You are on page 1of 15

KOMSAS

1.0

Pengenalan

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 5/2000: Pelaksanaan Komponen Kesusasteraan


Melayu Dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah (Tingkatan I
hingga Tingkatan 5) Bermula Tahun 2000. Komponen Kesusasteraan Melayu dalam
mata pelajaran Bahasa Melayu adalah bertujuan untuk memupuk dan
meningkatkan minat membaca di kalangan pelajar, serta memperkukuhkan
kemahiran berbahasa, iaitu kemahiran mendengar dan bertutur, membaca, dan
menulis. Di samping itu, pengajaran komponen Kesusasteraan Melayu diharap
dapat menyumbang kepada pembentukan sahsiah, peluasan pengetahuan dan
persepsi pelajar, serta meningkatkan kefahaman dan kesedaran tentang
kemanusiaan, kemasyarakatan dan budaya. Komponen Kesusasteraan Melayu akan
dijalankan secara berperingkat-peringkat mulai bulan Mac 2000. Bilangan teks bagi
setiap tingkatan adalah seperti yang berikut:

a. Satu novel daripada pilihan 4 judul yang ditetapkan. Ini bermakna, seorang
pelajar hanya wajib membaca dan mempelajari satu novel sahaja bagi setiap
tingkatan,

b. Satu teks antologi yang mengandungi 6 cerpen, 3 drama, 6 puisi moden (sajak),
6 puisi tradisional, dan 4 prosa tradisional.

Karya-karya sastera dalam bentuk novel dan antologi ini akan diletakkan di
bawahSkim Pinjaman Buku Teks.. Walau bagaimanapun, kelonggaran akan diberi
kepada pihak sekolah untuk memilih judul novel yang sesuai bagi pelajar-pelajar
sekolah berkenaan mengikut keupayaan pihak sekolah. Kementerian Pendidikan
Malaysia telah menyediakan Sukatan Pelajaran, dan Huraian Sukatan Pelajaran
(Edisi Penyesuaian) dari Tingkatan I hingga Tingkatan 5 bagi menjayakan
pelaksanaan program ini. Dua waktu diperuntukkan kepada komponen
Kesusasteraan Melayu daripada enam waktu mata pelajaran Bahasa Melayu.
Penaksiran pada peringkat sekolah dan peringkat pusat ialah:

i. Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai pada Tahun 2001.


ii. Penilaian Menengah Rendah (PMR) mulai pada Tahun 2002.

1
2.0

Kewajaran Pengajaran Komsas dalam Mata pelajaran Bahasa Melayu

Pelaksanaan Komsas dalam mata pelajaran Bahasa Melayu baru diperkenalkan pada
tahun 2000, oleh itu kajian terperinci terhadap hasil pelaksanaannya masih belum
banyak dilakukan oleh mana-mana penyelidik bahasa atau mana-mana ahli
pendidik setakat ini. Walau bagaimanapun, sudah banyak kajian serta penulisan
yang berkaitan dengan penggunaan bahan sastera dalam pengajaran Bahasa
Melayu di sekolah yang telah dibuat oleh para pengkaji bahasa atau ahli-ahli
akademik serta para pelajar di institusi pengajian tinggi. Othman (2001) dalam
artikelnya Strategi Pengajaran Bahan Sastera Dalam Bahasa Melayu antara lain
menulis, bagi mencapai keberkesanan maksimum dalam pengajaran dan
pemelajaran komponen sastera dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, haruslah
wujud perancangan atau strategi yang mantap dari pihak guru, pelajar, dan teks
yang dipilih. Guru yang mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam bidang
kesusasteraan akan membawa pengajaran di dalam kelas ke tahap yang lebih tinggi
yang mendorong pelajar-pelajar melalui proses pemikiran aras tinggi (Cohen 1991).

