You are on page 1of 29

BAB 1:

PENGENALAN
PENGURUSAN

PENGURUSAN MAKMAL

Makmal secara umumnya boleh didefinisikan sebagai satu


ruang terkawal bertujuan bagi melaksanakan pelbagai aktiviti
kajian saintifik seperti pengujian, penghasilan produk,
perkhidmatan dan akhirnya satu nilai pengukuran dihasilkan.
Manakala secara khususnya pula, makmal dapat
digambarkan sebagai ruang yang menyediakan kemudahan
bagi tujuan yang sama tetapi menjurus kepada matlamat dan
objektif penubuhannya seperti makmal perubatan, makmal
pengajaran dan pembelajaran, makmal kaca, makmal alam
sekitar dan sebagainya.

Pengurusan pula merupakan bidang yang cukup luas


merangkumi segala aspek kehidupan manusia dan
hubungannya dengan persekitaran. Amalan mengurus telah
wujud sejak beribu tahun yang lalu. Sains pengurusan telah
banyak membantu manusia membina peradapan dunia,
buktinya sehingga kini kita dapat melihat kejayaan manusia
dulu kala mengurus dan membina tujuh keajaiban dunia.

DEFINISI PENGURUSAN

Menurut Brech (1957), pengurusan adalah sebagai satu proses sosial yang menentukan
tanggung jawab untuk kecekapan atau keberkesanan perancangan dan perjalanan
pergerakan-pergerakan perusahaan. Pengelibatan tanggung jawab yang dimaksudkan
adalah seperti berikut:
1) Memberi kuasa dan menjaganya serta menetapkan kaedah-kaedah bagi menentukan segala
rancangan tidak terbantut, malah berjalan dengan baik.
2) Menyatupadukan, memandu dan mengelola tenaga kerja yang merupakan energy kepada
perusahaan itu.

Menurut Azhari (1990), pengurusan boleh ditakrifkan sebagai satu proses perancangan,
pengemblengan, arahan dan kawalan untuk mencapai sesuatu matlamat yang telah
ditetapkan. Perancangan bermaksud setiap tindakan perlulah mempunyai suatu
perancangan yang difikirkan terlebih dahulu. Manakala penggemblengan pula membawa
maksud penggemblengan dan koordinasi tenaga kerja serta sumber bahan ke arah
mencapai matlamat organisasi yang dikehendaki. Arahan dalam konteks pengurusan
pula adalah arahan-arahan yang dikeluarkan untuk pekerja-pekerja bagi melaksanakan
tugas-tugas yang telah diamanahkan. Kawalan memberi erti bahawa pihak pengurusan
akan memastikan organisasi sedang bergerak ke arah mencapai matlamat.

DEFINISI PENGURUSAN

Mary Parker Folett pula mendefinisiksn pengurusan sebagai satu tatacara atau seni
bagi mencapai sesuatu kerja atau menghasilkan sesuatu keluaran melalui manusia.
Manakala Peter Druker melihat pengurusan sebagai fungsi kepimpinan di dalam
membuat keputusan yang relevan kepada perusahaan secara menyeluruh. Membuat
keputusan dan komunikasi adalah dianggap sebagai nadi penggerak sesebuah
organisasi pada masa kini dan ianya perlulah dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

SEJARAH PENGURUSAN SAINTIFIK


1. Frederick Winslow Taylor percaya kepada sains pengurusan yang berdasarkan kepada
pemerhatian, pengukuran, analisis, pembaharuan kaedah kerja, dan juga insentif
ekonomi. Kajian beliau lebih menjurus kepada usaha membentuk kaedah-kaedah yang
paling sesuai dalam melakukan sesuatu kerja atau tugasan. Beliau percaya pihak
pengurusan perlu bertanggungjawab untuk merancang, memilih tenaga kerja dengan
teliti, memberi latihan yang mencukupi kepada tenaga kerja dan memelihara hubungan
baik dengan tenaga kerja. Pengurusan juga perlu bertanggungjawab ke atas apa yang
tenaga kerja lakukan. Kesemua teknik dan konsep pengurusan ini telah dibukukan dalam
The Principal of Scientific Management yang diterbitkan pada tahun 1911. Antara
kandungan Pengurusan Saintifik Taylor bolehlah diringkaskan seperti berikut:
1. Selia aktiviti perlu didasarkan kepada sains untuk menggantikan pendapat atau
peraturan-peraturan yang tiada asas.
2. Pekerja perlu dipilih dengan teliti dan kaedah sains digunakan untuk melatih dan
membangunkan pekerja-pekerja yang sudah dipilih.
3. Pihak pengurusan perlu bekerjasama dengan pekerja supaya aktiviti dilakukan
berpandukan kaedah-kaedah sains yang telah dibangunkan.
4. Pihak pengurusan perlu lebih bertanggungjawab ke atas aktiviti yang dilakukan oleh
tenaga kerja di mana sebelum ini tanggungjawab itu dipikul oleh tenaga kerja sahaja.

