You are on page 1of 5

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX

PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

TAJUK 12

PENULISAN ARTIKEL PENYELIDIKAN TINDAKAN

12.1 Sinopsis
Tajuk ini disusun untuk membolehkan pelajar mengetahui dan memahami cara menulis artikel
penyelidikan tindakan. Dalam tajuk ini, pelajar akan dipandu untuk memahami format dan
kandungan penulisan artikel penyelidikan tindakan yang meliputi abstrak, konteks, fokus kajian,
pelan tindakan, pelaksanaan pelan tindakan, kaedah pengumpulan data, analisis dan huraian
data, refleksi dan implikasi, tindakan susulan dan sumber rujukan. Penulisan artikel
penyelidikan tindakan akan mendedahkan pelajar kepada penulisan hasil penyelidikan
berbentuk artikel yang akan diterbitkan atau dicetak. Ianya merupakan intisari penting daripada
hasil penyelidikan sepenuhnya.
12.2 Hasil Pembelajaran
i.Memperoleh kemahiran menulis laporan dan artikel penyelidikan tindakan.

12.2 Kerangka Konsep Jadual Tajuk 12

99

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX


PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

Sumber rujukan

Abstrak

Konteks

Tindakan susulan

Penulisan Artikel
Penyelidikan
Tindakan

Fokus Kajian

Refleksi dan implikasi

Pelan tindakan

Analisis dan huraian data

12.4

Pelaksanaan pelan tindakan

Kaedah Pengumpulan data

Pengenalan Penulisan Artikel Penyelidikan


Tindakan
Penulisan artikel penyelidikan tindakan perlulah mengikut format yang telah ditentukan serta
mengikut susunan kandungan yang telah ditetapkan. Perkara-perkara yang perlu diberi
perhatian dalam penulisan tersebut dibincangkan di bawah ini.
12.4.1 Abstrak
Tuliskan secara ringkas rumusan fakta utama penyelidikan yang dibuat. Abstrak perlu
mengandungi topic kajian, persoalan kajian, peserta, kaedah, keputusan, analisis data dan
kesimpulan. Implikasi kajian boleh juga dimasukkan dan kajian masa depan yang boleh
dikaitkan dengan dapatan. Abstrak ditulis dalam satu perenggan dengan jarak dua baris.
Abstrak yang ditulis adalah dalam anggaran antara 150 hingga 250 patah perkataan. Penulis
juga dikehendaki memasukkan kata kunci yang perlu ditaipkan di bahagian ini dengan
menggunakan huruf italik. Abstrak diletakkan sebelum bab pertama laporan (Akhiar dan
Shamsina, 2012).

100

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX


PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

12.4.2 Konteks
Dalam penulisan artikel kajian tindakan, penyelidik hendaklah menulis konteks atau latar
belakang kajian yang dibuat sama ada di bilik darjah, sekolah, atau dalam konteks-konteks lain
yang lebih luas. Ianya juga melibatkan amalan pedagogi atau amalan-malan pendidikan yang
lain yang perlu dinyatakan.
12.4.3 Fokus Kajian
Nyatakan fokus kajian berdasarkan tumpuan masalah yang dikaji. Sampel dan cara pemilihan
sampel perlu dinyatakan juga di dalam fokus kajian. Contoh focus kajian adalah seperti berikut:
Kajian ini berfokus kepada murid yang kurang memberi tumpuan semasa aktiviti hafazan
dilaksanakan.
12.4.4 Pelan Tindakan
Penyelidik hendaklah menjelaskan tentang proses penyelidikan yang telah dijalankan.
Penjelasan boleh dibuat dalam bentuk jadual yang menunjukkan peringkat pelaksanaan yang
beserta dengan tarikh dan masa yang dipilih.
12.4.5 Pelaksanaan Pelan Tindakan
Penyelidik perlu menjelaskan kesemua langkah-langkah tindakan berkaitan persoalan yang
dikaji. Langkah-langkah tersebut termasuklah langkah-langkah awal seperti refleksi awal
berdasarkan pengalaman lalu dan tinjauan literatur. Tarikh- tarikh pelaksanaan refleksi dan
mendapatkan literatur perlu dinyatakan. Masukkan juga langkah-langkah pelaksanaan tentang
tindakan semasa seperti pentadbiran instrumen kajian, pengumpulan dan analisis data,
menjalankan tinjauan serta tindakan rawatan atau campurtangan yang dilakukan ke atas
sampel untuk melaksanakan tindakan. Cara kutipan data dan jenis data juga perlu dijelaskan.