Menurut Baharum (1995) kepentingan bahan sastera dalam pengajaran dan


pembelajaran Bahasa Melayu sememangnya tidak dapat dinafikan lagi. Ini kerana
dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah
rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan
Malaysia(STPM) bahan sastera ialah pilihan utama apabila menyediakan soalansoalan peperiksaan. Dengan menggunakan petikan-petikan daripada bahan sastera
sama ada berbentuk prosa atau puisi dan diajukan soalan-soalan terutamanya
soalan pemahaman. Pelajar-pelajar diminta memberikan maksud rangkai kata,
memberikan maksud perkataan, membuat ayat-ayat daripada perkataan yang
dipilih, memberikan pendapat, menjawab soalan berdasarkan petikan dengan
cetusan idea yang bernas dan bahasa yang baik. Kajian Subadrah Nair (2000)
menunjukkan pengajaran skema sastera secara terancang dengan menggunakan
model skema sastera dapat meningkatkan pencapaian kefahaman bacaan subjek
secara signifikan bagi setiap petikan. Implikasi penyelidikan ini menunjukkan model
skema sastera yang dihasilkannya sangat berkesan dan dapat digunakan oleh guruguru untuk meningkatkan kefahaman bacaan Komsas di kalangan pelajar.

2
Komponen kesusasteraan menawarkan pelbagai peluang kepada guru untuk
mewujudkan wacana menyelesaikan masalah, membuat keputusan, membuat
inferens, mencadangkan idea baru dan menilai sesuatu tindakan. Kajian di Barat
misalnya, telah membuktikan bahawa sastera dapat membantu pelajar dalam
pembelajaran bahasa. Fauziah (1999) telah memetik kenyataan penulis-penulis teks
sastera dan bahasa seperti Brumfit dan Carter (1986), Carter dan Long(1991), Sage
(1989), Lazar (1993), dan Collie dan Slater (1990) yang menyatakan bahawa
sastera dapat digunakan untuk meningkatkan dan menggalakkan pemelajaran
Bahasa Inggeris. Mereka bersependapat bahawa nilai kesusasteraan terletak pada
aspek instrinsik sastera kerana sesuatu teks sastera kaya dengan ciri dan sifat
bahasa, sama ada dari segi semantik mahupun pragmatik. Dengan kajian-kajian
serta pendapat-pendapat yang dikemukakan tersebut diharapkan lebih banyak lagi
kajian lain mengenai pelaksanaan Komsas dalam mata pelajaran Bahasa Melayu
yang baru dilaksanakan dalam kurikulum persekolahan negara kita dapat dibuat
demi meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu serta
dapat mencapai objektif pelaksanaan komponen wajib tersebut. Kajian-kajian
berkaitan boleh dijadikan asas serta panduan kepada guru-guru bahasa khususnya
Bahasa Melayu bagi tujuan melihat keberkesanannya apabila hasil perlaksanaan
Komsas diuji buat pertama kalinya melalui peperiksaan SPM pada akhir tahun 2001.

Melalui pembacaan teks-teks atau bahan kesusasteraan Melayu dalam mata


pelajaran Bahasa Melayu, murid dapat meneladani dan menambahkan ilmu
pengetahuan, menyuburkan emosi, membina moral dan pengajaran, unsur
kemasyarakatan dan nilai kemanusiaan, dan estetik. Hal ini kerana dalam proses
pengajaran dan pembelajaran komponen kesusasteraan Melayu dalam subjek
Bahasa Melayu terdapat pelbagai gubahan yang menyingkapkan nilai budaya.
Bahan-bahan kesusasteraan Melayu yang bertemakan moral dapat membantu
murid menghayati nilai-nilai murni. Perkara ini disebabkan murid dapat belajar
melalui peniruan watak-watak baik yang ditonjolkan dalam sesebuah karya
kesusasteraan Melayu. Keadaan ini secara tidak langsung dapat mengurangkan
masalah disiplin pada kalangan murid kerana murid tertarik dengan cerita tersebut,
mereka akan mendengarnya atau membacanya dengan teliti dan tidak mungkin
akan menimbulkan masalah disiplin.