SEJARAH PENGURUSAN SAINTIFIK


2. Frank Gilbreth, seorang lagi tokoh pengurusan saintifik telah membuat kajian secara
terperinci ke atas pergerakan tubuh badan manusia untuk melakukan sesuatu kerja.
Hasil daripada kajian ini beliau telah membangunkan prinsip ekonomi pergerakan yang
mengandungi tujuh belas asas manusia yang dikenali sebagai Therbligs.
3. Henry Gantt pula telah menghasilkan satu sistem penjadualan yang digunakan seluruh
dunia dalam kontek mengurus sesebuah projek yang dikenali sebagai Gantt Chart. Carta
ini dapat membantu pengurusan projek dalam menentukan perkembangan dan tempoh
masa pelaksanaan projek, kos projek, pengurusan sumber manusia dan sebagainya.
4. Henry Ford pula telah memperkenalkan kaedah mass production di dalam pengurusan
saintifik, iaitu satu sistem di mana satu jumlah pengeluaran yang besar dihasilkan
dengan menggunakan komponen-komponen piawai dan tidak menekankan keperluan
terhadap tenaga kerja mahir.

PENDEKATAN KEPADA PENGURUSAN


1. PENGURUSAN SEBAGAI SATU PROSES
a) Pendekatan ini telah diasaskan oleh Fayol seorang tokoh perindustrian Perancis pada
sekitar tahun 1916, seiringan dengan itu perkembangan yang sama juga sedang berlaku
di Amerika oleh Frederick W. Taylor.

PENDEKATAN KEPADA PENGURUSAN


1. PENGURUSAN SEBAGAI SATU PROSES
b) Douglas McGregor pula mementingkan pembangunan secara professional bagi seorang
pengurus. Beliau membayangkan bahawa setiap pertumbuhan dalam profesion mestilah
bermula dengan pemeriksaan terhadap bagaimana seorang pengurus menganggap
dirinya dan hubungannya dengan kerja mengurus segala kemudahan serta sumbersumber keluaran bagi mencapai hala tuju sesebuah organisasi.
Beliau mewujudkan dua bentuk teori mengenai keadaan manusia itu dalam hubungannya
dengan tugas yang dikenali sebagai teori X dan teori Y. Di dalam teori ini, McGregor
berpendapat bahawa pihak pengurusan perlu pintar dan bijak untuk mencungkil bakat
tenaga kerjanya melalui pembangunan manusia dan mengerti kehendak tenaga kerja
untuk bebas mengawal diri sendiri dan mempunyai semangat dorongan diri.

PENDEKATAN KEPADA PENGURUSAN


1. PENGURUSAN SEBAGAI SATU PROSES
c) Dr Robert R Blake dan Dr James Mauton telah mehasilkan satu teori pengurusan yang
dikenali sebagai petak pengurusan. Keterangan mengenai petak pengurusan ini dapat
digambarkan sebagai peranan pengurus dan sikap ambil berat tehadap pekerja .

PENDEKATAN KEPADA PENGURUSAN


1. PENGURUSAN SEBAGAI SATU PROSES

1.1
Pengurus tidak mengambil berat tentang tenaga kerja dan pengeluaran organisasi. Andainya usaha
yang minimum dikehendaki untuk mendapatkan sesuatu tugas itu dijalankan agar ahli-ahli organisasi terus
kekal di dalamnya.

1.9
Pengurus tidak begitu mengambil berat terhadap pengeluaran, sebaliknya sangat mengambil berat
terhadap tenaga kerja. Andainya dengan sangat mengambil berat dan memenuhi kehendak-kehendak tenaga
kerja boleh melahirkan suasana kerja yang lebih baik dikalangan mereka dan meningkatkan produktiviti.

