You are on page 1of 8

6.

0 KAEDAH KAJIAN
Dalam bahagian ini, pengkaji akan menjelaskan semua kaedah kajian yang
digunakan dalam melengkapkan dan kajian ini. Dalam kajian ini, semua kaedah
yang digunakan berdasarkan kaedah kualitatif. Antara kaedah kajian yang
dilaksanakan oleh pengkaji untuk mencapai objektif kajian yang dinyatakan ialah
kaedah pengumpulan data dan kaedah analisis data.

6.1 Mendapatkan Data


Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah-kaedah tertentu iaitu
kaedah kepustakaan. Dalam hal ini, pengkaji akan menjalankan kaedah kajian
dengan cara merujuk buku rujukan di perpustakaan, bilik sumber dan pelbagai
tempat lain yang mengandungi bahan bertulis ataupun bukan bertulis untuk
memperoleh maklumat bagi menghasilkan kajian ini. Pengkaji juga akan
memperoleh informasi di dalam laman web rasmi dan menggunakan Kamus
Dewan Edisi Keempat yang terdapat di makmal bahasa SMK Mutiara Rini
sebagai bantuan hasil kerja. Selain itu, novel yang bertajuk Di Sebilik Wajah
Tingkatan Dua juga digunakan untuk menyempurnakan lagi kajian ini.

6.2 Mengumpulkan Data


Dalam aspek ini, pengkaji akan mengumpulkan maklumat yang berkaitan
dengan ayat majmuk gabungan dengan membaca pelbagai bahan bertulis
seperti buku, bahan ilmiah, jurnal, akhbar dan bahan bertulis lain unuk
menghasilkan kajian ini. Seterusnya, pengkaji juga akan menyenaraikan 20
ayat yang merupakan ayat majmuk gabungan yang terdapat dalam novel Di
Sebalik Wajah. Sesetengah ayat yang dikenal pasti sebagai ayat majmuk

gabungan akan dikaji dalam bentuk jadual. Penggunaan kaedah ini penting
untuk memudahkan proses analisis data.
6.3 Menganalisis dan Mempersembahkan Data
Segala maklumat yang dikumpulkan melalui kaedah kepustakaan akan
dianalisis dan dipersembahkan dalam bentuk jadual. Antara aspek yang akan
dianalisis dalam kajian ialah bentuk-bentuk ayat majmuk gabungan dan
kekerapan penggunaan jenis-jenis ayat majmuk gabungan dalam novel Di
Sebalik Wajah. Jelaslah bahawa segala kaedah yang digunakan merupakan
tonggak utama dalam penulisan kajian ini.

7.0 DAPATAN KAJIAN


Dapatan kajian ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu menyenaraikan ayat
majmuk gabungan, jenis-jenis dan kekerapan penggunaan ayat majmuk gabungan
dalam novel Di Sebalik Wajah. Bahagian berikut menunjukkan huraian yang
berkaitan dengan tiga aspek tersebut.

7.1 Ayat Majmuk Gabungan dalam Novel Di Sebalik Wajah


BIL.

CONTOH AYAT MAJMUK GABUNGAN

BAB/MUK

1.

Suara jururawat itu lembut dan tidak menampakkan kebencian

A SURAT
Bab: 1

sedikit pun seperti diramalkan oleh Cikgu Saiful.


Isterinya akan berasa mual,lalu menekan perutnya dan muntah

m/s: 2
Bab: 1

3.

Kalau sudah tidak ada juga beli sahaja kerbau seekor dan

m/s: 3
Bab: 1

4.

adakan kenduri.
Begitu juga di hotel-hotel terkemuka, Hotel Tanjung Aru, Hotel

m/s: 4
Bab: 1

5.

Hyatt Saujana dan sebagainya cuma menyajikan daging lembu.


Dia sudah penat bertanya ke sana ke sini perihal daging rusa

m/s: 4
Bab: 1

6.

dan mengambil keputusan untuk berehat di pantai itu.


Sanin turut melaungkan nama Doktor Fikri tetapi tidak

m/s: 4
Bab: 3

7.

senyaring Aziz Gemuk.


Josy dan Dayang Mahani tidak berbuat apa-apa melainkan

m/s: 36
Bab: 3

8.

tersenyum melihat perangai kawan mereka.


Namun, mereka terpegun kerana tidak lama kemudian seorang

m/s: 36
Bab: 3

9.

wanita membuka pintu kaca dan keluar dengan senyuman.


Kelima-lima sahabat itu masuk dan bersalaman dengan Puan

m/s: 37
Bab: 3

10.

Halipah.
Ibunya menggeleng sambil tersenyum duduk bersama-sama

m/s: 37
Bab: 3

11.

kawan Doktor Fikri.


Doktor Fikri hanya diam dan sedikit kecil hati

m/s: 39
Bab:4

12.

Dayang Mahani hampir terlupa tentang janji itu lalu mengusik

m/s: 55
Bab: 4

13.

Suriani.
Sayur amat sesuai diambil sebelah pagi atau sebelah petang

m/s: 55
Bab: 5

Di pasar ikan dan pasar sayur sudah kelihatan ramai orang.

m/s: 62
Bab: 5

15.