Oleh itu, wajarlah karya-karya kesusasteraan Melayu yang terpilih perlu


memancarkan nilai-nilai murni yang dapat membentuk konsep-konsep kebaikan,
keikhlasan dan kebenaran dalam pemikiran dan perasaan murid-murid yang
mempelajari kesusasteraan Melayu. Hal sedemikian bersesuaianlah dengan dasar
pendidikan kebangsaan, yang antara tujuan pentingnya adalah untuk
menyatupadukan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Kadang-kadang,
proses pengajaran dan pembelajaran unsur kesusasteraan Melayu dalam subjek
Bahasa Melayu sebelum pelaksanaan pada tahun 2000 tidak mencapai objektifnya
kepada murid. Hasil atau bahan kesusasteraan Melayu yang dibaca oleh murid ada
kalanya bukannya hasil kesusasteraan Melayu yang sesuai dengan kebolehan,
tahap atau keupayaan murid, tetapi lebih berupa cerita semata-mata. Malah kajian
yang dijalankan sebelum ini juga mendapati bahawa buku-buku bacaan
kesusasteraan Melayu yang disenaraikan oleh KPM itu sesetengah daripadanya
kurang sesuai untuk bacaan murid kerana berunsur negatif (Nik Hassan Basri Nik
Ab.Kadir, 1997: 189). Oleh yang demikian, kurikulum baru yang berorientasikan
komponen kesusasteraan Melayu lebih berupaya untuk mewujudkan individu yang
berminat dengan karya-karya yang bermutu. Selain itu, penggunaan kesusasteraan
Melayu melalui pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu yang berkesan dapat
membantu dan mempercepat proses itu, selari dengan dasarnya, iaitu untuk
membina dan mengukuhkan lagi pengetahuan asas kepada cita rasa warisan
bangsa Melayu supaya lahir kesedaran; rasa hormat kepada nilai-nilai Melayu, di
samping menanamkan bibit-bibit penghayatan yang dapat melahirkan rasa
keinginan untuk menyumbang kepada khazanah kesusasteraan kebangsaan yang
dimiliki bersama itu.
Seterusnya, penggunaan kesusasteraan Melayu dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu yang berkesan juga berupaya untuk melahirkan
sebilangan besar anggota masyarakat yang dapat menghargai kesusasteraan
bangsa. Sekali gus menambahluaskan bilangan pembaca buku kesusasteraan
Melayu. Dalam masa yang sama akan lahir penilai-penilai, pengkritik-pengkritik,
penghasil-penghasil, dan penerbit-penerbit karya kreatif dan kritis yang lebih
bertanggungjawab kerana fenomena yang seumpama itu dapat mengangkatkan
taraf kesusasteraan Melayu kita kepada tahap profesional yang tinggi. Di samping
itu, pengetahuan tentang konsep dan teori-teori kesusasteraan yang berhubungan
dengan beberapa pendekatan seperti pendekatan sosiologi sastera yang digunakan
oleh pengarang dalam menganalisis karya-karya kesusasteraan Melayu yang estetik
dapat meluaskan pengetahuan guru.

4
2.1

Komponen Sastera Dalam Bahasa Melayu

Komponen Kesusasteraan Melayu telah dijadikan komponen wajib dalam pengajaran


Bahasa Melayu di peringkat sekolah menengah dengan tujuan mendorong para
pelajar untuk membaca bahan-bahan sastera, menikmati dan mengapresiasi hasil
karya sastera,mengetahui latar belakang para penulis serta sumbangannya dan
mengetahui sejarah perkembangan sastera tanah air. Pelaksanaan kesusasteraan
Melayu sebagai komponen wajib dalam mata pelajaran Bahasa Melayu akan
memberi pendedahan kepada para pelajar tentang aspek-aspek asas dalam
memahami genre sastera, antaranya ialah:

Mengenal genre cerpen, drama, novel dan prosa tradisional.

Mengenal puisi moden dan puisi tradisional.

Memahami istilah-istilah kesusasteraan bagi karya prosa dan puisi.

Memahami binaan dan teknik plot.

Menilai dan mengulas mesej, pengajaran, nilai-nilai kemanusiaan,


kemasyarakatan dan kebudayaan.

Menaakul tema atau pemikiran, mesej dan pengajaran, serta nilai


kemanusiaan dan kemasyarakatan.

Menilai dan mengulas gaya bahasa, unsur bunyi dan nada.

Kertas Bahasa Melayu yang berteraskan teks Komponen Kesusasteraan Melayu ini
juga bertujuan untuk mengukuhkan kemahiran berbahasa pelajar yang merangkumi
kemahiran mendengar dan bertutur, membaca dan menulis. Oleh itu format baru
kertas Bahasa Melayu dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun
2001 ini adalah berteraskan teks Komsas yang dipelajari oleh pelajar-pelajar sekolah
menengah di Tingkatan 4 dan 5. Pelaksanaan pengajaran Komsas telah bermula
sejak Mac tahun 2000, iaitu semasa pelajar-pelajar Tingkatan 5 sekarang berada di
Tingkatan 4 (Lembaga Peperiksaan Malaysia 2000).