5.5
Pengurus bersifat sederhana dalam mengambil berat terhadap pengeluaran dan tenaga kerjanya.
Andainya ialah prestasi organisasi yang sepatutnya boleh tercapai secara pertimbangan tentang
mustahaknya kerja-kerja diusahakan dengan menjaga maruah dan moral tenaga kerja atau, unsur manusia
dan pengeluaran diseimbangkan dari aspek-aspek tertentu dan tidak berat sebelah di mana-mana pihak yang
boleh merosakkan suasana.

9.1
Pengurus sangat mengambil berat tentang pengeluaran tetapi tidak begitu mengambil berat terhadap
tenaga kerja. Andainya ialah kecekapan dalam mengendalikan sesuatu hasil dengan keadaan kerja yang
teratur, faktor manusia tidak akan membantutkannya. Maksudnya tenaga kerja tidak berupaya merosakkan
sistem tugas yang telah disusun rapi dan berkesan.

9.9
Pengurusan sangat mengambil berat kedua-dua aspek iaitu pengeluaran dan tenaga kerjanya.
Andainya ialah pencapaian yang jitu dari sesuatu kerja itu lahirnya dari penglibatan tenaga kerja, saling
bergantung melalui kecenderungan bersama, percaya-mempercayai serta saling hormat menghormati. Cara
ini akan memudahkan matlamat dan tujuan organisai mudah dicapai.

PENDEKATAN KEPADA PENGURUSAN


2. PENGURUSAN SEBAGAI SATU SISTEM
Pendekatan ini mula dilaksanakan yang mana pengurusan dilihat sebagai satu sistem
yang terdiri daripada pelbagai bahagian atau komponen yang saling berkait di antara satu
sama lain. Keseluruhan komponen ini saling membantu dan bergerak ke arah satu tujuan
yang sama..

PENGURUSAN MAKMAL
TQM
DEFINISI:
Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) adalah merupakan satu usaha yang dilaksanakan
secara berterusan dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan awam maupun swasta agar
terus dapat dijana. Setiap aktiviti yang hendak dilaksanakan perlu dirancang terlebih
dahulu agar sesebuah organisasi itu dapat melakukan tanggungjawabnya dengan cekap
dan mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada orang ramai.
Menurut Abdul Rahim (2003), Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TOM) ialah satu proses
pengurusan kualiti yang berorientasikan pelanggan, berjalan dan dipertingkatkan secara
berterusan dan melibatkan semua aspek di dalam sesebuah organisasi.
TUJUAN:
Falsafah TQM adalah untuk membawa perubahan yang menyeluruh ke arah melahirkan
sebuah organisasi yang cemerlang. Disamping itu, ia merupakan satu proses
mertransformasikan budaya. TQM ini akan membawa organisasi mencapai kualiti yang
menyeluruh. Ciri-ciri kualiti ini bukan sahaja dipamerkan pada keluaran (produk) atau
perkhidmatan semata-mata, tetapi merangkumi keseluruhan operasi dan urusan
sesebuah organisasi.

PENGURUSAN MAKMAL
TQM
KONSEP:

PENGURUSAN MAKMAL
TQM
CIRI-CIRI:

TQM

MATLAMAT

Kepuasan hati pelanggan.


Keluaran tanpa cacat (zero defect/
error free).
Keluaran yang sentiasa tepat (right
the first time).

FOKUS

Sistem dan proses.


Budaya organisasi.
Pelanggan.
Pembekal.

STRATEGI

Penambahbaikan berterusan.
Melibatkan seluruh organisasi.
Tindakan tindakan yang strategik.
Berorientasiakan matlamat
yang panjang.
Pengawalan kos kualiti.
Tindakan pencegaha.
Menekan kepastian kualiti.
Penyelesaan masalah secara
sistematik

PELAKSANA

Pengurusan atasan (pemimpin).


Seluruh tenaga kerja (Total
participation).
Pasukan-pasukan Kerja

PENGURUSAN MAKMAL
TQM
PROSES PENAMBAHBAIKAN YANG BERTERUSAN MELALUI PENDEKATAN TQM
MELIBATKAN TUJUH PERINGKAT:

PENGURUSAN MAKMAL
TQM
PRINSIP AMALAN:
Prinsip 1 - Sokongan Pengurusan Atasan
Prinsip 2 - Perancangan Strategik Kualiti
Prinsip 3 - Mengutamakan Pelanggan
Prinsip 4 - Latihan Dan Pengiktirafan
Prinsip 5 Semangat Berpasukan
Prinsip 6 - Pengukuran Prestasi
Prinsip 7 - Kepastian Kualiti