12.4.6 Kaedah Pengumpulan Data

101

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX


PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

Penyelidik perlu menjelaskan bagaimana data dikumpul dengan menyatakan juga alat ukur
yang digunakan. Alat ukur yang biasa digunakan dalam kajian tindakan adalah ujian, tinjauan
pemerhatian, temu bual, senarai semak atau eksperimen. Strategi dan teknik yang digunakan
mengikut kesesuaian tujuan, situasi dan kemahiran penyelidik. Untuk mendapatkan kesahan
yang tinggi, triangulasi boleh dilaksanakan dengan menggunakan sekurang-kurangnya tiga
teknik pengumpulan data.
12.4.7 Analisis dan Huraian Data
Dalam bahagian ini, bentangkan tentang penemuan baru atau keputusan penyelidikan yang
utama yang diperolehi pada lingkaran terakhir. Menurut model kajian tindakan McKernan, setiap
kajian tindakan mesti melalui sekurang-kurangnya dua lingkaran (Noraini, 2010). Kemudian
diikuti dengan pembentangan penemuan-penemuan yang lain. Jelaskan juga sama ada
hipotesis telah dipenuhi atau dapatan tidak menyokong hipotesis. Sebaiknya penyelidik perlu
berusaha sehingga masalah atau isu dalam fokus kajian dapat diselesaikan. Oleh yang
demikian kajian berkemungkinan mengambil masa yang lama dan melibatkan sehingga
berpuluh-puluh lingkaran. Menurut Akhiar dan Shamsina (2012) penyelidik hendaklah
menyatakan bagaimana data yang diperolehi akan dianalisis dan dibuat interpretasi. Adakah
perisian SPSS atau Nvivo digunakan? Penganalisisan data bergantung kepada penyelidikan
sama ada kualitatif atau kuantitatif.
12.4.8 Refleksi dan Implikasi
Kesan yang berlaku dalam sesuatu penyelidikan walaupun positif masih boleh ditingkatkan lagi.
Hal ini dapat dilakukan melalui refleksi yang dapat membantu penyelidik mengenal pasti
kelemahan dalam ujian diagnostik yang tidak dapat mengesan kelemahan tertentu dalam
kalangan pelajar (Noraini, 2010).
Buat refleksi bagi setiap langkah tindakan yang dijalankan. Ada kemungkinan kajian
memerlukan lanjutan kajian sekiranya timbul masalah yang baru atau memerlukan kajian yang
lebih terperinci melibatkan pembolehubah baru dan sebagainya. Nyatakan juga implikasi kajian
ke atas amalan sendiri, institusi serta pendidikan secara keseluruhan (Akhiar dan Shamsina,
2012).

102

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX


PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

12.4.9 Tindakan Susulan


Berdasarkan refleksi dan implikasi di atas, penyelidik perlu menulis idea untuk mengatasi
masalah retention kefahaman pula, dan ini akan menjurus kepada satu lagi pusingan
penyelidikan baru yang perlu dirancang untuk tindakan seterusnya (Noraini, 2010). Penyelidik
perlu menyatakan dengan jelas pelan tindakan susulan yang boleh dilaksanakan oleh diri
sendiri atau penyelidik-penyelidik lain. Pelan bagi tindakan susulan adalah berdasarkan
dapatan yang diperolehi atau perkara-perkara yang masih perlu dibuat penambahbaikan atau
yang masih belum dikaji tetapi mempunyai hubungkait dengan kajian semasa tersebut.
12.4.10 Sumber Rujukan
Sumber-sumber rujukan adalah sama sebagaimana dalam penyelidikan-penyelidikan lain
seperti jurnal, buku, majalah, internet dan lain-lain lagi. Setiap rujukan yang menggunakan
bahan bercetak

sama ada buku atau elektronik hendaklah dimasukkan di dalam senarai

rujukan. Setiap rujukan yang digunakan hendaklah ditulis mengikut format APA.
12.4.11 Rumusan
Untuk menghasilkan artikel yang baik dan menarik dibaca, pelajar bukan sahaja mengikut
format yang telah dinyataka di atas, malah bahasa dan olahan perlu menarik dan tersusun.
Aktiviti 12 Perbincangan
Dalam kumpulan, bincangkan bagaimana anda akan menganalisis dan menghurai data
kajian yang akan dilaksanakan.
OLL 12 Words
Secara individu, anda dikehendaki menghantar fail dalam bentuk words kepada
pensyarah anda tentang bagaimana menulis refleksi dan implikasi dalam kajian tindakan.

103

You might also like