Telunjuk doktor menghala ke utara manakala tangan kanannya

m/s: 64
Bab: 5

16.

masih mencengkam pemegang basikal.


Jais cuba mengejar anjing itu dan melontarkan batu.

m/s: 65
Bab: 6

17.

Kalau kamu miskin, jangan sampai menggadaikan maruah,

m/s: 70
Bab: 7

18.

memeras ugut, mencuri atau merompak hak orang.


Dia berpeluh dan matanya sayu menatap hujung kasut

m/s: 76
Bab: 7

19.

sekolahnya.
Bibirnya digigit dan badannya ditegangkan.

m/s: 77
Bab: 7

20.

Siapa yang berbasikal, mencapai basikal masing-masing dan

m/s: 77
Bab: 7

mengayuhnya, mengelak dan mencelah dalam ratusan murid

m/s: 79

14.

yang berjalan kaki balik ke rumah.


Jadual 1: Senarai Penggunaan Ayat Majmuk Gabungan Dalam Novel Di Sebalik Wajah

Berdasarkan jadual di atas dapat dilihat bahawa penulis novel Di Sebalik Wajah

menggunakan ayat majmuk gabungan dalam penulisannya. Ayat majmuk ialah


ayat yang dibina dengan mencantumkan dua klausa atau lebih. Ayat majmuk
ditentukan oleh jumlah klausa yang terkandung di dalamnya. Cara pencantuman
klausa dengan klausa tersebut akan menentukan jenis-jenis ayat majmuk.
Manakala ayat majmuk gabungan telah dijadikan sebagai tajuk umum untuk
kajian ini. Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua klausa
atau lebih dengan menggunakan kata hubung sebagai penyambung ayat seperti
dan, tetapi, atau, lalu, lagi, serta, malah,. Ayat majmuk gabungan boleh
dibahagikan kepada beberapa jenis.

7.2 Jenis-Jenis Ayat Majmuk Gabungan


Ayat majmuk gabungan boleh dibahagi kepada empat jenis gabungan iaitu
dengan berdasarkan kata hubungan yang sesuai. Kata hubungan ini berfungsi
sebagai penyambung dua klausa dalam satu ayat yang lengkap. Berdasarkan kata
hubung yang digunakan terdapat empat jenis gabungan utama, iaitu :-

7.2.1 Gabungan Ayat Majmuk Yang Susunan Faktanya Berturutan


BIL.
1.
2.
3
4.
5.

CONTOH AYAT MAJMUK GABUNGAN YANG SUSUNAN

MUKA

FAKTANYA BERTURUTAN
Suara jururawat itu lembut dan tidak menampakkan kebencian

SURAT

sedikit pun seperti diramalkan oleh Cikgu Saiful.


Isterinya akan berasa mual,lalu menekan perutnya dan muntah
Kalau sudah tidak ada juga beli sahaja kerbau seekor dan
adakan kenduri.
Begitu juga di hotel-hotel terkemuka, Hotel Tanjung Aru, Hotel
Hyatt Saujana dan sebagainya cuma menyajikan daging lembu
Dia sudah penat bertanya ke sana ke sini perihal daging rusa

2
3
4
4
4

6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.

dan mengambil keputusan untuk berehat di pantai itu.


Josy dan Dayang Mahani tidak berbuat apa-apa melainkan
tersenyum melihat perangai kawan mereka.
Namun, mereka terpegun kerana tidak lama kemudian seorang
wanita membuka pintu kaca dan keluar dengan senyuman.
Kelima-lima sahabat itu masuk dan bersalaman dengan Puan
Halipah.
Ibunya menggeleng sambil tersenyum duduk bersama-sama
kawan Doktor Fikri.
Doktor Fikri hanya diam dan sedikit kecil hati
Dayang Mahani hampir terlupa tentang janji itu lalu mengusik
Suriani.
Di pasar ikan dan pasar sayur sudah kelihatan ramai orang.
Jais cuba mengejar anjing itu dan melontarkan batu.
Dia berpeluh dan matanya sayu menatap hujung kasut

15.

sekolahnya.
Bibirnya digigit dan badannya ditegangkan.
Siapa yang berbasikal, mencapai basikal masing-masing dan

16.

mengayuhnya, mengelak dan mencelah dalam ratusan murid

36
37
37
39
55
55
64
70
77
77
79

yang berjalan kaki balik ke rumah.


Jadual 2 : Senarai penggunaan ayat majmuk gabungan yang susunan faktanya berturutan.

Berdasarkan jadual di atas dapat dilihat bahawa penggunaan ayat majmuk


gabungan yang susunan faktanya berturutan adalah sama seperti fungsinya.
Gabungan jenis ini menunjukkan susunan fakta satu demi satu atau
pertambahan frasa. Merujuk kepada jadual 2, terdapat beberapa kata hubung
yang digunakan untuk membina ayat. Antara kata hubung yang kerap
digunakan ialah dan bagi menunjukkan gabungan ayat. Walau
bagaimanapun, terdapat juga kata hubung yang lain seperti sambil dan
lalu digunakan dalam ayat majmuk gabungan yang susunan faktanya
berturutan.