2.2

Konsep Pelaksanaan Komponen Sastera dari segi pelaksanaannya

Pada 1999, Pusat Perkembangan Kurikulum dalam Kementerian Pendidikan Malaysia


telah mengeluarkan Edisi Penyesuaian kepada Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa
Melayu Sekolah Menengah Tingkatan IV dan V bagi memasukkan kesusasteraan
Melayu sebagai komponen wajib dalam mata pelajaran bahasa Melayu (Pusat
Perkembangan Kurikulum, 1999). Edisi Penyesuaian ini menerangkan dengan
terperinci kaedah melaksanakan kandungan kesusasteraan Melayu sebagai
komponen wajib mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah menengah atas dari segi
kemahiran sastera ynag perlu dicapai oleh pelajar. Misalnya:

(1)
Kemahiran mendengar dan mengenal nada dalam puisi (sajak, pantun,
syair, gurindam dan seloka) (Jenis-jenis nada yang dimaksudkan ialah nada
melankolik, romantik, patriotik dan sinis);
(2)
Kemahiran mendengar dan memahami sinopsis, tema atau pemikiran,
persoalan, latar serta watak dan perwatakan dalam karya;
(3)
Kemahiran melafazkan puisi (pantun, sajak, gurindam dan seloka) dengan
nada dan gaya pengucapan yang menunjukkan pemahaman dan penghayatan;
(4)
Kemahiran menghuraikan dan menyatakan sinopsis, tema atau pemikiran,
persoalan, plot, latar serta watak dan perwatakan;
(5)
Kemahiran menyampaikan ulasan karya secara spontan dari aspek
kesusasteraan;
(6)
Kemahiran menghuraikan unsur dan nilai kemanusiaan, kemasyarakatan
dan kebudayaan;
(7)
Kemahiran mengenalpasti genre cerpen, novel, drama dan prosa
(tradisional dan moden);
(8)
Kemahiran menghurai karya dari aspek sastera dengan menggunakan
pelbagai gaya bahasa;
(9)
Kemahiran menulis karya kreatif dalam bentuk surat dan catatan harian,
dialog dan skrip drama, sinopsis bagi karya prosa dan ulasan karya dari aspek
sastera;
(10)
Kemahiran menghasilkan pelbagai karya puisi seperti sajak, pantun, seloka,
syair dan gurindam.

6
Pelaksanaan komponen kesusasteraan Melayu dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu (juga disebut sebagai komsas) telah berjalan sehingga 2000. Pada 2001,
Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan catatan kedua Sukatan
Pelajaran Bahasa Melayu yang disemak semula untuk memberi penekanan pada
nilai-nilai murni dan semangat patriotik.

Ini adalah untuk menyedarkan pelajar akan peranan dan tanggungjawab mereka
sebagai warganegara maju dan masyarakat berilmu
(Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001: .v)

Pelajar abad ke-21 dikehendaki mampu berfikir, berilmu pengetahuan luas,


bertatetika tinggi, bijaksana, serta dapat menggunkan teknologi maklumat dan
berkomunikasi secara kerkesan. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sekolah
menengah 2001 ini merangkumi 3 bidang penggunaan bahasa, iaitu bidang
interpersonal, bidang maklumat dan bidang estetik. Komponen kesusasteraan
Melayu (komsas) diharap dapat memupuk minat membaca dan melahirkan
kenikmatan membaca serta penghayatan terhadap bahan sastera (Pusat
Perkembangan Kurikulum, 2001).
Di antara 5 objektif kurikulum Bahasa Melayu sekolah menengah 2001, tiga
daripadanya adalah menjurus kepada elemen-elemen kesusasteraan seperti
berikut:

(a)
Mendengar, membaca, menonton dan memberikan respons kepada
pelbagai bahan sastera dan bukan sastera;
(b)
Melahirkan idea dan pendapat dalam bentuk lisan dan tulisan secara kreatif
dan berkesan;
(c)
Menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotik,
dan perasaan cinta akan negara (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001:.3).