PENGURUSAN MAKMAL
TQM
MODEL PELAKSANAAN:
PERSEDIAAN

PERANCANGAN

RANGKAIAN

FASA-FASA TQM

PELAKSANAAN

PENILAIAN

PENGURUSAN SUMBER MANUSIA


AKTA TENAGA KERJAAN 1955
Akta ini merupakan satu dokumen undang-undang yang diperkenalkan bagi melindungi
para tenaga kerja dalam memastikan bahawa hak mereka terpelihara. Peruntukan dan
garis panduan akta ini digunakan oleh para majikan sebagai ukuran bagi pemberian gaji,
elaun, faedah dan lain lain imbuhan.
AKTA KESATUAN SEKERJA 1959
Kesatuan ini merujuk pada suatu bentuk pertubuhan dalam trend tenaga kerjaan dalam
industri tertentu.Ia berfungsi sebagai badan yang menjaga dan melindungi tenaga kerja
atau anggotanya melalui perundingan dan perjanjian bersama dengan majikan demi
menjamin hak dan faedah tenaga kerja.
Menurut Abdul Razak dan Zainal Ariffin Ahmad (1999), Akta Kesatuan Sekerja 1959
memperuntukkan bagaimana sesuatu kesatuan itu boleh didaftarkan. Dalam konteks ini,
Pendaftaran Kesatuan Sekerja bertanggungjawab untuk mendaftar kesatuan yang baru
ditubuhkan. Kesatuan yang ditubuhkan hendaklah patuh kepada syarat-syarat yang
terdapat di dalam akta ini.

PENGURUSAN SUMBER MANUSIA


AKTA PERHUBUNGAN INDUSTRI 1967
Akta Perhubungan Perindustrian 1967 (APP) menyediakan peraturan hubungan antara
majikan dengan tenaga kerja dan kesatuan-kesatuan sekerja mereka. Sebarang masalah,
pencegahan, pertikaian dan kekeliruan yang wujud daripada perhubungan ini, secara
amnya akan dikendalikan dan diputuskan melalui peruntukan yang digariskan di bawah
akta ini.

PENGURUSAN SUMBER MANUSIA


HUBUNGAN ANTARA MAJIKAN DAN TENAGA KERJA
1.
a)
b)
c)

TANGGUNGJAWAB MAJIKAN
Kewajipan menyediakan kerja dan upah.
Kewajipan menyediakan sistem kerja yang selamat.
Kewajipan menyediakan kerja yang tidak bertentangan dengan undang-undang.

2.
a)
b)
c)
d)

TANGGUNGJAWAB PEKERJA
Sedia bekerja.
Mematuhi arahan majikan.
Berhati-hati menggunakan kemahiran yang ada.
Bersikap jujur dan amanah.

Contoh salahlaku pekerja yang sudah diputuskan oleh mahkamah:


1.
2.
3.
4.
5.

Cuai ketika menjalankan tugas.


Ponteng bekerja.
Lambat hadir ke tempat kerja.
Tidur ketika bertugas.
Mabuk di tempat kerja.

6.
7.
8.
9.
10.

Mencuri wang majikan.


Menyalah guna wang / harta majikan.
Menghasut tenaga kerja.
Tidak mematuhi perintah majikan
Berjudi di tempat kerja.

PENGURUSAN SUMBER MANUSIA


PENGAMBILAN TENAGA KERJA:
1. PERANCANGAN
2. PENGAMBILAN
3. PEMILIHAN
4. INDUKSI DAN ORIENTASI
5. LATIHAN DAN KEMAJUAN
6. PENILAIAN PENCAPAIAN TENAGA KERJA
7. PERTUKARAN TENAGA KERJA
8. PENAMATAN PERKHIDMATAN

PENGURUSAN SUMBER MANUSIA


BAHAGIAN SUMBER MANUSIA:
1. UNIT PENGAMBILAN
2. UNIT LATIHAN DAN KEMAJUAN TENAGA KERJA
3. UNIT GAJI DAN UPAH
4. UNIT PERKHIDMATAN TENAGA KERJA
5. UNIT PERHUBUNGAN TENAGA KERJA

PENGURUSAN SUMBER MANUSIA


DASAR PENGURUSAN TENAGA KERJA DALAM ORGANISASI:
1. DASAR PENGAMBILAN TENAGA KERJA
2. DASAR PEMBAYARAN GAJI
3. DASAR KENAIKAN PANGKAT
4. DASAR LATIHAN DAN PERHUBUNGAN TENAGA KERJA
5. DASAR KESELAMATAN DAN KESIHATAN TENAGA KERJA
6. DASAR MASA DEPAN

PENGURUSAN SUMBER MANUSIA


PENGURUSAN TENAGA KERJA:
Satu daripada pendekatan yang dapat membantu organisasi dalam mengurus manusia
ialah teori Maslow.