7.2.2 Gabungan ayat majmuk yang susunan faktanya bertentangan


BIL
1.
2.

CONTOH AYAT MAJMUK GABUNGAN YANG


SUSUNAN FAKTANYA BERTENTANGAN
Sanin turut melaungkan nama Doktor Fikri tetapi tidak
senyaring Aziz Gemuk.
Telunjuk doktor menghala ke utara manakala tangan
kanannya masih mencengkam pemegang basikal.

MUKA
SURAT
36
65

Jadual 2 : Senarai penggunaan ayat majmuk gabungan yang susunan faktanya


bertentangan

Berdasarkan jadual di atas dapat dilihat bahawa penggunaan ayat majmuk


gabungan yang susunan faktanya bertentangan adalah sama seperti
fungsinya.
Gabungan jenis ini menunjukkan pertentangan fakta dalam klausa-klausa
yang digabungkan. Terdapat beberapa kata hubung yang menunjukkan
pertentangan fakta antaranya ialah tetapi, sebaliknya, padahal,
melainkan, kecuali, dan lain-lain. Merujuk kepada jadual 2, terdapat kata
hubung tetapi dan manakala yang menunjukkan fakta bertentangan.

7.2.3 Gabungan ayat majmuk yang susunan faktanya menunjukkan pilihan.


BIL

CONTOH AYAT MAJMUK GABUNGAN YANG


MUKA
SUSUNAN FAKTANYA MENUNJUKKAN PILIHAN
SURAT
Sayur amat sesuai diambil sebelah pagi atau sebelah
1.
62
petang
Kalau kamu miskin, jangan sampai menggadaikan
2. maruah, memeras ugut, mencuri atau merompak hak
76
orang.
Jadual 3 : Senarai penggunaan ayat majmuk gabungan yang susunan faktanya pilihan

Berdasarkan jadual di atas dapat dilihat bahawa penggunaan ayat majmuk


gabungan yang susunan faktanya pilihan adalah sama seperti fungsinya.

Gabungan jenis ini membawa maksud pilihan antara pilihan dua


kemungkinan atau lebih. Merujuk kepada jadual 3, hanya kata hubung atau
digunakan untuk menunjukkan pilihan.

7.3 Kekerapan Penggunaan Jenis-Jenis Ayat Majmuk Gabungan


BIL.

JENIS-JENIS AYAT MAJMUK GABUNGAN

JUMLAH

1.

Gabungan Yang Susunan Faktanya Berturutan.

15

2.

Gabungan Yang Susunan Faktanya Bertentangan

3.

Gabungan Yang Susunan Faktanya Menunjukkan


Pilihan
Gabungan Menggunakan Kata Hubung Berpasangan

4.

Jadual 4 : Kekerapan Penggunaan Jenis Ayat Majmuk Gabungan

JENIS-JENIS AYAT MAJMUK GABUNGAN


16
14
12
10
JUMLAH

8
6
4
2
0
GABUNGAN YANG SUSUNAN FAKTANYA BERTURUTAN

Rajah 1 : Kekerapan Penggunaan Jenis Ayat Majmuk Gabungan dalam novel Di Sebalik
Wajah

Berdasarkan rajah di atas kekerapan penggunaan ayat majmuk gabungan di dalam


Novel Di Sebalik Wajah iaitu ayat majmuk gabungan yang susunan faktanya yang
berturutan iaitu menggunakan kata hubung dan telah digunakan sebanyak 16 kali
dalam novel Di Sebalik Wajah.

Selain itu, penggunaan jenis ayat majmuk

gabungan yang susunan faktanya bertentangan iaitu kata hubung tetapi dan
gabungan faktanya menunjuk pilihan(penggunaan kata hubung atau) juga
terdapat

di dalam Novel Di Sebalik Wajah iaitu sebanyak 2 kali.

Walaupun

terdapat empat jenis ayat majmuk gabungan tetapi ayat majmuk gabungan yang
menggunakan kata hubung berpasangan tidak digunakan oleh penulis dalam novel
Di Sebalik Wajah dari bab 1 hingga bab 7

8.0 RUMUSAN KAJIAN


Rumusannya, dapat dibuktikan penggunaan ayat majmuk gabungan yang terdapat
dalam novel Di Sebalik Wajah. Pelbagai jenis ayat majmuk gabungan juga dikenal pasti
untuk dijadikan sebagai tonggak utama dalam penulisan kajian ini. Antara jenis-jenis
ayat majmuk gabungan yang terdapat dalam kajian ini ialah gabungan yang susunan
faktanya berturutan, gabungan yang susunan faktanya bertentangan dan gabungan yang
susunan faktanya menunjukkan pilihan. Dalam hal ini, didapati bahawa gabungan yang
susunan faktanya berturutan merupakan ayat majmuk gabungan yang banyak digunakan
dalam penulisan novel.

Sebagai contoh, Suara jururawat itu lembut dan tidak

menampakkan kebencian sedikit pun seperti diramalkan oleh Cikgu Saiful.

You might also like