Hasil pembelajaran bidang estetik dalam kurikulum Bahasa Melayu ini difokuskan
kepada keupayaan pelajar menguasai aspek kebahasaan, keindahan dan

kehalusan bahasa. Bidang estetik juga mementingkan penikmatan hasil karya yang
indah, pelahiran perasaan, membuat apresiasi, dan penghayatan. Hasil
pembelajaran khusus yang perlu dicapai oleh pelajar dalam bidang estetik ialah
memahami, menguasai dan menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif
(Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001: 11).

7
Demikian itu, didapati penekanan yang besar diberikan kepada
komponen kesusasteraan Melayu dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Strategi
pengajaran dan pembelajaran yang disarankan diberi penekanan dalam
pelaksanaan kurikulum Bahasa Melayu semakan 2001 ini ialah dalam aspek
kemahiran berfikir, penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi, belajar cara
belajar, kecerdasan pelbagaian dan kajian masa depan (muka surat 18).

Pada 2003, Kementerian Pendidikan Malausia mengeluarkan pula Huraian Sukatan


Pelajaran Bahasa Melayu KBSM bagi memperincikan sukatan pelajaran 2001 yang
telah disemak dan diberi nilai tambah. Huraian itu menyebut tujuan semakan ini
ialah;

..untuk menyediakan pelajar-pelajar menghadapi arus globalisasi serta ekonomi


berasaskan ilmu pada abad ke 21 .
(Pusat Perkembangan Kurikulum, 2003; .ix)

Organisasi kurikulum Bahasa Melayu sekolah menengah 2001 masih lagi sama, iaitu
mencakupi 3 bidang penggunaan bahasa: bidang interpersonal, bidang maklumat
dan bidang estetik (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2003). Penumpuan kepada
bidang-bidang ini akan membolehkan pelajar menggunakan bahasa Melayu secara
lebih berkesan dalam kehidupan seharian dan pekerjaan. Komponen kesusasteraan
Melayu diperkukuhkan dengan menambah bahan-bahan bacaan yang lebih banyak
dan pelbagai dan bersifat universal. Objektif komponen kesusasteraan Melayu
dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu seperti yang telah disebut pada awal bab
ini adalah untuk memupuk minat membaca dan mendapatkan keseronokan
daripada membaca bahan-bahan sastera, di samping memberi kemahiran kepada
pelajar menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif. Perkara yang
dititikberatkan dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu 2003 ini ialah dari segi hasil
pembelajaran yang perlu dicapai oleh pelajar. Dalam Huraian Sukatan Pelajaran ini
dinyatakan secara jelas 3 aras pencapaian hasil pembelajaran; iaitu Aras 1, Aras 2

dan Aras 3. Pemeringkatan ini didasarkan kepada konsep pembelajaran masteri


yang membolehkan pelajar terus maju tanpa mengabaikan pelajar-pelajar yang
berpencapaian rendah. Aras 1 adalah yang paling asas yang harus dicapai oleh
pelajar; Aras 2 ialah peringkat pencapaian sederhana, manakala Aras 3 ialah yang
paling tinggi iaitu pencapaian cemerlang (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2003).

8
Dengan berasaskan pembelajaran masteri ini, strategi pengajaran dan
pembelajaran menjadi lebih felksibel. Pendekatan yang dicadangkan adalah
pendekatan berpusatkan pelajar, yang menggunakan pelbagai teknik, bahan dan
sumber pengajaran. Pendekatan bertema adalah amat digalakkan bagi
menyepadukan ketiga-tiga aspek kemahiran berbahasa, iaitu kemahiran bahasa,
pembelajaran tatabahasa dan pengembangan kosa kata (Pusat Perkembangan
Kurikulum, 2003). Ilmu daripada disiplin lain juga perlu diserapkan. Guru-guru juga
dikehendaki memberi peluang kepada pelajar untuk membaca luas bagi
meningkatkan daya berfikir dan minat ingin terus membaca. Penggabungjalinan
merupakan aspek penting dalam pengajaran dan pembelajaran, termasuk juga
konsep serapan. Proses ini adalah untuk meningkatkan kemahiran bernilai tambah
dalam diri pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Unsurunsur penyerapan yang disarankan (muka surat 80) ialah:
(a)
Semangat kewarganegaraan dan nilai murni masyarakat yang berlandaskan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan;
(b)

Kemahiran berfikir kritis dan kreatif; dan

(c)

Kemahiran ICT, kemahiran belajar cara belajar dan kajian masa depan.

