan
bantuan British. Strategi BP ini memungkinkan
pasukan tentera British berjaya mengalahkan
pihak musuh di Mafeking.

Pada tahun 1907, ketika pulang ke


England, BP menganjurkan satu
perkhemahan percubaan dengan jayanya
di Pulau Browsea untuk kanak-kanak lelaki.
Hasil daripada kejayaan tersebut, pada
tahun 1908, BP telah mengarang sebuah
buku berjudul Scouting for Boys yang
dijadikan asas dan panduan kepada
pergerakan pengakap sehingga ke hari ini.

Sejarah penubuhan
pengakap di
Malaysia

Bendera pergerakan pengakap

Lagu pergerakan pengakap

You might also like