PENGURUSAN SUMBER MANUSIA


PENGURUSAN TENAGA KERJA:
PEMILIHAN TENAGA KERJA:
8.Tawaran

7. Keputusan
Pengambilan

1.Spesifikasi
Kerja

Tidak Diterima
oleh Mana-Mana
Pihak

2. Borang
Permohonan

3. Ujian-ujian

4.Temudug
a
6. Pemeriksaan
Fizikal

5. Memeriksa
Rujukan

LATIHAN TENAGA KERJA:


Tugasan yang dilakukan biasanya untuk satu tempoh yang panjang serta berulang-ulang
dan kerap akan menyebabkan tenaga kerja cepat mengalami situasi jemu dan tepu.
Justeru itu program latihan perlu dirangka bagi bertujuan untuk mengekalkan dan
memperbaiki prestasi kerja semasa dan masa hadapan tenaga kerja.

PENGURUSAN SUMBER MANUSIA


MOTIVASI TENAGA KERJA:
TEORI MOTIVASI:

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

Teori Tiga-Keperluan (Three-Needs Theory)


Teori Penentuan Matlamat
Teori Pengukuhan
Teori Jangkaan Victor Vrooom
Perluasan Kerja (Job Enlargement)
Pengkayaan Kerja (Job Enrichment)
Model Ciri Kerja (-JCM)
Teori Keadilan

PENGURUSAN SUMBER MANUSIA


MOTIVASI TENAGA KERJA:
Motivasi ditakrifkan sebagai kesanggupan untuk berusaha dengan gigih bagi mencapai
matlamat dan objektif sesebuah makmal atau organisasi dengan berdasarkan kepada
kebolehupayaan untuk memuaskan keperluan seseorang atau sekumpulan tenaga kerja.
Ia juga dapat diperkatakan dengan lebih mudah sebagai satu pengukuran bagi dorongan
atau keupayaan tingkah laku setiap individu untuk mencapai hasrat tersebut. Manakala
keperluan pula dilihat sebagai ketetapan dalaman yang boleh menyebabkan sesuatu hasil
yang tercetus itu dapat menarik / menggembirakan hati individu.
TEORI MOTIVASI:
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

Teori Tiga-Keperluan (Three-Needs Theory)


Teori Penentuan Matlamat
Teori Pengukuhan
Teori Jangkaan Victor Vrooom
Perluasan Kerja (Job Enlargement)
Pengkayaan Kerja (Job Enrichment)
Model Ciri Kerja (-JCM)
Teori Keadilan

PENGURUSAN SUMBER MANUSIA


KOMUNIKASI TENAGA KERJA:

Komunikasi diertikan sebagai pemindahan maklumat atau mesej daripada sumber


(pemberi) kepada penerima.

Proses komunikasi dalam organisasi mengandungi perkara berikut:


1. Arahan untuk melakukan atau jangan melakukan sesuatu, diperkatakan sebagai
komunikasi dari atas ke bawah atau komunikasi menurun.
2. Laporan, pertanyaan dan permintaan yang dikomunikasikan kepada ketua dikatakan
sebagai komunikasi ke atas atau menaik.
3. Komunikasi antara ahli satu kumpulan dengan ahli satu kumpulan yang lain yang
searas dikatakan sebagai komunikasi mendatar.

PENGURUSAN SUMBER MANUSIA


DISIPLIN TENAGA KERJA:

Disiplin tenaga kerja membawa maksud sebagai satu usaha ke arah membentuk satu
peraturan tersurat atau tersirat dan ianya menjadi satu garis panduan piawai yang serasi
dengan amalan, etika dan budaya kerja sesebuah organisasi.

Disiplin dalam organisasi mengandungi perkara berikut:


1.
2.
3.
4.

Membentuk disiplin tenaga kerja.


Pembetulan Kilat
Keselarasan Dalam Melaksanakan Tindakan Disiplin
Amaran peraturan

You might also like