Secara ringkas, dapat disimpulkan bahawa sepanjang satu setengah dekad dari
1990 hingga 2005, kurikulum Bahasa Melayu telah dilakukan semakan semula
beberapa kali untuk penambahbaikan secara berterusan. Dari segi penekanan
aspek sastera dalam sukatan pelajaran bahasa Melayu dapat dilihat ia telah
berkembang dan diberi kepentingan yang tinggi, iaitu daripada hanya unsur sastera
dengan bahan-bahan sastera yang terhad digunakan dalam pengajaran kepada satu
komponen yang besar meliputi sepertiga daripada keseluruhan kurikulum Bahasa
Melayu dan sebagai satu komponen wajib dalam peperiksaan di peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia.

3.0

Pembentukan Jati Diri Pelajar melalui pengajaran KOMSAS

Karya sastera boleh memupuk nilai murni seperti semangat nasionalisme dan
cintakan negara yang menjadi teras bagi penyatuan semua etnik di seluruh
Malaysia. institusi pendidikan adalah mekanisme yang ampuh bagi mewujudkan
semangat kekitaan dan hubungan muhibah semua etnik. Melalui pembelajaran
sastera perpaduan, mereka juga perlu diasuh dengan kehalusan jiwa dan ketulusan
budi semasa berurusan dengan orang lain.

9
Dalam era globalisasi ini, pembentukan keperibadian insan selaras dengan
pembangunan kemanusiaan, amat memerlukan kesempurnaan jiwa dan rohani
yang antara lain boleh dicapai melalui sastera (Misran Rokimin 1999: 224). Dengan
menerapkan pendidikan sastera secara meluas, pelajar dan pembaca akan
terdedah kepada budaya dan cara hidup masyarakat etnik lain. Ini sangat
membantu usaha saling memahami dan merapatkan kefahaman antara budaya dan
perpaduan mereka (Janak Pandey & rakan-rakan 1996: 86). Hasil kajian ini
diperkukuhkan pendapat Gajendra K. Verma & Christopher Bagley (1979, 1984)
bahawa pengajaran tentang hubungan etnik di institusi pendidikan kepada
golongan remaja akan memupuk sifat toleran sesama sendiri berbanding mereka
yang tidak terdedah tentang ilmu tersebut.

Zahirah Aziz dalam kertas kerjanya, Pengajaran Komponen Sastera dalam Mata
Pelajaran Bahasa Melayu di Sekolah Menengah: Konsep dan Batas
Pengajaran, Zahirah Aziz dan Kamaruzaman Abdullah (2001:l-2) menyatakan
bahawa terdapat enam objektif pemelajaran KOMSAS dalam mata pelajaran BM di
sekolah menengah, iaitu:

(a)
Meningkatkan dan mengukuhkan minat membaca pelbagai genre sastera
seperti novel, cerpen, drama, prosa tradisional, puisi moden dan puisi tradisional.
(b)
Mengenal dan menggunakan istilah sastera, iaitu tema dan persoalan,
watak dan
penvatakan, gaya bahasa, latar, plot, sudut pandangan, nilai munli dan pengajaran.
(c)
Mengenal, menghayati dan menghargai karya sastera bagi mengukuhkan
kemahiran

bertutur, membaca dan menulis.


(d)
Mengenal pengarang berdasarkan karya yang telah diperakui seperti
pengarang
Sasterawan Negara.
(e)

Mendapat nilai murni dan pengajaran daripada karya sastera yang dibaca.

(f)
Menghasilkan karya sastera yang kreatif seperti dapat melahirkan novel,
cerpen,
sajak, dan drama yang bermutu tinggi yang boleh dibanggakan.
(Zahirah Aziz dan Kamarulzaman Abdullah, 2001 :2)

10
Objektif yang dinyatakan seperti di atas adalah selaras dengan falsafah sebab
musabab pelajar wajar mempelajari sastera. Menurut Zahirah dan Kamaruzaman
Abdullah ( 2001, 1-2 ) lagi: Kesusasteraan ialah karya ciptaan yang mengungkapkan
pengalaman dan perasaan manusia. Oleh itu, pelajar boleh menghargai dan
menghayati nilai estetika yang terdapat dalam sesebuah karya. (Zahirah Aziz dan
Kamaruzaman Abdullah, 2001 :2).

