You are on page 1of 2

NASI MINYAK

Bahan-bahan
4 cawan Beras basmathi taj mahal
Bawang besar 1 biji *
bawang putih 5 biji *
halia 1/2 inci *
Fresh milk dutch lady 200ml (ini saya tambah sendiri)
kiub ayam 2 ketul
Pati ayam 3 sudu besar
Daun pandan 3 helai
Air suam
Minyak sapi
Garam secukup rasa
Yang bertanda * sila tumbuk untuk lebih enak.. Kalau malas blend aje saya tumbuk sampai
halus
Rempah tumis
Bunga lawang 2
Bunga cengkih 4
Buah pelaga 3
Kulit kayu manis 1
Hiasan
Bawang goreng
Daun sup
Daun bawang
Pewarna kuning telur
Pewarna oren
Cara-caranya
Sebelum masak sila on kan dulu rice cooker
Bersihkan beras dan Rendamkan beras basmathi Taj Mahal selama 20 minit
tumiskan bahan yang bertanda * sehingga sehingga naik baunya bersama daun pandan
Didalam kuali dengan minyak sapi
Masukkan beras tadi dan gaul goreng dalam dalam seminit dua
Tutup api dapur
Kemudian masukkan kesemua kedalam rice cooker yang telah di on kan tadi
Masukkan susu dutch lady kedalam ramuan beras tadi berserta air secukupnya
Kemudian masukkan kiub ayam maggie tadi berserta pati ayam
Kacau nasi tadi dan pastikan sukatan airnya seperti kita masak nasi biasa
Tutup periuk elak buka ketika proses nasi berjalan..
Tip elak membuka tudung periuk semasa proses nasi sedang masak..nanti nasi tak gebu tak
masak
Setelah masak masukkan bawang yang telah digoreng dan daun sup serta daun bawang
Jangan lupa titiskan sedikit pewarna yang disebut untuk kelihatan lebih berseri nasinya
Ok nasi minyak stail kita ni Sedia dihidang bersama ayam masak merah dan acar sayur!!

AYAM MASAK MERAH


Bahan bahan
Ayam seekor potong kecil
Bawang besar 2 biji *
Bawang merah 10 biji *
bawang putih 8 biji *
Halia 1/2 besar ibu kaki *
Lengkuas 1/2 inci *
Serai 2 batang diketuk
Cili kering diblender 3 sudu
Cili sos 2 sudu
Tomato sos 2 sudu
Puri tomato 3 sudu
Pati ayam maggie 2 sudu
Susu segar dutch lady 100ml/ susu cair
Minyak untuk menggoreng dan menumis
Kunyit untuk menggoreng ayam
Garam
Gula
Ajinamoto
Rempah tumis
Bunga lawang 2
Bunga cengkih 3
Buah pelaga 3
Kulit kayu manis 1
Cara caranya
Bersihkan ayam dan potong saiz kecil gaulkan dengan kunyit dan garam..
Sedia untuk digoreng
Selesai goreng letak sebelah..
Kita buat kuah ayam masak merah pulak..jom!
Biarkan minyak panas dan tumis bahan yang diblender serta serai sehingga naik bau
Masukkan cili blender ,cili sos,dan tomato sos dan tomato puri tumis sehingga garing dan
pecah minyak
Kemudian masukkan susu tadi.kemudian kalau nak kuah lebih tambahkan sedikit air
Masukkan garam..gula..dan ajinamoto secukup rasa
Biarkan seketika mendidih
Setelah selesai masukkan ayam yang telah digoreng tadi gaul sebentar..

You might also like