Zahirah Aziz dan Kamaruzaman Abdullah (2001 :3) selanjutnya menerangkan


bahawa melalui pemelajaran KOMSAS, pelajar diharapkan dapat:
(a)
menyelami masalah kehidupan dan pengalaman orang lain melalui cerita
dalam karya
sastera.
(b)
menyelesaikan masalah kemanusiaan dan kemasyarakatan melalui
peristiwa dalam karya sastera. Penyelesaian masalah secara posjtif dapat
membantu pelajar berhadapan dengan
masalah yang dihadapi dalam kehidupan mereka yang sebenar.

(c)
memikirkan nilai-nilai baik dan murni yang tersirat dalam cerita yang
dibaca.
(d)
memberi kepuasan dan keseronokan dalam menghayati watak-watak dan
plot dalam
karya sastera.
(e)
menambah perbendaharaan kata dan membantu pelajar menghasilkan
karangan atau karya dengan menggunakan gaya bahasa yang baik.
(Zahirah Aziz dan Kamaruzaman Abdullah, 2001)

11
4.0

Kesimpulan

Pengajaran komponen sastera secara formal dalam bilik darjah dapat


memperkemaskan lagi usaha melahirkan golongan masyarakat berilmu,
berketrampilan dan berakhlak mulia. Pembelajaran dapat mempertingkatkan ilmu
pengetahuan yang luas. Setiap ilmu berkaitan sastera boleh melahirkan pelajar
yang lebih berjaya dan memperkembangkan ilmu pengetahuan.

Penguasaan ilmu sastera yang digabungkan dengan ilmu-ilmu lain


membolehkan pelajar menikmati keseronokan dengan menerapkan unsur-unsur
sastera secara tidak langsung melahirkan pelajar yang suka membaca. Ini kerana
di Malaysia, sukar mencari orang yang suka membaca. Mempelajari komponen
sastera memberi peluang warga Malaysia menyedari aktiviti membaca perlu
disertai dengan minat.

Perkembangan sahsiah pelajar dibentuk apabila mereka melangkah masuk


ke sekolah menengah iaitu dengan mempelajari nilai-nilai murni ataupun yang lebih
penting iaitu nilai-nilai kemanusiaan. Ini dapat diketahui melalui karya-karya atau
genre sastera yang dipelajari. Pelajar adalah aset utama yang memerlukan
kekuatan bahasa. Kesusasteraan Melayu khazanah yang bernilai tinggi kerana
masih ada nilai-nilai kesantunan tersembunyi di celah-celah kehidupan masyarakat.
Ini adalah salah satu cara mengangkat darjat bahasa Melayu di peringkat global.

(3060 patah perkataan)

12
BIBLIOGRAFI

(1989). Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Pusat


Perkembangan
Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.
(2000). Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (Edisi Penyesuaian). Kuala
Lumpur: Pusat
Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.
(2000). Draf Pemetaan Kerja Pengajaran dan
Lumpur: Pusat

Pembelajaran Komsas. Kuala

Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.


(2000). SPM Format Baru Kertas Bahasa Melayu dan Kriteria Penskoran Ujian Lisan.
Kuala
Lumpur: Lembaga Peperiksaan Malaysia.
(2000). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah: Bahasa Melayu.
Kuala
Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Fauziah Ahmad. (1999). Pemelajaran Bahasa Melalui Sastera: Bahasa Inggeris
Sebagai
Bahasa Kedua. Jurnal Dewan Bahasa 43(11).
Misran Rokimin. (1998). Era Globalisasi: Pendidikan Sastera Masih Adakah
Kepentingannya
Lagi?. Prosiding Seminar Isu-Isu Pendidikan Negara, hlm. 220 - 237.
Othman Puteh, (2001). Strategi Pengajaran Bahan Sastera dalam Bahasa Melayu.
Dewan
Siswa, Mac: 20-21.
Subadrah Nair. (2000). Kesan Skema Terhadap Kefahaman Bacaan Bahan Sastera.
Prosiding
Seminar Kebangsaan Penyelidikan & Pembangunan Dalam Pendidikan 2000,
hlm.113125

You might also like